Monday 26 May 2014

Candi Borubudur Part II

"KISAH BURUNG TAK DIMAKAN SINGA."
Aku sengaja asingkan gambar lukisan ini kerana aku ingin ceritakan dalam PART II.
Kisah ini UNIK. Berlaku dari zaman dahulu hinggalah sekarang.
Baca elok-elok ya.

Pada suatu hari, sedang Sang Burung bersiar-siar menikmati keindahan alam di waktu pagi, Sang Burung ternampak Sang Singa sedang menikmati mangsanya dengan lahapnya. 
"kasihan Si Pelanduk menjadi mangsa Sang Singa." Kata Sang Burung di dalam hatinya.


Tiba-tiba Sang Singa menjerit. Arghhh...!!! ( macam tu ke bunyi singa menjerit? Singa tak mengaum kan?)
Sang Burung pun bertanya, " Kenapa Pak Singa?"
"Aku tercekik tulang. Kamu boleh tolong aku?" Tanya Sang Singa.
" Boleh. Tapi, bersyarat. Aku mahukan ganjaran. Aku mahu hadiah selepas aku berjaya keluarkan tulang itu" Jawab Sang Burung.
"ohh.. aku akan berikan kau ganjaran. Aku janji." Kata Sang Singa penuh dengan harapan supaya Sang Burung menolongnya.
Maka, Sang Burung pun masuklah ke mulut Sang Singa untuk keluarkan tulang itu.


Setelah berjaya mengeluarkan tulang itu, Sang Burung mintalah hadiah seperti yang dijanjikan.
" Aku sudah membantumu, sekarang mana hadiahku?"

"Aku sudahpun memberi hadiahku untukkmu Sang Burung." Jawab Sang Singa.

"Mana? Aku tak nampak pun..."

"Itu. Bukankah kau sedang terbang. Itu bermakna aku tidak menelanmu. Itulah hadiahku untukmu."Kata Sang Singa.

Sang Burung berasa dirinya ditipu oleh Sang Singa. Dia pun terbang semula dengan hati yang bengkak dan marah.

pengajaran : Kita hendaklah berhati-hati apabila berurusan dengan orang yang mempunyai kuasa, nama dan wang.

Nota kaki : kawan-kawan, aku tahu dirimu dan aku sedang bergerak ke arah itu. ke arah seseorang yang mempunyai nama, wang dan kuasa. Aku ingin pesan untukmu dan diriku, apabila kita sudah berjaya nanti, jangan ditindasnya orang yang lemah. Bantulah mereka dengan hati yang ikhlas. Percayalah, tak akan luak pun harta kamu jika kamu memberi. Ia akan semakin bertambah jika kita ikhlas. Percayalah kepada THE POWER OF SEDEKAH. More you give, more you get back!

cerita itu, mungkin tak sama dengan tour guide punya cerita. Aku olah sedikit, tapi masih lagi guna main point yang sama.

Sekian, terima kasih :)



2 comments:

  1. burung tu baik sangat,dah tau singa jahat.,nasib tak dingapnya..haa kang naya.. :D

    ReplyDelete