Saturday 30 March 2013

Cerita Dalam Komuter

 Hari Khamis yang lalu, peh...ayat karangan..hehehe

Aku malas nak cita panjang2, aku ringkaskan  ja...

CERITA 1
Aku p perpustakaan Universiti Malaya. Dari serdang nak ke sana aku kena naik KTM serdang ke Kl sentral. dari situ aku naik LRT laluan Kelana jaya ke stesen universiti.

Masa kat KL Sentral ni masa pintu LRT di buka, aku nampak dari jauh beg kayu golf terletak elok di depan pintu tu. eh, sapa main golf kat dalam ni. desis hati aku. kaki aku pon melangkah dan menghampiri beg kayu golf tu dan....

Tu bukan beg golf. tu kerusi roda automatik dan dalam tu duduknya sorang makcik. kecik ja badan dia dan dia berseorangan. kenapa aku cakap tu beg golf? rupanya side mirror kerusi roda tu sebijik aku nampak macam kayu golf.

aku silau upanya,,,rabun x ye..



Pelajaran yang aku dapat : Kenapa aku tak boleh belajar hidup berdikari sedangkan orang yang kurang upaya boleh berdikari. ubah minda anda cik husna hidayah. belajar hidup berdikari, belajar berdiri di atas kaki sendiri, perjalanan utk mencapai kejayaan tu pahit dan berliku kerana penghujungnya anda akan dapat rasa kemanisan yang anda  tak dapat dirasai dengan lidah.

CERITA 2
Masa balik dalam komuter dari KL sentral ke serdang.

Aku duduk sebelah sorang untie cina muslim. Dia tengak cuba masukan kod topup tapi gagal.dah banyak kali dia buat. tapi stil x boleh.aku hanya perhatikan dan aku secara tiba-tiba aku baik hati dan yang peliknya aku boleh bercakap dengan orang yang aku tak pernah kenal.

" nak saya tolong?" itu ayat pertanyaan aku.

dan untie tu cakap, " kod saya kena block, sy kena col operator".

owh,,, aku ingatkan dia x pandai masukkan kod topup..heheheh

dan akhirnya dia berjaya col operator dan dia berjaya topup. bermula dari ctu kami bersembang2. ehhh..ramah plak untie nie..

Dia dah ada dua orang cucu tapi masih nampak muda. anak sulong dia 27 tahun. maybe dia dalam lingkungan 40-an. aku pon puji la, "untie nampak muda la, apa rhsianya?" jeng3..mulut kena manis dong =P

katanya,

" bila dalaman kita sihat, aura kecantikan tu akan terpancar di muka. Hati kita kena bersih, jangan ada sikap sombong, hasad dengki dan suma perkara yang berkaitan dengan hati busuk lah. baru hati kita akan sihat. dan suma tu akan terpancar kat wajah."

dalam hati aku benarkan apa yang untie tu cakap kerana 

 Rasulullah saw bersabda diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim;

أَلاَ وَإِنَّ فِى الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ ،وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ أَلاَ وَهِىَ الْقَلْبُ

"Dalam diri manusia itu terdapat seketul daging. Apabila daging yang seketul itu baik maka akan baiklah seluruh tubuh badannya. Dan apabila rosak daging yang seketul akan rosaklah tubuh badannya. Dan daging yang seketul itu ialah hati."

maka, jagalah hati kita dan ayuh bersihkan hati dengan
- solat tahajud
-membaca al-quran
-berpuasa
-berzikir
-jaga makanan. jangan makan makanan yang haram dan syubhah

utk lebih lanjut korang boleh baca kat blog nie http://usrahrasahati.blogspot.com/2009/03/usrah-rasa-hati-001-kenali-hati.html
http://permai1.tripod.com/rebung.html
http://drmaza.com/home/?p=1084

CERITA 3

Masih lagi bersembang dengan untie.

" u study lagi?"

"ha, ah. kat UPM"

"Umo u bpa? 20?" tanya lagi...

hehehhe...tgk org stil cakap aku muda lagi.hahaha..tekaannya muda 3 tahun dari umo aku yang sebenar, buat aku rasa nak terbang ja.hahaha :D

tu jek motif aku nak cita kat korang =P

ehhh..tak lah, ada 1 lagi nih..

dia bagi aku satu doa utk akal.
dia bacakan utk aku. mula2 aku takot. hati jahat mula cakap abes la aku kena pukau apa nie..
tapi aku rasa aku pernah dengar ayat tu. aku suruh dia ulangkan lagi. dia bacakan lagi dan dia suh aku semak dalam al-quran. macam dia tau ja aku takut.

surah tu surah al-mulk ayat 14. doa utk akal. amalkan pesannya. 
dan dia cakap tu rezeki aku utk hari nie. " rezeki u" katanya.
dan memandangkan itu rezeki yang baik, jadi aku kongsikan dengan korang. tak salah kita berkongsi benda baik ;j

sebelum aku turun di stesen Serdang, untie tu pesan lagi. "JAGA HATI"
aku senyum dan melambaikan tangan utk nya. tima kasih untie utk ilmu itu. :D


2 comments:

  1. ni cerite betul ke ko reka2 nk sedapkn cite

    ReplyDelete
  2. ini cerita betol la...x da reka2.
    sbb tu blog ni namanya dari kaca mata biru. cita realiti.
    belajar dengan membenarkan cara pandang :j

    ReplyDelete