Sunday 28 April 2013

Kasih sayang Allah lagi banyak

Ahad                                                                        28/4/2013
Dengar ja mesej masuk, mesti hatiku akan cakap
" Aku harap mesej itu dari dia".
Tapi apabila mesej masuk dibuka
" Hantar assingment anda cepat-cepat ye, aku nak edit".
oh, hampa rasanya hati ini...
macam mana aku nak buang perasaan itu?
Perasaan untuk memeriksa handphone selepas mandi,
Perasaan untuk cek handphone apabila keluar dari bilik,
Perasaan untuk cek handphone selepas bangun tidur,
Dengan harapan " saya maafkan awak, saya terima awak semula".
Alangkah gembiranya hati ini
Andai apa yang berlaku sebelum ini adalah mimpi
Tapi, selepas tangan ini menampar pipi
Ouch, its hurt..
Ini realiti, bukan mimpi...
Dia bukan lagi milikku ;(
Aku tak punya siapa-siapa
Tapi selepas azan subuh pagi ini berkumandang
Allahuakbar, Allahukbar,
Ya, aku masih punya Allah
Airmata ini mengalir lagi
Nikmat dan kasih sayangMu Allah
lebih besar dari kasih sayangnya dia kepadaku.

Percayalah beauty, kamu tak pernah keseorangan

Dia tahu apa yang terbaik untukkmu beauty
Dia sedang mengatur yang terbaik untukmu
Percaya kepadaNya,
Kamu akan jumpa kebahagianmu nanti
Lambat atau cepat itu urusanNya,
Apa yang penting kamu perlu berusaha untuk rebut kebahagiannya itu.

No comments:

Post a Comment