Wednesday 25 April 2012

Jangan Mengharap yang Sempurna

Bismillahirahmanirahim.Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Mulakan setiap aktiviti kita dengan membaca basmalah supaya kita mendapat keberkatan dalam menjalani kehidupan harian.


Sebagai manusia aku akui setiap daripada kita mengharapkan kesempurnaan. kita mengharapkan semua perkara itu sempurna dan cantik di mata kita.


Dan disebabkan kita inginkan kesempurnaan itulah tanpa kita sedar kita sedang merencanakan perkara yang rumit dalam hidup kita. kita mengalukan kedatangan masalah dan mengucapkan selamat datang kepada En. M yakni En. Malas. Kehadiran tetamu yang diundang tanpa disedari itu bakal mengundang masalah besar kepada kita. Ya,En. M akan membantutkan idea kita, perancangan kita dan mungkin masa depan yang kita harapkan indah bagai pelangi di kaki langit musnah begitu sahaja.


Tahu kenapa?


Jika kita inginkan kesempurnaan, kita pasti akan membuat semua perkara mengikut langkah-langkah dan arahannya. kita takut untuk menyeberangi Sungai Perak kerana bimbang di situ adanya buaya. Gila apa, sapa suh seberang Sungai Perak? aku pun tak nak. Kerajaan dah bina elok jambatan nak gi berenang buat pa? =P 


yeah,jangan mengharap yang sempurna. Jika kita punya assignment yang banyak dan tak tahu nak mula dari mana, buatlah yang senang dulu. Contohnya, selalunya orang akan mempunyai masalah untuk membuat pendahuluan (macam aku nie), so janganlah buat pendahuluan dulu. Anda boleh mula buat dengan membuat kesimpulan dan di situ idea akan bercambah,berkembang dan berbunga lalu sang rama-rama terbang riang di atasnya sambil menghirup udara segar. Percaya atau tidak cubalah dahulu. Hidup tak perlu skema sangat walaupun kita tahu hakikatnya orang skema akan berjaya. tapi kalau dah tak boleh tu tak payah la gagah. Agak-agak la der.  gaya kita tak sama dengan orang lain.


Kenapa aku cakap bila kita terlalu mengharap untuk sempurna lama-lama penyakit malas yang datang?


Sebabnya, sudah tentu bila kita mengharap kesempurnaan tetapi kita tak dapat mencapainya kita akan putus asa dan lama-lama perkara yang asalnya semangat membuak-buak akan hilang.


Biar tak cantik pada awalnya,biar bahasa kita tunggang langgang, asalkan rajin dan berani mencuba kita pasti akan berjaya. kejayaan sentiasa ada di depan kita, cuma kita yang tak nak mengejarnya kerana kita takut dengan bayang-bayang sendiri.


jadi, pesanku jangan mengharap yang sempurna, Begitu juga dengan cinta kerana cinta itu untuk saling melengkapi. Jika dua-dua sempurna di mana lagi untuk kita tampal plaster luka.hehehe.


Salam.

No comments:

Post a Comment