Monday 16 December 2013

Berbekam untuk hilang JERAWAT


Ini kisah di Hentian Duta pada 14 Disember 2013 jam dekat pukul 12 malam.
Waktu tu aku tengah tunggu bus untuk balik Butterworth. Dengan anak-anak menakan aku.
Nak dijadikan cerita aku dok la sebelah kakak tu. aku nampak dia memang gelisah ja. Dia pun tegur tegur la aku. Tanya nak balik mana, naik bas apa, umur berapa... part tanya umur ni best sebab dia kata aku budak lepas SPM. Means 18 tahun la aku kan..hik hik hik... Terasa muda seketika di situ :P

Pastu dah mula bersembang mula la dia menyentuh part yang paling aku tak suka.
"Bukan nak kata laa, anak mak cik dulu lagi teruk muka dia dari ni.." Ni tu merujuk muka aku la tu.

"Tapi dia p berbekam. Lepas dia buat tu jerawat dia tak naik naik dah la. Biasa la kan mak cik paham bila nama dia student mesti stress, dengan test, eseimen, tesis... Adik try la buat bekam".

Aku anguk anguk pokka ja la. Dalam otak dok bayang dah darah tu macam mana. Takut aku pitam ja tengok darah banyak banyak. Lagi 1 parut. Takut parut tu kekal. Habis laa aku kan. Dah la kat muka..Tapi mak cik ni kata parut lebam tu 2 3 hari ja... 

Ok, itulah point sebenar mak cik tu nak bercakap dengan aku.

Mungkin tu petunjuk untuk aku kot supaya p berbekam. Tapi sampai hari ni aku dok pikir pikir lagi.

Aku pun buat la research. Baca sikit sikit untuk dapat maklumat pasal berbekam ni..
Meh baca baca kat sini meh.

1 ) http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1110&pub=Kosmo&sec=Kesihatan&pg=ke_01.htm

2 ) http://terapibekammelaka.wordpress.com/2012/06/14/terapi-bekam-menghilangkan-masalah-jerawat-acne-8/

3 ) http://alfimohd.blogspot.com/2013/07/berbekam-akupuntur-yumeiho-menyihatkan.html

Selamat membaca dan mencuba bagi Sang Pemberani. Hihihi.. aku InsyaaAllah nanti kot.
Dah lepas baca coretan aku ni, pakat pakat la tadah tangan dan berdoa supaya kulit aku cantik semula :) dan insyaaAllah malaikat akan mengaminkan dan mendoakan untuk mu jua. ameen

No comments:

Post a Comment