Saturday 26 November 2011

selamat tahun baru hijrah

Assalamualaikum pembuka bicara,semoga kita semua berada di bawah kesejahteraannya...
Hari ini dan malam ni kita mula melangkah ke tahun baru.Marilah kita sama-sama membaca doa supaya kita sentiasa berada di bawah pelindunganNya.Di sini saya serta kan doa akhir tahun dan awal tahun untuk di kongsi bersama.

Doa Akhir Tahun Hijrah
 ”Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda dan sahabatnya. Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihan-Mu yang maha Agung dan kemurahan-Mu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun baru ini aku memohon daripada Engkau perlindungan daripada syaitan yang direjam, pengikutnya, tenteranya dan penolongnya dan aku emohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan aku dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diri kepada Engkau. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga baginda dan sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam”.
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Hikmah dan kebaikan Doa Akhir tahun ini adalah kita akan cuba mengingati segala amalan2,perbuatan kita baik yang membawa ke arah kebaikan mahupun yang membawa ke arah keburukan. Dengan Doa Akhir tahun ini kita akan berdoa untuk berhijrah ke arah kebaikan dari sesuatu yang telah kita lakukan sebelumnya. Jadikanlah tahun berikutnya lebih baik dari tahun sebelumnya dan memohon keampunan kepada Allah dan memohon semoga Allah menutup segala keaiban yang telah kita lakukan.
Doa Awal tahun Hijrah 
“Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda serta sahabatnya. Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku melakukan larangan-Mu tetapi aku belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau menangguhkan azab-Mu yang ditetapkan kepadaku. Engkau memerintahkan supaya aku bertaubat. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan daripada Engkau, ampunilah aku. Dan apa yang aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala, maka aku memohonnya daripada Engkau, ya Allah yan Karim yan Zal Jalali Wal Ikram. Terimalah permohonanku ini dan janganlah Engkau hampakan harapanku terhadap-Mu ya Karim. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda juga sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam”.
Doa Awal Tahun  dibaca 3 kali  selepas maghrib pada malam satu Muharram.

"tiada lagi hijrah sesudah pembukaan kota Mekah,tetapi yang tetap ada ialah jihad dan niat utk berhijrah dan apabila dipanggil utk berjihad,hendaklah kamu bersedia"(H.R Bukhari dan Muslim)

"orang yang melakukan hijrah yang sebenar ialah yang meninggalkan perkara yang di larang oleh Allah."(H.R Bukhari dan Muslim)

ayuh sahabat2 marilah kita sama2 berhijrah dari sudut akhlak,percakapan,perlakuan,sifat ke arah yang lebih baik dari sebelum ini.semoga kita menjadi hamba yang bertaqwa dan sentiasa di lindungiNya.ameen...

ya Allah,aku mohon padaMu...jadikanlah aku hambaMu yang solehah.Dekat kan aku denganMu dan jangan biarkan diri aku mencintai sesuatu lebih daripada Mu.ameen...

~aku dambakan cintaMu ya Allah~

No comments:

Post a Comment