Wednesday, 12 October 2016

Keputusan MARA bila nak keluar?

"Keputusan MARA bila nak keluar?" Rare tak tajuk entry aku? hahahaha

Yang pi interview cikgu MRSM bulan Mei 2016 baru-baru ni mesti tak sabar nak tunggu keputusan sama ada terpilih atau tak menjadi guru MARA kan? Kecoh dalam group geng2 yang pi interview baru2 ni sebab buka website MARA  ada link untuk "Semakan Tawaran MARA Onboarding Siri 1/2016 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan" Lepas tu pakat2 masukkan nombor ic dan jawapan dia "nama anda tidak tersenarai untuk panggilan temuduga" hahahahahahaha. Gila tak tersenarai, sampai ke Penang aku pi interview. Relax. Link tu bukan untuk check keputusan kita punya. Link tu untuk orang lain. Kita jangan kacau :P Kalau kita dapat nanti, in shaa Allah kita pun akan MARA Onboarding jugak selama beberapa hari. Tapi, keputusan untuk semakan berjaya atau gagal akan dihantar melalui SMS. Macam hari tu punya. Macam hari yang kita dapat tawaran untuk ke MAC tu... ye..Jadi, sabar ya. .

Oh ya, ada orang call pihak MARA, depa cakap in shaa Allah keputusan kita akan keluar bulan 11 nanti. sama ada awal bulan, tengah bulan atau akhir bulan. Mungkin jugak akan jadi hujung tahun nanti. sabar ok? Mintak mak ayah doa banyak2 untuk kita. Doa depa kan mustajab. Diri sendiri pun kena tolong jugak. Rajin2 solat dhuha. Rajin2 solat hajat. Rajin2 bangun tahajud. Mintak Allah permudahkan sekiranya menjadi guru MARA itu adalah yang terbaik untuk kita.

lagi satu nak habaq,

Rahsia tau...

Pengambilan kali ini kebanyakkan akan dihantar ke sabah sarawak. Sebab depa yang dok lama kat sana nak balik semenanjung...pssttttt..aku excited jugak kalau dapat sebelah sana. pengalaman baru kot. pulau pun cantik. sekiranya ada rezeki la kan.. dalam excited tu pun ada takutnya gak " mak, doa bagi cek dapat nah. doa bagi dapat semenanjung." hahahaha... kata mak " kalau dapat sebelah sana pun tak pa... kutip pengalaman baru" huwaaaaA..

Tapi, aku tak kisah kalau dapat mana2 pun. In shaa Allah aku akan berbakti sebaik mungkin untuk anak2 bangsa. Gaya cakap macam confirm dapat lak kan. hahahaha.. Tak, bukankah apa yang kita pikir, apa yang kita cakap, apa yang kita buat semua tu adalah doa?

Aku doakan urusan kita semua dipermudahkan. Doakan aku jugak tau.

Akhir kalam,

Serahkan segala-galanya kepada Allah.

1 comment:

  1. patutle check x dapat, time kasih info

    ReplyDelete