“Aku lapar laa…” kata dia.
“Nak makan ka?” tanyaku ala-ala mengambil berat
sangat. Tadikan dah makan dalam pukoi 12 lebih dekat NU sentral. Dia makan
spageti bolognaise dan aku makan spageti carbonara. Makanan feveret
selama-lamanya. Sebab itu kalau hangpa ikuti instagram aku or laman bisness aku
(bajet aku retis.hik3) hangpa akan nampak spageti carbonara jek budak ni reti
makan. Aku rasa carbonara lagi sedap dari bolognaise selepas percubaan aku
masak spageti bolognaise di rumah mendapat kutukan hebat. Aku rasa aku ikut
resepi betui dah tapi air tangan aku tak sesedap air tangan mak cik Itali.
Sejak hari itu, aku lebih memilih carbonara yang sah-sah sedap. Dengan kuah dia
yang pekat mengkeju, perghhhh…buat perut aku berkeroncong semula dan air liur
meleleh-leleh mengingati kesedapan carbonara Pak Chef di food court NU Sentral.
Aku tidak pasti sama ada mak cik or pak cik yang masak. Mahupun teruna atau
dara yang memasaknya. Yang penting sedap itu pasti.
“Ha ah, nak makan. Tapi nak makan yang
ringan-ringan je. Kau nak makan kat mana?” tanya dia.
“Mana-mana ja. Tapi takmau dubudubu yang kini
ditukar nama kepada DubuYo. Aku tau tu makanan feveret dia. Tapi disebabkan aku
tengah pantang seafood dan telur demi mengembalikan kecantikanku yang dahulu
agak manis dipandang. Sila muntah. Hahahaha. Sebab itu aku cakap awai-awai aku
taknak makan kat situ. Sebab masakan dia mesti ada telur. Kalau tak silap aku
la.
“Dah tu kau nak makan kat mana?” tanya dia
lagi.
“erm..Mana-mana ja la. Erm…Subway la dah kau
kata nak makan ringan-ringan. Makan sandwich tu ringan jugak kan?” balasku.
“Ok la, tapi kita masuk MPH dulu la alang-alang
dah turun bawah. Nak cari buku ESC, budak tomato dulu.” Oh ya, sekarang ni kita
masuk zone MidValley dah ya. Sambil-sambil jalan tu dia nampak restoran Nandos
dan dia cakap Nandos mahal jugak kan? Aku terus menjawab “aku tak nak makan
Nandos. Sat lagi aku mesti sakit kepala. Rugi tau bayar mahal-mahal, pastu aku
muntah balik. Dah jadi trend aku, kalau sakit kepala, pakej dia mesti muntah.
Lepas muntah, alhamdulilah aku akan ok.
Kata dia, “ni la masalah orang perempuan. Bila
tanya nak makan mana, dia mesti kata “mana-mana ja la. Tapi bila kita suggest
nak makan kat situ, dia mesti jawab tanya dengan alasan yang berjela-jela. “
ok. Yang bercakap itu jugak perempuan. Aku mana ada couple, sebab aku tak nak
keluar dating naik bas. Keluar dating naik komuter. Panas. Nama pun student, mana ada kereta lagi kan.Demand. Hahaha.
Sebenarnya alasan hakiki, aku tak laku.kehkehkeh.
“hahahahaha. Aku gelak kuat selepas dia
membebel. Sebab tu la aku tak dak pak we lagi. Kalau ada mesti jadi macam ni
jugak kan?” aku cakap macam tu sebab teringat troll yang orang dok share-share
kat FB, pasal boy and girl yang berborak nak makan kat mana? Bila tanya, mesti
jawab mana-mana. Bila cakap nak pi situ, mesti girl menolak dengan pelbagai
jawapan. Lebih kurang situasi kat atas la. Hangpa macam aku jugak ka?
Dia masuk MPH dengan sejuta harapan buku ESC tu
ada, tapi sayang keluar dengan harapan yang punah. Buku tu dah habis. Laku buku
hang noh mato?
Sebelah MPH tu kan ada Burger King. “weh, yang
kau jalan terteleng tu kenapa?” tanya dia. Baru aku sedar aku jalan sambil aku
tengok menu kat papan dekat kaunter burger king tu. Ushar harga. Ya la. Aku
mana pernah masuk burger king. Syukur, mata aku masih terang. Masih nampak dari
jarak jauh.
“Kita masuk burger king nak? Aku dah dehydrate
dah ni… nak pi Subway jauh lagi. Kena masuk Garden Mall. Kat sini tak dak. Aku
tak larat jalan dah.”
Dan dia pun setuju.
Aku order cheezy chicken wrap dengan mango
juice. Tapi cashier dengar air milo. Maka jadi la air milo. Ketiga-tiga kami
order menu yang sama. Walaupun hakikat pada awalnya aku nak burger. Tapi nampak
wrap ni lagi sedap. Harga dia standard ja dengan KFC, McD. Tak dak la jauh beza
sangat. Sedap pun sedap jugak.hehehehe. setinbun jugak laa sayur yang aku
lungguk dalam tray. “weh, bukan kau makan sayur ke?”…. “Memang aku makan, tapi
aku tak makan kubis mentah…nanti lenguh kaki.”
Susah jugak berkawan dengan orang tua ni, kata dia.
No comments:
Post a Comment