money is everything
tak dak idea nak tulis proposal. jadi aku tulis blog dulu. yeah, money is everything. aku buat proposal ni pun sebab aku nak cover balik yuran aku untuk sem 1 ni. kalau tak buat sem ni maknanya melayang la duit yuran aku sebanyak RM1900 tu. ya, mungkin angka tu tak banyak bagi orang yang berduit. bagi yang tak dak duit macam aku ni setiap sen itu bernilai. terpaksa bersengkang mata untuk cover balik duit bayar yuran tu.. kalau tak buat untuk duit yuran tu pun nanti aku kena buat jugak untuk genggam master. nak tak nak kena buat jugak kan.
sapa cakap duit bukan segala-galanya? kalau dia cakap macam tu maknanya dia bukan manusia. sebagai manusia kita perlu duit untuk beli segala-galanya. ya, termasuk kasih sayang dan cinta. tak dak duit ang boleh dapat cinta? dengan cakap i love u perut ang kenyang ka? tak kan? perut dok bunyi kriuk kriuk kriuk gak mintak sumbat nasik.
kita perlu duit untuk politikkan cinta.
kita perlu duit untuk politikkan kasih sayang.
tapi jangan tersalah mempolitikkan duit untuk dapat kasih sayang dan cinta kerana penghujungnya tak dak apa gak kalau ang tak memberi dengan hati.
money is everything.
masa aku tak dak duit, bukan tak dak la..ada..tapi ada untuk makan, bayar duit bilik ja. masa ni la semua benda nak rosak. mula-mula kamera, jatuh terhempas terus tak bernyawa. pastu handphone plak buat hal. nampaknya aku g jogjakarta nanti tanpa kedua-dua benda ni..tak lengkap hidup. nak klik klik klik tak boleh. hanya dapat menikmati keindahan alam melalui kedua-dua mata ini sahaja tanpa dapat mengabdikannya melalui gambar. sadis, tragis. +.+
money is everything.
aku g kedai cakap i love u kat apek tu tak daknya dia bagi handphone baru.
dia cakap no money no talk.
tu ja la nak bagitau. handphone aku rosak. tak dak duit nak beli handphone baru...sedih...
tapi rasa hidup aman tanpa whatsapp, wechat, instagram. kalau tak asyik bertok tek, tok tek, tok tek ja kan.. bangun pagi cek moment, cek gambar orang, status orang, gosip sana, gosip sini. tanpa semua ni, hidup aman.hahahahaha...bukan gelak gembira, gelak sedih tuu.... =.=
money is everything sbb kita hidup di alam nyata.bukan alam fantasi, bukan alam novel, bukan cita kartun, drama atau filem. it's reality, cer letak kaki kat lantai..sampai tak? kalau sampai maknanya ang hidup kat bumi yang perlu duit untuk beli semua benda.
ya, nampak macam aku materialistik. Tapi aku kat bumi, bukan syurga lagi.so what?
akhir kalam, berusahalah untuk mencapai kedua-duanya iaitu kebahagian dunia dan akhirat.
No comments:
Post a Comment