Friday 31 May 2013

BBM 3410 : Salam Terakhir

Hai Dr. Notts...
Ini saya
158175
(macam banduan lak...heee)
Terima kasih saya nak ucapkan kepada Dr sebab sudi ajar kami dalam kelas ni. Tak sudi pun Dr kena ajar jugak kan...hehehehhe..
saya suka kelas Dr. Kelas yang paling saya suka.
memang stress giler kelas Dr.
Tapi best...
Pelik kan...?
Dr nak tau tak?
Dr ada aura tersendiri taw.
Kosa kata Dr guna comel-comel belaka...:D
paling saya suka bila Dr panggil GADIS.
Nak mintak tolong pa2 mesti Dr akan cakap
" Gadis tolong ni jap..."
"Gadis tutup lampu jap..."
tambah2 part bila bawak balik calon tunjuk kat mak ayah.
" Ini gadis pilihan saya."
"ini jejaka pilihan saya."
Dr cakap dr x suka lah guna 
" Ini pak we saya."
"Ini mak we saya."
Ya...kita sama.saya pun x suka...:D
Sebab nampak kasar dan seolah2 calon tu tak istimewa pun kan.
Tapi tak seistimewa lafaz ijab dan kabul :D
(ahaaaa...saya dah melalut dah.)
Untuk kawan-kawan
saya pasti akan rindu kalian
3 tahun lama tu...
tak kan la tak akan terdetik rasa rindu tu kan walaupun sekali
(^_^)
semoga awak2 semua berjaya di luar sana.
Doakan untuk saya jugak 
(^_^)
 
Kalau rindu kat kiter tengok lah video-video ni.
Istimewa untuk anda semua
:D
Video 1 shot



Video seram

Dr Notts, Line Internet sangat sengal hari nie...
Nak upload video tak boleh..dapat dua jek :(
saya bagi link ya Dr.
T dah ok saya upload lagi
saya minta maaf untuk semua kesalahan saya kat DR dan jugak untuk rakan2 I'm sorry
saya hanya insan biasa yang tak terlepas dari melakukan kesilapan
sob3 ;(

( video tanpa wajah)


(Video kebiasaan rakyat Malaysia)

(video pengajaran)

(gambar unik)





Tuesday 21 May 2013

BBM 3410: Laman Web

pssssttt... Dr Notts, meh saya nak bisik kat DR. sat...
" saya kan, saya dah dapat customer dah...'
" Dia suh saya buat website untuk bisness dia nanti..."
heeeee...saya happy walaupun tak dak hitam putih lagi.
Tapi bukankah itu petanda baik bahawa saya sudah pandai buat website.
:D
Terima kasih Dr. 
Saya sayang Dr sangat2
Walaupun sayang saya orang susah nak percaya.
Tapi saya tetap nak katakan saya sayang Dr <3
Dan terima kasih untuk Cik Wani selaku tutor amali saya.
Tanpa anda website saya tak akan wujud.
I Love You.
I love you saya mahal tau.heeeeeeeeee (^_^)
Nie link website saya...
http://husnahidayah.weebly.com/

Monday 20 May 2013

Listen To Your Heart


Dilema apabila berada di tengah2 jalan yang di sekelilingnya mempunyai banyak simpang.
Takut hendak memilih sama ada ke kiri atau kanan, depan atau belakang.
Takut jika pilihan yang dibuat adalah pilihan yang salah.
Apabila memilih ke kanan, takut akan melukakan hati insan ini,
Apabila memilih ke kiri, takut akan melukakan insan itu,
Apabila memilih ke depan, takut pilihan yang dibuat itu adalah salah,
Apabila memilih ke belakang takut pilihan itu akan membuatkan kita merana seumur hidup.
Dilema, keliru, resah dan gelisah.

Ayuh kawan, serahkan semuanya kepada Allah. 
Mana-mana jalan yang dipilih,
Mohonlah kepada Allah supaya tentukan kebaikan di mana sahaja kita berada.
Usah ragu, usah bimbang...
rezeki kita ada di mana-mana sahaja,
Asalkan kita sanggup berusaha dan berjuang.
Usah ragu, usah bimbang...
Semuanya sudah diaturkan sejak kita berada di Lauh mahfuz lagi.
Yakinlah dengan Allah kerana Dia yang menciptakan kita,
Maka Dia lebih mengetahui apa yang kita perlu.
Semuanya adalah mudah apabila ia menjadi kehendak dan ketentuan Allah.

Apabila kita ragu, kita keliru...
Ambillah wuduk dan dirikan solat istikarah
Serahkan semuanya kepada Allah
In syaa Allah
Dia akan tunjukkan jalan
dan dengarlah apa kata hati anda.
Pertolongan Allah datang dalam pelbagai cara.
Kita yang harus bijak menilai, memilih dan mengambil.

meh, aku kongsikan puisi ini untuk anda2 semua.

The Best Way To Make It Through... Is Listen To Your Heart.

In life, we have to make decisions
that aren't easy. We are afraid that 
whatever choice we make will upset
someone we love.

It is at these times that we need 
to stop and listen to the voice
inside us. If we listen just to
the wishes of those around us and
ignore our own feelings, we will not
be truly happy.

Listen to what you know is right
and stand by that, because
when you do, you will be happy.

Monday 13 May 2013

Bila awak tak ada, siapa nak asah pensel saya?

“Minggu depan kita pindah rumah baru. Rumah kita dah siap.” kata mama sambil tersenyum padaku. 

“Yeay!” jeritku girang. Siapa tak suka pindah rumah baru kan? Aku akan dapat bilik yang besar dan yang pastinya bilik aku dicat mengikut warna kegemaranku iaitu pink. Tapi yang peliknya aku nak  juga dinding bilik aku tu dihiasi dengan kartun Ben 10. Mula-mula mama tak setuju dengan pilihan aku tapi setelah papa bagi green light akhirnya bilik aku jadi aneh. Kata papa “biarlah kat dia...nanti dah besar dia tau la pilih yang mana elok. Jangan bantutkan imaginasi anak kita.” Ni yang buat aku sayang papa. Hahahaha... aneh kan aku? Tak lah... UNIK! Ini baru tepat. Hatiku berkata dengan riang. UNIK itu adalah diriku. Semua kawan-kawan aku cakap aku unik. Sebabnya aku suka berfikir lain dari yang lain. Hmm..Bila sebut pasal kawan hatiku jadi sedih. Pindah rumah baru maknanya aku kena pindah sekolah. Aku tak nak! Aku bukan jenis dapat cari kawan. Aku bukan macam mereka. Hari ini tukar sekolah hari ini juga dapat kawan. Mungkin disebabkan aku ni terlalu pendiam kot. Sebab tu aku susah dapat kawan.

“ Tapi, Yaya tak nak tukar sekolah mama”.  Aku mula merengek kepada mama apabila teringat kembali detik-detik awal aku masuk sekolah dulu. Sebulan juga baru aku dapat kawan. Oh, Ya... Sekolah yang aku maksudkan di sini adalah tadika. Memandangkan mama dan papa aku adalah guru sekolah makanya tadika pun mereka panggil sekolah juga. Tapi, sekolah dengan tadika sama juga kan? Sama-sama tempat belajar. So, jangan buat muka pelik ya kawan-kawan bila aku sebut tadika itu sekolah. Aku lempang terus jadi lempeng pisang nanti. Ini salah satu aku penyebab aku susah dapat kawan. Aku seorang yang garang dan emosional. Pernah sekali di sekolah aku dikenakan denda oleh Cikgu Tasha atas sebab aku tarik rambut budak kelas aku. Ikutkan aku tak salah sebab siapa suruh dia tumpahkan air milo dia atas beg Ben 10 kesayangan aku tuh. Disebabkan aku hilang sabar aku kena berdiri depan pintu kelas selama setengah jam. Tapi aku tak kisah pun. Lagi best dapat duduk luar dari belajar matematik kat dalam tuh. Bikin otak aku jam saja! Nakal kan aku? Hihihihi...

Cepatnya minggu depan itu datang menyapaku. Aku resah.

“Mama, Yaya tak nak sekolah kat sini”. Aku mula menangis minta simpati mama. Kaki mama yang mula melangkah ke arah kereta aku peluk kuat-kuat. “ Cikgu-cikgu kat sini tak macam Graceland, cikgu dekat sini garang-garang.” Tangisan aku mula kuat. Cikgu-cikgu di sini mula pegang aku sambil memujuk-mujuk aku. “ Jangan nangis cikgu bagi awak air kotak ye...” Mama tetap pergi tinggalkanku. Pesan mama “ petang nanti mama datang ambil Yaya. Yaya jangan nakal-nakal tau. Cikgu-cikgu dekat sini baik-baik. Percaya cakap mama.” Kedua-dua pipiku dikucup mama.

Dan di depan pintu masuk tadika baruku, ada seorang kanak-kanak lelaki yang sedang perhatikanku. Sejak bila dia berada di situ, aku pun tidak sedar. Sambil menangis aku pegang anak patung rabbit aku. Aku dibawa masuk oleh salah seorang guru di situ ke kelas baruku. Aku ditempatkan di kelas 5 Dahlia. Ya. Aku baru berusia lima tahun.
Aku duduk diam di kerusi itu sambil ku peluk erat rabbit itu. Tiba-tiba budak lelaki tadi datang kepadaku dan duduk di kerusi sebelahku. “ Nah, ambil choki-choki ni. Jangan menangis lagi. Buruk tau muka tu.” Kecik-besar-kecik-besar ja aku tengok dia. Suka suki ja nak kutuk muka aku.
Itulah detik perkenalan aku dan dia. Dia memperkenalkan dirinya sebagai Danish dan aku cukup kenalkan diriku sebagai Yaya sahaja. Katanya, “sebab nama awak Yaya, maka saya adalah BoboiBoy. TERBAIK! Saya akan selamatkan bumi dari ancaman makhluk asing. Saya juga akan lindungi awak Yaya.” Keh...keh...keh... ayat terakhir tu aku tak tahan tu. Entah dari drama mana dia tiru pun aku tak tau. 
Sejak hari itu, ke hulu ke hilir dia dengan aku. Masa makan dengan aku, masa main dengan aku, masa belajar pun dengan aku. Aku tak sangka dengan dia aku banyak bercerita sampaikan kami dipisahkan tempat duduk. Mau taknya, masa cikgu ajar di depan aku dok bersok-sek-sok-sek dengan dia kat belakang. Seminggu juga kami di asingkan tempat duduk. Lepas dari peristiwa tu kami tak bersembang dah lah masa cikgu mengajar di depan. Serik! Tak boleh fokus aku bila budak yang selalu sedut hingus duduk sebelah aku. Sekejap-kejap dia tarik cendol dia tuh. Haiyak! Geli aku.
Balik sekolah Danish selalu ajak aku buat kerja sekolah di rumah dia. Aku pula ajak dia main basikal dulu. Katanya, “ nak pandai kita kena utamakan pelajaran dulu.” Ketepek! Kang dah kena beleter dengan dia. Hmmm... Mak dia lecturer. Sebab itulah falsafah hidupnya tinggi. Aku? Apa kurangnya, aku anak cikgu. Tapi aku suka main dulu sebab aku pegang prinsip otak yang cerdas datang dari badan yang sihat. Aku dengar ayat ni masa kakak aku tolong mama hias kelas. Sebenarnya kan... Aku tak pandai baca lagi. Sebab tu aku tak suka buat kerja sekolah. Selalu ja cikgu buku aku penuh dengan pen merah. Dah puas mama dan papa beleter dekat aku suruh belajar, tapi aku suka pekakkan telinga dan main Pak Karut aku. Meh nak habaq mai. Pak Karut tu tab aku. Kakak yang suka panggil tab tu Pak karut. Katanya tab tu karut marut. Melalaikan. Tapi, aku tetap tak paham apa yang kakak cakap. Aku kan baru 5 tahun kan. Cakap tinggi-tinggi mana aku faham.
Sejak dia tahu aku tak pandai baca dia la yang ajarkan aku membaca. Dari dua suku kata sampailah banyak suku kata. Dia ajar aku membaca dengan menggunakan buku cerita. Katanya, “ amat memalukan kalau kanak-kanak 5 tahun tak pandai membaca. Zaman sekarang 3 tahun dah boleh baca ok?” Aku tercabar dengan kata-kata itu. Dan sekarang aku dah boleh baca buku. Yeay!
Lagi satu perkara yang buat aku sayang dia. Semua pensel aku, semua warna aku dia yang tolong asahkan. Aku mana pandai asah pensel. Asal asah ja mesti mata pensel akan patah dan akhirnya tinggal separuh batang ja. Aku pun pelik bin ajaib. Kenapa pensel aku asah semua patah? Lagi dia bagi tip untuk aku,” sharpener jangan tiup. Nanti dia tumpul”. Entah betul entah tidak tapi nak tahu kamu semua kena try lah dulu.hehehehe...
Suatu pagi itu, dia datang sekolah dengan muka yang muram. Dia tak banyak cakap. Sepatah aku tanya sepatah dia jawab. Pada waktu rehat dia tolak buaianku seperti biasa walaupun dia tidak bercakap hari itu. Tiba-tiba dia bersuara. “ Yaya, esok hari terakhir saya kat sini. Mummy dan daddy saya terpaksa pindah ke Australia. Saya terpaksa ikut dia orang.” Terus aku turun dari buaian dan berlari masuk toilet. Aku menangis puas-puas di situ sehinggalah masa rehat tamat. Aku tak nak cakap dengan dia. Sampai hati dia nak tinggalkan aku.
Esok, aku kuatkan diri untuk datang ke sekolah. Aku nak jumpa dia sebelum dia berangkat ke sana. Dia berikan aku sebuah buku nota kecil Ben 10.  Dalam tu dia tulis
“ awak jangan nangis. Awak kan dah pandai baca dan menulis. Kita boleh berhubung melalui handphone kan?. Awak pinjam la handphone mama awak.”
Tapi, “siapa nak asahkan pensel untuk saya bila awak takde nanti? Aku mula mempersoalkannya dengan pelbagai soalan. Dulu awak cakap awak akan melindungi saya dan sentiasa bersama saya.” Air mataku sudah mula mengalir. 
“ Awak kena belajar hidup berdikari. Bila saya balik sini nanti saya akan cari awak. Saya janji! Awak kan kawan baik saya.”
Selepas dia pergi hidupku kembali sunyi. Setiap hari aku tunggu panggilan darinya. Untuk menelefonnya aku tak punya nombor dia. Dia pun satu. Tak tulis nombor telefon dia dekat dalam buku nota tu. Dan seingat aku nombor telefon mama pun dia tak pernah ada. Tapi, kuyakin suatu hari nanti, pasti kami akan berjumpa semula.
Saya rindu kawan baik saya ;(

Doktor itu di hati kita


Dah hampir 15 minit aku tenung skrin laptop ni. kalau boleh tembus, dah tembus rasanya skrin nie...

Hoi3, berangan apa???

Aku bukan berangan, aku cari idea macam mana nak mulakan cerita.

Ya, aku tahu...anak-anak ummi rindu cerita ummi kan? :D

Pehal lak nie...? tadi aku kau, sekarang anak? Ummi?

kau sakit eh????

Ya... aku sakit. Dan aku nak p PKU (Pusat Kesihatan Universiti) buat anak-anak yang tak tahu.

Tak payah la nak p sana. Sebenarnya doktor dah ada dah di sini. Di hati kau. Ubat pun dah sedia ada dah. Cuma kau yang tak mau makan. sihat hati, sihat la semuanya.

Macam mana aku nak makan... tengok nasik pun aku tak dak selera. Dah 2 minggu aku minum ayaq ja sampai petang. Pastu dah pening lalat baru aku terhegeh2 nak p cari makan. Tapi itu yang buat aku malas. Nak makan ja, mulut aku malas nak bukak... berat sangat rasa...

" Tekanan darah adik ok"
" jantung adik pun ok"
"mata adik pun ok"
"tekak adik pun ok"
"pelik nih" kata Puan Doktor...

"Doktor, saya nak operate hati. saya nak hati baru..." Kalau itu la yang aku boleh bagitau kat Doktor kan senang. Kan senang kalau Doktor tu Fatin Liyana. Boleh aku cakap deret ja...
Tapi hampa tu bukan fatin liyana.

"saya bagi awak ubat-ubat ni. 2 minggu lagi awak datang balik."

" Kenapa Doktor tak bagi aku hati yang baru?"

Aku bukan nak ubat-ubat nie... tapi daripada aku balik bilik dok sorang-sorang baik aku p PKU, usha doktor2 yang ensem, biar la aku jalan bawah panas pun tak pa, asalkan aku tak dok bilik sorang2. tapi walaupun mata aku dah exercise dah, tapi hati aku... tetap tak gumbira.huhuhuhuhuhu

#sayadahtimahukumantujanganlahukumsayalama2sayataksanggup#

Tuesday 7 May 2013

Aku Lupa Pesanmu Teman

Teman,
Kau pernah berkata padaku,
Sabar,
Sabar itu indah,
Sabar itu tinggi nilainya,
Teman,
Kau pernah berkata padaku,
Guna akal pabila bicara,
Kerana lidah itu bisa melukakan insan lain,
Kerana lidah itu bisa mengecewakan kita,
Tapi,
Di suatu petang itu,
Aku lupa pesanmu teman,
Hingga aku hilang kewarasan akal,
Hingga aku korbankan persahabatan kita,
Hingga aku korbankan ikatan kita,
Kini,
Aku sengsara,
Tapi ku Yakin padaNya,
Suatu hari nanti 
Dia pasti temukan kita semula,
Kerna ku ingin bersamamu sampai syurga,
Dan betahkah DIA memberikan syurga itu,
Tanpa menguji kita dahulu?