Monday 26 May 2014

Candi Borubudur Part II

"KISAH BURUNG TAK DIMAKAN SINGA."
Aku sengaja asingkan gambar lukisan ini kerana aku ingin ceritakan dalam PART II.
Kisah ini UNIK. Berlaku dari zaman dahulu hinggalah sekarang.
Baca elok-elok ya.

Pada suatu hari, sedang Sang Burung bersiar-siar menikmati keindahan alam di waktu pagi, Sang Burung ternampak Sang Singa sedang menikmati mangsanya dengan lahapnya. 
"kasihan Si Pelanduk menjadi mangsa Sang Singa." Kata Sang Burung di dalam hatinya.


Tiba-tiba Sang Singa menjerit. Arghhh...!!! ( macam tu ke bunyi singa menjerit? Singa tak mengaum kan?)
Sang Burung pun bertanya, " Kenapa Pak Singa?"
"Aku tercekik tulang. Kamu boleh tolong aku?" Tanya Sang Singa.
" Boleh. Tapi, bersyarat. Aku mahukan ganjaran. Aku mahu hadiah selepas aku berjaya keluarkan tulang itu" Jawab Sang Burung.
"ohh.. aku akan berikan kau ganjaran. Aku janji." Kata Sang Singa penuh dengan harapan supaya Sang Burung menolongnya.
Maka, Sang Burung pun masuklah ke mulut Sang Singa untuk keluarkan tulang itu.


Setelah berjaya mengeluarkan tulang itu, Sang Burung mintalah hadiah seperti yang dijanjikan.
" Aku sudah membantumu, sekarang mana hadiahku?"

"Aku sudahpun memberi hadiahku untukkmu Sang Burung." Jawab Sang Singa.

"Mana? Aku tak nampak pun..."

"Itu. Bukankah kau sedang terbang. Itu bermakna aku tidak menelanmu. Itulah hadiahku untukmu."Kata Sang Singa.

Sang Burung berasa dirinya ditipu oleh Sang Singa. Dia pun terbang semula dengan hati yang bengkak dan marah.

pengajaran : Kita hendaklah berhati-hati apabila berurusan dengan orang yang mempunyai kuasa, nama dan wang.

Nota kaki : kawan-kawan, aku tahu dirimu dan aku sedang bergerak ke arah itu. ke arah seseorang yang mempunyai nama, wang dan kuasa. Aku ingin pesan untukmu dan diriku, apabila kita sudah berjaya nanti, jangan ditindasnya orang yang lemah. Bantulah mereka dengan hati yang ikhlas. Percayalah, tak akan luak pun harta kamu jika kamu memberi. Ia akan semakin bertambah jika kita ikhlas. Percayalah kepada THE POWER OF SEDEKAH. More you give, more you get back!

cerita itu, mungkin tak sama dengan tour guide punya cerita. Aku olah sedikit, tapi masih lagi guna main point yang sama.

Sekian, terima kasih :)



Friday 16 May 2014

Candi Borubudur Part I

Tak mampu nak ucap dengan kata-kata.
hanya terkeluar Subhanallah.
Indah.
Kreatifnya manusia zaman dahulu.
Cer tengok? Tinggi tak?

Mau turun berkilo-kilo nih. 10 KG boleh hilang kalau naik candi ni.
hehehe

Mula-mula kita akan nampak benda nie.

Lukisan yang menceritakan akibat mengikut hawa nafsu





Tengok, Pak Tour Guide dengan semangat bercerita mengenai lukisan-lukisan dinding

Yeay..dah sampai kemuncak! hebat tak?
cantik permandangan kat atas ni.
uolls kena datang dan rasai sendiri
Lepas turun abes BURN.
Panas terik.

Lepas uolls trun tangga terakhir, uolls akan diserbu oleh peniaga-peniaga di sini. Sabar ja la..
Rimas jugak.
Tapi dah dimaklum oleh awai tukang bawak kami mai sini. makanya, boleh la bersedia.
dan dipesan oleh beliau.
"kalau kena serbu, bilang bapanya di atas." ayat untuk mengelak. hehehe
tapi depa bukan paham.
naseb aku tak jadi mangsa ikutan depa.
kawan-kawan aku bernasib baik kerana dipilih oleh depa untuk menjadi mangsa.hahahaha

Sampai ke bas depa akan ikut.
ada yang sampai masuk dalam bas.
Dahsyat kan.
Fenomena kat sana.
terima ja laa..


peace, peace...
cheese..
1,2,3,
klik klik klik
bergambar dengan satu group :D
  1. Jauh perjalanan luas permandangan.

Thursday 15 May 2014

Buah Keras


Malam ni tertiba aku teringat tentang buah keras yang akak-akak master cakap masa trip p Jogjakarta minggu lepas.

Aku tak kenal buah keras tu. So aku google laa malam ni mencari buah keras.

Buah keras menjadi isu masa dinner kat restoran masakan padang di sana. kami dihidangkan dengan kari ayam. kari ke? sekali tengok macam rendang. tengok lagi sekali macam kari. Rasa aku lupa plak macam mana. tapi SEDAP.hehehe

"kak selalu guna buah keras untuk gantikan santan masa masak kari." 

"bawak p sekolah, suh kawan-kawan try teka bubuh santan ke tak?"

"bila bagitau tak bubuh santan, dorang tak percaya. biar betul ko Peah."

"ye..aku tak bubuh santan. Aku pakai buah keras ja untuk pekat."

" lagi sedap daripada bubuh susu kotak."

aku yang tak tau apa-apa terus bertanya. 

"kena tumbuk dulu tak kak?"

"tak payah tumbuk-tumbuk dik. Blender je sekali dengan bawang-bawang suma tu." aku tulis suma-suma tu sebab aku tak tau masak kari kena letak apa lagi. heeeeee....

kalau aku tak tanya, otak aku cakap masuk ja sebijik-bijik gitu..hehehe..

ehh..ada hat potong siap-siap tak eh?

ok..kita sama-sama google okay..? :P

kesimpulannya, bila bergaul dengan orang lebih tua dari kita, tambah-tambah hat dah kawen, dapat jugak ilmu memasaknya. lagi 4 tahun aku try masak kari guna buah keras okay..? lagi 4 tahun iolls jemput uolls mai merasa kari kat umah iolls yaa..ingat tau..tanda dalam kalendar uolls lekas.

Ni buah keras tu. gambar ehsan dari Mr. Google