Sunday 29 April 2012

Mohon diberi rezeki tatkala kesempitan


"Dan tiadalah sesuatu pun daripada makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semua itu tersurat di dalam kitab (Loh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat) yang berkenaan." - Surah Hud:6


Menurut Hadis riwayat al-Hakim dan al-Tirmizi daripada Zaid bin Aslam r.a, beberapa orang sahabat Nabi daripada keluarga al-Asy'ariyyin yang baru sampai daripada perjalanan berhijrah merasa lapar. Mereka mengutuskan seorang dari kalangan mereka untuk mendapatkan makanan daripada Nabi S.A.W.


Apabila para utusan kaum tersebut tiba di rumah baginda Rasulullah S.A.W, beliau mendengar baginda Rasulullah S.A.W membacakan ayat ke-6 daripada surah Hud ini. Utusan tersebut pulang semula kepada keluarganya dan tidak jadi meminta makanan daripada Rasulullah kerana berasa yakin dengan doa yang dibaca oleh Rasulullah.


Setibanya beliau kepada kaum keluarganya tanpa diketahui kaum keluarganya , datanglah dua orang lelaki membawa roti dan daging untuk mereka. Walaupun mereka telah menikmati makanan tersebut sepuas-puasnya masih banyak lagi baki yang tnggal. Akhirnya mereka meminta agar diberikan kepada Rasulullah S.A.W untuk diagihkan kepada orang lain yang memerlukan makanan.



Selepas itu mereka bertemu dengan Nabi dan mengucapkan terima kasih. Rasulullah S.A.W menafikan penghantaran makanan itu.


Sahabat yang merupakan utusan keluarga tersebut akhirnya membuat pengakuan yang dia tidak meminta makanan daripada Nabi Muhammad S.A.W. Rasulullah S.A.W kemudiannya menyatakan itulah dia rezeki Allah yang Allah janjikan buat makhluk-Nya. (Tafsir al-Qurtubi, al-Durrul Manthur, tafsir ayat ke-6 surah Hud)


Alhamdulillah, maka marilah sama-sama kita amalkan doa ini dan jadikanlah ia doa amalan harian agar kita sentiasa dilimpahi rezeki Allah S.W.T terutama ketika kesempitan. Tetapi perlu juga ingat bahawa doa semata-mata tanpa usaha dan tawakal adalah tidak berguna. Wallahualam.


Sumber rujukan: Buku 101 doa Para Nabi dan Rasul dalam al-Quran oleh Ustaz Haji Zahazan Mohamed


- Artikel iluvislam.com

Saturday 28 April 2012

Hari ini, Saat ini



Hari ini, saat ini, aku bebaskan kamu. Pergilah, terbanglah...


Kupu-kupu ini tak akan lagi bertenggek di tepi emel, 
Kupu-kupu ini tak akan lagi singgah di rumah FB mu,
Kupu-kupu ini tak akan lagi mendail nombor hpmu,
Kupu-kupu ini tak akan lagi muncul dalam hidupmu.
Kupu-kupu ini ucapkan selamat tinggal pada hati yang dulu mengharap
 kini Kupu-kupu ini berserah,
Berserah segala-gala kepada yang punya milik.

Wednesday 25 April 2012

Jangan Mengharap yang Sempurna

Bismillahirahmanirahim.Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Mulakan setiap aktiviti kita dengan membaca basmalah supaya kita mendapat keberkatan dalam menjalani kehidupan harian.


Sebagai manusia aku akui setiap daripada kita mengharapkan kesempurnaan. kita mengharapkan semua perkara itu sempurna dan cantik di mata kita.


Dan disebabkan kita inginkan kesempurnaan itulah tanpa kita sedar kita sedang merencanakan perkara yang rumit dalam hidup kita. kita mengalukan kedatangan masalah dan mengucapkan selamat datang kepada En. M yakni En. Malas. Kehadiran tetamu yang diundang tanpa disedari itu bakal mengundang masalah besar kepada kita. Ya,En. M akan membantutkan idea kita, perancangan kita dan mungkin masa depan yang kita harapkan indah bagai pelangi di kaki langit musnah begitu sahaja.


Tahu kenapa?


Jika kita inginkan kesempurnaan, kita pasti akan membuat semua perkara mengikut langkah-langkah dan arahannya. kita takut untuk menyeberangi Sungai Perak kerana bimbang di situ adanya buaya. Gila apa, sapa suh seberang Sungai Perak? aku pun tak nak. Kerajaan dah bina elok jambatan nak gi berenang buat pa? =P 


yeah,jangan mengharap yang sempurna. Jika kita punya assignment yang banyak dan tak tahu nak mula dari mana, buatlah yang senang dulu. Contohnya, selalunya orang akan mempunyai masalah untuk membuat pendahuluan (macam aku nie), so janganlah buat pendahuluan dulu. Anda boleh mula buat dengan membuat kesimpulan dan di situ idea akan bercambah,berkembang dan berbunga lalu sang rama-rama terbang riang di atasnya sambil menghirup udara segar. Percaya atau tidak cubalah dahulu. Hidup tak perlu skema sangat walaupun kita tahu hakikatnya orang skema akan berjaya. tapi kalau dah tak boleh tu tak payah la gagah. Agak-agak la der.  gaya kita tak sama dengan orang lain.


Kenapa aku cakap bila kita terlalu mengharap untuk sempurna lama-lama penyakit malas yang datang?


Sebabnya, sudah tentu bila kita mengharap kesempurnaan tetapi kita tak dapat mencapainya kita akan putus asa dan lama-lama perkara yang asalnya semangat membuak-buak akan hilang.


Biar tak cantik pada awalnya,biar bahasa kita tunggang langgang, asalkan rajin dan berani mencuba kita pasti akan berjaya. kejayaan sentiasa ada di depan kita, cuma kita yang tak nak mengejarnya kerana kita takut dengan bayang-bayang sendiri.


jadi, pesanku jangan mengharap yang sempurna, Begitu juga dengan cinta kerana cinta itu untuk saling melengkapi. Jika dua-dua sempurna di mana lagi untuk kita tampal plaster luka.hehehe.


Salam.

Monday 23 April 2012

where's my spirit

Where's my spirit???


down ja akhir2 nie...


x taw napa?tapi itu yang aku rasa...


untuk mengembalikan semangat aku,aku perlukan ini...hehehe

blurpP,alhamdulilah.saya sudah kenyang.Thanks sebab belanja saya ;J



Dah pekena KFC aku teringin nak makan yang ini lak,terasa kat hujung2 lidah ja. So, aku kena kluar tapi yang ini bayar sendiri,makan tak abes lak tu...ruginya..(yang aku tawu sejak 2 minggu aku datang UPM lepas cuti midsem selera aku nak makan dah hilang. i dont know why. asyik makan x abes ja..;(


susah hati la,nanti berat turun. kucing parsi mana boley kurus nanti x comey.hahahaha




dah dapat kan semua yang aku nak makan,so,bangun Kaisara (sambil tepuk2 bahu kiri) buat assignment yang tertangguh tu..huhuhuhu


p/s : plez Kaisara,pulun kaisara,nak dapat biasiswa untuk sambung master perlukan 3.75! 

Thursday 19 April 2012

Hadiah Ulang Tahun

Sebatang pen
Berdakwat biru
Hadiah ulang tahun
Pemberian mama
Untuk aku merencana masa depan
Di atas sehelai kertas
Agar seindah warna pelangi.




Qaseh Kaisara
19.04.2012.

Wednesday 18 April 2012

kini aku mengerti...

♥ Jika RINDUKAN SESEORANG , PEJAMKANLAH MATA dan UCAPKANLAH :


" Ya Allah Aku rindukannya keranaMu Ya Allah , Jauhkanlah daku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu . Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia..


✿~ Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..
✿~ Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..
✿~ Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..


p/s : Terima kasih ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini..terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia..♥♥"






Ber"couple" itu Haram. ^^




~kini aku mengerti~


Ya Allah,aku mohon bawa dia jauh2 dari aku dan kembalikan dia semula kepadaku jika dia ditakdirkan terbaik untukku,keluargaku,agamaku,duniaku dan akhiratku dan berikan hatiku redha dengan setiap ketentuanMu.Ku mohon lagi padaMu ya Rabb,damaikan hatiku,jauhkan perasaan syak wasangka aku terhadap dia dan pimpin dia dan aku di atas jalanMu.Ameen.

Sunday 15 April 2012

Extend?yes?No???

Yeah,cuti Mid Sem sudah berakhir dan jiwa kacau mula melanda bagaikan tsunami.
Arghhhh....lari,lari,lari....UPM tsunami,UPM banjir.Banjir dengan assignment.Banjir-banjir.Lari-lari...

Andai aku punya pilihan untuk hidup senang,aku tak akan pilih BELAJAR.Tapi aku tak punya pilihan melainkan belajar kerana itulah benda paling senang dalam dunia.

Aku tak suka belajar.Gila weh sapa cakap dia suka belajar.Tapi aku kena buat walaupun aku tak suka belajar.Tension arrrR.

Sekarang,

aku ada satu kata ja.EXTEND!

Dan itu adalah jawapan bagi fikiran yang tak waras.

Adakah aku tak waras sekarang???

Tepuk dada,tanya minda,tanya hati,tanya imam.

Sunday 1 April 2012

moh2...ke UPM

Jom2...kita jalan-jalan di Bukit Ekspo UPM.Aku suka tempat ni.Cantik.Hujung minggu aku selalu la g situ.Boleh usha2 orang joging.Boleh cuci mata.hehehehe...(merepek je)




 UPM kaya dengan pokok asam jawa.So,sapa2 yang suka makan asam xpayah risau la...hehehe...petik ja di situ.Cantik tak model pokok asam jawa tu?hehehe...
Buah anggur pun ada di UPM.Perfect la UPM ni kira.hahahaha....Korang caya ke ni buah anggur?hmmm...sebenarnya ni buah grape la.hihihi...(aku pun x tawu ni buah apa)