Thursday 4 April 2013

Simpulan Bahasa UPM

Setiap minggu hari Rabu adalah hari yang paling menyeramkan bagi aku dan mungkin juga bagi rakan-rakanku. Ingat ja kelas Dr Notts pasti selera makanku akan hilang, kecut perut bila mengenangkan kelas Bahasa dalam Multimedia. Mau tak takot, setiap minggu pasti ada kerja yang menyebabkan aku berada di bawah tekanan yang sangat tinggi darjahnya. kalau ada meter yang boleh cek tekanan stress tu pasti akan pecah meter tuu tengok tekanan aku...seram kan...=P

Tengok, stress aku semakin menjadi apabila beliau mengatakan hari ini "saya mau buat simpulan bahasa, dan kamu semua kena menyampaikan maksud simpulan bahasa dengan gaya. saya tengok gambar tu saya terus paham. saya nak 25 simpulan bahasa". mak aihhh, kau tengok... 25 simpulan bahasa. Maksudnya 25 gaya kami kena buat. nasib baik dalam grup kalau sorang mati la aku...=.=

kelas menjadi kelas kabut dan haru biru apabila beliau membuat kolum di depan dan menyuruh kami menyenaraikannya supaya tak sama dengan group lain.

Di sini, otak kena cerdas berfikir dan pantas memikirkan simpulan bahasa apakah yang akan digunakan nanti. Kalau lambat beliau akan p ke group lain pulak memandangkan mouse komputer di tangannya. huwaaaAA...cepat la otak bagi kerjasama. rasa nak tumbuk ja bila kita sebut simpulan bahasa tu kemudian sama pulak dengan orang lain. makanya,,,kena la cari yang lain. tapi di situ aku dapat ilmu dengan percuma. mata hati kena bijak menilai :D

Alhamdulilah, akhirnya masa amat menyayangi kami semua. Simpulan bahasa yang sempat disenaraikan hanya 12 sahaja. :D

Ni simpulan bahasa group aku :
  1. mata duitan
  2. mata keranjang
  3. hati gajah
  4. bapak ayam
  5. hati kuman
  6. patah hati
  7. bongkok tiga
  8. bertih jagung
  9. celik huruf
  10. bujang terlajak
  11. jalan mati
  12. sejuk perut

Keluar ja dari kelas tu kami terus membuat tugasan kami. Mula la membuat pelbagai gaya supaya gambar yang akan dihasilkan itu dapat menyampaikan maksud simpulan bahasa tu.
untuk mendapatkan gambar yang berkualiti kami perlulah memahami dulu maksud setiap simpulan bahasa tu. 
kena la cari Encik Kamus dan Miss Google. Mereka berdua amat membantu dalam menyiapkan kerja-kerja seseorang pelajar. Perkhidmatan mereka free pulak tu...ish3, ni buat hati bertambah sayang =P
ok. meh aku tunjukkan gambar yang kami buat.



kamu semua boleh ler teka maksud simpulan bahasa tu berdasarkan gambar ye...
kadang kala ku gembira
kadang kala sedih juga
6 saja yang diterima 
6 lagi buat semula.
ohhh Dr Notts,kenapa direjectnya yang 6 lagi...huhuhuhuhu
wa sangat sedey ooo... ;(
Pengajaran dan pengalaman yang aku dapat dari silibus simpulan bahasa ini ialah
  1. kena peka dengan keadaan sekeling. tak boleh ralit atau leka. kerana setiap gambar ada lagu.hehehe.maksudnya, masa dalam kelas tu kena fokus. bagi perhatian betul2. tengok la masa kelas hari tu kami terlepas 3 simpulan bahasa masa tengah buat senarai sebab leka bagi cadangan dalam kumpulan sehingga terlupa memandang di depan. sedangkan tangan Dr. Notts laju ja meng scroll down mouse tuh. macam tu jugak lah dalam kehidupan kita. dalam kita sibuk mengejar apa yang ada depan kita sekarang jangan lupa memandang sekeliling dan jangan juga lupa memandang ke depan.kerana kita juga perlu berfikir apa akan jadi kepada aku utk masa akan datang? kadang2 bom meletup kat tepi pon x sedar sebab sibuk buat hal sendiri ja. aikk, betul ke aku cakap ni. lantak la..itu ja yang terlintas difikiran aku skg ni 
  2. tahap kesabaran kena tinggi. kenapa aku kata macam tu? yela, masa buat senarai simpulan bahasa tu, bawu ja nak sebut simpulan bahasa tu, orang lain dah sebut.kena pk lagi. masa nak ambil gambar lak.." alaaa..tak jadi la...amik lain", " stop2", " sat2, aku tak ready lagi", "laaa...ko dah mula ke?, napa tak cakap action?"  aiyoooo....aku debit jugak kang budak nih....hahahha...salah satu skrip tu ayat aku la tu =P
  3. belajar mempraktikan semula teknik pengambilan gambar yang diajar oleh Dr. Notts pada minggu2 yang lepas. Antaranya Mug shot, Medium shot dan Full shot. Ilmu kena praktik kan, bawu tak hilang :D
  4. belajar memilih situasi yang sesuai. contoh : masa nak buat babak bapak ayam tu. kena cari lorong yang gelap la. makanya, koridor bilik la jadi mangsa. dan kena buat gaya pelacur. hah? pelacur...kena pakai seksi la..hihihi. tapi tak lah,,,tak kan pelacur pakai tudung kan ???
  5. belajar buat mimik muka. ya, muka akan menjelaskan kesemuanya. sama ada kita gembira atau sedih
  6. belajar guna bahasa badan dengan betul. salah buat, salah la maksudnya.huhuhuhu. tengok, yang kena reject tu sebab salah buat la.
  7. yang nie aku suka, dapat jadi model.hihihi.ingat senang ke nak jadi model? tu cita2 masa aku form 2. nak jadi model. ahakkkk...perasan kata diri ni lawa masa tu.hahahaa
ok. Sekian saja dari saya :D

No comments:

Post a Comment