Monday 16 December 2013

Berbekam untuk hilang JERAWAT


Ini kisah di Hentian Duta pada 14 Disember 2013 jam dekat pukul 12 malam.
Waktu tu aku tengah tunggu bus untuk balik Butterworth. Dengan anak-anak menakan aku.
Nak dijadikan cerita aku dok la sebelah kakak tu. aku nampak dia memang gelisah ja. Dia pun tegur tegur la aku. Tanya nak balik mana, naik bas apa, umur berapa... part tanya umur ni best sebab dia kata aku budak lepas SPM. Means 18 tahun la aku kan..hik hik hik... Terasa muda seketika di situ :P

Pastu dah mula bersembang mula la dia menyentuh part yang paling aku tak suka.
"Bukan nak kata laa, anak mak cik dulu lagi teruk muka dia dari ni.." Ni tu merujuk muka aku la tu.

"Tapi dia p berbekam. Lepas dia buat tu jerawat dia tak naik naik dah la. Biasa la kan mak cik paham bila nama dia student mesti stress, dengan test, eseimen, tesis... Adik try la buat bekam".

Aku anguk anguk pokka ja la. Dalam otak dok bayang dah darah tu macam mana. Takut aku pitam ja tengok darah banyak banyak. Lagi 1 parut. Takut parut tu kekal. Habis laa aku kan. Dah la kat muka..Tapi mak cik ni kata parut lebam tu 2 3 hari ja... 

Ok, itulah point sebenar mak cik tu nak bercakap dengan aku.

Mungkin tu petunjuk untuk aku kot supaya p berbekam. Tapi sampai hari ni aku dok pikir pikir lagi.

Aku pun buat la research. Baca sikit sikit untuk dapat maklumat pasal berbekam ni..
Meh baca baca kat sini meh.

1 ) http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1110&pub=Kosmo&sec=Kesihatan&pg=ke_01.htm

2 ) http://terapibekammelaka.wordpress.com/2012/06/14/terapi-bekam-menghilangkan-masalah-jerawat-acne-8/

3 ) http://alfimohd.blogspot.com/2013/07/berbekam-akupuntur-yumeiho-menyihatkan.html

Selamat membaca dan mencuba bagi Sang Pemberani. Hihihi.. aku InsyaaAllah nanti kot.
Dah lepas baca coretan aku ni, pakat pakat la tadah tangan dan berdoa supaya kulit aku cantik semula :) dan insyaaAllah malaikat akan mengaminkan dan mendoakan untuk mu jua. ameen

Saturday 14 December 2013

HOMESTAY BANDAR PUTERI JAYA (SUNGAI PETANI)

hi guys,sihatkah??? mudah-mudahan kita semua sihat dan berada dalam redhaNya. ameen..
Baiknya aku hari ni kan? siap tanya khabar uolls lagi...hik3... mood baik hari ni.
Meh ler kita mengupdate blog. Dah lama sangat aku tak mengupdate kan.

ok. sekarang ni musim cuti sekolah. Maknanya bila musim cuti sekolah ni banyaklah kenduri kendaranya, nak bawak anak-anak kalian berjalan-jalan dan macam-macam lagi lah (ini modal yang selalu guna dalam karangan kalau tak ada point nak tulis) hehehe...

Baiklah, kat sini aku ada homestay tip top nak habaq kat hangpa semua. Homestay ni letaknya di Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani, Kedah. Mana nak tau kan kalau ada sedara hangpa or hangpa sendiri yang terkawen dengan orang Kedah, pastu bakal suami/ isteri tu pulak dok area area Sungai Petani ni haa.. Maka nya boleh lah uolls pilih homestay ni... Tambah-tambah pulak Kolej Universiti Insaniah 15minit ja dari homestay ni. Majlis graduasi hangpa nanti boleh la letak mak bapak hangpa dan family hangpa bermalam di sini.

kita usha usha dulu norh rumah ni... insyaaAllah dijamin selesa dan puas hati.
Gambar luar

Bilik Utama

Bilik anak-anak
(betoi x ayat aku)

Ruang Tamu

TV ada. Astro pun ada. Card bawa sendiri, tapi kalau lupa bawa tuan punya homestay boleh bagi.

Yang rajin masak boleh ler main masak-masak. Dapur ada, tong gas ada.hik3


Jangan risau.Rumah ni banyak cermin. So tudung hangpa tak la senget benget :P

Cantik kan??? :D

Rumah ni double storey semi D, 5 room's 3 bathroom's, 3 air cond, cooking appliances supply, auto washing machine, fridge, full body ogawa massage chair (lenguh lenguh banyak jalan memang best di urut urut oleh anak dara korea.hik3), comfort bed and pillow, iron, buaian baby, besen mandi baby, water heater, free astro (upon request), free extra 2 single foam and 2 comforter @ toto.
Dekat dengan semua kemudahan seperti hospital, shopping mall, tesco, econsave, shell, kfc and etc... dekat dengan bandar wehhh....
haa mana hangpa nak cari homestay yang boleh dikatakan lengkap dengan segala mak nenek ni...
 
harga?
Jangan risau... amat berpatutan dan mampu milik..
berminat boleh hubungi Cikgu Ibrahim 019-4727997 
Selamat bergembira di HOMESTAY ini...