Saturday 6 April 2013

Harga Sepasang Baju Kurung


" Mak tak suka dia". Kata Mak dengan muka yang agak serius.

" Tapi Man suka dia. Dah lama Man kawan dengan dia !". Agak tinggi suaraku. Maafkan Man mak. Man perlu pertahankan hak Man. Bukan seorang mak tolak perempuan pilihan Man. Tapi ini dah kali ketiga.
Perempuan yang Man bawa untuk dijadikan calon menantu mak bukan calang-calang orang. Semuanya berpendidikan tinggi dan bekerjaya. Tapi Man tak faham dengan mak. Kenapa mak tak boleh terima pilihan hati Man.

" Mak tetap tak suka dia." Mak masih lagi dengan pendirian mak.

" Tapi, kenapa? Cuba mak bagitahu Man sebab mak tolok perempuan pilihan Man."

" Sebab dia tak berbaju kurung." Jawab mak dengan suara yang tegas.

" Hanya tak berbaju kurung mak tak suka dia?" Soalku kepada mak

" Man tahu tak kenapa mak suka perempuan yang pakai baju kurung? Sebab perempuan yang berbaju kurung nampak sopan dan manis. Baju kurung bermaksud " busana yang dikurung oleh syarak". Cuba Man tengok, baju kurung kan longgar dan labuh. Tak ketat, tak nampak bentuk tubuh kan. Perempuan apabila dia pakai baju kurung dia mesti kena pandai bawa diri dan menjaga adat dia. Zahir memang kita nampak pakai baju kurung, batinnya pula adat istiadat, budi bahasa. semuanya tu terikat dengan adat Melayu. Mak tak mau la menantukan minah saleh celup. Mak tak berkenan. Mak nak menantu mak pure Melayu, yang amalkan gaya hidup Melayu." Terang mak panjang lebar

* Ini kisah adalah kisah benar. Tengok, betapa mahalnya harga sepasang baju kurung. boleh buat bina masjid tuh uolls. sapa2 yang cakap pakai baju kurung tu kolot sila lah ubah mindset anda ye...
dan satu lagi pesanku nak p umah boyfriend anda tu p la dengan cara bermaruah. maksud aku, p la selepas lafaz ijab dan kabul. tak payah la nak p waktu tengah berkaple. kalau betul la "kawan" anda tu suka anda, dia pasti akan bawa mak dan ayah dia p jumpa anda di rumah anda. Maksudnya,,, nak p ikat dah la tu.

dan bila la masa "Itu" akan datang utkku juga... itu masih lagi menjadi rahsia Allah :D




2 comments:

  1. wahhh..stuju2..hidup bju kurung..:P..naty masa itu akn tiba..^^

    ReplyDelete
  2. Yesss!!! hidup baju kurung...moh ler beli kat butik aku.hahaha..(tukar cita2 lagi)

    ReplyDelete