Saturday 19 September 2015

Hutan Royal Belum

 
 
 
 
Sementara nak tunggu mood menulis tesis aku mai, meh la aku bercerita tentang aktiviti riadah yang aku dan kawan aku lakukan lepas hari raya hari tu ok. kalau cakap dekat lect "Dr, saya tak dak mood la nak menulis hari ni" memang kena hiris la dengan kata-kata dia yang tajam lebih dari mata pisau. "kalau tunggu mood tu mai, sampai ke sudah tesis hang tak siap!"  tapi aku still tak terhiris sebab mata pisau dia tumpul kot.hahahaha

seminggu lepas raya hari tu aku & best friend zaman sekolah aku dan still sampai sekarang pi terjah HUTAN ROYAL BELUM! hoyeah! tau ke hutan tu kat mana? nanti hangpa google la eh kalau tak tau. Aku jumpa pasal ni sebab faiz dickievp yang review instagram mengenai aktiviti cintakan alam ni. nanti hangpa boleh tengok kat belum.konspirasi. memang cantik2 gambaq yang dia post sampaikan hangpa akan terjebak nak ke sana. tapi seriously hangpa akan enjoy kat sana. aktiviti dia pun best!

aku pi sana 26-27 hari bulan Julai 2015. aku pi berhantar dan berjemput. mencabar sungguh kan? backpacker berdriver. hahahaha. Ooopss..nanti abang ipaq aku terbaca dia terasa lak. sungguh dia abang ipaq yang sangat2 baik. tak dak dia kat umah aku, rasanya akan jadi haru biru. ni aku nak balik raya haji ni dia balik raya kat Melaka, kampung halaman dia. mak aku dah pening sapa nak ambik aku kat bus stesen nanti. sampai dah la tengah2 malam. kalau abang2 aku yang lain buat keputusan tido malam raya kat umah mak aku tak pa la. Tiba2 rasa nak bersuami ar kalau susah cenggini. eyh? hahahaha. mudah2an jodoh yang ditakdirkan Allah untuk aku tu menjelmakan diri dia dengan cepat. aaminn... :)

kami tidoq kat dalam houseboat ni la



aku tak ingat dalam houseboat ni ada berapa bilik. tapi masa aku pi hari tu muat 40 orang la. ada yang pilih nak bilik 2 orang, ada bilik 3 orang dan ada bilik 4 orang. aku pilih yang 4 orang. lagi banyak kenal orang, lagi banyak yang kita akan belajaq dan temui. ada juga yg pilih open air. maknanya depa bawak khemah dan tido kat ruangan atas sekali tu. best kan angin malam2 sejuk ja. tapi sayang malam tu hujan, niat depa nak tido berbumbungkan langit tak kesampaian. kena tido kat ruang makan bawah. hihihihi. oh, lupa nak bagitau pulak, pakej yang aku pi hari tu pakej istimewa. RM200 ja untuk 2 hari 1 malam.

Hari Pertama

Aku sampai kat jeti tasik banding ni dalam pukul 8 lebih macam tu. Pukul 9 pagi kami kena berkumpul. lambat kena tinggai. hahahaha. jauh jugak weh dari jeti ni nak masuk ke kawasan Royal Belum. hampir2 pukul 12 tengah hari kami sampai ke border Royal Belum. depa buat border rasa macam letak botol-botol putih tu. kawan aku ke aku yang cakap tau "ni kawasan depa bela ikan ni". confident ja cakap. sebenarnya tu penanda kawasan kami dah masuk dalam kawasan tasik Royal Belum.hahahaha. 

lepas kami semua dah makan tengah hari. sedap betui depa masak tapi aku tak ingat dah menu apa. tapi siyes sedap depa masak. gambar makanan pun aku lupa nak ambik sbb bab makan aku makan dulu baru ingt nak ambik gambar. hihihihi. dah kenyang semua kami melawat kampung orang asli. kampung Seri Wangi. kecil ja kawasan perkampungan ni. ada beberapa orang penduduk ja. 

nak ke perkampungan tu kena panjat guna tali. sebab tangga tanah hilang dihakis air.  

ni antara-antara mereka di situ. depa sedikit takut ngan kita. tapi kalau hangpa pandai pujuk, hulur gula2 sikit boleh la hangpa bergambar ngan depa. aku nasihatkan nanti kalau hangpa ke sana bawak2 la makanan utk depa. buat amal sedekah sikit. hari tu aku tak terpikir langsung nak bawak apa2. sampai kat atas houseboat baru depa ada sebut2 pasal ni. lain kali aku kena lebih prihatin sikit dengan tentatif program.

depa tunjuk ajar main sumpit. aku tak try sebab tiup belon pun ayaq liuq yg penuh dalam belon. belon tak kembung jgk.kekekeke

antara orang kuat kampung Seri Wangi

Dah puas berkenalan kami pun nak beransur balik. kita selfie ramai2 dulu. ada yg berkenan dgn jejaka hot ka? ada seorang tu mula2 dia melangkah masuk dlm houseboat aku terpegun. "eh, dia ni kawan aku ka? muka sama. setelah lama menilik, aku prasan dia cerah sikit. kawan aku gelap banyak.hahahaha" dalam hati ja la ckp. cakap kat dia nnt orang cakap aku pick up line plak kan :P

meh la kita turun naik ke houseboat balik utk aktiviti seterusnya.
seterusnya. soooo skema guna penanda wacana. hahaha. ok kita nak pi tengok bunga pakma or rafflesia.  betul dah kot eja tu kan. 

nak tengok bunga pakma kena naik boat kecik. sebab dia kena melalui sungai kecik

Sungai kecik tu nama dia Sungai Kooi.

sementara nak tunggu geng2 lain sampai, kita bergambar dulu ok? tu bff aku dr zmn sek menengah sampai la sekarang. tu jgk bff kaki jalan aku. ajak pi mana suma dia akan ikut. hihihi

tengok lecturer2 ni kaki selfie. kenal dkt atas boat royal belum ni lah. smpai sekarang stil contact2. ajak berjimba. hahahaha. depa ting tong mcm kami gak walaupun pangkat akak2 tapi tak nak dipanggil hakak.hahahaha
minor trekking utk ke bunga pakma. sila hayati keindahan alam hijau.

tak tau nak tulis caption apa.hee

masalah engineer pokok. jumpa pokok apa pun depa kenai.

yeah. dah nak sampai air terjun sg.kooi. tapi masa ni air tak laju. maksudnya air sikit.



nampak air kenapa kita rasa happy?

panjat sikit lagi hangpa akan sampai ke sini! yeay! tapi sayang bunga pakmaku tak kembang. kucup semalu-malunya menyambut ketibaanku. sob3


ok lah, dah banyak aku berkelahi dgn keyboard hari ni. dia cakap dah2. taip tesis plak. kita sambung nanti pulak ok. dah turun2 dari bunga pakma. aktiviti petang hari tu terjun tasik. ho ho horey. nanti aku cerita.

Sunday 13 September 2015

BUkit Broga

Assalamualaikum...

Dalam kesibukan menaip FYP, tetiba aku teringat nak tulis pasal bukit Broga.
Jom,,, 

Semalam aku dan classmate aku mendaki bukit Broga. Dalam pukul 5 lebih kami bertolak ke sana. selepas solat subuh kat sebuah masjid kami teruskan perjalanan dan sekitar 6.30 pagi kami sampai di destinasi igauan selama ni.hihihi..

dah buat warm up dan berdoa kami mulakan langkah pertama...
huhuhuhuhu..mak aih jauhnya. jalan sikit dah penat. tapi aku kuatkan semangat. selitkan di hati niat beribadah kepada Allah. mintak Allah kuatkan rohani dan jasmani aku. Melihat alam kan dapat menenangkan fikiran. betol x? sesuai la kan..aku ni kan dalam proses untuk bersihkan hati dan fikiran dari titik-titik hitam. mudah-mudahan dengan cara menghayati ciptaan Tuhan dapat bersihkan hati aku untuk terus menjadi insan positif.

Kaki ku angkat dan teruskan mendaki. tak sukar mana jalan dia...macam masuk hutan lah..hihihi. berpeluh badan aku..agak-agak turun bapa kilo ek?hihihi...
steady ja orang yang bawak budak kecik...steady lak tu budak2 ni naik bukit.hebat r..tapik spring kat depa..hati ni berbisik lagi.." nanti nak ajar anak aku lasak jugak lah. supaya depa tabah dan berani menghadapi cabaran."

Alhamdulilah, dekat2 7.30 pagi aku sampai di kemuncak bukit Broga tapi puncak yang 1st la..
Subhanallah,,, cantiknya ciptaan Allah. indahnya suasana pagi di atas bukit. sejuk dan nyaman udara di sana...

terdetik di hati. "kalau king naik mesti dia suka. dia cintakan alam. tempat ni sesuai untuk dia. nanti aku nak naik lagi, tapi dengan king." :)

bila dah sampai satu tahap mesti kita nak pergi lebih jauh kan,,, so aku kuatkan kaki untuk pergi ke puncak yang kedua lak...waaaa....cantiknya...posing sana, posing sini cikit...dah la.x mau amek pic lagi...aku mana pandai pose...kayu ja.tegak macam nyanyi lagu negaraku.hik3...
bes ja aku tgk org lain posing dengan pelbagai cara.aku? just batang kayu. ;(

setelah puas, kami semua pun turun. cabaran la nak turun..rasa macam curam ja laluan dia n lutut aku pon dah lembut..rasa macam x boleh nak jalan dah..rasa nak nangis...huwaaaA..ada keta kable kan senang..senang aku nak turun...=P

akhirnya,,,selamat sampai di tanah yang rata..

kami p mandi kat sungai tengkala lak..beriadah di situ.aku bukan mandi pon sebab malas nak renyah2 bawak baju lebih.so tengok orang mandi ja la..kalau tak boleh mandi sambil main hujan. hujan kan bes..ingat waktu kecik2 dulu.pantang hujan n mak ayah tak dak kat umah inilah peluang.aku, abang n adik akan keluar mandi hujan sampai demam la selalunya..rindu r nak balik umah..sob3 ;(

ni aku upload cikit pic kat sana...
                                                  nampak tak ranting kayu?hihihi

ok..cukup2 suda...jumpa lagi...

tapi saya sayang diri saya,,,walaupun saya hanya sebatang ranting kayu ;J
(ayat ntah pa2 bak kata king saya)hihihi


Broga Hill


"Alam luas terbentang jadikan GURU"


Semalam aku panjat bukit broga sekali lagi. fulamak, macam ada kenduri kat sana. punya ramai orang. parking keta pun penuh. untung tuan tanah kat situ. tak payah kait kelapa sawit dah. buat duit dengan tiket parking ja. aku pi sana dalam pukul 8 lebih sampai. masa tu orang dah banyak turun dah. aku baru nak naik.

masa aku tengah warm up, terdengar dialog ni

"Rule number one. JANGAN SANDAR DALAM KERETA."

Punya kejam undang-undang dia. aku pusing belakang tengok, patut la pun. badan basah peluh macam lepas mandi kat atas bukit tu.

aku dan kawan aku pun mulakan langkah kami dengan bismillah mendaki bukit broga. tengah-tengah nak naik tu terjumpa orang dipapah. mungkin dia kejang kot. jalan lagi, terjumpa orang didukung pulak. nampak dia macam meronta-ronta. mungkin histeria kot. nak tanya kawan, tapi takut. takut aku pulak disampuk nanti. jadi, diamkan saja persoalan itu. terus fokus mendaki BROGA. 

Trek dia biasa-biasa saja. tapi agak mencabar masa nak sampai puncak satu. mencacang jugak. tapi tak macam gunung datuk. urm..bercakap macam pernah pi gunung datuk tu kan..itu berdasarkan pemerhatian aku la.

arghhhhh!!!! rasa nak jerit. nafas rasa macam nak putus. sesak dada. rasa nak termuntah. selama ni aku pelik kenapa orang asyik nak muntah ja bilik naik bukit. kemaren aku dapat jawapan dah la. bukan sebab tak makan pagi. tapi sebab terlalu penat sangat. tak boleh jadi ni. aku kena duduk jugak. selalu aku tak akan duduk sebab aku takut stamina aku down bila duduk. tapi kali ini terpaksa. kalau tak aku pitam. lutut dah makin lembik. aku duduk dan bila nafas aku dah makin ok, aku teruskan pendakian. sebenarnya aku duduk tu dekat dah nak sampai. tak sampai 5 minit pun.

bila kaitkan proses pendakian itu dengan kehidupan, ya, susah dan sakit utk berjaya. perit untuk kita dapatkan apa yang kita nak. tapi itu proses utk kita capai matlamat kita. penat, letih, rasa nak teriak. tapi bila dah sampai kat atas puncak segala kesakitan itu hilang. lupa segala rasa yang kita lalui kat bawah tadi tu.

dan bila dah sampai kat atas sana. Subnallah. cantiknya view kat bawah. walaupun jerebu tapi stil cantik permandangan yang aku nampak. tambah-tambah angin sepoi-sepoi bahasa menyambut ketibaan kami. ceh!

so ambik la gambaq byk2. tapi sedih handphone aku tak dak. tumpang handphone orang ja.huhuhuhu.jom la berhuhuhuhu dengan aku.

880 kaki ketinggian puncak satu ni. tanya kawan nak naik puncak seterusnya tak. bila depa suma kata tak nak, ok lah. aku pun suka.hahahahaha..tapi ada jugak keinginan nak naik sampai puncak ketiga. in shaa Allah one day.

dah puas rehat dan bergambar. so kena turun.

"kalau kita tak turun boleh tak?"

kawan jawab "cuba kita kaitkan jawapan husna tu dengan falsafah hidup. bila kita rasa kita selesa. macam sekarang ni kita selesa dah bila sampai ke puncak. kita selesa dengan keadaan kita sehingga membuatkan kita rasa tak nak turun. tapi hakikat sebenarnya kita kena turun. kita kena turun untuk teruskan kehidupan kita."

"uhhh. deep. macam dengan isu sekarang ja falsafah tu."

kata dia "terpulanglah. macam mana kita berfikir. dan macam mana kita nak kaitkan dengan alam dan kehidupan kita."

jom2 kita turun. tu pun selepas ambik berpuluh keping gambar. nak turun tu mencabar jugak. mencabar pada permulaan langkah. sebab kaki kita kena kuat brek. macam tu jugak kehidupan kita, bila sampai satu tahap kita kena turun untuk teruskan kelangsungan hidup, pada tahap permulaan memang payah. kita kena kuat hati untuk menahan segala kata-kata manusia. tapi lama kelamaan apabila semakin jauh kita turun, keadaan jalan itu akan menjadi seperti biasa. akan semakin senang untuk kita lalui.

nota kaki : mungkin angpa heran aku budak lembik suka aktiviti2 mencabar skrg ni kenapa? sebab aku dah boring buat benda yg sama tiap2 hari. aku nak diri aku berpeluh. rasa gelisah akan hilang bila kita riadah. resah mengenai tesis kuar melalui titik2 peluh. uweekkkk..jangan risau. REXONA kan ada. aktifkan diri anda. molekul2 dalam REXONA akan keluarkan aura wangi.kikikiki.

sooooo skema nama label aku ni kan : Riadah

Friday 4 September 2015

Nazak

"Husna, hang memang tak dak impian nak beli handphone baru ka?"

handphone aku kan dah mati keras hari tu. bangun-bangun pagi, sebelum aku pi semayang subuh elok lagi aku boleh baca lagi wasap2 angpa, boleh like lagi gambaq hangpa kat instagram, boleh lagi baca komen hangpa kat moment we chat aku yang tiap-tiap hari aku update cerita. pastu aku delete. itu tanda-tanda hati bercelaru.
"tak dak. aku tak mau  beli handphone baru. aku submit tesis 4 copy baru aku nak beli baru."
dalam hati dok berkira-kira lagi. lambat tu nak submit 4 copy. aci dak kalau aku beli lepas hantaq borang notis kata tesis aku hampir siap. padahal petang tadi aku baru ja lepas pi survey handphone. tak jadi tak jadi. jangan beli selagi tesis tak nampak tanda-tanda nak siap.

entah. aku rasa aku tenang lepas smartphone aku bunuh diri akibat terjun katil banyak kali tapi tak mati-mati. hari tu elok-elok ja baring atas katil terus mati. nampak tak mati tu bila-bila masa ja kan? aku rasa aku tenang duduk bertapa dalam gua macam ni. selalu lepas mayang mesti cek handphone bukan nak zikir, baca quran ke apa. selalu buat suma tu lepas cek handphone dulu. ada hikmah kenapa handphone aku keras kejong. Otak aku tenang sebab tak yah tau hal yang bukan hal aku. selalu kan orang dok merapu kat grup wasap. selalu gak nak baca2. walaupun tak aktif dalam grup. ish...benda tu kacau ok? sebab taip tesis satu patah ja, lepas tu baca wasap berjam2. bukak instagram stalk orang-orang yang aku suka tengok. buang masa kan? bagi aku laa buang masa. bagi angpa aku tak tau la. lepas tu sebelum tido or boring2 tengok kat wasap sapa yang online. tambah2 bila ang suka kat seseorang tapi dia tak suka ang. dia suka orang laen. tengok lak orang yang ang suka dengan orang yang orang tu suka dok nampak online sama2. pastu meroyan sbb dok pikir depa dok maen wasap dua orang. tak ka gila nama dia tu. hahahaha. bukan aku. orang lain la. orang lain la. aku bagi contoh ja tu.

sebab kerna kesian kan tuan dia. handphone pun pilih untuk bunuh diri.

mula2 tak dak smartphone sunyi gak la aku rasa. balik dari fakulti, campak beg, landing sambil tengok kipas pusing. dulu landing sambil scroll handphone kan. pastu gelak sorang2. huh, sungguh anti social dulu. lani sanggup pi bilik kawan tanpa mesej dulu sebab lupa kata kedit dah expired.
kawan plak pi menganjing, "laa awat tak msg. kecian handphone tak dak kan?'

dush dush dush

lani aku happy bertapa dalam gua dengan silly phone.kikikiki. tak tau apa yang jadi kat luaq.hahaha
nak pi jepun bulan depan pun terpaksa bodek nak pinjam handphone abang ipaq yang cool.kikiki. naseb dia bagi hoi.. kalau tak hilang moment nak bergambaq ngan ninja. 

p/s : kalau hangpa urgent sangat nak contact aku mesti hangpa akan pulun cari aku gak kan. mesti hangpa sanggup habiskan 2 3 sen kredit angpa untuk mesej atau call aku kan? paham kan maksud aku?