Friday 7 October 2011

CINTA AL-HUDA


cinta al-huda
Maafkan aku
Maafkan aku kerana meminggirkanmu
Menyisihkanmu dari lembaran hidupku
Aku hidup sendirian
Tanpa memikirkan perasaanmu
Tanpa memikirkan betapa sedihnya dirimu
Betapa pilunya hatimu

Aku tahu kau merintih dari jauh
Mengharapkan kepulanganku ke sisi
Aku tak sedar semua itu
Aku masih dalam duniaku
Dunia yang kucipta sendiri
Walaupun tanpa basahnya lidahku
Membaca setiap bait darimu

Namun mungkin kerana
Cintamu masih kuat padaku
Kau masih memimpinku
Dari kejauhan

Aku melakukan kewajipanku
Walau ada kekurangan
Namun kucuba sebaik mungkin
Menjadi hambaNya




Setelah lama aku termenung
Berfikir dan terus berfikir
Menyoal dan terus menyoal
Akhirnya aku bertemu jua
Jawapan yang merungkai
Segala persoalan

Suaramu menggamit jiwaku
Membuat aku kehibaan
Air mataku menitis
Aku berasa cukup sempurna
Walau aku tidak memahaminya
Betapa menyesalnya aku
Kerana meninggalkanmu

Kenapa aku tak membaca bait-bait indahmu?
Kenapa aku tak menghayatimu?
Sesungguhnya kaulah jawapan pada pencarianku




Aku gembira…
Kerana lidahku kini basah dengan ayat-ayatmu
Fikiranku makin tenang
Kaulah penawar hatiku di saat kesukaran
Tak tahu mengapa
Mungkin itulah kelebihanmu

Ya Allah
Jadikan al-quran penyejuk hatiku
Penawar luka dan laraku
Panduanku
Walau waktu dan musim berubah
Walau aku yang berubah
Harapanku…
Biarlah ia sentiasa di dadaku
Selama-lamanya

Wahai kalamullah
Wahai al-huda
Wahai as-syifa’
Serapilah dalam jiwaku
Dalam setiap aliran darahku
Sehingga aku kembali
Kepada Dia yang menurunkanmu
Semoga kita bertemu di sana dan berbual mesra
Agar dapat kuselami dirimu sedalam-dalamnya…

No comments:

Post a Comment