Wednesday 21 March 2012

Dilema


Petang itu Tasik Bandar Darul Aman sangat meriah.Banyak keluarga datang berkunjung ke taman rekreasi itu.Termasuklah diriku.Mungkin mereka ingin meluangkan masa bersama-sama keluarga setelah seharian penat bekerja.Aku lihat kanak-kanak kecil berlari riang.Ada yang bermain layang-layang,ada yang bermain basikal,ada yang bermain gelongsor dan pelbagai jenis permainan lagi.Macam-macam aksi dan ragam mereka boleh aku lihat di sini.Sungguh bahagia rasanya menjadi kanak-kanak.Bebas daripada masalah.Kakiku melangkah perlahan menuju ke bangku panjang yang diletakkan di tepi tasik itu.Aku duduk di situ. Angin sepoi-sepoi bahasa menyapa lembut badanku.Nyaman rasanya. Rasanya di situ  best view untuk aku melihat keindahan ciptaan Tuhan.
“Awak suka kawan dengan saya?”Tanya Shila kepadaku pada suatu petang ketika aku keluar minum bersamanya.Shila,seorang gadis yang aku akui sungguh cantik orangnya.Kecil molek tubuhnya.Tidak hairanlah jika dia mempunyai banyak peminat tidak kira sama ada lelaki atau perempuan.Jika melihatnya pasti akan tertarik.Aku mengenalinya ketika aku dan dia sama-sama belajar di tempat yang sama dahulu.Sejak pertanyaan itulah aku dan dia semakin bertambah rapat.Tambahan pula,dia menyambung pengajian di tempat aku bekerja.Semua perkara dia kongsi denganku.Semua rahsianya dia ceritakan kepadaku termasuklah dengan siapa dia berkawan.Ibu bapanya juga mengenaliku dan meminta aku menjaganya.Maklumlah anak perempuan mereka duduk jauh daripada mereka.Tentulah perasaan orang tua berasa risau dan bimbang.
Ketika itu,aku mempunyai seorang kekasih yang bernama Muna.Dia empat tahun tua dariku.Aku dan Muna mula menjalin hubungan serius setelah tiga tahun kami menjadi kawan.Keluargaku tidak menghalang hubungan kami kerana tahu kami hanya sekadar berkawan.Lama-kelamaan hubungan aku dan Muna mula menjadi renggang.Perasaan cinta aku terhadap dia semakin pudar dan dia turut merasai perkara yang sama. Kehadiran Shila sedikit sebanyak mengubat perasaan sunyiku.Perhatian dan kasih sayangku mula beralih arah kepada Shila.Aku bahagia bersamanya.
Namun,kebahagian itu tidak kekal lama.Semuanya gara-gara Erin,kenalan Shila yang menghantar mesej berbaur cinta kepada Shila.Ketika itu,aku memegang telefon bimbit Shila ketika dia pergi ke toilet.Sudah menjadi kebiasaan aku untuk membuka dan membelek setiap perkara dalam handphonenya.Tetapi hari itu aku diduga dengan perkara sedemikian.Aku cuba menegurnya kerana bercinta dengan kaum sejenis.Dia  menafikannya dengan mengatakan bahawa Erin dan dia sebagai kawan sahaja.Tidak lebih daripada itu.
Sejak itu,dia mula menjauhkan diri daripadaku.Aku cuba menghubunginya.Puas dipujuk oleh kawan-kawannya tetapi hampa.Dia tidak mahu menjawab panggilanku apatah lagi membalas mesejku.Sungguh aku rasa sangat kecewa.Tidak aku sangka sampai begini sekali rajuknya.Mungkin dia kecil hati denganku tapi tidak mungkin kerana ketika itu dia tidak menunjukkan sebarang reaksi sama ada marah atau bengang dengan teguranku  dahulu.Ahhhh...hati wanita susah untuk diduga.Bisik hati kecilku.
Jun lalu,Shila menghadiri majlis perkahwinan abangku.Langit tak selamanya mendung.Begitu jualah dengan diriku.Hatiku berbunga riang apabila Shila meluahkan perasaannya terhadapku.Aku akui aku menyimpan perasaan terhadapnya tetapi memikirkan aku mempunyai Muna aku diamkan dahulu perasaan itu.Hubungan aku dengan Muna semakin keruh menyebabkan aku menerima cinta Shila.
Setelah tiga bulan menjalinkan hubungan cinta,Shila berterus terang kepadaku mengenai kisah silamnya.Sikapnya yang jujur dan sanggup berterus terang denganku membuatkan aku menerimanya dengan sepenuh hati.Dengan Muna aku berterus terang bahawa aku tidak boleh lagi meneruskan perhubungan kami kerana aku dan dirinya tidak lagi sehaluan.Susah untuk menjernihkan kembali hubungan yang telah keruh.Muna menerima keputusanku dengan hati yang rela dan menganggap kami tidak mempunyai jodoh.
Walaupun aku menerima Shila tetapi aku masih dihantui dengan kisah silamnya.Kadang-kadang aku merasakan keputusan aku berpisah dengan Muna bukan satu keputusan yang tepat.Aku berasa bersalah kepadanya.Oleh itu,sebaik sahaja aku mendapat tawaran kerja di luar negara aku terus menerimanya.Ketika di sana hati aku kuat mengatakan aku cinta Shila tetapi apabila dikenang kisah silamnya membuatkan aku berfikir lebih daripada dua kali.Mengenangkan Muna membuatkan hatiku bercampur baur dan rasa.
Pap!Satu tamparan hinggap di bahuku. “Amboi,Muaz...Jauh hang melamun.Apa yang hang dok pikiaq tu?”
“Eh,hang ka Ali?Buat aku terkejut ja...”.Aku hanya mampu tersenyum kepada Ali,rakan sepermainan ketika aku kanak-kanak.


No comments:

Post a Comment