Interview Guru MRSM
Alhamdulillah, aku dapat peluang untuk interview MARA ASSESSMENT CENTRE (MAC) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG41/DC 41 semalam di Institut Latihan Kemahiran Mara (ILKM) Sg. Jawi. Antara 60 ribu permohonan, depa hanya pilih 3 ribu shj utk hadiri temuduga. Dan aku salah seorang daripada depa2 yang hebat . Sujud syukur. Semalam untuk pemilihan guru bahasa Melayu sahaja 300 orang. Persaingan memang hebat. Yang mai plak bukan calang-calang manusia.
Benda-benda yang kena buat ada 4 :
1) fitness test
Lari ulang alik 20M. Lari setakat yg uolls mampu. Untuk girl dia perlu capai tahap 4 minima. Tak tertengok pulak kat borang fitness test tu ada berapa tahap. tapi aku hanya mampu sampai tahap 3. sebab aku nak pitam. sikit lagi nak sampai kat garisan aku dah nampak dunia aku kelam.hitam.tapi aku tak boleh rebah. satgi terus kena reject. aku lari jugak laa dalam keadaan dunia kelam.hahak..pastu bunyi beep, so aku kena tarik keluar. Alamak. utk larian ni, dia ada bunyi beep tau.maksudnya nk lari kena bunyi beep dan sampai ke garisan sebelum bunyi beep. kita tak tau dia nak bunyi beep tu masa bila.so kena pulun lari laa. aku dah praktis seminggu lari pun tak capai tahap. hohoho. sapa suruh praktis lari dalam jarak dekat kan. so pastikan nanti uolls praktis lari yang berkilo2 meter tanpa henti ok?
2) Ujian Psikometrik
Ujian ni memang sengal. Memang psiko betul2 la.. Dia banyak tanya pasal sekiranya anda jadi guru..
pastu pilih laa abcd... kalau ko jadi aku kan, antara sekolah dengan murid uolls nak pilih yang mana? murid penting, sekolah pun penting. konpius kan. tapi jawapan aku banyak pilih murid laa... hehehe..sebab nak jadi guru kena lebihkan pelajar kan. soalan tu jugak memerlukan anda seorang yang bersosial. nak jadi cikgu kena sosial la kan.. ada 77 soalan, aku betol 40 ja. hampeh betol. aku gagal medsi dulu pun sbb soalan psikometrik ni jugak laa..
3) Micro teaching
uolls kena olok2 mengajar ni selama 10 minit masa yang dia bg. kena sediakan RPH dan uoll kena mengajar ikut apa yang uolls tulis dalam RPH tu. Suara kena kuat yaa.. ada calon semalam, dia mengajar kat bilik no. 1, aku yang kat bilik no.9 pun boleh dengar tau. Dia tanya "paham tak", kami kat luaq ramai2 jawab paham.hahaha... kalau dia tak dapat, tak tau laa memang bukan rezeki dia la kan.. masa mengajar tu, uolls sepatutnya ajar kerusi dengan meja. bukan ajar panel penemuduga tu. aku semalam p tanya depa, memang tak dak respond la..tapi depa kesian kot depa pun respond. bergantung jugak kepada panel uolls, kalau depa sporting depa akan belakon jd student :)
uolls kena masuk bila panel kat luar panggil utk masuk k. aku semalam buat loklaq, masuk sebelum disuruh. hahahaha.. panel luar cakap "husna, lepas ni awak"...so lepas budak tu keluar, aku pun terus masuk. naseb aku ketuk pintu dulu. pastu panel kat dalam pun cakap " cik, sila keluar dulu...2 minit lagi baru masuk..." aku pun keluar menonong..hahahaha..kat luaq suma gelak kat aku.
p/s : dia sediakan white board, marker pen. dan sebenarnya jugak disediakan jugak benda2 teknologi nie. kalau uolls nak guna laptop pun boleh sebenarnya. tapi disebabkan dalam surat cakap pengajaran berorientasikan papan tulis, aku pun tak sedia laa bahan2 guna laptop,
4) Temuduga berkumpulan
yang nie memang nerbes. sekali masuk 5 orang. ikut suka dia nak tanya apa. ikut naseb uolls laa.. ada kakak tu kena kawad. hahaha
utk grup aku dia hanya tanya tell me about yourself. mampus..kena speaking. fuhhhHHH lega soalan seterusnya BM. uolls kena kreatif lebih sebenarnya. botol mineral pun boleh jadi soalan. dia suruh kita buat inovasi. utk tambah pembaikan kepada botol tersebut. lagi soalan, dia tanya macam mana nak ketengahkan student mara ke arah pendidikan global, lebih kurang macam tu laa... dan soalan terakhir, sekiranya mara tak ambik uolls, mara rugi sebab.. sambung laa ayat, kena jual diri sendiri tau...jual sampai laku.hahahaha... sebab kami yang terakhir, depa pun dah penat. setengah saja la dok dalam tu. orang lain yg awai2 sejam lebih dok dalam bilik tu. dera mental betol.
dah tamat interview pertama aku sebenarnya nie. aku teruja. sbb aku tak pernah dapat interview.hihihi.. so aku dah ada pengalaman utk cerita bila orang tanya :)
pengalaman mahal nilainya.
Sekiranya di sini tempat terbaik untuk mencari rezeki, pilihlah aku. sekiranya, sebaliknya...kurniakan aku sesuatu yang jauh lebih baik dari ini. Kuserahkan hidup dan matiku hanya pada Allah.
Tenang.
wahhh..xsempat nak tanya..suma dah terjawab dalam blog..hehehe...apa pun insyaALLAH ada rezeki memang rezeki ang na...gambate.. =)
ReplyDeleterezeki tak salah alamat kan :)
Deletep try nasib jaa..
Bila agaknya result keluar ye?
ReplyDeletextau jugak result kluar bila..tapi cer cek kat sini
Deletehttp://www3.mara.gov.my//TawaranDG_21022014/INDEX.HTM
Bila agaknya result keluar ye..
ReplyDeleteKorang kena ujian ukcg tk
ReplyDeleteukcg tu apa ya?
DeleteKorang kena ujian ukcg tk
ReplyDeleteUjian kencing, ke? :)
Deleteassalam.. nk tny..awk lulus x interview ni?
ReplyDelete