Tuesday 23 April 2013

BBM 3410 : Pengalaman Video Seram UPM

Masyaa Allah.

Tu ja yang aku mampu ucap selepas Dr. Notts cakap kena buat video seram.
Kenapa mesti video seram? Video lain la Dr. huhuhuhuhu.
Nak video lain, nak video lain (sambil hentak-hentak kaki)

Aiyoo... dah la aku ni penakut. Semua cerita hantu, cerita seram mana aku tengok. walaupun aku tahu cerita tu cerita komedi, tetapi disebabkan tajuknya ada tertulis perkataan hantu. memang tak tengoklah aku. sebab utama. aku takut. sebab kedua aku takut dan sebab ketiga juga aku takut. jenis aku ni susah nak lupa bila dah tengok. ambil masa berminggu-minggu ataupun berbulan-bulan. dan hasilnya aku takut nak bangun awal-awal pagi, nak ke tandas tengah-tengah malam, nak gosok gigi kat tandas sensorang dan paling kritikal aku takut nak tengok cermin selepas pukul 12 malam. itu semua kesan tengok cerita hantu.huhuhuhu.

Tapi tahniah Dr. Notts. Anda berjaya menjadikan saya seorang yang hebat!
Seumur hidupku, aku tak pernah
1) tidur pukul 2, 3 pagi. selalu lepas isyak aku dah terbongkang dah. 
Niat tak mau tidur selagi video tak siap. tetapi memandangkan aku dah rasa gempa bumi melanda, duduk di lantai pun dah rasa bergoyang, tengok semua benda dah nampak senget. Akhirnya aku ambil keputusan untuk tidur. Buat apa berjaga kalau tak ada kualiti kan? Kuantiti tak penting, yang penting kualiti :D
dan nasib kawan-kawan aku yang lain masih lagi boleh berjaga untuk menyelesaikan video tu. Terima kasih ye uolls. Muahhh <3
2) Aku berjaya tengok hantu depan aku. Ya. Hantu Ziela Melody :D
Natijahnya, aku tidur buka lampu la malam tu. Takut weh nampak scene hantu bawah katil. tapi scene tu tak jadi, kami ganti scene lain.

Jom kembali semula ke dunia nyata. Tadi anda dah terbang tinggi ke langit kan? sekarang mari cecah semula kaki di tanah rata.

Nak buat video seram. Mestilah kena ada pengalaman seram kan. Dan tak semestinya kita alami sendiri peristiwa seram tu. Mungkin kita akan dapat pengalaman tu melalui cerita-cerita orang, melalui pembacaan kisah seram dan juga menonton cerita seram. Memandangkan aku tak ada langsung memori tentang cerita seram lalu aku berikan mandat kepada rakan-rakanku untuk mengeluarkan idea-idea yang bernas. Dan i follow je..hehehe

Tetapi, di situ aku keluarkan juga idea ye. jangan cakap aku mengulat ye uolls.
kata tak dak memori seram, macam mana boleh ada idea cerita seram? mesti pelik kan...
ehem-ehem... setiap cerita ada plot or storyboard kan..
ahaaa... disitu lah idea aku cek termasuk sikit...:D

Plot tu apa???
Plot ialah jalan cerita. Sebuah cerita akan mengandungi 
  • Plot Permulaan
Menceritakan tentang latar belakang watak/suasana yang wujud pada awal cerita.
  • Plot Perkembangan
Perjalanan cerita yang semakin berkembang dan wujudnya watak-watak lain.
  •    Plot Perumitan/Konflik
Pada ketika ini, akan wujudnya masalah yang dihadapi oleh watak dalam cerita.
  •   Plot Klimaks
Dalam plot ini, masalah yang wujud tadi berjaya diselesaikan
  •   Plot Peleraian
Pengakhiran cerita sama ada diakhiri dengan kisah gembira atau duka.

ok. Itu kisah plot. 
Sekarang aku nak kongsi cerita kameraman plak...hihihi

" sat gi hang tengok muka aku tau. Aku angguk maksudnya action"
Sebabnya, video ni video tanpa suara. Bila cakap action mesti dengar suara kan? terpaksalah guna bahasa isyarat.

" tapi aku kan tunduk. Mana nampak muka hang."
pulak dah...

" Haa... tengok ibu jari kaki aku. Aku gerak-gerak kau mulakan ok?"

hahahhaha...tengok. semua anggota badan digunakan =P

ok. Sampai sini saja pengalaman video seramku. sebabnya yang lain masih lagi sama. Lepas buat record mesti kena cut bahagian yang tak jadi. Edit sana sikit, edit sini sikit. Tambah kata-kata. Masukkan sound dan bila dah siap save la awak ye.hehehehe..

meh, tonton video seram kami. Sampai sekarang aku tak berani tengok sorang-sorang.
silibus video seram ini membuatkan aku takut nak tinggal kat hostel nie sorang-sorang. Tambah-tambah lak ada group yang melakonkan watak hantu duduk atas loker. memang tak lah. 
Kus semangat aku lepas tengok video tu. ;(

Apa-apa pun, Dr. Notts saya sayang Dr sebab Dr dah banyak naikkan confident level saya. muah3 <3
 * ini bukan bodek, sebab saya tak pandai bodek :D

Layan ye

No comments:

Post a Comment