Saturday 18 February 2012

Diri kita ini Amanah

Pada suatu pagi yang damai,sedang aku sibuk membuat assignment aku melihat Nuha,teman sebilik aku sedang sibuk memusing-musingkan dirinya dihadapan cermin.Sekejap ke kanan sekejap ke kiri .Sekejap pula dia membelek-belek mukanya yang bersih tanpa ada sebiji jerawat yang boleh mencacatkan kecantikan wajahnya.Aku memang tidak dapat menafikan kecantikan wajah Nuha.Ya,Nuha memang cantik.Sangat cantik.Bertuah lelaki yang dapat memilikinya.Hatiku bermonolog sendirian.

“Dayah”,Tetiba Nuha memanggilku.

“Ye...”Jawabku acuh tak acuh sambil jariku laju menaip.Yela,nanti idea aku hilang tambah-tambah  apabila Nuha mula bersuara.Apabila dia mula buka mulut kerjaku pasti akan terhenti.Pasti ada je pertanyaan dia yang kadang-kadang tak masuk dek akal.

“Kau tengok kan aku sekarang makin chubby tak?”Tanya Nuha kepadaku.Tangan dia masih lagi memegang-megang pipinya yang putih gebu itu.

Belakangan ini soalan itulah yang aku selalu dengar dari mulut Nuha.Aku pun tidak pasti kenapa soalan itu yang ditanyanya.

“aku tengok kau biasa je.Macam sem 1 juga.Tak ada apa pun yang berubah.Masih comel.hehe...”.Nuha,kawan yang aku kenal sejak semester satu lagi.Dia adalah orang pertama yang menghulurkan salam persahabatan kepadaku ketika aku mendaftarkan diriku di UPM.Tak sangka pula dia akan menjadi rakan sebilikku sampai sekarang.

“Kau tengoklah betul-betul.Aku rasa berat aku dah semakin naik sekarang ni...”

“Nuha,”aku pandang wajah dia.

“kau tahu tak?kalau orang g pets shop nak beli kucing la katakan...ada ke dia akan pilih kucing yang kurus kering.Kalau kau pun mesti kau akan pilih kucing yang gemuk-gemuk kan?Rugi la kalau bayar mahal-mahal tapi dapat kucing yang kurus cikeding.Kucing gemuk baru cantik,baru comel.Aku rasa manusia pun macam tu gak.Cantik apabila dia berisi.hehehe...”

Setiap daripada kita mesti pernah alami situasi macam di atas juga kan?
Kawan-kawan,CANTIK itu sifatnya relatif.Boleh berubah-ubah mengikut keadaan dan mata orang yang melihat dan menilainya.Setiap daripada kita mesti mempunyai pandangan yang berbeza mengenai kecantikan.Walau apa pun penilaian kita mengenai kecantikkan,kita hendaklah menjaganya sebaik mungkin kerana itu amanah dari Allah.Kita bukan pemiliknya.Peluklah dan sayangilah diri anda kerana suatu hari nanti ia akan kembali kepada pemilik asalnya.



No comments:

Post a Comment