Broga Hill
"Alam luas terbentang jadikan GURU"
Semalam aku panjat bukit broga sekali lagi. fulamak, macam ada kenduri kat sana. punya ramai orang. parking keta pun penuh. untung tuan tanah kat situ. tak payah kait kelapa sawit dah. buat duit dengan tiket parking ja. aku pi sana dalam pukul 8 lebih sampai. masa tu orang dah banyak turun dah. aku baru nak naik.
masa aku tengah warm up, terdengar dialog ni
"Rule number one. JANGAN SANDAR DALAM KERETA."
Punya kejam undang-undang dia. aku pusing belakang tengok, patut la pun. badan basah peluh macam lepas mandi kat atas bukit tu.
aku dan kawan aku pun mulakan langkah kami dengan bismillah mendaki bukit broga. tengah-tengah nak naik tu terjumpa orang dipapah. mungkin dia kejang kot. jalan lagi, terjumpa orang didukung pulak. nampak dia macam meronta-ronta. mungkin histeria kot. nak tanya kawan, tapi takut. takut aku pulak disampuk nanti. jadi, diamkan saja persoalan itu. terus fokus mendaki BROGA.
Trek dia biasa-biasa saja. tapi agak mencabar masa nak sampai puncak satu. mencacang jugak. tapi tak macam gunung datuk. urm..bercakap macam pernah pi gunung datuk tu kan..itu berdasarkan pemerhatian aku la.
arghhhhh!!!! rasa nak jerit. nafas rasa macam nak putus. sesak dada. rasa nak termuntah. selama ni aku pelik kenapa orang asyik nak muntah ja bilik naik bukit. kemaren aku dapat jawapan dah la. bukan sebab tak makan pagi. tapi sebab terlalu penat sangat. tak boleh jadi ni. aku kena duduk jugak. selalu aku tak akan duduk sebab aku takut stamina aku down bila duduk. tapi kali ini terpaksa. kalau tak aku pitam. lutut dah makin lembik. aku duduk dan bila nafas aku dah makin ok, aku teruskan pendakian. sebenarnya aku duduk tu dekat dah nak sampai. tak sampai 5 minit pun.
bila kaitkan proses pendakian itu dengan kehidupan, ya, susah dan sakit utk berjaya. perit untuk kita dapatkan apa yang kita nak. tapi itu proses utk kita capai matlamat kita. penat, letih, rasa nak teriak. tapi bila dah sampai kat atas puncak segala kesakitan itu hilang. lupa segala rasa yang kita lalui kat bawah tadi tu.
dan bila dah sampai kat atas sana. Subnallah. cantiknya view kat bawah. walaupun jerebu tapi stil cantik permandangan yang aku nampak. tambah-tambah angin sepoi-sepoi bahasa menyambut ketibaan kami. ceh!
so ambik la gambaq byk2. tapi sedih handphone aku tak dak. tumpang handphone orang ja.huhuhuhu.jom la berhuhuhuhu dengan aku.
880 kaki ketinggian puncak satu ni. tanya kawan nak naik puncak seterusnya tak. bila depa suma kata tak nak, ok lah. aku pun suka.hahahahaha..tapi ada jugak keinginan nak naik sampai puncak ketiga. in shaa Allah one day.
dah puas rehat dan bergambar. so kena turun.
"kalau kita tak turun boleh tak?"
kawan jawab "cuba kita kaitkan jawapan husna tu dengan falsafah hidup. bila kita rasa kita selesa. macam sekarang ni kita selesa dah bila sampai ke puncak. kita selesa dengan keadaan kita sehingga membuatkan kita rasa tak nak turun. tapi hakikat sebenarnya kita kena turun. kita kena turun untuk teruskan kehidupan kita."
"uhhh. deep. macam dengan isu sekarang ja falsafah tu."
kata dia "terpulanglah. macam mana kita berfikir. dan macam mana kita nak kaitkan dengan alam dan kehidupan kita."
jom2 kita turun. tu pun selepas ambik berpuluh keping gambar. nak turun tu mencabar jugak. mencabar pada permulaan langkah. sebab kaki kita kena kuat brek. macam tu jugak kehidupan kita, bila sampai satu tahap kita kena turun untuk teruskan kelangsungan hidup, pada tahap permulaan memang payah. kita kena kuat hati untuk menahan segala kata-kata manusia. tapi lama kelamaan apabila semakin jauh kita turun, keadaan jalan itu akan menjadi seperti biasa. akan semakin senang untuk kita lalui.
nota kaki : mungkin angpa heran aku budak lembik suka aktiviti2 mencabar skrg ni kenapa? sebab aku dah boring buat benda yg sama tiap2 hari. aku nak diri aku berpeluh. rasa gelisah akan hilang bila kita riadah. resah mengenai tesis kuar melalui titik2 peluh. uweekkkk..jangan risau. REXONA kan ada. aktifkan diri anda. molekul2 dalam REXONA akan keluarkan aura wangi.kikikiki.
sooooo skema nama label aku ni kan : Riadah
amboii,pi lagi ..semangatnya...aku pon cakap benda yang sama dekat ang..husna sekarang suka betol aktiviti lua..kekekkee..
ReplyDeletehahaha..aku pi sbb depa ajak....
ReplyDelete