Sunday 15 January 2012

istikarah cinta

Bersaksi cinta di atas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman di malam sunyi penuh doa
Sebut namaMu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkanlah pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
Satu nama teman setia
Naluriku berkata
Di penantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu
Diistikharah cinta

>>>Mungkin inilah jawapan yang aku cari selama ini.Alhamdulilah,terima kasih ya Allah.

happy besday to you

Alhamdulilah,hari ini genap umur aku 22 tahun.Terima kasih ya Allah kerana kau masih memberi peluang kepadaku untuk bernafas di bumimu ini.

Harapanku,semoga seiring dengan pertambahan umurku,aku mohon padaMu ya Allah "jadikanlah aku hambamu yang solehah"..Aku nak berubah menjadi insan yang lebih baek.Nak menjadi hamba yang sentiasa mentaati perintahMu,anak yang taat kepada mak dan ayah,adik yang menghormati kakak dan abang,kakak yang sentiasa sayang akan adiknya dan teman yang sentiasa ada bersama kawannya ketika dalam keadaan gembira ataupun sedih.Ameen.

TAMBAH USIA +ILMU + AMAL=BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT.

Nie kek yang rumet aku buat utk aku.Cantik kan?
Terima kasih Fiona susah2kan diri membuat kek utk aku.Sedap la kek ko nie.hihihi.Aku sayang kamo0...itu ja yang perlu kau tahu.

kepada kawan2 n rumet2 yang wish my besday thank a lot yak.Semoga kalian semua berada di bawah penjagaan dan keberkatanNya. ;)

Tuesday 10 January 2012

The early bird catches the worm

The early bird catches the worm
Hari ini sangat indah.Sang Suria mula menampakkan  muka  dari tempat beradunya di belakang Bukit Ekspo,UPM.Jam baru menunjukkan pukul 7 pagi.Masih awal lagi hatiku berbisik.Apa aku nak buat pagi ni.Apabila terpandang bakul baju aku yang hampir melimpah aku mengambil keputusan untuk mencuci baju guna tangan.Nak exercise la katakan.Tak payah la guna khidmat anak dara Jepun hari ni.Dah selalu sangat kot.Tak salah kan sekali sekala bagi tangan ini memegang berus pula.Asyik pegang pen ja.hehe...
So,setelah hampir setengah jam semua pakaian aku sudah bersih dan berbau harum.Hatiku berbunga riang.Senang hati apabila tengok baju aku tersidai indah di ampaian hujung Blok P3.Namun,tetiba aku terdengar satu bunyi bising yang sangat menarik perhatian pendengaranku.Aku pun terintai-intai ke bawah blok.Ya Allah,aku ternampak dua ekor burung sedang merebut makanan.Patut la bunyi riuh, burung tersebut bertekak rupanya.Sangat menarik dan ia mengingatkanku tentang satu pepatah Inggeris yang mengatakan “The early bird  catches  the worm” .That means if you wake up and get to work early you will succeed.
.




 Tengok,En.Suria baru nak gosok gigi,Mr.Bird nie dah kuar






Dua ekor burung yang tengah berebut En.cacing,aku x tahu sape yang berjaya.Gaduh la korang ye

Gelagat burung-burung tersebut mengingatkan aku tentang ...........................
Masa duduk kat umah dulu mak selalu pesan “jangan tido lepas subuh,nanti jadi papa”.
Mak akan bising kalau aku tido selepas subuh “nanti rezeki tak masuk”.
“nak tido,tido lepas matahari naik”.
Mak,mak...aku rasa mak korang pun macam ni jugak kan?hehe...

Sebenarnya ada sebab kenapa mak kita bising bila kita tido balik selepas solat subuh.
Berdasarkan sebuah hadith riwayat al-Baihaqi,
“Wahai anakku,bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu dan janganlah engkau jadi dari kalangan  orang yang lalai , sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari.”
Alangkah ruginya jika kita bangun apabila matahari telah meninggi di atas kepala kerana rezeki yang sepatutnya di takdirkan untuk kita telah berpindah tangan.Macam kisah burung tadi itulah,sekiranya dia tidak terlewat sudah tentu dia dapat menikmati rasa seekor ulat kan?Macam itulah juga kita.Mungkin kita pernah alami situasi ini.
Suatu hari kita bangun dari tidur dan kelihatan satu memo yang di letakkan di atas meja study kita yang mengatakan,
 mak keluar g umah mak ngah,ada kenduri sikit.Dah bangun nanti jangan lupa pergi.Ni duit untuk buat beli bekfes.mak x sempat nak masak.
Masa tu dah hampir-hampir pukul 10.Kita pun mandi dan bersiap-siap nak keluar beli sarapan kat kedai mak cik jual nasi lemak yang letaknya di depan selekoh nak masuk kawasan taman rumah kita.Bila kita dah sampai ja tup2 nampak mak cik tu sedang bersiap-siap mengemas barang dah.Ini menunjukkan nasik lemak yang sedap pagi itu telah habis.Kan rugi kalau kita bangun lewat.X boleh menikmati nasik lemak tersedap tu.Terpaksa la beli nasi lemak yang x sedap.huhuhu..rugi2
Apabila kita bangun lewat,badan kita juga akan menjadi lemah.kita akan merasa badan kita lemau x bermaya macam biskut yang telah masuk angin.Kadang-kadang kita boleh terkena serangan sakit kepala yang suka attack orang x kenal masa.Betul kan?
Kadang-kadang apabila kita bangun lambat,kita dapat merasakan cepatnya masa itu berlalu.Sekejap ja dah nak maghrib.Kerja yang perlu diselesaikan hari ini x juga selesai disebabkan habit kita yang suka tidur selepas subuh.Rugi kan?kalau kita seorang bisnesman kita dah kehilangan seorang customer.Kita kehilangan sumber pendapatan.Sayangnya Allah sahaja tahu.Kita lebih sayangkan tidur daripada duit yang nak masuk beribu-ribu.Oh,ruginya.Sesungguhnya demi masa manusia itu sentiasa berada dalam kerugian.
Marilah kita bermuhasabah diri,
Rasullullah SAW tidak tidur selepas subuh kerana Allah memberkati umat ini yang berpagi-pagi. “Ya Allah,berkatilah umatku yang berpagi-pagi.”
Kenapa kita sebagai umatnya hendak tidur selepas subuh sedangkan Rasullullah sendiri tidak?
Ayuh semua,bangkitlah dari lena yang panjang.
Surah al-Jumuah ayat 10,
“kemudian setelah selesai solat,maka bertebarlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing)dan carilah apa yang kamu hajati dari kurnia Allah,serta ingatlah akan Allah banyak-banyak ( dalam segala keadaan ) supaya kamu berjaya di dunia dan akhirat.”
Banyak manfaat yang kita perolehi dan banyak perkara yang kita boleh lakukan jika kita tidak tidur selepas subuh antaranya :
Sebagai seorang pelajar  waktu tersebut sesuai untuk mengulang kaji pelajaran kerana waktu tersebut sangat tenang .Amat mudah untuk kita menghafal pelajaran kita.Pada waktu tersebut kita juga boleh pergi berjoging.Aku pernah dengar orang cakap nak turunkan berat badan sesuai berjoging di waktu pagi.Betul atau tidak aku tidak pasti.Cer try...
Ada hadith mengatakan kalau tidur selepas subuh papa,dan tido selepas asar boleh jadi gila.

Marilah kita sama-sama berubah,kalau bukan sekarang bila?
Tak mudah,namun tak susah,terserah atas pilihan.
Alah bisa tegal biasa.

Friday 6 January 2012

Aku x pernah sedar akan kehadiranmu

...Ya,aku x pernah akan kehadiranmu..Sampai la suatu hari itu,aku terjumpa kau di sebuah klinik yang aku aku x ingat nama di suatu kawasan Putrajaya Presint 1.Sejak hari itu la bawu aku tersedar kau sentiasa ada dengan aku.

Di suatu petang yang sunyi,selepas aku bangun tido.

"Husna,Along rasa Husna kena pergi klinik la.Demam Husna Along tengok sama ja.X kebah2 gak."

"Husna demam lagi ka Along?"

"Badan husna panas lagi ka Along?"Macam biasa la,aku x dapat nak bezakan badan aku nie panas ke x.Macam biasa jugak la seperti biasa jugak la aku x dapat nak bezakan sama ada kain yang aku jemur itu dah kering atau pon sejuk sebab terkena angin petang.Aku pon x tahu kenapa deria rasa aku jadi macam tu.

Aku rasa aku dah lega dah dari demam.Sebab tu aku datang Kolej balik.bajet nak study la.Time aku demam tu musim study week.Itu pon demam aku lega sehari sebelum aku datang sini.Selalu nya,aku demam sehari ja.Tapi laen pulak kali nie.Dah g amek ubat,dia cakap suhu aku dah normal.37'C.Macam badan orang x demam dah kan.Memang la,sebab aku g hospital pagi tu,aku demam semalam.hehe...

keesokannya,aku pon datang la Kolej.

"Husna x boleh cakap".Cakap aku dalam nada separuh berbisik kat Along n K.eta iaitu merangkat rumet aku.Bukan maen diorang gelak kat aku.Kijam betoi.Ya la,aku cakap banyak tiba2 datang jadi bisu.Huhu..

Malam keesokkannya,aku pergi la klinik.X tahan dah kot seharian aku tido.Seharian aku terbaring di atas katil usang UPM.

Di klinik yang aku lupa nama~
 "Kenapa dik?"
"saya demam,selesema,batuk,sakit tekak"

Dia pon cek la badan aku nie."Awak dah x demam dah,ada ckit2 ja".

"tekak saya"tanyaku dalam nada yang tersekat2.

"awak ada Tonsil,awk demam sbb benda itu membengkak la.Selalu ke jadi?"

"ha ah,selalu sangat.kadang2 sampai bernanah"

"hmm,bila awk dah sepenuhnya chat,dtg cinie balik utk buat operation"

Dalam hati aku cakap"operate?ohhh...tidak,aku x nak...

Alhamdulilah,selepas 2 3 hari aku sudah beransur sihat.

................................................................................................................
Tonsil tu apa eak?

Tonsil ialah organ imuniti yang menjalankan tugas saringan untuk jangkitan kuman ke atas tekak.Jika kita dijangkiti oleh kuman,tonsil menjadi penjaga pintu yang menghalang kuman tersebut daripada masuk ke dalam badan kita.



Antara gejala radang tonsil ialah:

  1. sakit tekak yang kadang2 sakit teruk
  2. tidak boleh atau sakit ketika menelan makanan
  3. demam yang kadang2 sangat tinggi
  4. sakit kepala dan sakit2 badan
  5. kadang2 ada bengkak pada leher
  6. mulut berbau
  7. tidur berdengkur
aku selalu no.1til no.4 jek.hehe...yang 3 lagi tu x kot.

cara nak merawat?

aku selalu g klinik dapat ubat sakit tekak yang macam lozenges tu jek dan ubat berkumur untuk matikan kuman .

pastu aku akan minum air masak banyak2.

kadang2 aku x demam,cuma bengkak ja.batuk ke apa bagai suma  xdak.pelik la jugak.

Nie la tonsil bagi sesapa yang x penah tahu...


teruk kan?aku penah jadi macam nie.tp kecik cket dr yang nie.
~dan aku x pernah tahu selama ini aku ada dengannya.Aku x pernah sedar akan kehadiran tonsil dalam hidup aku~

Thursday 5 January 2012

The Success Is in Here

Life is a 'Do-it yourself '
You are what you think you are
You must not only dream but believe in you
Not only believe,but act...

Attitude is the key for more success
Good is not 'good' when better is expected
Don't be yourself but improve yourself
Give everything you have,to everything you do
And be the best,beat the rest...

For things to change,you must change first
The secret of success,is to try harder
And everything is hard before it becomes easy
Where there is a will,there is an "A"
And remember
The winner never quits,a Quiter never wins.

Wherever you are
whatever you do
Remember
Don't stop at the top
Touch the Sky before you fall.

Monkey time >di sebabkan malas study,aku mimpi aku jadi askar sudah semalam.haha...ciap nak mintak duet gaji lagi kat k.eta (rumet aku) nseb baek aku x tersasul lagi tyme bangun tido tu... =P

kena perli lak tuuu "xde training ke pagi nie"ahaks...~~~~

Tuesday 3 January 2012

mudahnya pahala itu

salam.

Semalam aku ikut budak2 nie g pasar malam sri serdang.Mula2 aku x nak ikut sbb aku malu.aku pakai skirt ngan t-shirt ngn slipar g toilet tuu...malu larh.sat gi nampak aku macam bibik indon x pon macam maid dari kemboja.dah la muka aku mixed kemboja.hihihi...lagi larh nmpak macam mai dari sana.haha...Tapi bila pikir2 balik baik aku ikut ley rasa air cond keta.tengah panas kot KL skg nie..hihi.

fuHHH,,,lega bila dapat rasa air-cond.sejuk la cket badan nie.

sampai kat sana aku nampak la pak cik nie.kesian dia.kaki dia kena potong.sedang mengemis meminta belas kasihan orang.Ntah kenapa tiba-tiba mata aku nie asyik dok pandang dia ja.macam-macam aku pikir.Dia xda anak2 ka?kalau ada mana anak2 dia?kenapa biar ayah dia macam tu...

nak menghulur beban utk ringankan beban dia,aku x mampu.aku x bawak 1 sen pon g psr mlm tu.miskin nya aku masa tu...huhu.So,aku pandang dia dan aku senyum ja la.Senyum tu sedekah jugak kan.

pastu teringat cakap mak aku "Allah nak bagi pahala kat kita senang sangat2.kadang2 Allah hantar orang tu tumpang kita keta.Bila kita hantar dia dgn ikhlas ke tempat yang dia nak g tu Allah pon bagi lar pahala kat kita".

senang kan?

tapi kenapa kita susah sangat nak bantu orang?

kenapa berat sangat tangan kita nak tolong orang?

kenapa kita sombong sangat?

kenapa kita ego sangat?

sedangkan semua benda kita pinjam dari Allah.

tak malu kan kita?dah la pinjam dari Allah,pastu kita kedekut pulak tu?

selalu kita cakap"aku tolong dia bukan dapat apa pon".

Ya Allah,hinanya kita.Semua perkara kita mengharapkan balasan.

sedangkan kita tahu kan

"tangan memberi itu lebih baik dari tangan yang menerima".
"more u gives,more u gets back".

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."

(Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad)


 

Sunday 1 January 2012

tahun bawu daaa

x sangka erk,bulan 9 nanti aku dah masuk final year.x sangka erk tahun depan insyaAllah aku grad.kejapnya masa tu berlalu...

jum,teman aku study jum.aku  x study apa lagi nie...takotnye...

tapi skg aku dah ada semangat dah.

hehe...bila ingat balik hadiah2 yang akan aku dapat kalu aku dapat 1st class...so kena study la.

"everything is hard before it becomes easy"