Sunday 11 October 2015

Klise dan Realiti

 
 
“Aku lapar laa…” kata dia.

“Nak makan ka?” tanyaku ala-ala mengambil berat sangat. Tadikan dah makan dalam pukoi 12 lebih dekat NU sentral. Dia makan spageti bolognaise dan aku makan spageti carbonara. Makanan feveret selama-lamanya. Sebab itu kalau hangpa ikuti instagram aku or laman bisness aku (bajet aku retis.hik3) hangpa akan nampak spageti carbonara jek budak ni reti makan. Aku rasa carbonara lagi sedap dari bolognaise selepas percubaan aku masak spageti bolognaise di rumah mendapat kutukan hebat. Aku rasa aku ikut resepi betui dah tapi air tangan aku tak sesedap air tangan mak cik Itali. Sejak hari itu, aku lebih memilih carbonara yang sah-sah sedap. Dengan kuah dia yang pekat mengkeju, perghhhh…buat perut aku berkeroncong semula dan air liur meleleh-leleh mengingati kesedapan carbonara Pak Chef di food court NU Sentral. Aku tidak pasti sama ada mak cik or pak cik yang masak. Mahupun teruna atau dara yang memasaknya. Yang penting sedap itu pasti.

“Ha ah, nak makan. Tapi nak makan yang ringan-ringan je. Kau nak makan kat mana?” tanya dia.

“Mana-mana ja. Tapi takmau dubudubu yang kini ditukar nama kepada DubuYo. Aku tau tu makanan feveret dia. Tapi disebabkan aku tengah pantang seafood dan telur demi mengembalikan kecantikanku yang dahulu agak manis dipandang. Sila muntah. Hahahaha. Sebab itu aku cakap awai-awai aku taknak makan kat situ. Sebab masakan dia mesti ada telur. Kalau tak silap aku la.

“Dah tu kau nak makan kat mana?” tanya dia lagi.
“erm..Mana-mana ja la. Erm…Subway la dah kau kata nak makan ringan-ringan. Makan sandwich tu ringan jugak kan?” balasku.

“Ok la, tapi kita masuk MPH dulu la alang-alang dah turun bawah. Nak cari buku ESC, budak tomato dulu.” Oh ya, sekarang ni kita masuk zone MidValley dah ya. Sambil-sambil jalan tu dia nampak restoran Nandos dan dia cakap Nandos mahal jugak kan? Aku terus menjawab “aku tak nak makan Nandos. Sat lagi aku mesti sakit kepala. Rugi tau bayar mahal-mahal, pastu aku muntah balik. Dah jadi trend aku, kalau sakit kepala, pakej dia mesti muntah. Lepas muntah, alhamdulilah aku akan ok.

Kata dia, “ni la masalah orang perempuan. Bila tanya nak makan mana, dia mesti kata “mana-mana ja la. Tapi bila kita suggest nak makan kat situ, dia mesti jawab tanya dengan alasan yang berjela-jela. “ ok. Yang bercakap itu jugak perempuan. Aku mana ada couple, sebab aku tak nak keluar dating naik bas. Keluar dating naik komuter. Panas. Nama pun student, mana ada kereta lagi kan.Demand. Hahaha. Sebenarnya alasan hakiki, aku tak laku.kehkehkeh.

“hahahahaha. Aku gelak kuat selepas dia membebel. Sebab tu la aku tak dak pak we lagi. Kalau ada mesti jadi macam ni jugak kan?” aku cakap macam tu sebab teringat troll yang orang dok share-share kat FB, pasal boy and girl yang berborak nak makan kat mana? Bila tanya, mesti jawab mana-mana. Bila cakap nak pi situ, mesti girl menolak dengan pelbagai jawapan. Lebih kurang situasi kat atas la. Hangpa macam aku jugak ka?

Dia masuk MPH dengan sejuta harapan buku ESC tu ada, tapi sayang keluar dengan harapan yang punah. Buku tu dah habis. Laku buku hang noh mato?

Sebelah MPH tu kan ada Burger King. “weh, yang kau jalan terteleng tu kenapa?” tanya dia. Baru aku sedar aku jalan sambil aku tengok menu kat papan dekat kaunter burger king tu. Ushar harga. Ya la. Aku mana pernah masuk burger king. Syukur, mata aku masih terang. Masih nampak dari jarak jauh.

“Kita masuk burger king nak? Aku dah dehydrate dah ni… nak pi Subway jauh lagi. Kena masuk Garden Mall. Kat sini tak dak. Aku tak larat jalan dah.”

Dan dia pun setuju.

Aku order cheezy chicken wrap dengan mango juice. Tapi cashier dengar air milo. Maka jadi la air milo. Ketiga-tiga kami order menu yang sama. Walaupun hakikat pada awalnya aku nak burger. Tapi nampak wrap ni lagi sedap. Harga dia standard ja dengan KFC, McD. Tak dak la jauh beza sangat. Sedap pun sedap jugak.hehehehe. setinbun jugak laa sayur yang aku lungguk dalam tray. “weh, bukan kau makan sayur ke?”…. “Memang aku makan, tapi aku tak makan kubis mentah…nanti lenguh kaki.”  Susah jugak berkawan dengan orang tua ni, kata dia.


No comments:

Post a Comment