Wednesday 23 May 2012

Luahan Tanpa Suara


Aku perhatikan satu persatu selipar yang ada di depan bilikku. Ada selipar Kak Ina, Kak Ida, dan Refa. Dan juga selipar hijauku yang tersusun kemas di tepi dinding. Fuh, lega tidak ada sesiapa yang datang malam ini! Dalam hati aku mengucap syukur  kerana aku tidak bertindak lebih jauh pada petang tadi. Kalau tidak mungkin akan jadi perang dingin dan masing-masing akan bermasam muka. Agakku sahaja. Allah masih lindungi aku. Syukur yang teramat.


Aku baharu pulang dari kelas malam. Hari ini seharian aku berada di fakulti. Tanggungjawab seorang pelajar perlu dilakukan dengan ikhlas. Baru ada keberkatannya di situ. Terngia-ngia lagi nasihat yang diberikan oleh seorang kenalan phD kepadaku beberapa hari yang lepas setelah aku mengeluh “terpaksa buat rajin”. Ayat terpaksa buat rajin untuk mencari bahan assignment telah jelas lagi terang menunjukkan aku terpaksa melakukan sesuatu tanpa kerelaan hati. Aduhai hati, ikhlaskan dirimu agar aku bisa memperoleh keberkatan di dalamnya.


Sekitar 10.30 malam kelas terakhirku tamat pada hari ini. Hari Selasa. Hari yang aku tidak berapa suka kerana jadual kelas aku penuh dari pukul lapan pagi sampailah pukul 10 malam. Penat. Hanya satu perkataan itu sahaja yang mampu kuucapkan di bibir ini. Aku selamat tiba di bilik hampir-hampir pukul 11 malam setelah proses menunggu dan menaiki bas selesai. Alhamdulilah, tamat sudah perjuanganku untuk hari ini. Semoga hari esok lebih baik daripada hari ini. Kusematkan secebis doa supaya hari-hari esok dapat dilalui dengan jayanya.


Sedang aku enak menikmati makan malam, nasi kukus ayam berempah, pintu bilik diketuk dan kedengaran perkataan Assalamualaikum! Ya Allah, aku ingatkan malam ini aku dapat tidur dengan senang. Ruang tidurku tidak akan  menjadi semakin sempit. Tapi semua itu hanya mimpi semalam. Kenapa mereka tidak faham? Perlukah aku bersuara? Suapan nasi menjadi semakin perlahan. Seleraku hilang karam dengan kedatangan mereka. Kubiarkan hati berbicara sendirian.


Rasa menyesal semakin menghimpit perasaan. Kenapa aku tak isi boring tukar bilik sahaja dahulu? Menyesal sekarang pun sudah tidak berguna kerana tarikh penghantaran borang tersebut telah tamat tempoh. Menyesal kerana aku tidak berani mencuba. Menyesal aku kerana takutkan perubahan. Menyesal  kerana aku tidak isi borang dan hantar. Aku takut andai aku berpindah keadaan masih sama. Tidak ada yang berubah. Tetapi, bijak pandai mengatakan untuk berjaya kita perlu berubah dan berani mencuba. Kejayaan itu bukan destinasi tetapi merupakan sebuah pengembaraan dan kita satu langkah ke arah kejayaan sekiranya kita berjaya dalam perjalanan tersebut. Aku? Aku di mana sekarang ini? Berada di dua persimpangan yang tidak tahu mana satu jalan yang harus aku pilih.


Aku buntu. Ibarat diluah mati emak, ditelan mati bapa. Ikutkan hati aku yang tidak sabar ini, ingin sahaja aku tampal memo di depan cermin bilik. Supaya mereka tahu aku tidak sukakan keadaan itu. Tetapi keadaan mematikan hasrat tersebut setelah Kak Ina pulang awal petang tadi. Andai tiada sesiapa di dalam bilik petang tadi sudah lama kertas memo berwarna oren tertampal indah di cermin kesukaan semua. Tapi semua itu mustahil. Mustahil kerana aku tidak mampu melakukannya.


Pihak kolej telah menyediakan tempat untuk berdiscussion. Kita ada perpustakaan, Sanggar 12, Sanggar 15, dan juga kafe. Tetapi kenapa tempat-tempat tersebut tidak dimanfaatkan sepenuhnya? Kenapa mesti bilik ini dan tidak bilik mereka? Bukan tidak boleh langsung di bilik ini. Tapi ada had dan batasnya. Perlukah sampai pukul sebelas malam ke atas? Penghuni-penghuni di dalamnya perlukan rehat yang secukupnya. Mereka penat setelah berhempas pulas di siang hari demi mengejar impian masing-masing. Mereka perlukan bilik yang tenang dan aman ketika kembalinya mereka di waktu malam. Aku dan mereka inginkan kedamaian. Tolonglah faham! Hati kecil ini merayu minta simpati walaupun tidak banyak cukuplah sekelumit tika.


Aku tekad, andai keadaan tidak berubah jua aku akan tukar bilik dan mungkin jua tidak akan balik bilik lagi. Aku nak balik Kedah! nak balik Kedah! Rasa menyesal itu bertandang lagi. Sekiranya dahulu aku minta UITM Merbok, aku boleh sahaja berulang dari rumah. Aku boleh sahaja bergolek-golek riang di atas katil tanpa gangguan sesiapa. Aku tidak perlu berkongsi semua perkara. Kalian perlu tahu, di UPM inilah aku berkongsi pelbagai perkara. Di sini aku belajar erti perkongsian. Aku belajar satu persatu dengan sabar supaya aku dapat sesuaikan diri. Aku belajar untuk study dalam keadaan ada orang. Diakui agak susah untukku menyesuaikan diri dalam keadaan sebegitu. Ketika study aku hanya boleh dengar  bunyi kipas dan juga bunyi alam sahaja. Bunyi semut berbisik juga tidak boleh kerana konsentrasiku akan terganggu. Dulu dan sekarang aku masih lagi dalam proses percubaan. Belum sepenuhnya berjaya lagi. Ya, memang betul sharing is caring but not everything.


         Yang aku nampak ada sedikit perubahan ialah pengurusan masaku. Kalau tidak mana mungkin aku akan menyertai Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi. Masa rehatku dihabiskan untuk belajar silat, seni mempertahankan diri warisan Melayu. Banyak yang aku pelajari di sana. Biarlah masa rehatku diambil sedikit asalkan aku perolehi ilmu dan kepuasan. Bukankah kita dituntut untuk menuntut sebanyak mungkin ilmu.


        Sudah jauh hati ini berbisik minta diluahkan apa yang terbuku. Tapi kuhanya mampu berdiam diri. Luahan hati tanpa suara amat menyesakkan jiwa. Amat memedihkan hati yang kian bengkak. Ya Allah, berikanku kekuatan dan berikanku kesabaran kerana sabar itu indah!




~~lalalalalala, sudah tentu cerita ini tidak ada kaitan dengan yang hidup ataupun telah meninggal dunia~lalalalalala

Sunday 20 May 2012

Selamat hari Ibu + selamat Hari Guru

Rasanya tak terlambat lagi kan aku nak wish selamat hari ibu dan selamat hari guru. Lagipun, tiap-tiap hari adalah hari mereka. Mengapa kita perlu specifickan hari tu kan. 


Mak aku adalah cikgu pertama aku. Mak aku yg ajar aku abc 123. Aku ingat lagi masa kecik-kecik dulu mak aku tulis besar-besar atas kad manila pastu tampal kat dinding.lepas tu aku main cikgu-cikgu dengan abang aku n adik aku. Jadi cikgu tu aku lar..hehehe..(cita-cita aku dari dulu sampai sekarang). Masa tengah masak pon mak aku dok ngajar aku lagi. Hebat kan mak aku? hehehe.. Masa kecik-kecik dulu aku tak pandai tulis huruf B. Perut B mesti akan jadi buncit. Suma orang suka gelak kat aku. Mak aku ja tak. Mak cakap takpa, practise make perfect. Aku dulu pun tak pandai sebut huruf H. Aku rasa aku sebut betul dah tapi mak aku kata salah. Last-last aku marajuk aku masuk tido.Mak aku tetap sabar dengan aku. Kalau mak aku putus asa rasanya sampai sekarang aku tak boleh sebut huruf H agaknya... Keluar ja dari hospital dulu,masa baby lagi aku dah buat hal dah. 2 bulan aku nangis tanpa henti. Kesian mak, nak makan pun tak boleh. Abg aku lagi kecian sampai orang lain kena jaga dia la sebab mak kena jaga aku sorang ja masa tuh..huhuhuhu.aku sayang mak aku. Aku janji aku takkan buat mak aku kecewa dengan aku. aku tak sanggup tengok mak menangis sendirian sebab aku.Aku nak jadi anak yang baik. I.Allah...



Ibu,
Betapa mulianya dirimu
Sanggup berkorban 
Masa dan tenaga
Sanggup berkorban
Harta dan wang ringgit
Sanggup berkorban 
Jiwa dan raga
Demi anak tercinta.


Ibu,
Kasihmu hingga ke syurga
Tidak mampu diucap oleh kata-kata
Tidak terbalas jasamu dengan harta benda
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Guruku yang baik
masih lagi mengajar
sedang aku kini sudah besar
dulu wajahnya muda
kini rambut memutih kepala
ada anak-anak muridnya
kini memegang jawatan tinggi
tidak kurang pula
bergelar usahawan berjaya.

Guruku yang baik
masih di situ
masih memandu kereta lama
masih menuju sekolah yang sama
tiada kelihatan jemu
dari air mukanya
tiada kedengaran bosan
dari suara bibirnya
dia gigih menggenggam
tanggungjawab yang diamanahkan.

Seorang guru tua
dia masih di situ
berdiri sebagai guru
menabur jasa-jasa
dialah pendidik bangsa!




Saturday 19 May 2012

My Best Friend

Assalamualaikum.


Bai, aku dah mai nie. Tunggu apa lagi, baca la blog aku nie. Hehehe...bajet macam ada orang suka baca coretan aku nie kan. Aku tulis balik nie pun sebab best friend aku cakap aku dah lama tak update blog aku. Aku tak update bukan sebab apa, sebabnya satu ja. Aku tak tau nak tulis apa, aku tak tau blog aku ni lebih menjurus ke arah mana. Ya la sekadar menulis sahaja atau pun mempunyai isi yang boleh di manfaatkan untuk semua. Aku tak tau blog aku nie berbentuk apa, sama ada motivasi atau sekadar menceritakan tentang kisah peribadi. Aku masih lagi mencari identiti blog aku dan identiti diri sendiri. Hmmm... Sadis


Alang-alang dia suruh aku update kan, so aku bercerita pasal dia la noh... ;j


Jum, kembali ke tahun 2010.


Aku kenal dia masa aku keja part time kat Piza Hut Central Square, Sg. Petani. Masa tu aku baru lepas abes ambil STPM dan dia baru lepas abes SPM. Kira dia muda dua tahun dari aku la. Budak lagi dia tu. Lepas ambil lesen keta aku terus p keja. Aku tak boleh dok umah goyang kaki ja. Aku tak minat. Nanti aku mengamuk dan mangsa utama aku adalah adik aku. Sebelum aku mengamuk lebih baik aku blah p keja kan. Dapat gak duit. Masak tak pandai gak sebab tak minat. Makan paling aku minat. Hehehehe. Tapi jangan risau sekarang aku dah boleh masak sikit-sikit dah. Kira ada perubahan la kan.


Aku duduk kat umah abang aku kat BPJ. Aku memang suka dok umah dia pun bila aku cuti. Aku tak ingat aku kenal dia bulan berapa tapi aku ingat aku masuk keja bulan 2. Mungkin dia masuk keja bulan 3 atau 4. Kali pertama aku nampak dan kenal dia dalam bilik manager. Masa tu dia baru lapor diri nak keja. hihihi..Aku ada tegur dia rasanya sebab aku nak ambil signature manager masa tu. Aku tak ingat aku baru masuk keja atau lepas break. Seingat aku time tu petang.


Yang paling syok dia tak panggil aku kakak sebab dia nampak aku muda. hahahaha. Dia ingat aku sama umur dengan dia. Lagipun budak2 lain pun tak panggil aku kakak. Aku yang tak kasi. Bajet nak nampak muda sokmo la...huhuhuhu. Tapi siyes aku cakap, umur aku dah 22 dah sekarang ni pun orang akan tanya 19 ke 20? Tak pun, orang akan cakap aku nie budak sekolah lagi.hihihi.(perasan sikit)


Yang boleh membuatkan kami rapat sebab dia duduk taman sebelah umah abang aku tuh. Aku kan tak berapa pandai sangat jalan shortcut. Jadi dia la yang ajar aku. Dari situ la ley banyak cakap sikit ngan dia. Aku kan pendiam plus pemalu. hihihi..


Boleh jadi rapat lagi sebab dia ajak aku p joging, pastu dia lupa pulak. Penat aku tunggu dia kat taman tu..huhuhu. Nasib bawak anak buah aku. Boleh gak teman aku joging petang tu. Dia nie suka baca novel. Macam gurl kan.. So, aku boleh pinjam novel dia. Dia pun pinjam novel orang gak. Petang yang dia lupa nak jog ngan aku tu lah aku p umah dia ambil novel. Jauh upanya teratak dia tu. Suh aku p sekali lagi mesti aku sesat.hahahaha.


Aku pun tak tau macam mana aku boleh jadi terlalu rapat dengan dia. Tanpa aku sedar. Dulu memang aku jarang pegang hp nie. Tapi sejak kenal ngan dia kredit aku banyak keluar.hihihihi. 


Dia terlalu baik dengan aku. Apa-apa hal kami akan share. Kecuali pasal awek dia. Dia tak banyak cerita sangat pasal awek dia dekat aku. Oppps...lupa nak cakap. Yup, dia dah ada awek .Awek dia cun sangat2. Nak dibandingkan dengan aku.Aku ni umpama bunga melur ja. Awek dia bunga mawar. Korang boleh agak la kan perbezaan dia macam mana.heeee...


Dia suka nasihat aku. Aku kan terlalu emosional. Sikit-sikit nak marah, nak mengamuk, nak maj0k-maj0k. Tapi, aku tak pernah nak ingat pun. Kalau ingat nanti aku tak boleh buat lagi dah benda yang dia larang tu.hihihi..


Dia baik. Sebab pernah belanja aku roti canai kuah banjir dengan milo ais. ;J
Dia baik sebab pernah tunggu aku balik keja. Time tu dia p uptown. Alang-alang dah lewat dia ajak la balik sekali.
Dia baik sebab dia boleh tahan telinga aku membebel.
Dia baik sebab dia terlalu baik dengan aku. Aku tak tau nak ungkapkan kebaikan dia tu dengan kata-kata. Cewaaaahhh..


Yang aku tau AKU SENANG BERKAWAN DENGAN DIA.AKU SELESA BERKAWAN DENGAN DIA sebab aku tak perlu nak jeles2. Nak jeles buat apa dia hanya kawan baik aku...Betul cakap orang ikatan persahabatan tu lebih bermakna dan manis dari percintaan. Kalau bercinta then putus susah sikit la nak jadi kawan. mungkin boleh tapi ambil masa yang agak lama. Aku sayangkan persahabatan ini dan aku tak nak ia dicemari dengan permusuhan. Saya nak awak dan saya jaga ukhwah ni di atas jalan yang diredhai Allah. 


Semalam aku belajar satu benda lagi daripada dia. kalau kita sayangkan seseorang tak perlulah diucap selalu. Just faham dan kita dapat rasa.  Cukuplah ditunjukkan dengan perbuatan yang dia sayang kita. Betul kan? Kalau diucap selalu tertakut yang diucap tu tak sama dengan apa hati kata. Kadang-kadang kita ucap tapi kita tak rasa. ( fikir-fikir la dan terpulang pada masing-masing) Tapi kalau dah lama tak dengar tiga perkataan tu ( I love you +   I sayang you ) anda perlu fikir  dua tiga kali. hehehehe. Satu ja senjata paling tajam yang kita ada, adalah doa. Berdoa lah pada yang punyai. DIA lebih tahu akan segala-galanya.


Kini,


Mei 2012, dah dua tahun lebih aku kenal dia.  Satu tempoh yang agak lama. Terima kasih sebab jadi kawan saya ya awak. Terima kasih kerana memberi warna dalam hidupku.hihihihi ;j


nah, dengar lagu nie. Istimewa untuk awak yang saya panggil SAHABAT



Monday 14 May 2012

Sungai Perak oh Sungai Perak

yeay! aku dah pandai dah naik bas kat Pudu Central. Bangga giler aku rasa. Tak dak lagi suara-suara yang mengatakan aku anak manja. Sapa cakap aku tak boleh berdikari kan? Berpeluh juga lah balik kampung hari tu. cuak gila takut aku sesat. Tapi, alhamdulilah. Allah hantar seorang budak juniour sebagai pemandu jalan aku.


Turun ja dari bas UPM ke KTM Serdang ada orang tanya aku,


"Kak nak balik mana?" Budak ni aku dah nampak dia dah masa tunggu bas tu. Dia asyik pandang aku ja...Hurm...patutlah nak tanya rupanya.


" Kedah." jawabku sepatah


"Sama la. Naek dekat mana? Saya kat Pudu.


"yaka? Jum2,ajaq orang naik kat situ.hehehehe...rasa gembira yang teramat sebab aku dapat jimat duit aku nak naik teksi kan....


"Nama apa?" tanya budak tu lagi.


"Husna, awak?"


"Hidayah".


"weh, nama kita sama lah. kita Husna Hidayah. hahahaha..."


tetiba ja aku terlebih ramah lak. Dalam hati Ya Allah. jangan dia jual aku sudah la. takut beb. kat KL ni mana boley caya kat orang. stail ramah ni susah la jugak.


By the way, Alhamdulilah dia baik dan aku selamat naik bas kat Pudu. Kalau aku tahu senang macam ni ja nak g Pudu tiap2 minggu aku dah balik dah dulu.hehehehe.


macam selalu, bas aku akan berhenti makan kat R & R Sg. Perak. Dan macam biasa jugak aku akan bermasalah di situ. kali ni bukan aku kena tinggal lagi. Tapi kali ni kes duet pulak.huhuhu


dalam bas mesti aku akan tido. Pelik mana ada orang tak tido dalam perjalanan jauh kan...
bangun-bangun ja tido,turun bas dalam keadaan mamai aku nampak orang jual buah rambutan. sedap lak aku tengok n aku pantang tengok rambutan. aku mesti kena beli. tak beli akan buat aku tak tido malam teringat kat rambutan tuh...huhuhu


so, aku beli la...rambutan RM8 sekilo lebih ckit kot n laici RM5 utk setengah kilo. total semua RM13 la kan tapi aku dengar abang tu cakap RM11 ja. Aku pon bagi lah duit banyak tu n abg tu tgk jek muka aku. Dengan muka slumber aku ucap tima kasih n aku blah la.


dalam bas tgh syok2 makan baru aku egt yang aku bagi duit salah...aduh,macam mana ni???? huhuhuhu...xkan bas nak pusing balik.atas highway mana blh pusing.huwaaaaAAA


hmmm...ni la padah bila aku mamai. dan aku slu bluRR walaupun aku dah basuh muka dah time tu. xpa la kan,dalam hati cakap balik nanti mesti singgah situ lagi dan  I.Allah aku akan bagi balik balance RM2 tu.


malunya...mesti abang tu cakap apa eak kat aku...(^_^)...budak x reti kira duet,tapi napa dia x pgl aku semula...?hihihi..ke mmg awak nak belanja saya.mood perasan sebentar.hihihi