Monday 15 July 2013

istikamah


Istikamah tu apa? 
Istikamah tu melakukan sesuatu secara berterusan.

Ya, Nuha dah mula pakai stoking. Semua tu sebab Udin yang suruh Nuha pakai stoking. Kata Udin kaki perempuan tu aurat. Mula- mula Nuha sekejap pakai sekejap buang. Tapi alhamdulilah sejak masuk sem 6 Nuha terus pakai stoking sebab Udin cakap kenapa Nuha perlu hipokrit.

Udin, sebenarnya Nuha tak bersedia nak pakai stoking sebab Nuha tak biasa pakai. Nanti orang cakap apa. Nanti bila Nuha pakai baju labuh, pakai stoking Nuha tak boleh lagi nak pakai beg silang. Tak matching laa Udin. Tak nampak rugged.

Tapi Udin cakap persetankan apa orang cakap.yang penting pandangan Allah. Bukan pandangan manusia.

Sejak hari tu Nuha mula pakai baju labuh, mula pakai stoking. Nuha perasan kaki Nuha tak nampak seksi lagi bila pakai stoking dengan kasut. Nak seksi apa kalau tertutup kan?

1 semester sudah berlalu. Alhamdulilah stoking Nuha masih lagi di kaki bila Nuha keluar dari rumah. Tapi bilik balik rumah sendiri, Nuha jadi tak bersedia untuk berubah. Nanti family Nuha tanya pelik-pelik.

Alah bisa tegal biasa. Lama-lama bila kita pakai macam tu bila tak pakai rasa janggal kan.rasa macam orang tengok kita semacam. Macam tu la Nuha rasa bila Nuha keluar rumah p bazar tak pakai stoking.alasan tak pakai sebab hari tu family balik buka puasa kat rumah.ramai sangat orang kat rumah dan Nuha jadi ralat. Jadi bingung nak pakai ke tak.akhirnya Nuha p bazar tak pakai stoking. Sampai sana Nuha rasa semua orang tengok kaki Nuha. Rasa macam nak lari ja. Nuha rasa bersalah dengan Allah sebab Nuha hipokrit.
Nuha rasa bersalah dengan Udin sebab Nuha hipokrit. Nuha tak istikamah. Ya Allah ampunkan dosa Nuha. Maafkan Nuha, Udin...

Saturday 13 July 2013

Jangan Biarkan Berkudis


Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak...

ok. Hari ni aku nak tulis pasal kudis. Ya, korang tau kan kudis tu apa?
Kudis sejenis penyakit kulit. Mula-mula badan kita rasa gatal, kita garu-garu kemudian jadi merah-merah. naik biji-biji. lepas tu berair. then, bernanah. 

macam tu la jugak kita dalam perhubungan. perhubungan suami isteri or pasangan kekasih. tapi aku tak galakkan korang berkaple. Ya, masa mula-mula kahwin semuanya indah. apa yang isteri suruh or suami yang suruh buat mesti kita akan buat kan. sebab dalam hati kita penuh dengan kasih sayang dan cinta terhadap dia. bak kata orang lautan luas sanggup direnangi, gunung everest sanggup didaki kan???

so, masa awal-awal perhubungan ni la kita kena terus terang supaya kita tak hidup dalam dunia hipokrit. contoh, kalau suami kita suruh iron baju dia betul-betul bagi tajam kat tepi mampu ke kita nak buat? kalau macam aku ni memang tak la sebab baju aku pun x beriron. aku main sarung ja..ada aku kisah orang nak kata apa kat aku??? hihihi..psssstt...sebenarnya aku kisah. tapi jangan la sampai betul-betul nak tepi lengan baju tu tajam. memang tak la..

makanya, selepas dua minggu korang buat kerja tak ikhlas kan baik berterus terang daripada tambah dosa kutuk suami sendiri.

berterus terang lah secara berhemah. cakap lembut-lembut kata yang awak tak boleh buat sampai macam tu. nanti awak gila. kan senang. sementara orang masih sayang ni baik berterus terang sebelum menjadi parah.

macam tu la jugak bila berkaple, terus terang di awal perhubungan supaya di hati kita tak naik kudis dan bernanah akibat pendam terlalu lama.