Wednesday, 27 August 2014

Am I Born To Be a Millionaire?


hik hik hik... amboih bukan maen tajuk entry kali ini. Nampak benor besarnya impian aku.
Setiap kali terdetik di hati aku nak stop bisness kecil-kecilan yang aku buat ( juai sireh lovely care intimate cleanser dan jugak jd ejen dropship baju kat Dhia Solehah Butik, makin banyak idea bisness aku mai. Makin banyak idea tu mai makin tinggi cita-cita aku. Tapi in shaa Allah, tak kan lupa di mana bumi kupijak, 

Am I born to be a business person?
ni tajuk sebenar entry ni..tapi mentor cakap, angan-angan kena tinggi. sebab angan-angan tu lah akan buat pembakar semangat kita. kalaulah Mat Jenin tak mati jatuh dari pokok kelapa, aku rasa nama dia dah ada dalam top 10 jutawan di Malaysia. Aku harap biarlah angan-angan aku jadi kenyataan nanti. Mungkin dalam 5 tahun dari sekarang kalau aku buat mengikut cara yang betul. berniaga menggunakan ELMU. Nak ilmu aku kena rajin masuk kelas yang mengajar ilmu bisness la. Ilmu yang kita nak tak semestinya belajar secara formal. Tepi jalan pun boleh dapat kalau kita pandai manfaatkan apa yang kita nampak.

Am I born to be a business person?
Ya. 
Nama aku terbentuk dari owner kilang kicap, mengikut cerita kak sulung aku...nama aku kak aku yang cadangkan. Kak aku berkenan dekat nama ayah kawan dia. ayah kawan dia pemilik kilang kicap. kicap tu sedap weh. kicap cap lembu belaga. sebab tu aku suka. ada chemistry dengan aku kan.hik hik hik. Asalnya kalau aku lahir boy, nama aku "husni hidayat", kalau aku gurl, "husni hidayah" mengikut catatan dalam kertas yang aku jumpa daripada aktiviti suka memunggah waktu aku kecik dulu laa. tapi, kenapa jadi "husna hidayah"? kerana itulah yang tertulis di Luh Mahfuz.
mungkin minat dan perwatakan kita juga berdasarkan nama kan...?

Am I born to be a business person?
Ya.
Ada darah bisness yang mengalir dalam tubuh aku. Mak aku dulu juai nasik lemak untuk bagi makan kami adik-beradik. Mak aku dulu, ambik tender kantin sekolah. mak aku dulu, juai kacang kuda pedas. letak dekat koperasi sekolah. berkat mak bangun pukul 3 pagi, kami adik-beradik dapat jadi "orang" hari ini.
terima kasih Mak, 
cek sayang mak ketat2 <3
You are number one for me.
Doakan impian cek jadi kenyataan :)
Number One 4 Me

Am I a business person?
Yes, I am a business person.
Tak ada sebab kenapa kita semua tak boleh berbisness kan? peluang bisness tu ada di mana-mana sahaja. Antara nak dengan tak nak ja.Aku tengok sekarang ni, lempeng atau peknga tempat aku panggil pun orang juai okeh? Nampak dak, benda paling senang dalam dunia kot..hanya bancuh tepung, buh garam dan gula sikit, sapu2 minyak kat belanga, tuang. jadilah peknga. tu pun  orang juai dan ramai pulak orang beli. antara orang tu sapa? aku la orang tu. tiap2 pagi aku makan dua bijik plak tuh ngan teh o panas =RM3.40. 
Nampak dak permainan depa?
kita kena ambik kesempatan di atas kemalasan kerajinan orang zaman sekarang.
Aku seru suri-suri rumah di luar sana, bangkitlah berniaga. Juai2 ja depan pintu rumah tu. sambil2 jaga anak, sambil tunggu anak main kat taman petang2, apa kata bawak laa 20 batang aiskrim malaysia, dok kat kerusi batu tepi padang tu sambil pegang satu kayu yang atasnya tegantung satu kertas tertulis " Aiskrim". Tak pun ada anak kan, gunakanlah anak tu untuk ajak kawan-kawan dia beli aiskrim mak dia kalau malu nak keting keting loceng aiskrim. Anak menakan aku ada sorang yang macam ni, dia mintak duit kat mak dia untuk beli aiskrim. tapi dia tak beli satu. dia beli dua. 1 dia simpan dalam peti. pastu dia pun g makan depan kawan dia. bila kawan dia tanya, dia kata dalam peti ais dia ada 1 lagi, tapi dia juai lebih seposen daripada harga asal laa. budak 7 tahun dah reti berbisness. nampak? Aku hanya bagi contoh dan pendapat ja, jangan hentam aku ok kalau terbaca entry ini.

Am I born to be a business person?
In shaa Allah, I am a business person.
Aku sekarang dalam proses untuk keluarkan rekaan sendiri.
Doakan perniagaan aku maju.
Doakan aku kaya dunia dan akhirat.
Saya doakan anda kaya dan berjaya. Ameen.

nota kaki : kenapa aku nak berhenti bisness di dalam ayat pendahuluan tadi? bukan sebab jualan aku tak laku...tapi sebab aku nak fokuskan tesis aku. nak habiskan cepat2. tapi bila pikir tanpa stress, kenapa aku tak mulakan secara kecil-kecilan dulu, dan bila dah grad nanti aku ada tapak untuk lebih maju ke depan. itulah jawapannya, kenapa aku teruskan bisness kecil-kecilan aku itu :)

sesiapa yang belum like page Dhia Solehah Butik, silakan like dengan tenang hati :)
sesiapa belum dapatkan Sireh Lovely Care intimate cleanser, boleh PM FB Husna Hidayah  atau whatsapp 013-2039465 untuk order.Sekali cuba, anda tak akan tukar ke produk lain.

ok.
Gudnite :)


No comments:

Post a Comment