Saturday 30 March 2013

Jeput

Assalamualaikum suma.

Hari ni aku nak kongsi bekfes aku dengan roomate2 kesayangan hamba :D
Walaupun makanan ni simpe tapi bagi aku sesuatu benda tu akan jadi sedap dan luar biasa jika dibuat dengan kasih sayang dan  keikhlasan.

meh, aku kongsi resepi nenek moyang nie.

korang hanya perlukan 


tepung gandum


sedikit garam. jangan buh banyak tu t konpem kena darah tinggi



air masak / mineral



minyak masak utk goreng






sedikit ikan bilis


bawang besar yang dipotong halus-halus


campurkan tepung, bawang, ikan bilis dan garam. gaul bagi sebati



dan gorengkan dalam minyak yang panas macam ni 
                                     

 dan dah ciap

meh makan suma.

aktiviti masak memasak ni hanya boleh dilakukan pada waktu hujung minggu ja. kalau angpa masak hari-hari lain konpem kena marah sebab kejadian blackout akan terjadi kerana kekurangan elektrik. tambahan pula, suhu kemarahan akan meningkat darjahnya apabila waktu tersebut adalah minggu utk menghantar assigment.
pasti akan kedengaran ada orang menjerit di luar
" tak paham bahasa ke masak kat hostel x boleh, menyusahkan orang je!"
dah otomatik tu jatuh ke bawah, naikkan je la ke atas, yang ko suka menjerit tu kenapa?
senang je kan aku cakap sebab x kena kan aku.yang pasti aku dah kenyang.hehehehe...
p/s : jangan selfish ye

oooopppps...lupa nak cakap jeput ni ore kelate ja pggil,aku pggil cucur tepung ja :D









Cerita Dalam Komuter

 Hari Khamis yang lalu, peh...ayat karangan..hehehe

Aku malas nak cita panjang2, aku ringkaskan  ja...

CERITA 1
Aku p perpustakaan Universiti Malaya. Dari serdang nak ke sana aku kena naik KTM serdang ke Kl sentral. dari situ aku naik LRT laluan Kelana jaya ke stesen universiti.

Masa kat KL Sentral ni masa pintu LRT di buka, aku nampak dari jauh beg kayu golf terletak elok di depan pintu tu. eh, sapa main golf kat dalam ni. desis hati aku. kaki aku pon melangkah dan menghampiri beg kayu golf tu dan....

Tu bukan beg golf. tu kerusi roda automatik dan dalam tu duduknya sorang makcik. kecik ja badan dia dan dia berseorangan. kenapa aku cakap tu beg golf? rupanya side mirror kerusi roda tu sebijik aku nampak macam kayu golf.

aku silau upanya,,,rabun x ye..



Pelajaran yang aku dapat : Kenapa aku tak boleh belajar hidup berdikari sedangkan orang yang kurang upaya boleh berdikari. ubah minda anda cik husna hidayah. belajar hidup berdikari, belajar berdiri di atas kaki sendiri, perjalanan utk mencapai kejayaan tu pahit dan berliku kerana penghujungnya anda akan dapat rasa kemanisan yang anda  tak dapat dirasai dengan lidah.

CERITA 2
Masa balik dalam komuter dari KL sentral ke serdang.

Aku duduk sebelah sorang untie cina muslim. Dia tengak cuba masukan kod topup tapi gagal.dah banyak kali dia buat. tapi stil x boleh.aku hanya perhatikan dan aku secara tiba-tiba aku baik hati dan yang peliknya aku boleh bercakap dengan orang yang aku tak pernah kenal.

" nak saya tolong?" itu ayat pertanyaan aku.

dan untie tu cakap, " kod saya kena block, sy kena col operator".

owh,,, aku ingatkan dia x pandai masukkan kod topup..heheheh

dan akhirnya dia berjaya col operator dan dia berjaya topup. bermula dari ctu kami bersembang2. ehhh..ramah plak untie nie..

Dia dah ada dua orang cucu tapi masih nampak muda. anak sulong dia 27 tahun. maybe dia dalam lingkungan 40-an. aku pon puji la, "untie nampak muda la, apa rhsianya?" jeng3..mulut kena manis dong =P

katanya,

" bila dalaman kita sihat, aura kecantikan tu akan terpancar di muka. Hati kita kena bersih, jangan ada sikap sombong, hasad dengki dan suma perkara yang berkaitan dengan hati busuk lah. baru hati kita akan sihat. dan suma tu akan terpancar kat wajah."

dalam hati aku benarkan apa yang untie tu cakap kerana 

 Rasulullah saw bersabda diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim;

أَلاَ وَإِنَّ فِى الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ ،وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ أَلاَ وَهِىَ الْقَلْبُ

"Dalam diri manusia itu terdapat seketul daging. Apabila daging yang seketul itu baik maka akan baiklah seluruh tubuh badannya. Dan apabila rosak daging yang seketul akan rosaklah tubuh badannya. Dan daging yang seketul itu ialah hati."

maka, jagalah hati kita dan ayuh bersihkan hati dengan
- solat tahajud
-membaca al-quran
-berpuasa
-berzikir
-jaga makanan. jangan makan makanan yang haram dan syubhah

utk lebih lanjut korang boleh baca kat blog nie http://usrahrasahati.blogspot.com/2009/03/usrah-rasa-hati-001-kenali-hati.html
http://permai1.tripod.com/rebung.html
http://drmaza.com/home/?p=1084

CERITA 3

Masih lagi bersembang dengan untie.

" u study lagi?"

"ha, ah. kat UPM"

"Umo u bpa? 20?" tanya lagi...

hehehhe...tgk org stil cakap aku muda lagi.hahaha..tekaannya muda 3 tahun dari umo aku yang sebenar, buat aku rasa nak terbang ja.hahaha :D

tu jek motif aku nak cita kat korang =P

ehhh..tak lah, ada 1 lagi nih..

dia bagi aku satu doa utk akal.
dia bacakan utk aku. mula2 aku takot. hati jahat mula cakap abes la aku kena pukau apa nie..
tapi aku rasa aku pernah dengar ayat tu. aku suruh dia ulangkan lagi. dia bacakan lagi dan dia suh aku semak dalam al-quran. macam dia tau ja aku takut.

surah tu surah al-mulk ayat 14. doa utk akal. amalkan pesannya. 
dan dia cakap tu rezeki aku utk hari nie. " rezeki u" katanya.
dan memandangkan itu rezeki yang baik, jadi aku kongsikan dengan korang. tak salah kita berkongsi benda baik ;j

sebelum aku turun di stesen Serdang, untie tu pesan lagi. "JAGA HATI"
aku senyum dan melambaikan tangan utk nya. tima kasih untie utk ilmu itu. :D


Meh cantik dengan bahan semula jadi

Assalamualaikum suma...

Memandangkan sekarang ni isu terhangat dalam geng aku adalah isu kecantikan,,, so aku nak kongsi la sedikit ilmu yang aku ada ni dengan korang. ilmu ni aku dapat dalam majalah dara bulan april 2013. isu-isu cintan cintun ni aku dah tak boleh nak dengar. rasa nak tampo ja sesapa yang bercerita ngan aku soal cinta, soal jodoh...dah muak, rasa nak muntah, makanya, isu kecantikan la isu baru aku.hahahaha... :D

meh2,,, kita terokai alam untuk cantik

bahan-bahan yang aku pilih ni, sumanya mudah ja utk kita dapat kat dapor, 
dapat sip bajet kan, sebab suma tu mak yang beli... al maklumlah aku nie student lagi,,, duit tak ada nk beli..tau abeskan duit mak aku lagi ada lah...hehehe..

nak cantik kan, meh masuk dapur tengok apa yang ada...

yeah, mata aku nampak madu.

apa khasiat madu eh???


-madu dapat memperhaluskan dan memperlembabkan kulit.
-dapat mencantikan bibir dan mengelakkan bibir pecah.
-sebelum tido, korang boleh la sapu madu tu kat muka dan bibir. buat tiap2 hari utk dapat hasil yang semaksima. saya dah, anda?


buka peti ais, eh...ada tea hijau la. apa khasiatnya ye???

-teh hijau dapat melindungi kulit anda dari radikal bebas yang berasal dari makanan yang menyebabkan kerosakan dan penuaan pada kulit.
- masyarakat China mempercayai bahawa amalan meminum teh hijau dapat menurunkan berat badan dan awet muda
- sebab teh hijau ni orng minum tak bubuh gula, makanya aku minum campur dengan sedikit madu.rasanya...perhhhh sedap. 

apa yang ada lagi dalam peti ais umah aku eh,,, ahaaa..aku jumpa timun, ayuh, kaji khasiatnya

-timun dapat memutihkan kulit dan bermanfaat utk melembabkan kulit. kerana timun kaya dengan air.
- caranya, ambil timun yang segar dan kisarkan ia. masukan sedikit air perahan lemon, xda lemon limau kasturi pon boleh :D sebab kutip ja kat depan rumah tu. ratakan kesemuannya. kemudian sapukan di seluruh muka dan leher anda selama 15 minit. selepas itu bilas dengan air suam. lakukan setiap hari mengikut kerajinan anda.


 apa lagi ada kat dapur nie... tot,tot,tot,,,nyanyi dulu lagu maafkan aku,,, yeah aku jumpa kopi atas kabinet dapur. 


-serbuk kopi dapat menghasilkan minyak antioksida yang berfungsi mencerahkan dan  menghaluskan kulit anda.
-macam mana nak guna, baca ni betul2... campurkan serbuk kopi dengan minyak zaitun dan tepung sengkuang. kacau semua bahan tu dan lumurkan di badan anda termasuk muka. gosok perlahan-lahan dan biarkan selama sejam kemudian bilas dengan air campuran garam. pastu mandi macam biasa. nak kuar jln2 mcm tu pon blh gak =P
-nampak rumit kan,,, macam aku yang malas ni pakai amek kopi dan lumur ja kat badan. pasni  cepat abes la kopi mak aku.hihihi


selamat beramal semua, kecantikan luaran bermula daripada kecantikan dalaman (imam al-Ghazali)


Friday 22 March 2013

At DUBU-DUBU


Assalamualaikum suma...
Malam ni aku nak share ngan korang tentang Dubu-dubu. Dubu-dubu nie restoran korea. Sebab terpengaruh ngan cerita korea la aku ada kat sini tengah hari tadi, bersama dengan rumet yang sekepala ngan aku..hehehe. memandangkan aku ngan dia suka mencuba benda-benda baru so kami beranikan diri utk mencuba makanan korea. " aku nk makan ramen", "aku nak makan kimchi...". Tu ayat kat dalam bilik sebelum p sana. Tak cuba tak tahu kan,,, dah cuba baru tahu...jom2, ikut aku :D
Aku p makan dekat Midvalley je..

welcome to DUBU-DUBU


Kusyuk Fiona tengok menu,
telan air liur tgk...hehe

Ni fiona punya order
Dol sot Bibimbap RM18.90




Sedap kan..hehehe




Ni aku punya order
Seafood Soodubu Jigae RM18.90


Nampak macam Tomyam ja,,,tapi rasa x macam tu...
                                       
Ni nasi yang aku makan, rasa macam pulut, tapi aku suka sebab sedap.heee
Sekarang dah taw rasa kimchi tu macam mna...masam..jeruk sayur rupanya :D
                                         
Ginger Tea RM6.90
(memandangkan aku sekarang dlm proses utk memulihkan kembali keremajaan kulit aku,,,aku order air nie..hehehe
nak cantik kan?heee...kena minum la =P


                                               

Muka lapar...



tengok Fiona makan....duduuuu...



Muka kenyang :D
tapi sama ja dengan muka lapar td..hehehe


apa motif pic nie...=P


Mak aihhhh...
                                             


Pendapat aku Dubu-dubu best...
Jadi lepas utk aku p korea =P
tak lapar aku kat sana.hehehe
psssssttt...perut aku boleh terima suma benda asalkan tak bau hanyir dan bau darah.


ok, sampai sini saja.aku kena tido...esok nak p jumpa orang semai dekat Tapah. Kang tak bangun lak...suda la, beg aku x kemas lagi...huhuhu

Gudnite suma,











Mari Tambah Ilmu :D

Assalamualaikum suma...

uit3, watpe tuh?

Meh3,

Tengok buku baru aku :D


semoga buku ini dapat menjadi penyuci hatiku



dah baca sikit masa tunggu komuter, BEST :D

Tolong jaga dia untukku, sekiranya dia benar untukku


" saat kita diuji, buat kita berfikir kembali di mana salah dan silapnya, buat kita mengaku bahawa diri ini amat kerdil di depanNya, tanpa bantuanNya hidup ini tak berarah."
Ya. Memang benar hidup ini ada hukum karmanya. Apa yang kita pernah buat dulu tanpa kita sedar ataupun  sedar pasti akan mendapat balasannya.
Jadi, saat Allah menduga kita, itu tanda sayangnya Dia kepada kita. Kita diuji supaya kita memperbetulkan kembali kesalahan kita, kita diuji supaya bertambah kecintaan kita kepadaNya, kita diuji kerana kita alpa denganNya.
saatnya kita diuji, saat untuk kita bermuhasabah diri, supaya diri ini tak hilang cinta Ilahi.


* Buku2 ni baru jek aku beli td kat MPH midvalley. Tak sabar nak taw isi kat dalamnya :D

Tuesday 19 March 2013

Sira Labu

Assalamualaikum suma...

Hari ni aku nak kongsi resepi masakan lak. 

Memandangkan rumet2 aku dua orang dari kelate, makanya banyak la makanan kelate yang aku belajar masak :D

Depa ajaq cek masak sira labu....hihihihi
Sebelum ni, masa cuti sem yang lepas aku ada beli buah labu. nak buat sira labu tu la,tp last2 jadi labu masak lemak ja sebab aku tak nampak cara nak buat tu macam na. 
Sebelum balik cuti depa ajaq teori ja, praktikal tak...memang tak jadi la huhuhuhu

Tapi sem ni aku dah nampak teori dan praktikalnya sekali.

Mula2..

potong buah labu tu panjang2 or ikut kesukaan angpa,
tapi kulit dia tak payah koyak..(betul tak istilah aku guna tu..) lantak la janji maksud sampai :D

lepas tu, basuh

kemudian, bancuh ayaq gula bagi pekat dan masukan buah labu bersama ayaq gula ke dalam periuk. kemudian, tunggu sehingga mendidih dan buah labu tersebut menjadi empuk

dan 

taraaaa...

siap suda

sory aku malas nk buh dalam pinggan or mangkuk yang cantik2,,,sebab suma tu xda kat hostel..huwa2

dan sebenarnya,,, itu sira labu rumet aku yang masak...aku tukang makan ja. (^_^)

Saturday 9 March 2013

Jum Jadi GENIUS


Selalu ja kan apa yang kita belajar hanya kekal sampai jawab exam ja. Lepas ja keluar dari dewan exam otak jadi ringan ja kan. Kenapa jadi macam tu? Aku pun tak taw sampailah aku jumpa buku ni hujung tahun lepas. 

Buku ni amat-amat menarik dan membina motivasi diri kita. So, jom lah ramai2 beli buku ni kalau anda mahu jadi genius. Walaupun buku tu cakap "Rahsia jadi genius di sekolah rendah" tapi ilmu kat dalam amat2 berguna sampai anda tua. Tak percaya? Beli dulu, Baru Korang Tahu :)

Dalam buku ni aku jumpa tips dari cerdik pandai bagaimana beliau boleh jadi genius dan apa yang kita belajar hari ini akan kekal dalam ingatan kita sampai bila2 apabila cara yang kita gunakan itu betul. Jom, aku kongsikan bersama korang.

Aku lupa nama cerdik pandai itu sebab buku tu tertinggal dekat umah, tapi tips tu ada dalam hp aku.

Katanya kita hanya perlu ulangkaji 5x ja untuk membuatkan apa yang kita belajar tu kekal dalam ingatan. Mula2 :


  1. baca semula apa yang kita belajar selepas 10 minit kita dapat ilmu tu. maksudnya, abes ja kelas terus ulangkaji. nak potpet potpet tu tunggu dlu.hihihi
  2. 1 hari selepas ulangkaji pertama
  3. 1 minggu selepas ulangkaji pertama
  4. 1 bulan selepas ulangkaji pertama
  5. 3 bulan selepas ulangkaji pertama
Walau bagaimanapun, ulangkaji pertama itu yang paling penting.

untuk dapatkan lagi tips yang boleh membuatkan anda jadi genius, silalah beli buku tersebut.
"setiap perkara yang kita lakukan dengan bersungguh-sungguh, in syaa Allah kejayaan pasti akan menjadi milik kita walaupun pada awalnya kita terpaksa tempuhi kesakitan dan kepedihan"

Thursday 7 March 2013

BBM 3410

Dalam keasyikan mendengar suara Dr Arbaie berceloteh di depan...aku yang di belakang terpandang seorang perempuan di muka depan pintu.

Hanya berseluar slack, berblaous bunga-bunga kecil, sekiranya aku tak rabun la dan berkasut sukan serta menggalas sebuah beg. "simplenya"...desis hati kecilku. Nak p joging ke apa? ke petang nanti ada aerobick. Setahu aku petang-petang ada senam aerobik di perkarangan library. Waktu dan harinya aku lupa.

"memperkenalkan, ini sahabat saya Dr. Salmah. ooOps...bukan nama sebenar.heheheeee. Dia akan sama-sama membantu saya untuk mengajar subjek nie".

Bla, bla, bla dan bla...sebab aku dah tak ingat apa yang dorang cakap,,,

Tapi aku ingat benda2 ni,,,,

saya akan buat awak jadi KAYA...ramai anak-anak murid saya dah jadi kaya selepas belajar dalam kelas saya. KAYA...yang tu aku dengar sebab duit..hehehe...walaupun aku mata duitan tapi aku bukan materialistik =P

Sebab Dr . Falsafah aku cakap,,,

"saya lapar bang"
" i Luv u"
adakah lapar dapat dikenyangkan dengan i luv u?????
fikir2kanlah...

Dalam cita memberku hawa ada dialog berbunyi bergini,,, "nak muka handsome ke nak gaji bagus???"

u see kan...

ST12 pula mengatakan 
"putih-putih melati,
merah-merah delima,
siapa baik hati,
pasti aku terima"

kesimpulannya,,,wang dan kehidupan x dapat dipisahkan :)
So, i'm not a materialistic one,,,am i right? hahahaha

aipps...aku melalut panjang dah...tapi aku harap kelas ni bes walaupun kerja banyak. BANYAK.
Banyak tak pa,,,asalkan ilmu yang dapat berguna sepanjang hayat untuk membantu diri sendiri dan orang lain ke arah kebaikan :)

Walaubagaimanapun,,, aku happy dalam kelas bahasa dan multimedia. sebab pensyarahnya happy2 dan baik hati...nampak sgt unsur membodek di situ...=.=
hehehehe

Wednesday 6 March 2013

Untuk Yang bergelar Wanita


“Wanita yang hebat adalah yang mampu melawan kata hati.”

“Kelemahan wanita adalah pada hatinya. Bila hatinya lemah, mulalah dirinya goyah. Kuatkan dengan Zikrullah. Teguhkan dengan solat dan sabar. Mantapkan dengan al-Quran dan tahajjud malam.”

*Sweet kan ayat nie...*