Sunday 16 October 2016

Teori Cinta


Kah3. Tajuk entah apa-apa ja :P


Semalam aku beli scrub kopi dekat budak atas aras aku. Aku nampak iklan dia sebab dia tampal2 kat dinding blok. kebetulan scrub aku habis. Aku pun whatsapp dia. Dan dia balas. Terjadi la urusan jual beli.

Aku try pakai dan best jugak scrub kopi ni. Wangi. Sudah tentu bau kopi.hehehehe. Lepas scrub rasa lembut ja kulit. Rasa nak usik2 ja pipi tu.

Scrub kopi yang aku pakai ni dari U'Canteq Skrub kopi Homemade. 
 
IG : canteqscrub_lover
Whatsapp : 012 9734 154 (ana)

Nak berscrub2 kulit halus mulus, whatsapplah no di atas ok?

Aku pun cakap dekat kawan aku. Dan dia pun try pakai yang aku punya. lepas tu dia kata BEST! Nak beli jugak.....!!! Nampak tak marketing plan dekat situ.hehehe

Aku pun whatsapp si ana tu dan dia janji akan hantar petang tadi. Tapi aku tertido pulak. Bukan tertido. memang sengaja tido.hehehe...dan dia dah pun keluar. Malam nanti baru dia mai hantar kat bilik aku.

Kami pun tunggu dan tunggulah. Dan hujan pun turun dengan lebatnya. Tiba2 pintu diketuk. Aku pun cakap dekat kawan aku "cikja, mesti si ana tu. bukak pintu". Dia pun bangun bukak pintu, tapi bukan ana. Orang datang nak pinjam payung. Kan hujan lebat. Aku pun bagi pinjam payung aku. 

Baru ja cikja duduk tak sampai 5 minit, pintu diketuk lagi..."hah, tu kot ana..pi bukak pintu" Cikja pun bangun bukak pintu. Bagus, Ikut arahan cikja ni. hahahaha. Angpa teka sapa mai? hahahaha... "Payung ada? Nak pinjam..."hahahahaha

Cikja pun duduk lagi. Orang tu tengah menghayati megi lak. Hujan2 makan megi best dia kata. Aku pun tak paham apa yang best makan megi dengan hujan. Ada kaitan ka? 

Pintu diketuk lagi. Ish..sapa pulak. Cikja marah weh. hahahaha. Aku memang tak turun la dari katil. Tengah taip tesis kot. Kalau turun nanti, momentum menaip tu akan turun mendadak.hahaha.. betul kan hipotesis ni? angpa teka sapa yang ketuk pintu?

Si Ana. Kali ni tepat. Urusan jual beli berlaku. cikja pun tutup pintu.

"Kau nampak tak cikja?" Tanya aku. 3 Kali ketuk pintu baru jumpa orang yang betul. Macam tu lah jugak cinta." hahahahaha

Wednesday 12 October 2016

Keputusan MARA bila nak keluar?

"Keputusan MARA bila nak keluar?" Rare tak tajuk entry aku? hahahaha

Yang pi interview cikgu MRSM bulan Mei 2016 baru-baru ni mesti tak sabar nak tunggu keputusan sama ada terpilih atau tak menjadi guru MARA kan? Kecoh dalam group geng2 yang pi interview baru2 ni sebab buka website MARA  ada link untuk "Semakan Tawaran MARA Onboarding Siri 1/2016 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan" Lepas tu pakat2 masukkan nombor ic dan jawapan dia "nama anda tidak tersenarai untuk panggilan temuduga" hahahahahahaha. Gila tak tersenarai, sampai ke Penang aku pi interview. Relax. Link tu bukan untuk check keputusan kita punya. Link tu untuk orang lain. Kita jangan kacau :P Kalau kita dapat nanti, in shaa Allah kita pun akan MARA Onboarding jugak selama beberapa hari. Tapi, keputusan untuk semakan berjaya atau gagal akan dihantar melalui SMS. Macam hari tu punya. Macam hari yang kita dapat tawaran untuk ke MAC tu... ye..Jadi, sabar ya. .

Oh ya, ada orang call pihak MARA, depa cakap in shaa Allah keputusan kita akan keluar bulan 11 nanti. sama ada awal bulan, tengah bulan atau akhir bulan. Mungkin jugak akan jadi hujung tahun nanti. sabar ok? Mintak mak ayah doa banyak2 untuk kita. Doa depa kan mustajab. Diri sendiri pun kena tolong jugak. Rajin2 solat dhuha. Rajin2 solat hajat. Rajin2 bangun tahajud. Mintak Allah permudahkan sekiranya menjadi guru MARA itu adalah yang terbaik untuk kita.

lagi satu nak habaq,

Rahsia tau...

Pengambilan kali ini kebanyakkan akan dihantar ke sabah sarawak. Sebab depa yang dok lama kat sana nak balik semenanjung...pssttttt..aku excited jugak kalau dapat sebelah sana. pengalaman baru kot. pulau pun cantik. sekiranya ada rezeki la kan.. dalam excited tu pun ada takutnya gak " mak, doa bagi cek dapat nah. doa bagi dapat semenanjung." hahahaha... kata mak " kalau dapat sebelah sana pun tak pa... kutip pengalaman baru" huwaaaaA..

Tapi, aku tak kisah kalau dapat mana2 pun. In shaa Allah aku akan berbakti sebaik mungkin untuk anak2 bangsa. Gaya cakap macam confirm dapat lak kan. hahahaha.. Tak, bukankah apa yang kita pikir, apa yang kita cakap, apa yang kita buat semua tu adalah doa?

Aku doakan urusan kita semua dipermudahkan. Doakan aku jugak tau.

Akhir kalam,

Serahkan segala-galanya kepada Allah.

Sunday 14 August 2016

Taman Negara Bako

"Ada orang rindu aku tak?" Eh, salah tanya soalan. "Ada orang rindu aku kan?" hik3... yang ni baru betoi soalannya. huk3... so jawapan uolls apa? Aku tunggu nie. 1, 2, 3... teet. Lambat jawab. Malu ler tue.. ^^

Hye kepada followers aku!
Hye silent readers yang tak tinggal jejak!
Hye kepada yang baru jumpa rumah aku hari ni :)
Salam perkenalan :)

Minggu lepas aku ke Kuching Sarawak menghadiri walimah kawan aku yang berkahwin pada 1 April 2016 dan menghadiri majlis resepsinya pada 3 April 2016. Aku and the geng from semenanjung naik Rayyani Air. Pada pendapat aku setelah berada di dalam perut Rayyani Air, flight ni ok sebab sebelum mulakan penerbangan dia baca doa dulu dan dah sampai dia ucapkan "Alhamdulilah". Sejuk hati mak. Dia bagi 1 box makanan yang ada kacang, muffin, jus epal. Ok la tu kan. Cer bersyukur sikit orang bagi makanan tu ambik. Tapi....1 ja aku tak suka. Dia retimed 3 kali ok. 3 kali! Tapi ok gak dia retimed hari tu, daripada aku kena keluar kolej pukul 5 pagi diinjakkan kepada pukul 9 pagi. Setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Alang2 kami dah sampai Kuching kan tak kan la nak duduk tercongok dekat rumah pengantin kan. Boring kot. Dan aku bayar tiket flight bukan untuk duduk tercongok ok. Tak boleh jadi bff kan kalau baca ayat ni.hahahaha. So kami decide sama ada nak ke Taman Negara Bako atau Rumah Budaya. Naseb baik geng yang ikut sekali ni style suka aktiviti yang mencabar. Jadi, Taman Negara Bako jadi pilihan. 

Kami gerak dari Kampung Haji Baki dalam pukul 9 pagi dan sampai ke jeti Taman Negara Bako dalam pukul 10 pagi. Baru perasan jauh jugak kan.
Gambar ehsan Google
Sampai-sampai ja park kereta depan-depan jeti ni dan jangan terkejut nampak "Awas Buaya". dupdapdupdap jugak. Tapi kena cool sapa suh pilih nak pi sini.hehehe.

Buat pendaftaran di kaunter kena bayar sorang RM10 untuk masuk ke Taman Negara ni. RM30 pulak perlu dibayar untuk naik bot. Kalau hangpa rasa tak nak bayar, "Sila berenang untuk ke sana"kikiki. Ada bran tak? Ada buaya tuuuuuu.... Depa bukak kaunter pendaftaran dan mula beroperasi pada pukul 8 pagi. Dan bot terakhir dari taman negara pukul 3 petang. Dari sini nak ke sana ambik masa 15 minit. Tak jauh la kan.

Dalam perjalanan nak ke sana, ombak kuat jugak. Risau. Dah tadi baca ada buaya kan. Tangan pun tak berani nak letak tepi. Takut buaya ngap.Imaginasi tu terlalu tinggi.hahahaha

"Besar jugak kan sungai ni..." 
.
"Husna, ni bukan sungai. Ni laut. Awak tak bau ke bau laut. Bau air masin. Ni kita atas laut china selatan ni."
.
"Wow laut China Selatan bukan lagi dalam buku geografi. Aku dah ada kat atas ni.hehehehe." Dalam hati tertanya-tanya kalau ni laut, maksudnya ada buaya ke tak? Buaya ada dalam laut tak? Persoalan tu dibiarkan sepi. Mulut kena jaga ok. Jangan nak capoi sangat.

sepaanjang perjalanan tu nampaklah gunung santubong. sekali pandang gunung ni nampak macam orang tengah tido.

Gunung Santubong
Hangpa tau kenapa nama taman negara ni BAKO. Bako tu sebenarnya sebutan orang Sarawak kepada pokok bakau. Banyak pokok bakau dekat sini.


sebenarnya, aku tulis ni dah lama. dok simpan dalam draf ja. hari ni rasa nak tambah tapi tiba2 idea tak dak. jadi aku decide untuk publish ja. nanti aku sambung ok. masa aku p hari tu, RAYYANI AIR masih beroperasi lagi. dan aku tak sure jugak tu air masin atau air tawar. hehehe. 



Sunday 15 May 2016

Bleep fitness test Mara Assesment Centre


Hari ni aku rasa nak menulis mungkin untuk hilangkan rasa gelisah ni. Mungkin. Dulu aku dapat kesan aku dapat penyakit gelisah ni masa nak ambik keputusan PMR. Rasa dia tu lain. Tido salah. Baring salah. Buat apa semua rasa salah.

"Husna, normal la perasaan tu."

Dan lepas pada tu aku buat teori, kalau aku rasa nervous semacam tu...tu tanda aku akan dapat keputusan yang membanggakan. Aku rasa la.

Tunggu keputusan SPM pulak. Aku tak rasa apa2. Relax ja.

"Mak, pasal pa cek tak rasa apa-apa ni?"huwaa... risau aku. Sebenarnya risau tu dh satu petanda daripada rasa nervous tu. Tapi rasa ni lain. Perempuan kan instint dia kan kuat. Banyak pulak tu instint dia. Hahaha.

Dan keputusan SPM kurang memuaskan. Buat aku teriak tiap2 hari. Hahaha. Target lain dapat lain. Tapi tak jauh pun daripada target tu. Sebab tak dapat masuk u lagi la buat aku rasa patah semangat. Masuk kelas form 6 pun, hari2 aku lari kelas. Dapat kelas science tapi aku g masuk kelas sastera. Sampai la aku dapat tukar masuk kelas sastera baru aku tak ponteng2 kelas. Hidup kita pilihan kita. Pilih yg terbaik. ^^v
Lakukan apa yang kita percaya. Cewahhhh :P

Ok. Teori aku makin menjadi betul. Tunggu keputusan STPM pulak. Tak rasa apa2 gak. 

"Mak, pasal pa cek tak rasa apa2 ni."

Lagi laa risau...masa nak exam sejarah. Cakap dekat kakak "g exam ni utk lulus ja. Sebab baca buku tak habis. Soalan target tak keluar pulak tu. Tapi naseb dapat goreng. Goreng yang sedap. Mungkin. Keluar keputusan dapat A :)

Dan teori yang aku bina selama 2 tahun tu salah. Hahahaha. Tak rasa nervous yang melampau2 tu tak bermaksud kita akan gagal.

Saja ja nak cerita tu. Nak kuatkan semangat nak g temuduga mara assesment centre 25 hari bulan nanti. Sebab aku tak rasa nervous yang gila2 nervous tu. Aku risau tapi aku tak over risau. 

Tahun lepas pun aku tak rasa apa2. Bukan aku over confident. Tapi itu yang aku rasa. Ke aku dah belajar untuk lebih relax menghadapi setiap keadaan. Keh3.

Semalam dah mula joging utk fitness test tu. Selalu aku joging bila aku rasa gelisah. Rasa tak sedap badan. Rasa nak demam. Rasa down. Baru aku joging. Tapi ni utk dapatkan apa yang kita nak kita kena berkorban sikit la. Ehem3. Masa joging tu kawan cakap. "Balik nanti nak download lah bleep fitness test..."
"Eh, ada eh benda tu dalam play store?"
"Ya. Ada."
Dan aku pun mendownload lah. 
Pagi tadi try guna application tu. Waaaa... penatnya. Nak kena lari laju2. Tapi tu realiti masa iv nanti. 20m dalam otak nampak dekat. Bila lari kenapa 20m tu nampak jauh. Huwaaaa. Dan akal mula main kira2. Aku nak lari jarak jauh la mcm ni. Tak penat sangat. Ingat pulak kata abang "senang sekarang akan susah kemudian." Aduhhh.. otak syuh2 halau semua tu. Dia tayang nasik lemak pulak. Sedap kan dapat nasik lemak lepas lari ni. Jadinya 20minit ja aku lari. Yang selebihnya lari ke kafe utk dapatkan nasik lemak. Makan hari ni jadi sedap lak nasik lemak tu. Selalunya mulut aku malas nak bukak mulut kalau nampak nasik lemak. Telan macam kena paksa telan. Hehe


Aku cerita panjang2 ni nak bagitau kat angpa kalau nak lari guna bleep fitness test boleh download dekat play store. Kot2 nak praktis untuk fitness test nanti.

Dan nak habaq jugak. Rasa nervous, rasa gelisah tu normal. Tanda kita ni manusia. Cuma kita kena pandai handle perasaan tu. Aku dah pandai control perasaan tu ke? 
:P

Tahniah. Berjaya habiskan bacaan cerita aku ni.
Tahniah sebab uolls terpilih untuk ke sana.

Kalau sama tarikh dengan aku 25hb nanti, jumpa kat sana nanti say hi ok.

Good luck uolls. 

Sunday 11 October 2015

Klise dan Realiti

 
 
“Aku lapar laa…” kata dia.

“Nak makan ka?” tanyaku ala-ala mengambil berat sangat. Tadikan dah makan dalam pukoi 12 lebih dekat NU sentral. Dia makan spageti bolognaise dan aku makan spageti carbonara. Makanan feveret selama-lamanya. Sebab itu kalau hangpa ikuti instagram aku or laman bisness aku (bajet aku retis.hik3) hangpa akan nampak spageti carbonara jek budak ni reti makan. Aku rasa carbonara lagi sedap dari bolognaise selepas percubaan aku masak spageti bolognaise di rumah mendapat kutukan hebat. Aku rasa aku ikut resepi betui dah tapi air tangan aku tak sesedap air tangan mak cik Itali. Sejak hari itu, aku lebih memilih carbonara yang sah-sah sedap. Dengan kuah dia yang pekat mengkeju, perghhhh…buat perut aku berkeroncong semula dan air liur meleleh-leleh mengingati kesedapan carbonara Pak Chef di food court NU Sentral. Aku tidak pasti sama ada mak cik or pak cik yang masak. Mahupun teruna atau dara yang memasaknya. Yang penting sedap itu pasti.

“Ha ah, nak makan. Tapi nak makan yang ringan-ringan je. Kau nak makan kat mana?” tanya dia.

“Mana-mana ja. Tapi takmau dubudubu yang kini ditukar nama kepada DubuYo. Aku tau tu makanan feveret dia. Tapi disebabkan aku tengah pantang seafood dan telur demi mengembalikan kecantikanku yang dahulu agak manis dipandang. Sila muntah. Hahahaha. Sebab itu aku cakap awai-awai aku taknak makan kat situ. Sebab masakan dia mesti ada telur. Kalau tak silap aku la.

“Dah tu kau nak makan kat mana?” tanya dia lagi.
“erm..Mana-mana ja la. Erm…Subway la dah kau kata nak makan ringan-ringan. Makan sandwich tu ringan jugak kan?” balasku.

“Ok la, tapi kita masuk MPH dulu la alang-alang dah turun bawah. Nak cari buku ESC, budak tomato dulu.” Oh ya, sekarang ni kita masuk zone MidValley dah ya. Sambil-sambil jalan tu dia nampak restoran Nandos dan dia cakap Nandos mahal jugak kan? Aku terus menjawab “aku tak nak makan Nandos. Sat lagi aku mesti sakit kepala. Rugi tau bayar mahal-mahal, pastu aku muntah balik. Dah jadi trend aku, kalau sakit kepala, pakej dia mesti muntah. Lepas muntah, alhamdulilah aku akan ok.

Kata dia, “ni la masalah orang perempuan. Bila tanya nak makan mana, dia mesti kata “mana-mana ja la. Tapi bila kita suggest nak makan kat situ, dia mesti jawab tanya dengan alasan yang berjela-jela. “ ok. Yang bercakap itu jugak perempuan. Aku mana ada couple, sebab aku tak nak keluar dating naik bas. Keluar dating naik komuter. Panas. Nama pun student, mana ada kereta lagi kan.Demand. Hahaha. Sebenarnya alasan hakiki, aku tak laku.kehkehkeh.

“hahahahaha. Aku gelak kuat selepas dia membebel. Sebab tu la aku tak dak pak we lagi. Kalau ada mesti jadi macam ni jugak kan?” aku cakap macam tu sebab teringat troll yang orang dok share-share kat FB, pasal boy and girl yang berborak nak makan kat mana? Bila tanya, mesti jawab mana-mana. Bila cakap nak pi situ, mesti girl menolak dengan pelbagai jawapan. Lebih kurang situasi kat atas la. Hangpa macam aku jugak ka?

Dia masuk MPH dengan sejuta harapan buku ESC tu ada, tapi sayang keluar dengan harapan yang punah. Buku tu dah habis. Laku buku hang noh mato?

Sebelah MPH tu kan ada Burger King. “weh, yang kau jalan terteleng tu kenapa?” tanya dia. Baru aku sedar aku jalan sambil aku tengok menu kat papan dekat kaunter burger king tu. Ushar harga. Ya la. Aku mana pernah masuk burger king. Syukur, mata aku masih terang. Masih nampak dari jarak jauh.

“Kita masuk burger king nak? Aku dah dehydrate dah ni… nak pi Subway jauh lagi. Kena masuk Garden Mall. Kat sini tak dak. Aku tak larat jalan dah.”

Dan dia pun setuju.

Aku order cheezy chicken wrap dengan mango juice. Tapi cashier dengar air milo. Maka jadi la air milo. Ketiga-tiga kami order menu yang sama. Walaupun hakikat pada awalnya aku nak burger. Tapi nampak wrap ni lagi sedap. Harga dia standard ja dengan KFC, McD. Tak dak la jauh beza sangat. Sedap pun sedap jugak.hehehehe. setinbun jugak laa sayur yang aku lungguk dalam tray. “weh, bukan kau makan sayur ke?”…. “Memang aku makan, tapi aku tak makan kubis mentah…nanti lenguh kaki.”  Susah jugak berkawan dengan orang tua ni, kata dia.


Saturday 19 September 2015

Hutan Royal Belum

 
 
 
 
Sementara nak tunggu mood menulis tesis aku mai, meh la aku bercerita tentang aktiviti riadah yang aku dan kawan aku lakukan lepas hari raya hari tu ok. kalau cakap dekat lect "Dr, saya tak dak mood la nak menulis hari ni" memang kena hiris la dengan kata-kata dia yang tajam lebih dari mata pisau. "kalau tunggu mood tu mai, sampai ke sudah tesis hang tak siap!"  tapi aku still tak terhiris sebab mata pisau dia tumpul kot.hahahaha

seminggu lepas raya hari tu aku & best friend zaman sekolah aku dan still sampai sekarang pi terjah HUTAN ROYAL BELUM! hoyeah! tau ke hutan tu kat mana? nanti hangpa google la eh kalau tak tau. Aku jumpa pasal ni sebab faiz dickievp yang review instagram mengenai aktiviti cintakan alam ni. nanti hangpa boleh tengok kat belum.konspirasi. memang cantik2 gambaq yang dia post sampaikan hangpa akan terjebak nak ke sana. tapi seriously hangpa akan enjoy kat sana. aktiviti dia pun best!

aku pi sana 26-27 hari bulan Julai 2015. aku pi berhantar dan berjemput. mencabar sungguh kan? backpacker berdriver. hahahaha. Ooopss..nanti abang ipaq aku terbaca dia terasa lak. sungguh dia abang ipaq yang sangat2 baik. tak dak dia kat umah aku, rasanya akan jadi haru biru. ni aku nak balik raya haji ni dia balik raya kat Melaka, kampung halaman dia. mak aku dah pening sapa nak ambik aku kat bus stesen nanti. sampai dah la tengah2 malam. kalau abang2 aku yang lain buat keputusan tido malam raya kat umah mak aku tak pa la. Tiba2 rasa nak bersuami ar kalau susah cenggini. eyh? hahahaha. mudah2an jodoh yang ditakdirkan Allah untuk aku tu menjelmakan diri dia dengan cepat. aaminn... :)

kami tidoq kat dalam houseboat ni la



aku tak ingat dalam houseboat ni ada berapa bilik. tapi masa aku pi hari tu muat 40 orang la. ada yang pilih nak bilik 2 orang, ada bilik 3 orang dan ada bilik 4 orang. aku pilih yang 4 orang. lagi banyak kenal orang, lagi banyak yang kita akan belajaq dan temui. ada juga yg pilih open air. maknanya depa bawak khemah dan tido kat ruangan atas sekali tu. best kan angin malam2 sejuk ja. tapi sayang malam tu hujan, niat depa nak tido berbumbungkan langit tak kesampaian. kena tido kat ruang makan bawah. hihihihi. oh, lupa nak bagitau pulak, pakej yang aku pi hari tu pakej istimewa. RM200 ja untuk 2 hari 1 malam.

Hari Pertama

Aku sampai kat jeti tasik banding ni dalam pukul 8 lebih macam tu. Pukul 9 pagi kami kena berkumpul. lambat kena tinggai. hahahaha. jauh jugak weh dari jeti ni nak masuk ke kawasan Royal Belum. hampir2 pukul 12 tengah hari kami sampai ke border Royal Belum. depa buat border rasa macam letak botol-botol putih tu. kawan aku ke aku yang cakap tau "ni kawasan depa bela ikan ni". confident ja cakap. sebenarnya tu penanda kawasan kami dah masuk dalam kawasan tasik Royal Belum.hahahaha. 

lepas kami semua dah makan tengah hari. sedap betui depa masak tapi aku tak ingat dah menu apa. tapi siyes sedap depa masak. gambar makanan pun aku lupa nak ambik sbb bab makan aku makan dulu baru ingt nak ambik gambar. hihihihi. dah kenyang semua kami melawat kampung orang asli. kampung Seri Wangi. kecil ja kawasan perkampungan ni. ada beberapa orang penduduk ja. 

nak ke perkampungan tu kena panjat guna tali. sebab tangga tanah hilang dihakis air.  

ni antara-antara mereka di situ. depa sedikit takut ngan kita. tapi kalau hangpa pandai pujuk, hulur gula2 sikit boleh la hangpa bergambar ngan depa. aku nasihatkan nanti kalau hangpa ke sana bawak2 la makanan utk depa. buat amal sedekah sikit. hari tu aku tak terpikir langsung nak bawak apa2. sampai kat atas houseboat baru depa ada sebut2 pasal ni. lain kali aku kena lebih prihatin sikit dengan tentatif program.

depa tunjuk ajar main sumpit. aku tak try sebab tiup belon pun ayaq liuq yg penuh dalam belon. belon tak kembung jgk.kekekeke

antara orang kuat kampung Seri Wangi

Dah puas berkenalan kami pun nak beransur balik. kita selfie ramai2 dulu. ada yg berkenan dgn jejaka hot ka? ada seorang tu mula2 dia melangkah masuk dlm houseboat aku terpegun. "eh, dia ni kawan aku ka? muka sama. setelah lama menilik, aku prasan dia cerah sikit. kawan aku gelap banyak.hahahaha" dalam hati ja la ckp. cakap kat dia nnt orang cakap aku pick up line plak kan :P

meh la kita turun naik ke houseboat balik utk aktiviti seterusnya.
seterusnya. soooo skema guna penanda wacana. hahaha. ok kita nak pi tengok bunga pakma or rafflesia.  betul dah kot eja tu kan. 

nak tengok bunga pakma kena naik boat kecik. sebab dia kena melalui sungai kecik

Sungai kecik tu nama dia Sungai Kooi.

sementara nak tunggu geng2 lain sampai, kita bergambar dulu ok? tu bff aku dr zmn sek menengah sampai la sekarang. tu jgk bff kaki jalan aku. ajak pi mana suma dia akan ikut. hihihi

tengok lecturer2 ni kaki selfie. kenal dkt atas boat royal belum ni lah. smpai sekarang stil contact2. ajak berjimba. hahahaha. depa ting tong mcm kami gak walaupun pangkat akak2 tapi tak nak dipanggil hakak.hahahaha
minor trekking utk ke bunga pakma. sila hayati keindahan alam hijau.

tak tau nak tulis caption apa.hee

masalah engineer pokok. jumpa pokok apa pun depa kenai.

yeah. dah nak sampai air terjun sg.kooi. tapi masa ni air tak laju. maksudnya air sikit.



nampak air kenapa kita rasa happy?

panjat sikit lagi hangpa akan sampai ke sini! yeay! tapi sayang bunga pakmaku tak kembang. kucup semalu-malunya menyambut ketibaanku. sob3


ok lah, dah banyak aku berkelahi dgn keyboard hari ni. dia cakap dah2. taip tesis plak. kita sambung nanti pulak ok. dah turun2 dari bunga pakma. aktiviti petang hari tu terjun tasik. ho ho horey. nanti aku cerita.

Sunday 13 September 2015

BUkit Broga

Assalamualaikum...

Dalam kesibukan menaip FYP, tetiba aku teringat nak tulis pasal bukit Broga.
Jom,,, 

Semalam aku dan classmate aku mendaki bukit Broga. Dalam pukul 5 lebih kami bertolak ke sana. selepas solat subuh kat sebuah masjid kami teruskan perjalanan dan sekitar 6.30 pagi kami sampai di destinasi igauan selama ni.hihihi..

dah buat warm up dan berdoa kami mulakan langkah pertama...
huhuhuhuhu..mak aih jauhnya. jalan sikit dah penat. tapi aku kuatkan semangat. selitkan di hati niat beribadah kepada Allah. mintak Allah kuatkan rohani dan jasmani aku. Melihat alam kan dapat menenangkan fikiran. betol x? sesuai la kan..aku ni kan dalam proses untuk bersihkan hati dan fikiran dari titik-titik hitam. mudah-mudahan dengan cara menghayati ciptaan Tuhan dapat bersihkan hati aku untuk terus menjadi insan positif.

Kaki ku angkat dan teruskan mendaki. tak sukar mana jalan dia...macam masuk hutan lah..hihihi. berpeluh badan aku..agak-agak turun bapa kilo ek?hihihi...
steady ja orang yang bawak budak kecik...steady lak tu budak2 ni naik bukit.hebat r..tapik spring kat depa..hati ni berbisik lagi.." nanti nak ajar anak aku lasak jugak lah. supaya depa tabah dan berani menghadapi cabaran."

Alhamdulilah, dekat2 7.30 pagi aku sampai di kemuncak bukit Broga tapi puncak yang 1st la..
Subhanallah,,, cantiknya ciptaan Allah. indahnya suasana pagi di atas bukit. sejuk dan nyaman udara di sana...

terdetik di hati. "kalau king naik mesti dia suka. dia cintakan alam. tempat ni sesuai untuk dia. nanti aku nak naik lagi, tapi dengan king." :)

bila dah sampai satu tahap mesti kita nak pergi lebih jauh kan,,, so aku kuatkan kaki untuk pergi ke puncak yang kedua lak...waaaa....cantiknya...posing sana, posing sini cikit...dah la.x mau amek pic lagi...aku mana pandai pose...kayu ja.tegak macam nyanyi lagu negaraku.hik3...
bes ja aku tgk org lain posing dengan pelbagai cara.aku? just batang kayu. ;(

setelah puas, kami semua pun turun. cabaran la nak turun..rasa macam curam ja laluan dia n lutut aku pon dah lembut..rasa macam x boleh nak jalan dah..rasa nak nangis...huwaaaA..ada keta kable kan senang..senang aku nak turun...=P

akhirnya,,,selamat sampai di tanah yang rata..

kami p mandi kat sungai tengkala lak..beriadah di situ.aku bukan mandi pon sebab malas nak renyah2 bawak baju lebih.so tengok orang mandi ja la..kalau tak boleh mandi sambil main hujan. hujan kan bes..ingat waktu kecik2 dulu.pantang hujan n mak ayah tak dak kat umah inilah peluang.aku, abang n adik akan keluar mandi hujan sampai demam la selalunya..rindu r nak balik umah..sob3 ;(

ni aku upload cikit pic kat sana...
                                                  nampak tak ranting kayu?hihihi

ok..cukup2 suda...jumpa lagi...

tapi saya sayang diri saya,,,walaupun saya hanya sebatang ranting kayu ;J
(ayat ntah pa2 bak kata king saya)hihihi