Sementara nak tunggu mood menulis tesis aku mai, meh la aku bercerita tentang aktiviti riadah yang aku dan kawan aku lakukan lepas hari raya hari tu ok. kalau cakap dekat lect "Dr, saya tak dak mood la nak menulis hari ni" memang kena hiris la dengan kata-kata dia yang tajam lebih dari mata pisau. "kalau tunggu mood tu mai, sampai ke sudah tesis hang tak siap!" tapi aku still tak terhiris sebab mata pisau dia tumpul kot.hahahaha
seminggu lepas raya hari tu aku & best friend zaman sekolah aku dan still sampai sekarang pi terjah HUTAN ROYAL BELUM! hoyeah! tau ke hutan tu kat mana? nanti hangpa google la eh kalau tak tau. Aku jumpa pasal ni sebab faiz dickievp yang review instagram mengenai aktiviti cintakan alam ni. nanti hangpa boleh tengok kat
belum.konspirasi. memang cantik2 gambaq yang dia post sampaikan hangpa akan terjebak nak ke sana. tapi seriously hangpa akan enjoy kat sana. aktiviti dia pun best!
aku pi sana 26-27 hari bulan Julai 2015. aku pi berhantar dan berjemput. mencabar sungguh kan? backpacker berdriver. hahahaha. Ooopss..nanti abang ipaq aku terbaca dia terasa lak. sungguh dia abang ipaq yang sangat2 baik. tak dak dia kat umah aku, rasanya akan jadi haru biru. ni aku nak balik raya haji ni dia balik raya kat Melaka, kampung halaman dia. mak aku dah pening sapa nak ambik aku kat bus stesen nanti. sampai dah la tengah2 malam. kalau abang2 aku yang lain buat keputusan tido malam raya kat umah mak aku tak pa la. Tiba2 rasa nak bersuami ar kalau susah cenggini. eyh? hahahaha. mudah2an jodoh yang ditakdirkan Allah untuk aku tu menjelmakan diri dia dengan cepat. aaminn... :)
|
kami tidoq kat dalam houseboat ni la |
|
|
|
|
aku tak ingat dalam houseboat ni ada berapa bilik. tapi masa aku pi hari tu muat 40 orang la. ada yang pilih nak bilik 2 orang, ada bilik 3 orang dan ada bilik 4 orang. aku pilih yang 4 orang. lagi banyak kenal orang, lagi banyak yang kita akan belajaq dan temui. ada juga yg pilih open air. maknanya depa bawak khemah dan tido kat ruangan atas sekali tu. best kan angin malam2 sejuk ja. tapi sayang malam tu hujan, niat depa nak tido berbumbungkan langit tak kesampaian. kena tido kat ruang makan bawah. hihihihi. oh, lupa nak bagitau pulak, pakej yang aku pi hari tu pakej istimewa. RM200 ja untuk 2 hari 1 malam.
Hari Pertama
Aku sampai kat jeti tasik banding ni dalam pukul 8 lebih macam tu. Pukul 9 pagi kami kena berkumpul. lambat kena tinggai. hahahaha. jauh jugak weh dari jeti ni nak masuk ke kawasan Royal Belum. hampir2 pukul 12 tengah hari kami sampai ke border Royal Belum. depa buat border rasa macam letak botol-botol putih tu. kawan aku ke aku yang cakap tau "ni kawasan depa bela ikan ni". confident ja cakap. sebenarnya tu penanda kawasan kami dah masuk dalam kawasan tasik Royal Belum.hahahaha.
lepas kami semua dah makan tengah hari. sedap betui depa masak tapi aku tak ingat dah menu apa. tapi siyes sedap depa masak. gambar makanan pun aku lupa nak ambik sbb bab makan aku makan dulu baru ingt nak ambik gambar. hihihihi. dah kenyang semua kami melawat kampung orang asli. kampung Seri Wangi. kecil ja kawasan perkampungan ni. ada beberapa orang penduduk ja.
|
nak ke perkampungan tu kena panjat guna tali. sebab tangga tanah hilang dihakis air. | | |
|
|
|
ni antara-antara mereka di situ. depa sedikit takut ngan kita. tapi kalau hangpa pandai pujuk, hulur gula2 sikit boleh la hangpa bergambar ngan depa. aku nasihatkan nanti kalau hangpa ke sana bawak2 la makanan utk depa. buat amal sedekah sikit. hari tu aku tak terpikir langsung nak bawak apa2. sampai kat atas houseboat baru depa ada sebut2 pasal ni. lain kali aku kena lebih prihatin sikit dengan tentatif program. |
|
|
depa tunjuk ajar main sumpit. aku tak try sebab tiup belon pun ayaq liuq yg penuh dalam belon. belon tak kembung jgk.kekekeke |
|
antara orang kuat kampung Seri Wangi |
|
Dah puas berkenalan kami pun nak beransur balik. kita selfie ramai2 dulu. ada yg berkenan dgn jejaka hot ka? ada seorang tu mula2 dia melangkah masuk dlm houseboat aku terpegun. "eh, dia ni kawan aku ka? muka sama. setelah lama menilik, aku prasan dia cerah sikit. kawan aku gelap banyak.hahahaha" dalam hati ja la ckp. cakap kat dia nnt orang cakap aku pick up line plak kan :P |
|
|
meh la kita turun naik ke houseboat balik utk aktiviti seterusnya. |
|
seterusnya. soooo skema guna penanda wacana. hahaha. ok kita nak pi tengok bunga pakma or rafflesia. betul dah kot eja tu kan.
|
nak tengok bunga pakma kena naik boat kecik. sebab dia kena melalui sungai kecik |
|
Sungai kecik tu nama dia Sungai Kooi. |
|
sementara nak tunggu geng2 lain sampai, kita bergambar dulu ok? tu bff aku dr zmn sek menengah sampai la sekarang. tu jgk bff kaki jalan aku. ajak pi mana suma dia akan ikut. hihihi |
|
tengok lecturer2 ni kaki selfie. kenal dkt atas boat royal belum ni lah. smpai sekarang stil contact2. ajak berjimba. hahahaha. depa ting tong mcm kami gak walaupun pangkat akak2 tapi tak nak dipanggil hakak.hahahaha |
|
|
minor trekking utk ke bunga pakma. sila hayati keindahan alam hijau. |
|
tak tau nak tulis caption apa.hee |
|
masalah engineer pokok. jumpa pokok apa pun depa kenai. |
|
yeah. dah nak sampai air terjun sg.kooi. tapi masa ni air tak laju. maksudnya air sikit. |
|
|
nampak air kenapa kita rasa happy? |
|
panjat sikit lagi hangpa akan sampai ke sini! yeay! tapi sayang bunga pakmaku tak kembang. kucup semalu-malunya menyambut ketibaanku. sob3 |
|
|
ok lah, dah banyak aku berkelahi dgn keyboard hari ni. dia cakap dah2. taip tesis plak. kita sambung nanti pulak ok. dah turun2 dari bunga pakma. aktiviti petang hari tu terjun tasik. ho ho horey. nanti aku cerita.
No comments:
Post a Comment