Tuesday 12 August 2014

Cinta itu Apa?

Helo2... assalamualaikum everybody. Good morning everyone. mulakan hari2 anda dengan perkara yg menceriakan. hari ini kita bersiaran dari ofis Seri Setia, FBMK...( baca dalam nada DJ okeh!).

cinta itu apa? Apa itu cinta?

hari ini kita berbicara tentang cinta memandangkan banyak orang mencari aku untuk menceritakan masalah cinta mereka. Mungkin aku seorang pendengar yg baikkkkkKK. Aku hanya boleh dengar, boleh baca mesej2 mereka, tapi idea aku kurang bernas mengenai cinta. kerana hati ini kurang CINTA, tapi setiap hari aku berdoa supaya hati aku penuh dgn kasih sayang. Cinta ada kaitan dgn kasih sayang ka? of course cinta perlu kasih sayang. tak dapat sayang manusia, dpt sayang kucing pun dah kira banyak ok.

cinta itu apa? apa itu cinta?

Cinta itu tanggungjawab mengikut definisi cinta cik Hidayah. Ya tanggungjawab. Selepas uolls lafazkan cinta uolls, uolls perlu jalankan tanggungjawab uolls sbg pasangan cinta. Dah jadi trend zaman sekarang ni bila propose perempuan ja mesti tanya "sudi tak awak jadi isteri saya?". Dari satu sudut, ya, memang baik perkara itu sebab niat awal sang lelaki nak memperisterikan sang perempuan itu, tapi persoalannya di sini, iklaskan niat sang lelaki itu ingin mengahwini sang perempuan itu? atau hanya sekadar membuka ladang tebu di bibir???

cinta itu apa? apa itu cinta?

cinta itu macam tanam pokok bunga. macam tanam pokok bunga matahari, bunga mawar, bunga taik ayam. apa2 bunga perlukan penjagaan yang baik. percaya atau tidak, bunga taik ayam pun kalau kita sekadar tanam tanpa penjagaan yg baik, bunga dia tak besar. bunga tu naik, kembang tapi tak besar. tapi cuba uolls tanam dan bubuh baja sekali, bunga dia akan besar. macam tu lah jgk cinta. perlukan penjagaan yang rapi setelah uolls tanam dia. uolls perlu letak baja. baja kat sini maksudnya masa. uolls perlu spendkan masa uolls utk sang kekasih. dalam 24jam at least uolls luangkan masa dengan dia sejam. kita bukan bdk sekolah menengah kan nak berkepit dgn handphone 24jam utk msg, call. kita pun ada komitmen lain kan...

tanam bunga perlukan cahaya matahari yang cukup. macam tu jgk cinta. 
tanam bunga perlukan air. hatta pokok kaktus pun perlukan air utk hidup. walau sebulan sekali kita siram. macam tu jgk cinta.

lagi, tanam bunga perlukan apa? uolls g tengok pokok bunga dan pikir. pastu apply dalam hubungan cinta uolls...

kesimpulannya, cinta itu tanggungjawab. 
kesimpulannya, tanam pokok bunga perlukan tanggungjawab. siram dan baja ia selalu supaya dapat tengok bunga yang kembang mekar cantik.
sat2...

cinta itu apa? apa itu cinta.

cinta itu macam masak kek. perlukan suhu oven yang betul supaya tak hangit. so, temperature kepala uolls kena jaga betoi2. jangan bagi meletop. sebab cinta itu perlukan kesabaran yang tinggi.
okeh? bye.

No comments:

Post a Comment