Saturday, 29 March 2014

Niat kita Semangat Kita

Masa tengah makan char kueh tiaw yang dibelanja oleh seorang kawan tadi, lepas balik kelas kaedah penyelidikan tadi, tiba-tiba si tukang belanja ni tanya... " apa niat hang sambung belajaq?"
Dalam hati mesti la kerana Allah. Jawapan klise yang selalu orang bagi kan.
tapi di sebalik jawapan tu mesti ada terselit niat lain jugak kan.
aku sambung belajaq sebab aku pernah jadi cikgu ganti sat. letih teramat letih apabila mengajaq budak kecik.tambah-tambah budak darjah satu. kalau aku cakap tak jerit memang depa wat derk ja laa. dah la sora aku kecik.pastu cakap kena wat sora besaq dan jerit sikit bagi kuat. last sekali jadi krik krik krik... macam cengkerik di waktu senja lak sora aku masa tu.. habis nak keluaq anak tekak tapi anak-anak kecik ni still wat tak tau gak. mungkin aku tak dak teknik mengajaq kot. al-maklum aku tak dak ikhtisas perguruan. tak dak sijil yang menyatakan aku belajaq pedagogi, psikologi kanak-kanak. yang dalam sijil aku ada psikolinguistik. macam mana aku nak psiko budak-budak tu kan. yang aku tau macam mana seseorang itu bercakap.
kalau rotan tak berjalan waktu P & P , di belakang kelas tu akan jadi taman permainan. macam-macam aksi ada. The POWER of ROTAN akan membawa kanak-kanak riang tersebut duduk tegak di kerusi.
depa-depa yang buat undang-undang pelik untuk guru-guru di sekolah tu, mohon turun ke sekolah. tak payah mengajaq setahun, tak payah mengajaq 2 3 bulan. cukuplah mengajaq 2 masa. masa tu depa akan tau macam mana rasa roket masuk hidung. perghhhhh...seksa. tambah-tambah lagi dengan sistem yang tak macam sistem. tapi dengar kata PBS tak payah buat online dah kan. cikgu-cikgu boleh tarik nafas fuhhhh. lega teramat. boleh fokus mengajaq.

bukan semua pelajar, pelajar elit. bukan semua pelajar tahu matlamat ke sekolah. tugas seorang guru untuk mendidik mereka menjadi manusia itu terlalu berat. apatah lagi apabila tugas ibu bapa diserahkan 100 % ke bahu cikgu. senget tahu...!

atas alasan itulah aku sambung belajar. aku nak jadi lecturer. masuk kelas, cakap, cakap, cakap, dan cakap. aku tak perlu bawa rotan masuk ke kelas untuk bagi depa tahu apa itu kehidupan. aku cuma memberi laluan untuk depa mencorak masa depan sendiri. ye ke?

aku sambung belajaq sebab degree aku tak laku. orang tak pandang. bila aku apply nak masuk kolej-kolej tertera kat situ master or PhD. Sebab itu sambung belajaq. Sebab DEGREE aku tak LAKU. ulang lagi sekali, TAK LAKU.

dan sudah tentu aku sambung belajaq sebab aku nak tambah ilmu aku. malu weh bila orang tau aku ambik benda ni, benda ni..tapi bila orang tanya aku tak boleh jawab. sebab malu aku sambung belajaq.

dan semestinya di sebalik niat-niat ini semua atau lebih tepat lagi niat-niat ini dipanggil pendorong aku sambung belajaq terselit di dalam "kerana Allah Taala" apa-apa perkara kita buat tanpa niat kerana Allah adalah sia-sia. aku tak nak usaha aku berhempas pulas di sini berakhir dengan sia-sia.

erk..kenapa hang tanya?

sebab niat-niat inilah akan jadi pembakar semangat kita masa kita down. bohonglah kalau seseorang itu tak pernah down kan? penat sikit, DOWN. susah sikit DOWN. bila kita DOWN ingat kembali niat kita, dan pandang semula berapa banyak dah kita melangkah ke depan. nak pusing balik penat kot. so, bila dah mula langkah pertama, jangan pandang ke belakang lagi. bila kita buat sesuatu keputusan yang mak ayah suka, family suka, Allah pasti akan bersama kita. bila hang buat keputusan untuk berpisah dengan seseorang pun, bila dah terputus dah pun. teruskan melangkah.lap ayaq mata tu dan terus berjalan. Allah tak suka kaple sebelum kahwin kan? Allah dah larang kita menghampiri zina kan. so buat apa nak buat benda Allah larang. tak dak berkat. jangan menyesal dengan keputusan tu. nampak egois di situ. tapi redha Allah penting lagi kan. eh..eh..eh..apa nie?
saja nasihat untuk orang yang patah hati.

ok, back to the main point. Niat kita Semangat Kita. Sapa-sapa yang tak dak impian lagi, mulakan melakar impian. percayalah impian itu penting untuk kita masa depan kita. percaya or tak benda yang kita impi hari ini akan tercapai apabila kita berusaha. insyaaAllah.

tak sabaq nak habis master cepat-cepat. impian untuk bukak bakery ngan butik tak pernah terpadam. mungkin cita-cita ini akan jadi pendapatan sampingan bagi aku, dan mungkin juga akan jadi pendapatan utama bagi aku. insyaaaAllah. kata usahawan berjaya, apabila kita ada minat dan usaha kita akan berjaya. benda pertama yang akan aku buat lepas viva nanti, turun ke kelantan masuk kelas bakery..mudah-mudahan tercapai hajat hati ini.dan oven aku tak meletup lagi, hopefully. :D

butik dah beroperasi secara online...jenguk-jenguk la ye Dhia Solehah Butik. " auratmu, maruahmu" https://www.facebook.com/dhiasolehahbutik?hc_location=timeline

No comments:

Post a Comment