Friday 7 June 2013

PITA dah siap!



Alhamdulilah, akhirnya PITA a.k.a Projek Ilmiah Tahun Akhir aku siap juga akhirnya.
syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya aku dapat siapkan PITA ini.
Dalam tangisan,
Dalam susah payah,
Akhirnya,
Siap dijilid.
Terima kasih Ya Allah.

Terima kasih juga untuk mak yang sentiasa mendoakan kejayaan anakmu ini,
Yang tak jemu-jemu bagi nasihat dan dorongan.
Kata Arwah ayah,
Dah siap semua nak tido banyak mana pun tak pa,
Rindu nya kat Ayah.

Untuk abang2,untuk kakak2,untuk adik,
Thanks coz threating me like a people, i'm become a people
eh, betul ke?hehehehe
Terima kasih kerana berikan aku sekolah kehidupan
Di situ aku belajar erti jatuh dan bangun.

Untuk penyelia Dr. Jama'yah Zakaria,
Terima kasih atas tunjuk ajar dan sokonganmu untukku selama ini,

Untuk King Iqbal Hakimi,
Terima kasih sebab ada denganku dari mula2 masuk UPM sampailah sekarang,
Walaupun jarak memisahkan kita,
Saya yakin,
Doa awak masih ada lagi kan untuk saya (^^)v
Betul kata awak,
"takut tak bawa bawa makna apa-apa kalau kita tak bertindak dan berusaha."

Untuk kawan2 yang banyak membantu,
Ummi, Zila, Uni, Syikin, Asrul
dan semua rakan-rakan bahasa dan linguistik Melayu,
Terima kasih atas nasihat dan tunjuk ajar kalian.
Walaupun kadang-kadang aku ter emo sikit,
Korang masih lagi bersabar denganku.

Untuk roomate2 kesayangan,
along, kak eta, ecah
terima kasih kerana memahamiku,
terima kasih kerana menenangkan hati dan perasaan ini.

Untuk kak Yana dan kak Tehah,
Terima kasih kerana tunjukkan saya jalan 
untuk menyiapkan PITA ini.

Untuk Khairul Jaiyidah
Terima kasih kerana tolong dapatkan contact2 number dari UM dan UKM

Untuk Adik Nasiha UM, dan adik sarah UM
Terima kasih sebab membantu saya di sana.

Untuk Pakcik2 Teksi,
Untuk Komuter,
Untuk LRT,
Untuk Bas,
Terima kasih kerana mempermudahkanku bergerak mencari bahan :D

Untuk En. Azizi dan Kak Fatin Rabiha,
Terima Kasih sebab bersusah payah membantu saya mencari bahan.

Dan untuk TWIN saya,
Husna Idris,
Terima kasih sebab tak touching dengan aku sebab tak sempat nak berbalas sms
Tapi aku call kan? (^_^)

Untuk kak Zuhairah Hayati,
Terima kasih atas kata-kata nasihat itu,
Andai malam itu Allah tak aturkan pertemuan kita,
mungkin kaki dan tangan saya akan sejuk sampai hari ini.
kata-kata kak " Allah sayang saya"
Buatkan saya terus bertahan sampai hari ini
dan in Syaa Allah untuk hari-hari akan datang.
Saya sayang kak Zu ;)

Terlalu banyak untuk di ucapkan,
Apa-apapun terima kasih semua
sama ada terlibat secara langsung ataupun tak.
Jasa-jasa kalian,
akan saya hargai,
akan saya kenang.
In syaa Allah.

syukur alhamdulilah


Kata bijak pandai
"Kejayaan masa ini atau masa lalu tak menjamin kejayaan masa akan datang."

s0, Cik Hidayah jangan terlalu bergembira ye...
Cukup-cukup la..

Firman Allah dalam surah al- Insyirah
"Maka apabila kamu telah selesai dari satu urusan, maka kerjakanlah dengan bersungguh-sungguh urusan yang lain."



No comments:

Post a Comment