Saturday 18 April 2015

Stand By Me



...Baby I Love you...

lagu Never be replaced dendangan kumpulan First Lady mula berkumandang memenuhi ruang bilikku.Itu bermaksud satu mesej baru telah aku terima.Siapalah yang suka kacau aku waktu-waktu macam ni,desis hati kecilku.Suka sangat mengganggu waktu rehatku.Ye ke mengganggu?Bukan ke aku suka bila handphone aku berjoget sekurang-kurangnya aku tak lupa bagaimana bunyi mesej itu.Tepuk dada tanya hati.Apalah aku ni nak tengok mesej pun menjadi satu masalah.Aku masih lagi membebel sendirian.Yes! ia menjadi masalah sebab pertama aku terpaksa bangun dari tempat pembaringan aku di atas katil yang empuk ke meja studi di mana terletaknya hanphone kesayangan aku yang masih lagi berjoget-joget sederhana meminta aku hentikan lagu tersebut.Dan sebab kedua mesej itu mengganggu konsentrasi aku yang sedang membaca nota jutawan nota motivasi buku hasil karya Dr.Irfan Khairil.Hilang fokus aku yang sedang membuak-buak perasan ingin tahu bagaimana ia boleh menjadi seorang jutawan dan aku ingin mengikut jejak langkahnya.Mesti sejuk perut mak aku mengandung kan?

Nuha,
petang nanti jumpa kat tempat biasa ek.

 
 Ish...aku mengeluh.Aku malas nak jumpa kau sebenarnya.Kau tahu kan aku merajuk lagi ngan kau.Ye la sapa suh janji nak jumpa aku masa aku mula-mula balik bercuti dulu.tapi kau x jumpa aku kan.Kau cakap kau sibuk.Sebab tu kau tak jemput aku kat stesen bas hari tu.

Yela...tapi jangan lambat tau.Aku nak kau sharp pukul 6 kau terpacak kat bawah pokok teja tu tau.Siap dengan aiskrim magnum okeh!

Tapi dalam malas pun aku reply gak mesej kau sebab aku rindu kau.hehehe.kau jek x tahu.
 Tak sabarnya nak jumpa kau.Pokok teja tu jadi saksi.Sebab aku terlepas cakap yang aku rindu kau kat pokok tu dulu.hahahaha.

Yeah,pokok teja.Tempat aku dan Fikri selalu melepak pada waktu petang.Pokok tu terletak betul-betul tepi taman permainan.Sambil borak-borak kami boleh melihat aksi kanak-kanak bermain kejar-mengejar and kadang-kadang aksi stuntmen pun boleh dilihat di bawah pokok teja itu.Gila ah budak-budak zaman sekarang.Semua ni terpengaruh dengan rancangan televisyen la nie..hurm...mengerikan.

Sedang aku jauh mengelamun ke tengah taman permainan.
“hah!”hahaha
“weh,ko nak aku mati kena serangan sakit jantung ke?.Terkejut aku tau tak?Yang ko main sergah-sergah ni napa?”Aku pura-pura merajuk.
“hahaha...ko tau x ko comel bila ko buat mulut muncung camtu...”
Eeeeeeee...geramnya aku kat ko.Nah,1 cubitan ganas terkena kat paha ko.Padam muka.Wekkk... :P
“napa ko nak jumpa aku?”sambil menjilat-jilat aiskrim kesukaan aku.Ko ingat lagi ek aku suka magnum almond.Ni aku sayang kat ko lagi nie.Hatiku berbicara sendirian.
“Mak aku nak buat kenduri 4hb nanti.Ko datang tau...”
“kenduri apa?”
“ada la...Ko datang tau.”
“kalau aku x p jadi apa?”
“ko x tau la kenduri apa...”
Eeeee...aku benci r kat ko.suka main rahsia2 ngan aku.huh!
“ko nak kawen ke?”
“yes!”

Huwaaaaa....
Malam itu aku tak dapat melelapkan mata memikirkan apakah rahsia yang Fikri sedang sembunyikan daripada aku.Puas aku memerah otak namun jawapannya tiada.Tak kan Fikri nak kahwin betul-betul...awek pun tak ada setahu aku.Itu yang aku tak tahu,kalau ada betul-betul macam mana.Macam mana apa? Ijab dan Kabul la jawapannya.Tapi aku tak mahu jawapan itu.Tak mahu!!!

Petang 4 Feb 2012
Di majlis rumah Fikri,
“datang pun kau Nuha...”hehehe.
“mesti la.Aku nak tengok ko naik pelamin.mana pelamin nye?”
“hahaha...meh dok sini.Aku nak gtau kat ko.Meh cinie cepat.”Sambil tangan nya memegang sepinggan kuih-muih.
“sebenarnya...aku dapat sambung study kat UTHM.Aku penah gtau ko kan aku pun nak jadi macam korang.Ada degree n mungkin lebih dari tu...skg aku dah dapat dah.Alhamdulilah.”
“tahniah beb...”dalam hati aku mengucap syukur padaMu Ya Allah.Syukur yang teramat kerana penantian sahabat baik ku ini telah berakhir.
“kan aku dah cakap kat ko yang ko ni pandai.Ko mesti boleh punya.Ko jek yang x percaya kat aku.”
Hehehe..”Bila ko daftar?”
“16hb nie...”
“kat sana nanti ko jangan lupa aku taw.Kalau sibuk sangat ko sent je emel kat aku ek...ko cita la kat aku ape2 pun.Asalkan ko cita kat aku.X kisah la cita tu cita tipu pun.Hik3...tapi kan bila ko dah dapat awek sana ko kena cita betul2 kat aku pasal tu.Jgn secret2 lak.”
“kalau aku x mau cita gak?”
“aku sepak ko bila ko balik nanti...hahaha...aku rasa kan ko mesti rindu aku nanti...betul x?kalau ko ingat aku ko tengok la bintang.Cari la bintang paling terang.Aku kan bintang hati ko.”
“hehehe...perasan je keje ko kan.yang ko senyum nape?”
Ntah,aku pun x tau kenapa aku senyum.Aku sedih sebenarnya.Sebab ko akan tinggal aku nanti.Kat sana ko akan jumpa banyak yang cantik-cantik.Yang hebat-hebat.Aku rasa aku kecik sangat.huhuhu..
“alaaa...hadiah aku x beli lagi.Yela sapa suh nak berahsia ngan aku sangat kan..Ko nak apa?T-shirt?Kemeja?tie?...hurm...x payah la ko jawab.aku dah ada hadiah kat ko.Tapi ko kena singgah UPM dulu la.Dah lama dah aku beli tapi aku x bawak balik la pulak.”
“apa dia?”
“cerek air.”
“napa ko nak bagi cerek air lak?”
“sebab cerek tu dah rosak.Dok buat menyemak jek dalam bilik aku.Baek aku bagi kat ko kan.hahaha...”
Kedeput!
“Weh,ko ketuk kepala aku ngan pinggan tu kenapa?”
“Hahaha...sapa suh bagi yang rosak kat aku..”.sambil dia berlari-berlari ke dalam umah.Ya la takut aku balas balik.Naseb ko baik hari ni sebab tangan aku lambat bertindak.Mau lambatnya tangan aku penuh ngan kuih.
Dalam hati aku berdoa supaya kau tak lupa aku pabila berada di sana.

No comments:

Post a Comment