Tuesday 29 November 2011

aku ditinggalkan...

I still remember 18 november 2011...
tarikh yang memberi satu warna dalam hidup aku..

Di suatu pagi yang hening,

"dirimu pembakar semangat pewira..."lagu Ainul Mardiah mula berkumandang di seluruh kamar tido ku.
arghH...sibuk la alarm nie.awai lagi kot.baru pukul 5 pagi.jap2 lagi la nak suruh aku bangun pon.lagu itulah yang selalu menjagakan diriku dari lena yang panjang.Hurm...tapi hari nie aku terasa sangat liat utk bangun.mungkin semalam aku tido lambat kot untuk menyiapkan asgment sosiolinguistik aku.dengan penuh rasa sayang aku peluk bantal atroman aku...Wahhh,wanginya kamooO..hehe.aku terlena dalam dakapannya.

Tetiba ja aku terjaga disebabkan terdengar bunyi kicauan burung yang sangat riuh.Mungkin sedang berebut makanan kot.tapi nie KL,bukan kampung.mana ada bunyi burung.Pokok pon xdak...

arghhhH...dah pukul 6.Aku terlambat...beg pon x kemas lagi.Pukul 7 aku kena keluar dah nie...huhu.kelam kabut aku bangun.mandi,sembahyang n kemas beg.aku men campak2 ja pakaian aku dalam beg kecik nie.Aku berciap ala kadar ja.men tempek2 bedak dah la.asalkan dapat tutup jerawat aku.lagi pon B aku x suka gurl make up tebal.heeee...malunya tercakap kt dinding.(^_^).rahsia taw dinding.jangan bg taw kat sapa2.Kat cicak pon jangan.I segan..hehe

Last2 7.30 gak aku ley kuar dari dalam bilik.Hurm...tunggu bus suma pukul 8.30 bawu dapat naek bus ke KTM...sempat x nie.aku nak naek bus ke Kedah pukul 10 pg nie.minta2 sempat...

"Komuter ke Rawang akan tiba dalam masa 2 minit lagi"

cepat la,cepat la...tengah beli tiket nie.naseb baek org x ramai.hari jumaat x banyak orang sangat.tambah2 waktu pagi.Aku terkejar2 lari naek jejantas tu...n train pon tiba.

aku lari,lari msuk ke ke coach wanita"please go inside"ceh,siap speaking lagi aku.tetiba je ley kuar ayat omputeh lak.hahaha...terketar2 kaki aku kt dalam train nie.termengah2 sebab pecut tadi...pagi2 lagi aku dah marathon.FuHH,lega dapat Emas.haha...senget

komuter pon bergerak ala-ala gary ke hentian Putra.dalam hati aku berdoa moga2 aku dapat naek bus ke sik.
sampai ja aku terus naek teksi ke duta.Alhamdulilah,aku sempat naek bus itu.

owh,aku x cerita lagi kan aku nak ke mana.aku nak balik umah.abang aku kawen ...kenduri terakhir dalam family aku nie.nak tunggu aku lambat lagi.tengah dok searching.nk tima pon kena scan dlu tkot ada virus.hehe...

Budak yang duduk sebelah aku budak gurl.Orang kuala ketil.Hope baek la.Nak baek kan aku pon pelawa la dia choki2 aku.Dia x nak...selamat satu batang.hehe...aku ikhlas la.Dia yang x nak ambik.Fine.


aku pendek kan cerita,pak cik bus pon berhenti la makan kat R&R sg.perak.masa tu pukoi 12.40.Dia cakap pukoi 1.05 minit bus jalan.Okeh,fine...aku pon melilau la sorang2 kat ctu.

dah puas dah aku g la cari bus aku.

dup,dup,dup3...debarnya ati ku...aku x nampak kelibat bus aku nie.mana dia hah?

try tnya pak cik RELA tu kata hati ku"pak cik nampak x bus mara liner"
"bus tu bwu ja kuar dik"
air mata yang dok tahan dari tadi nie mula pecah dari empangannya.laju,selaju2 air terjun...
macam2 aku pikir"macam mna aku nk balik nie...jauh lagi kot sg.perak ke kedah"huhuhuhu...

beep2..bunyi msg"husna balik kg ye"
"ye,aku berkampung kt sg.perak"

sayu,terpisah...argh,nape la time nie dia nak col aku.butang reject aku tekan then aku anta msg"sory jaiyid,husna x dapat jawab,t jaiyid dengar husna nangis"

pastu Fiona col aku,wawawawa...org kena tinggal...bla,bla,bla,....
then,she col Pudu central.kijam punya duta x angkat fon...Depa suruh naek bus yang nak ke kedah.Pak cik rela pon cari la bus kat aku.Nseb baek dapat.Alhamdulilah.

lesson from the story,
>tepati la masa(selama nie aku lambat byk mna pon diaorg stil tgu,tapi kali nie nseb aku malang)
>pengalaman mendewasakan kita.mula2 dlu aku marah,tp bila pk secara positif aku rasa bes lak.syok kot kena tinggal kat R&R.masa nie la aku guna KI(kemahiran insaniah) yang aku blajar dlm klas baksis dlu.penting kan apa yg kita belajar...
>jauh perjalanan luas pemandangan(modal utk jwpn aku bila kena perli ngn org)haha

tima kasih utk
>pak cik rela yg byk bantu aku
>kawan2 yang amek kisah pasal aku
>abang2,kakak2,mak,adik n 1 kg yg risau pasal aku.hehe

DAN
tima kasih utk Pak CIk drebar bus yang tinggal aku kat sg.Perak.Klau dia x tinggal aku kat ctu aku x dapat rasa perasaan kena tgl sorang2 kat sana tu macam mna.haha(dalam hati aku marah nie,lambat lebih kurang 5 mnit pon kena tgl)

Saturday 26 November 2011

selamat tahun baru hijrah

Assalamualaikum pembuka bicara,semoga kita semua berada di bawah kesejahteraannya...
Hari ini dan malam ni kita mula melangkah ke tahun baru.Marilah kita sama-sama membaca doa supaya kita sentiasa berada di bawah pelindunganNya.Di sini saya serta kan doa akhir tahun dan awal tahun untuk di kongsi bersama.

Doa Akhir Tahun Hijrah
 ”Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda dan sahabatnya. Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihan-Mu yang maha Agung dan kemurahan-Mu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun baru ini aku memohon daripada Engkau perlindungan daripada syaitan yang direjam, pengikutnya, tenteranya dan penolongnya dan aku emohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan aku dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diri kepada Engkau. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga baginda dan sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam”.
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Hikmah dan kebaikan Doa Akhir tahun ini adalah kita akan cuba mengingati segala amalan2,perbuatan kita baik yang membawa ke arah kebaikan mahupun yang membawa ke arah keburukan. Dengan Doa Akhir tahun ini kita akan berdoa untuk berhijrah ke arah kebaikan dari sesuatu yang telah kita lakukan sebelumnya. Jadikanlah tahun berikutnya lebih baik dari tahun sebelumnya dan memohon keampunan kepada Allah dan memohon semoga Allah menutup segala keaiban yang telah kita lakukan.
Doa Awal tahun Hijrah 
“Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda serta sahabatnya. Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku melakukan larangan-Mu tetapi aku belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau menangguhkan azab-Mu yang ditetapkan kepadaku. Engkau memerintahkan supaya aku bertaubat. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan daripada Engkau, ampunilah aku. Dan apa yang aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala, maka aku memohonnya daripada Engkau, ya Allah yan Karim yan Zal Jalali Wal Ikram. Terimalah permohonanku ini dan janganlah Engkau hampakan harapanku terhadap-Mu ya Karim. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda juga sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam”.
Doa Awal Tahun  dibaca 3 kali  selepas maghrib pada malam satu Muharram.

"tiada lagi hijrah sesudah pembukaan kota Mekah,tetapi yang tetap ada ialah jihad dan niat utk berhijrah dan apabila dipanggil utk berjihad,hendaklah kamu bersedia"(H.R Bukhari dan Muslim)

"orang yang melakukan hijrah yang sebenar ialah yang meninggalkan perkara yang di larang oleh Allah."(H.R Bukhari dan Muslim)

ayuh sahabat2 marilah kita sama2 berhijrah dari sudut akhlak,percakapan,perlakuan,sifat ke arah yang lebih baik dari sebelum ini.semoga kita menjadi hamba yang bertaqwa dan sentiasa di lindungiNya.ameen...

ya Allah,aku mohon padaMu...jadikanlah aku hambaMu yang solehah.Dekat kan aku denganMu dan jangan biarkan diri aku mencintai sesuatu lebih daripada Mu.ameen...

~aku dambakan cintaMu ya Allah~

Hidayah dan Cinta

Ratusan orang berpusu-pusu kearah dewan, aku di belakang masih agak tidak bersemangat untuk memulakan hari pertama di kolej. Ada yang berbaju kurung, ada yang sekadar kemeja ada yang berjalan berkumpulan dan masing-masing seolah-olah gembira memulakan pengajian disini. Aku? Hambar. Aku tidak berminat langsung untuk meneruskan pengajian, tetapi memandangkan ini harapan kedua ibu bapa ku, aku akur.
Selepas habis taklimat di dewan, aku bergerak ke kelasku. Tiada sedikit perasaan teruja untuk berkenalan atau beramah mesra dengan rakan-rakan yang lain. Tiba-tiba kelas sunyi sepi, seorang pelajar lelaki berkopiah masuk ke kelas.
“Eh, mamat ni dah salah kelas ke” detik hati kecilku. Dalam terasa jelik terhadap pelajar lelaki itu, aku mencuri-curi pandang kearahnya. Ya, wajahnya bersih, dan dia bersalaman dengan pelajar lelaki lain selepas itu dia hanya tunduk kearah buku. Tiada langsung rasa ingin menoleh kearah kami pelajar perempuan yang lain.
Kelas pada hari ini tamat pada pukul 5.00 petang, tetapi kami menerima tugasan kumpulan. Nampaknya aku terpaksa bekerja dengan ‘mamat diam’ itu! Selain itu, Anis dan Badrul juga sekumpulan denganku.
“Bila kita boleh diskus tugasan kita” Tanya Badrul sambil memerhati kearah kami semua.
“Kita hanya ada 3 hari untuk siapkan tugasan ni, jadi boleh kita mula dengan bincang tentang pembahagian tugas malam ini?” Anis mencelah.
Aku dan mamat diam itu hanya diam mendengar.
“Amir, malam ni ok?” Badrul bertanya kearah mamat diam itu.. Oh, Amir namanya.Aku belum dengar lagi suaranya.
“InsyaAllah, tetapi pukul  berapa tu? Saya ada kerja sedikit dekat surau lepas maghrib nanti. Dalam pukul 9.00 malam boleh?”
“Ok kalau macam tu, jumpa dekat perpustakaan ya. Amira kau ok kan?” Anis menepuk bahuku.
Ya, fikiranku sudah melayang-layang. Penat sebenarnya. Aku hanya mengangguk setuju.
Bunyi ketukan di luar pintu buat aku terjaga dari tidur. Dengan malas aku membuka pintu bilik.
“Amira, eh kau tak siap lagi. Dah pukul 8.40 ni” Anis sedikit terkejut memandangku.
“Oh, aku tertidur, masuk la dulu. Aku bersiap kejap”
“Kau boleh solat? Kau pergi mandi dulu, aku mesej Badrul cakap kita lambat sedikit.”
“Erm” aku tak mampu nak berkata apa.
Setibanya kami di perpustakaan, Badrul dan Amir masing-masing sudah sibuk berbincang. Dan aku sedikit terpaku memandang Amir yang agak semangat menulis itu dan ini di dalam buku.
“Lama bersiap yer” Badrul memulakan bicara dengan agak sinis.
Kami berdua hanya tersenyum menutup kesalahan sendiri, kesalahan aku sebenarnya. Amir hanya senyum dan diam.
Perbincangan kami bermula dan aku sedikit kagum dengan Amir sebenarnya. Betulah pepatah “don’t judge a book by its cover”  Amir aku rasa sangat bijak, dan cara dia berbicara sangat yakin dan tenang. Dan apa jua idea yang keluar dari mulutnya sangat mengkagumkan aku. Aku serba sedikit rasa tertarik untuk meluahkan idea kerana mungkin ini tugasan Fizik, tugasan kegemaran ku. Setelah perbincangan kami tamat, bermula lah sesi perkenalan secara tidak formal antara kami. Dan aku seperti tidak percaya yang aku begitu meneliti setiap butir bicara Amir!
Aku dan Anis berjalan bersama pulang ke bilik.
“Mira, kau bukan senyap sangat dan aku suka idea-idea kau tadi” senyum Anis memandangku.
“Aku tak minat nak belajar dan aku tak tahu kenapa aku datang kesini” Ujarku terus terang kerana aku rasa Anis sahaja kawanku sekarang.
“InsyaAllah, ada hikmah semua ini. Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah” sedikit nasihat dari Anis masuk ke hatiku.
Sekejap sahaja masa berlalu, sudah sebulan aku di kolej ini, sekarang aku sering bersama Anis. Walaupun secara luaran personaliti kami bagai langit dan bumi, tapi aku senang bersama Anis. Dan yang paling aku takuti aku seperti mempunyai perasaan yang aneh terhadap Amir. Ya, aku akui aku tidak suka lelaki yang berkopiah itu pada mulanya, tetapi aku terasa ingin lebih kenal dengan Amir.
Bukan sekali aku mencuri-curi menghendap Amir dari tingkap bilik ku. Aku seperti dapat menghafal rutin seharian Amir. Sebelum azan berkumandang di masjid, aku akan melihat kelibat Amir berjalan kea rah masjid. Mujur masjid dekat dengan bilik ku.
Petang itu, kami diberi tugasan seperti biasa. Seperti biasa kami berempat menuju ke perpustakaan untuk menyelesaikan tugasan yang diberi oleh Puan Zuraida. Kami bertiga sahaja yang awal ke perpustakaan, menurut Badrul Amir lambat sedikit. Tetapi aku perasan akan buku Amir yang Badrul pegang.
“Eh, ni buku Amir. Boleh aku tengok kejap. Nak tengok nota tadi” dalihku kepada Badrul.
“Ya, ada nota tentang tugasan kita dalam tu, tolong cari kejap” Arah Badrul
Aku terus menyelak buku nota Amir, dan dihalaman pertama aku terbaca satu ayat
‘Ya Allah, aku memohon cinta-Mu, cinta orang yang mencintai-Mu, dan cinta akan perbuatan yang dapat mendekatkan diriku kepada cinta-Mu. (HR At-Tirmidzi)’
Aku terdiam. Amir sibuk mengejar cinta kepada Allah SWT, tetapi kenapa aku sibuk mengejar cinta terhadapnya?
Disebelah petangnya, aku dan Anis berjalan-jalan di taman. Selalunya aku lebih gemar menghabiskan masa di bilik, tetapi ku lihat Anis beria-ia mengajak ku keluar.
“Anis, boleh aku Tanya kau sesuatu” Tanya aku dengan nada yang rendah.
“Yer, tanyalah Mira. Kau macam tak biasa dengan aku kan” senyumnya.
“Kau pernah jatuh cinta?”
“Cinta? Aku memang tengah bercinta sekarang”
“Sungguh Anis? Dengan siapa?” soalku laju. Anis, aku sangat respek terhadapnya, batas pergaulannya yang dijaga, penampilannya bagai seorang ustazah tetapi bercinta? Aku agak aneh sebenarnya.
“Mira, kita ini orang Islam kan, Islam itu sebenarnya agama yang membawa matlamat cinta” jelas Anis.
“Aku tak faham la” jelasku
“Ya aku bercinta. Aku cinta pada Allah, aku cinta pada rasul, aku cinta pada negara dan aku cinta sesame manusia. Rasulullah pun ada menekankan dalam mendidik anak-anak daripada kecil kena diterapkan soal cinta. Dalam sebuah hadis ada mengatakan tanamkan diri anak-anak kamu cintakan Allah, cintakan Rasul, cintakan ahli keluarga Rasulullah dan cintakan membaca Al-Quran” ujar Anis panjang.
“Anis, kalau aku katakana aku sudah jatuh cinta kepada seseorang” ujar aku lambat-lambat.
“Susah sebenarnya untuk aku terangkan, kalau aku, aku akan bertanya pada diriku sendiri, sudah cukupkah rasa kasih dan cinta aku kepada Allah kepada rasul? untuk aku mencintai seseorang itu?”
“Tetapi macam mana aku nak elakkan perasaan itu Anis?” tanyaku
“Cinta itu fitrah Mira, perasaan untuk berpasangan dan bercinta adalah fitrah yang telah diberi oleh Allah kepada hambanya. Hendaklah cinta itu didasari kepada cinta akan Allah. Maksudnya cinta yang kita berikan kepadanya itu kita mengharapkan keredhaan Allah. Hampirkan diri kepada Allah”
“Ya aku rasa dia tak layak utuk aku. Dia baik”
“Mira, kau salurkan rasa suka itu hanya pada peribadinya, contohilah peribadi yang baik yang ada padanya. Jangan sampai cinta itu menodai kita. Bila kita melayan perasaan, syaitan akan memainkan peranannya dengan menggganggu hati kita untuk fikirkan si lelaki itu dari mengingati Allah”
Kata-kata Anis meusuk hatiku. Anis menambah.
“Dalam surah Al-Nur ada mengatakan wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik, dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik, semoga kita dapat memperbaiki diri kita kearah kebaikan, InsyaAllah kita akan mendapat jodoh yang baik Mira” senyum Anis.
Aku tidak mampu berkata apa-apa. Hanya linangan air mata yang menggantikan jawapan.
“InsyaAllah Mira, jodoh, pertemuan semua ditangan Allah. Berdoa banyak-banyak”
Aku balik dan cuba memuhasabah diri ku. Aku berterima kasih kepada Anis. Aku terlalu alpa dan lalai dalam mengejar cinta duniawi sehingga lupa akan cinta hakiki.
———————————————
6 tahun berlalu, aku sekarang bergelar guru di sebuah sekolah. Kehidupanku sekarang lebih terisi dan jiwaku semakin tenang. Ibu dan ayah dirumah sudah sibuk tentang bakal suami. Amir. Dialah lelaki pertama dan terakhir yang pernah aku jatuh hati. Aku hanya tersenyum mengingati zaman remaja ku. Lamunanku tersentak dengan panggilan seseorang.
“Mengelamun jauh nampak” usik Syikin guru kimia di sekolah ini.
“Tak adalah. Penat sikit. Bila cikgu Fizik baru nak masuk ya?”  Kekurangan guru Fizik di sekolah ini menjadikan aku sedikit terkejar-kejar kerana banyak kelas yang terpaksa aku masuki.
“Dah sampai dah pun. Aku ingat Ustaz baru tadi rupanya cikgu fizik” senyum Syikin yang memang suka berseloroh.
“Assalamualaikum” ujar suatu suara yang aku rasa pernah aku dengar.
Tersentak aku, Amir! Baru tadi aku teringat tentang zaman remaja aku, kini Amir muncul. Kecil sungguh dunia.
“Waalaikumusalam” Syikin dan aku menjawab perlahan.
“Amira?” tanyanya seolah agak terkejut juga.
Akhirnya kami sama tersenyum. Amir bakal mengajar fizik di sekolah ini. Banyak juga tugas yang perlu aku serahkan kepada Amir.
“Eh dah kenal, senang la kerja nanti” seloroh Syikin.
Amir seperti dahulu hanya tersenyum.
“Bolehla Mira tunjuk ajar sedikit apa yang perlu. Pengetua beritahu awak yang akan terangkan kelas mana yang akan saya ambil alih nanti kan”
“InsyaAllah, nanti saya terangkan”
Kedatangan Amir di sekolah ini serba sedikit menganggu aku. Aku agak kekok sebenarnya, tidak dinafikan ada sedikit perasaan yang berbekas dalam hatiku. Dan aku juga dapat merasakan situasi yang sama berlaku terhadap Amir. Walaupun kami saling mengenali, tetapi bicara kami agak terbatas. Suatu hari, aku ternampak surat di atas mejaku.
Assalamualaikum wbt,
Amira Humaira bt Hishamuddin,
Saya tidak pandai untuk berkata-kata, Juga tidak mampu mengarang ayat yang luar biasa. Hanya satu jawapan yang saya pinta. Sudikah awak menjadi bakal zaujah saya?
“Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu”
Bukan harta yang saya pinta, bukan juga keturunan yang menjadi keutamaan, bukan kecantikan yang menjadi idaman, tetapi kefasihan agama itu yang saya dambakan.
Maaf terpaksa mengutus surat, dan jika awak setuju, akan saya hantarkan wakil meminang hujung bulan ini. InsyaAllah.
Amir Redha b Ibrahim
Aku hanya diam terpaku. Menitis air mataku. Terngiang kembali kata-kata Anis dahulu.
“Kalau dah jodoh tak akan kemana”
Aku pulang kerumah berdoa dan beristikharah kepada Allah. Keesokannya aku hanya membalas suratnya dengan ucapan salam dan alamat rumahku dan menjemputnya hadir kerumahku minggu ini untuk diperkenalkan kepada orang tuaku.
 hakikat jodoh,kenal atau tidak itulah jodoh kita.Perempuan-perempuan yang baik utk laki-laki yang baik,laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik dan begitulah sebaliknya.Jodoh pertemuan kita sudah ditetapkan olehNya.Maka berdoalah untuk dapat yang terbaik kerana doa boleh mengubah takdir.


Saturday 12 November 2011

i love my ayah,i love my mak


Bila aku dengar lagu nie aku egt kat ayah aku...
kenangan 2005 di ulang tayang semula di minda aku.mana boleh aku lupa benda nie.Walaupun dah enam thn benda ini berlalu..
pagi 11 november 2005 ayah aku dijemput pulang ke pangkuan Ilahi setelah beberapa hari dimaksudkan ke hospital akibat menderita sakit buah pinggang.Belom puas aku merasai kasih sayangnya,ia pergi meninggalkan kami semua.Sedihnya hari itu.semuanya x disangka begitu cepat ia pergi meninggalkan kami.x sangka raya tahun 2005 merupakan raya terakhir kami bersamanya.Patut la ayah beria-ia nak amek gambar dengan mak.rupanya tu kenangan terakhir.sehari sebelum ia pergi sempat lagi ayah nyanyi lagu kat mak.lagu jangan tinggal daku..

tahun tu thn aku amek PMR.aku egt lagi ayah marah aku sbb aku tido kat meja study.ayah cakap
"dah abes peksa t tido la puas2"
argh..terkesan jgak teguran tu.ya la aku anak yang x boleh di tegur.aku rasa apa yang aku buat suma bt0l.tmbah2 lak aku x penah kena marah.rasa geram ja time tu...

masa hari 1st aku exm PMR,aku nangis kat dalam washroom.aku kluar ja dr blik air ayah aku cakap
"xpa,cek boleh buat punya"
aku cakap aku takot..ya la,usaha aku x ckup.aku banyak maen je time study.mcm mna ayah aku dapat twu aku ngs.sdgkan aku dah cuci suma sisa air mata tu.

masa results PMR aku dah kuar ayah dah xda dah.kalu dia ada aku rasa dia lah orang paling gembira sekali.ya la,anaknya dapat jadi best student sekolah.x perlu la aku cakap aku dapat bpa.tapi antara yang terbaik la.Allhamdulilah,ni suma berkat doa mak dan ayah.kalu ayah x marah aku dulu mungkin aku x jadi macam hari nie.tima kasih ayah,tima kasih mak sbb percayakan anakmu ini.sebab percaya kan anakmu ini boleh berjaya.

tapi hari ni ayah dah xda di cc aku.dah x boleh bg dorongan kt aku.dah x boleh doa kt aku mcm dulu2 lagi.aku jeles bila tgk org len ada ayah.aku jeles bila org len cita pasal ayah.aku?aku xdak cerita terbaru pasal ayah.aku rindu ayah.aku nak ayah aku kembali pulang.aku nk kucup tgn ayah,nak plok cium ayah.anakmu ini byk bt dosa dan salah dgn mu...andai lah masa itu dapat dapat di ulang semula,hari2 aku ingin bhgia kan diri mu.

arghhh...stop air mata.jangan nangis lagi.biar ayah bahagia di sana.Ya Allah,tempatkanlah ayah aku dalam kalangan orang beriman.ameen...

al-fatihah buat mu ayah

aku sdih saat  org laen gembira dengan tarikh 11/11/11

Friday 11 November 2011

cinta zaman sekolah vs cinta alam IPT

assalamualaikum...

hari ni tetiba ja aku rasa aku nak tulis tentang cinta.ntah,mungkin ia serasi dengan kita.yeah,mungkin ia sesuai untuk diketengahkan.remaja dan cinta mana boleh dipisahkan.klu terpaksa bercerai aku x tahu apa akan jadi pada remaja tersebut.

apa itu cinta?
~berkaple2
~kluar minum,makan,tgk wyg dan balik
~msg,chat,call,
~nangis2
~rindu,syg,cemburu,benci,dendam
~lastly,putus di twitter.haha..(encikmimpi punya lagu)

ketika En.Ishak tnya apa itu cinta?inilah jawapan diaorg.
cinta itu bersama hingga ke syurga~ini jwpn yang aku dengar ketika dalam klas pengucapan awam.
may be betol jawapan tu.ketika kita cinta seseorang itu kita ingin ia kekal selama2nya dengan kita,rasa nak kawen je ngn dia.betul x?dah nama cinta mesti la ada niat nak kawen ngn dia(klu gurl la)b0y aku x tawu..huhuhu

korang start bercinta masa bila???
cuba ingat balik...dah bpa byk ex korang..hehe..soalan yg agak sedikit kasar.
kalau pernah bercinta masa zaman sekolah dulu mesti korang tawu kan...haha.lawak r time dlu.
hari2 mesej,hari2 c0l.cakap apa pon aku x tawu..pas maghrib je bergayut.jadi monkey sat masa tu..(pengalaman kawan aku la)aku budak baek,x c0l...msg jek.atas alasan aku pendiam mana ckp byk.wakaka..prasan je dye.tp betol la diakui oleh org aku nie sdikit pendiam.cket je.x lebih2.jadi bising klu ad geng aku...:) xda kena mengena g d0k describe diri sendiri lak.hehe

masa tyme sekolah dulu nak g skul je msti msg
"awak,belajar rajin2 taw"
"jgn noty2 taw"
"bye syg,bye honey,pa ma"(wekkK..geli aku)

balik je skolah msg lagi
"macam mna sek td,ok?"
"makan x lg nie"
bla,bla,bla,dan bla...

malam msg lg
"awk bt apa nie?"
"x study ke?"
"nak study la nie"
pastu,msg la smbil baca buku.haha..msuk ke?baca ayat pertama,setengah jam pon d0k kt ayat tu lagi.
samp 2 3 pagi msg...last2 keje x ciap,g sek0lah tiru.sggup tulis kot koridor sbb keje x ciap.time nak msuk makmal kimia la nie.ckgu dy garang.dalam byk2 subjek kimia la homework yang paling ciap awai.klu x ciap maw kna lari pusing padang kot...(pengalaman gak nie)huhuhu

dan keadaan ini berulang2 smp la kita dah bowink,pastu buat la pangai supaya dapat alasan nk clash.mula la usha2 awek lain.cari gurl dahi licin la,berlesung pipit la,putih la,tinggi la...dan lain2 lagi(xdak idea la tu)hehe3
~kawan saya cakap"boy cepat boring"hurm...myb bet0i sbb tkang ckp tu pon b0y.

maka putus la hubungan rumeo dan juliet tersebut.

mula la,aku single sampai bila2,x caya dah kt laki,aku benci b0y,aku benci cinta...aku x percaya cinta,aku x percaya C.I.N.T.A(aku x egt sapa nyanyi lagu nie)meroyan la 2 3 mgu..bengkak2 mata.eksyen je lebih,selang lpas tu mula la dapat peganti.bak kata pepatah melayu"patah tumbuh hilang berganti","bunga bukan sekuntum,kumbang bukan seekor".
~macam ni la cinta monyet,cinta yang xdak matlamat~

tapi suma ni berubah bila korang dah masuk u,dah msuk IPT or IPTS
kenapa aku cakap mcm tu...?
nie jawapan dia..berdasarkan kaca mata biru aku melihat.wah,berbunga ayat aku.haha..
siyes2..ok,bla msuk u aku tgk org bercinta dah lain dah.
~dah x msg slu.dah x mcm masa zmn sek dlu.1 msg sekali sehari pon xdak
~c0l pon jarang
~jumpa pon jarang.bkn stakat jarang,dah x jmp trus.betapa busy nya mereka
~muncul pon kadang2 je.kadang2 sebulan sekali,2 3 bulan sekali.bla dah muncul tu Ya Allah,hepynya Allah sja yg tawu.rasanya tid0 pon smbil snyum.mandi pon smbil berangan2.2 jadi 1 jam mndi tu.x tawu nak cakap mcm mna rasanya hepy tu

aku x tahu alasan diorang apa,alasan buzy aku boley tima.ya la,sekarang masa kita nak kjar masa dpn.klu korang bercinta ngn budak arkitek,engineer,doktor korang tawu la.xdak masa lgsung utk kple.tido pon tido kat mkmal.haha..ye ke?aku dgr org cita je.aku xdak experience kat cinie..

jadi,hanya kepercayaan dan yakin dengan kple kita tu lah yg buat hubungan nie kekal.
di beri makan harapan,di beri mnum harapan dan kita kenyang dengan harapan tu.hehe..apa yg buat utk kita bertahan"aku x maen2".masih segar dalam ingatan perkataan tu...(pengalaman kawan baek aku la..bukan aku)sebab perkataan dan janji itu lah yang buat kawan aku nie kuat,setia dengan kaple dy walaupon dy x tawu apa2.yang dy tawu tunggu dan tunggu.penghujungnya nanti ada kek orange menunggu...hehe3

x sama kan cinta masa sekolah dengan alam u?
x sama mungkin sebab kita dah besar kot...seiring dengan peningkatan usia kita cara bercinta pon dah x sama la kan.dlu romantik skg x dah,dlu jiwang,skg x lagi,dlu garang,skg dah lembut cket...
 tapi suma nie boleh jadi sama klu kita duduk dekat,bercinta dengan budak yg sama u dengan kita,sama kos ngn kita,sama klas maka suma nie boleh jadi mcm zmn sek dlu.terpulang la utk kita mengatur cara hidup kita.it's all about your mind.

bila dipikir semula rasa bodohnya aku masa dulu,jahilnya aku..tp kadang2 rasa lawak pon ad egt cinta zmn sekolah dlu.haha..bla tgk bdk sek skg nie yg tergedik2 menceritakan perihal bg/gf diorg egt la kita msa dlu.."aku dlu pon mcm tu".haha..
buat adik2,x yah la cinta zmn sek.buang masa tido je(ye la sggup msg smp x tdo,hsilnya boy or gurl tu x jd pon suami or isteri kita),buang kedit sbb msg or c0l dia,buat dosa sbb kdg2 kita tipu mak ayh kita nk g kuar date tu..ckp nk g laen tp g laen kan.dan benda paling rugi adalah KITA MENGGADAIKAN MASA DEPAN KITA UNTUK MENGEJAR SESUATU YANG X PASTI.klau korang kejar spm dah konfem2 9A dalam tgn korang.klu kjar cinta x dapat apa2 kan.yg dapat perjuangan yg sia2.jadi,jgn biarkan spm korang terbakar dan cita2 korang hangus hanya kerana cinta.cinta tu x bwak kita ke mana2.

p/s aku*org ckp hargai masa zmn kegemilangan kita dlu(yakni zmn sek)sbb dah msuk u jd zmn kejatuhan kita.sbb dah x popular.haha..pssst...jgn ikut.just suka2 ja*


Monday 7 November 2011

k0rban raya...awuuuuu

Rasanya x terlambat lagi kot aku nak wish Selamat hari Raya Aidiladha buat sesape je la yg beragama Islam.hari nie bwu raya ke-2,so awl lagi la kan.Raya aji kan 3 hari je...hehe3

hurm...meh aku nak story mory cket.aku x balik rya aji thn nie.maklom la aku duduk kt oversea.hehe..poyo giler.yeah,oversea gak pa,nk mai cnie kna langkah jmbatan pulau pinang dlu,p butterworth amek budak2 ctu nek bus.haha...slunya x pon bab aku nek bus dari sik trus kl.klu blk naek bus lain bwu g butterworth.

Niat nak rasa smbhyg raya kt cnie mcm mna.Owg ckp foreigner jadi imam,so mcm dok luar negara la.nk rasa sayu tu mcm mna,syahdu nya pagi raya tu mcm mna.Tp x bley rasa gak.HuwaaaA...aku terkilan.Nie kes tggu bus x mai2 la nie..dia mai time owg dah abes smbhyg raya dah.huhuhu...

ubah plan,kitaorg g the mines la.awai kot pkoi 9 pg g.mines pon x bkak lagi..haha..(plan mmg nk p pon).so pose2 la dlu kt mines resort tu.ye ke tu mines resort.aku pon x tw.yg pasti ad downtown kt dpn resort tu.bergambar2 smp aku skit kpala sbb tyme tu pnas trik lak.koi 10 skg mcm pkoi 12 tgh hri..mna la ley thn..aku x ley kna chy matahari yg terlalu trik(aku kan puteri lilin).hehe3

lepas g kodek2 hp kwn aku yg bwu beli ngn aku jmaat hari tu..ceh,nak cita aku bli hp la ni.hehe..yes,aku bli hp bwu.s0ny gak..bwu ke?kluaran agk lma gk la.tp aku bwu bli kira bwu la.hehe3..model apa?shhhh...rhsia ati mna ley g taw.haha..tp bkn cybershot la.tu hp lma aku.kdg2 rasa nyesal lak aku bli yg bwu.hp lama aku dok elok lg.owg kdah ckp d0k comey m0lek g..aku pon x tw napa aku ley bli.aku terbekenan kot..huhu...sbb nk rasa gk gna touch screen..heeee..pastu kna berleter la ngn King n husna idris..mengalah kan mak nenek.mak aku taw konfem2 aku x kna mrh.hehe..(x besa kna mrh)tu lemak tu...nie la korban raya aku.mlayang hmpir 500 km..ringgitan..huhu ;( sbb x blk raya la jd mcm ni.

alasan x blk raya:
1)dah blk dah time cuti mid sem.mggu lpas ja.xkan nk blk lg mggu nie kan.membazir..bli hp bwu x mmbzir ke?dushhh..
2)aku x ska duduk lama2 dlm bus.berkerutu pungkok aku weh..nak nek flight x reti.hohoho..(bila aku nk blajaq nek flight nih?ad x org nk tlg ajarkan...?sila angkat tgn mcm saya =P

nie la alasan aku x ley blk raya...

okeh,kita smbung story lagi.masa kuar bli hp tu aku tgk cita alamak toy0l.hampeh,x bes lgsung..taw la komedi pon.tp jgn la wat komedi cam x jadik tu..pusing2 jln cita dia sama ja.nk ajq mncuri.t0yol tu kan x pndai mncuri..bohsan.

smlm lak aku tgk shark night...waahh..bes..sbb nya aku x td0 tyme tgk tu.slu nya cita bi aku tdo ja.hehe3.walaupon niat asal aku msuk wyg nk pejam mata ja atas alasan aku skit kpala..tp x jadi la.cita tu saspen.aku ngan kawan aku ja dok menjerit ciap tutup mata lg.(bukan cita hantu pon)cewi lbih..haha..tkot r.org len lantak la.sapa suh x mo jrit.haha..aku jrit lpas tension asgment x ciap.wakaka..klu tgk cita antu mcm mna la jdinya.agak2 mlambung x popcorn atas kpala org.haha...psssttt...aku x tgk cita antu.bertahun aku nak dpt lpa muka antu tu..huhu

lastly,aku g nilai.umah makcik zila kawan aku.g beraya..yeay...dapat mkn lemang.my feveret uhhh,,,nyum2

sekian,tamat la cita aku dengan nak g mkn lemang yg mkcik dy bekalkan utk kmi...ayuh,j0in skali der :)


Wednesday 2 November 2011

kerana itu takdirnya

Takdir kadang-kadang mempertemukan kita dengan sesuatu yang tidak diundang, memberi apa yang tidak dirancang, memaksa kita mengalirkan air mata kesedihan serta membuatkan kita rasa kehilangan. Namun takdir juga menerpa kita dengan erti perkenalan, menyulam erti kasih sayang, menanam erti persahabatan, menghadiahi kemanisan dalam kegembiraan, menyemai benih keakraban,serta memberi peluang menilai siapa sahabat siapa kawan dan siapa sekadar kenalan yang mengisi ruang dalam episod kehidupan...

Dan kerana takdir juga aku hilang seseorang yang aku panggil "kawan".Aku x salahkan takdir kerana apa yang berlaku  telah tersurat di loh mahfuz.Dan setiap yang tertulis pasti akan berlaku.Dan kerana itu seseorang yang selama ini selalu bercakap dengan kita,selalu bergurau senda dengan kita,selalu ambil berat tentang kita mengistiharkan perang dalam keamanan.

Ya,aku x tahu di mana silapnya aku,ya aku x tahu di mana salahnya aku...
"ang kecik ati ngan aku ka?"
"x..."
"abes tu?ang majok ngan aku ek?"
"x...xdak apa pon"

kalau xdak apa kenapa x cakap ngn aku?
kenapa x tegur aku?
kenapa x senyum ngn aku?
kenapa x tgk muka aku?

arghhh...persoalan yang tiada jawapan...
biarlah masa yang tentukan suma ini.

 bagi aku setiap mnit itu amat berharga.
terlalu berharga.kadang2 apabila dah abes alam belajar masa itulah kita ingin kembali semula ke masa tersebut...itu pon kalau doremon bagi kita pinjam poket dia yang boleh bagi  kembali ke masa silam...tadaknya dy nak bagi kita pinjam.ruginya..terlalu rugi kerana masa itu x akan kembali.jadi,aku mohon hargailah setiap apa yang kita ada.kenapa kita perlu bermasam muka?kadang2 kita perlu jadi tamak utk bahagia...sekarang aku tamak utk ang cakap ngan aku semula.

xkan la aku nak p sekat ang tgh jalan tnya kenapa x cakap ngan aku?
come on la,aku gurl...gila kot..aku buat macam tu...
bukan sebab aku ego,tapi sebab aku seseorang perempuan.

aku terima kalau itu takdirnya.mungkin takdir kita bercakap hanya 2 semester 6 minggu.
minggu ke-7 sem 3 ang x mo ckp ngn aku dah kan...?aku tima..

satu je...kita org Islam"x boleh x ckp lebih dari 3 hari"kalau x berdosa...x takut ke..hr nie dah hr ke-3




Tuesday 1 November 2011

kelas sosi0linguistik:hidup sengsara dengan matematik

malam ni aku mnulis lagi..sbbnya aku xda idea utk buat asgment aku yang menggunung tingginya bagai gunung everest...rasa macam terlalu tinggi lak metafora aku nie.hihi..so aku rendahkan cket la..setinggi gunung jerai dah la..haha..boleh la kan..?

dari petang tadi lagi aku buka lappy tp kerja aku x terbuat...kenapa idea aku x datang2..ke mana ia menyinggah pon aku x taw...

jadi,aku pk aku nak menulis,

ni apa yg aku dapat masa dalam klas td,"hidup kita akan sengsara dengan matematik"
bet0l atau tidak?
setuju atau tidak?
terpulang lah kepada kita untuk menilainya...

bagi aku,ya..kita sengsara hidup dengan matematik.apabila semua perkara kita inginkan ketepatan,apabila semua perkara kita tidak boleh bertolak ansur maka jadilah ia matematik yang mempunyai nilai tambah,tolak,darab,bahagi dan lagi sengsara apabila ia melibatkan matematik tambahan.hehe...betolkan kita terseksa apabila masuk klas mat tam...klu org mcm aku la.mst sengsara punya.nmpak nombor ja aku sakit kpala.hihihi..mental block...aku yg block matematik dalam live aku.matematik x salah pon dalam hal nie...(tgk,aku back up ko lg matematik)tandanya ko ad lg la dlm hdup aku..hehe3...

kita x blh hidup dengan matematik.kita kena hidup macam air laut.
knp?
air...air bebas bergerak.dia boleh duduk di tepi,tgh,hujung..mana2 ja dy bisa duduk dan boleh asalkan dia bertolak ansur..hmm..aku pon pening dengan apa yg aku tulis nie..

2014?
adakah ini MATEMATIK?adakah aku sengsara?
jawapan aku : x...saya x sengsara.sbb ini adalah kehidupan.bahagia bkn satu tujuan tapi ia satu perjalanan.untuk mulakan sebuah perjalanan kita perlukan tujuan supaya kita x tersesat arah,x dilambung ombak.

cinta itu lahir dari hati,ia boleh hilang
kasih sayang lahir dari fikiran,jadi ia kekal...
cintailah aku seadanya...

Dengarlah rayuan hatiku...

Ya Allah,
aku mohon padaMu,
dengarlah rayuan hatiku ini,
berikan aku kekuatan utk aku harungi hidup ini...
aku semakin lemah,
aku semakin sesak,
berikan aku ketenangan,
supaya aku boleh jalani hidup dengan riang,
kembalikan semangat aku ya Allah,
ku mohon padaMu,
ku sujud padaMu