Tuesday 10 January 2012

The early bird catches the worm

The early bird catches the worm
Hari ini sangat indah.Sang Suria mula menampakkan  muka  dari tempat beradunya di belakang Bukit Ekspo,UPM.Jam baru menunjukkan pukul 7 pagi.Masih awal lagi hatiku berbisik.Apa aku nak buat pagi ni.Apabila terpandang bakul baju aku yang hampir melimpah aku mengambil keputusan untuk mencuci baju guna tangan.Nak exercise la katakan.Tak payah la guna khidmat anak dara Jepun hari ni.Dah selalu sangat kot.Tak salah kan sekali sekala bagi tangan ini memegang berus pula.Asyik pegang pen ja.hehe...
So,setelah hampir setengah jam semua pakaian aku sudah bersih dan berbau harum.Hatiku berbunga riang.Senang hati apabila tengok baju aku tersidai indah di ampaian hujung Blok P3.Namun,tetiba aku terdengar satu bunyi bising yang sangat menarik perhatian pendengaranku.Aku pun terintai-intai ke bawah blok.Ya Allah,aku ternampak dua ekor burung sedang merebut makanan.Patut la bunyi riuh, burung tersebut bertekak rupanya.Sangat menarik dan ia mengingatkanku tentang satu pepatah Inggeris yang mengatakan “The early bird  catches  the worm” .That means if you wake up and get to work early you will succeed.
.




 Tengok,En.Suria baru nak gosok gigi,Mr.Bird nie dah kuar






Dua ekor burung yang tengah berebut En.cacing,aku x tahu sape yang berjaya.Gaduh la korang ye

Gelagat burung-burung tersebut mengingatkan aku tentang ...........................
Masa duduk kat umah dulu mak selalu pesan “jangan tido lepas subuh,nanti jadi papa”.
Mak akan bising kalau aku tido selepas subuh “nanti rezeki tak masuk”.
“nak tido,tido lepas matahari naik”.
Mak,mak...aku rasa mak korang pun macam ni jugak kan?hehe...

Sebenarnya ada sebab kenapa mak kita bising bila kita tido balik selepas solat subuh.
Berdasarkan sebuah hadith riwayat al-Baihaqi,
“Wahai anakku,bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu dan janganlah engkau jadi dari kalangan  orang yang lalai , sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari.”
Alangkah ruginya jika kita bangun apabila matahari telah meninggi di atas kepala kerana rezeki yang sepatutnya di takdirkan untuk kita telah berpindah tangan.Macam kisah burung tadi itulah,sekiranya dia tidak terlewat sudah tentu dia dapat menikmati rasa seekor ulat kan?Macam itulah juga kita.Mungkin kita pernah alami situasi ini.
Suatu hari kita bangun dari tidur dan kelihatan satu memo yang di letakkan di atas meja study kita yang mengatakan,
 mak keluar g umah mak ngah,ada kenduri sikit.Dah bangun nanti jangan lupa pergi.Ni duit untuk buat beli bekfes.mak x sempat nak masak.
Masa tu dah hampir-hampir pukul 10.Kita pun mandi dan bersiap-siap nak keluar beli sarapan kat kedai mak cik jual nasi lemak yang letaknya di depan selekoh nak masuk kawasan taman rumah kita.Bila kita dah sampai ja tup2 nampak mak cik tu sedang bersiap-siap mengemas barang dah.Ini menunjukkan nasik lemak yang sedap pagi itu telah habis.Kan rugi kalau kita bangun lewat.X boleh menikmati nasik lemak tersedap tu.Terpaksa la beli nasi lemak yang x sedap.huhuhu..rugi2
Apabila kita bangun lewat,badan kita juga akan menjadi lemah.kita akan merasa badan kita lemau x bermaya macam biskut yang telah masuk angin.Kadang-kadang kita boleh terkena serangan sakit kepala yang suka attack orang x kenal masa.Betul kan?
Kadang-kadang apabila kita bangun lambat,kita dapat merasakan cepatnya masa itu berlalu.Sekejap ja dah nak maghrib.Kerja yang perlu diselesaikan hari ini x juga selesai disebabkan habit kita yang suka tidur selepas subuh.Rugi kan?kalau kita seorang bisnesman kita dah kehilangan seorang customer.Kita kehilangan sumber pendapatan.Sayangnya Allah sahaja tahu.Kita lebih sayangkan tidur daripada duit yang nak masuk beribu-ribu.Oh,ruginya.Sesungguhnya demi masa manusia itu sentiasa berada dalam kerugian.
Marilah kita bermuhasabah diri,
Rasullullah SAW tidak tidur selepas subuh kerana Allah memberkati umat ini yang berpagi-pagi. “Ya Allah,berkatilah umatku yang berpagi-pagi.”
Kenapa kita sebagai umatnya hendak tidur selepas subuh sedangkan Rasullullah sendiri tidak?
Ayuh semua,bangkitlah dari lena yang panjang.
Surah al-Jumuah ayat 10,
“kemudian setelah selesai solat,maka bertebarlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing)dan carilah apa yang kamu hajati dari kurnia Allah,serta ingatlah akan Allah banyak-banyak ( dalam segala keadaan ) supaya kamu berjaya di dunia dan akhirat.”
Banyak manfaat yang kita perolehi dan banyak perkara yang kita boleh lakukan jika kita tidak tidur selepas subuh antaranya :
Sebagai seorang pelajar  waktu tersebut sesuai untuk mengulang kaji pelajaran kerana waktu tersebut sangat tenang .Amat mudah untuk kita menghafal pelajaran kita.Pada waktu tersebut kita juga boleh pergi berjoging.Aku pernah dengar orang cakap nak turunkan berat badan sesuai berjoging di waktu pagi.Betul atau tidak aku tidak pasti.Cer try...
Ada hadith mengatakan kalau tidur selepas subuh papa,dan tido selepas asar boleh jadi gila.

Marilah kita sama-sama berubah,kalau bukan sekarang bila?
Tak mudah,namun tak susah,terserah atas pilihan.
Alah bisa tegal biasa.

No comments:

Post a Comment