Wednesday, 27 August 2014

Am I Born To Be a Millionaire?


hik hik hik... amboih bukan maen tajuk entry kali ini. Nampak benor besarnya impian aku.
Setiap kali terdetik di hati aku nak stop bisness kecil-kecilan yang aku buat ( juai sireh lovely care intimate cleanser dan jugak jd ejen dropship baju kat Dhia Solehah Butik, makin banyak idea bisness aku mai. Makin banyak idea tu mai makin tinggi cita-cita aku. Tapi in shaa Allah, tak kan lupa di mana bumi kupijak, 

Am I born to be a business person?
ni tajuk sebenar entry ni..tapi mentor cakap, angan-angan kena tinggi. sebab angan-angan tu lah akan buat pembakar semangat kita. kalaulah Mat Jenin tak mati jatuh dari pokok kelapa, aku rasa nama dia dah ada dalam top 10 jutawan di Malaysia. Aku harap biarlah angan-angan aku jadi kenyataan nanti. Mungkin dalam 5 tahun dari sekarang kalau aku buat mengikut cara yang betul. berniaga menggunakan ELMU. Nak ilmu aku kena rajin masuk kelas yang mengajar ilmu bisness la. Ilmu yang kita nak tak semestinya belajar secara formal. Tepi jalan pun boleh dapat kalau kita pandai manfaatkan apa yang kita nampak.

Am I born to be a business person?
Ya. 
Nama aku terbentuk dari owner kilang kicap, mengikut cerita kak sulung aku...nama aku kak aku yang cadangkan. Kak aku berkenan dekat nama ayah kawan dia. ayah kawan dia pemilik kilang kicap. kicap tu sedap weh. kicap cap lembu belaga. sebab tu aku suka. ada chemistry dengan aku kan.hik hik hik. Asalnya kalau aku lahir boy, nama aku "husni hidayat", kalau aku gurl, "husni hidayah" mengikut catatan dalam kertas yang aku jumpa daripada aktiviti suka memunggah waktu aku kecik dulu laa. tapi, kenapa jadi "husna hidayah"? kerana itulah yang tertulis di Luh Mahfuz.
mungkin minat dan perwatakan kita juga berdasarkan nama kan...?

Am I born to be a business person?
Ya.
Ada darah bisness yang mengalir dalam tubuh aku. Mak aku dulu juai nasik lemak untuk bagi makan kami adik-beradik. Mak aku dulu, ambik tender kantin sekolah. mak aku dulu, juai kacang kuda pedas. letak dekat koperasi sekolah. berkat mak bangun pukul 3 pagi, kami adik-beradik dapat jadi "orang" hari ini.
terima kasih Mak, 
cek sayang mak ketat2 <3
You are number one for me.
Doakan impian cek jadi kenyataan :)
Number One 4 Me

Am I a business person?
Yes, I am a business person.
Tak ada sebab kenapa kita semua tak boleh berbisness kan? peluang bisness tu ada di mana-mana sahaja. Antara nak dengan tak nak ja.Aku tengok sekarang ni, lempeng atau peknga tempat aku panggil pun orang juai okeh? Nampak dak, benda paling senang dalam dunia kot..hanya bancuh tepung, buh garam dan gula sikit, sapu2 minyak kat belanga, tuang. jadilah peknga. tu pun  orang juai dan ramai pulak orang beli. antara orang tu sapa? aku la orang tu. tiap2 pagi aku makan dua bijik plak tuh ngan teh o panas =RM3.40. 
Nampak dak permainan depa?
kita kena ambik kesempatan di atas kemalasan kerajinan orang zaman sekarang.
Aku seru suri-suri rumah di luar sana, bangkitlah berniaga. Juai2 ja depan pintu rumah tu. sambil2 jaga anak, sambil tunggu anak main kat taman petang2, apa kata bawak laa 20 batang aiskrim malaysia, dok kat kerusi batu tepi padang tu sambil pegang satu kayu yang atasnya tegantung satu kertas tertulis " Aiskrim". Tak pun ada anak kan, gunakanlah anak tu untuk ajak kawan-kawan dia beli aiskrim mak dia kalau malu nak keting keting loceng aiskrim. Anak menakan aku ada sorang yang macam ni, dia mintak duit kat mak dia untuk beli aiskrim. tapi dia tak beli satu. dia beli dua. 1 dia simpan dalam peti. pastu dia pun g makan depan kawan dia. bila kawan dia tanya, dia kata dalam peti ais dia ada 1 lagi, tapi dia juai lebih seposen daripada harga asal laa. budak 7 tahun dah reti berbisness. nampak? Aku hanya bagi contoh dan pendapat ja, jangan hentam aku ok kalau terbaca entry ini.

Am I born to be a business person?
In shaa Allah, I am a business person.
Aku sekarang dalam proses untuk keluarkan rekaan sendiri.
Doakan perniagaan aku maju.
Doakan aku kaya dunia dan akhirat.
Saya doakan anda kaya dan berjaya. Ameen.

nota kaki : kenapa aku nak berhenti bisness di dalam ayat pendahuluan tadi? bukan sebab jualan aku tak laku...tapi sebab aku nak fokuskan tesis aku. nak habiskan cepat2. tapi bila pikir tanpa stress, kenapa aku tak mulakan secara kecil-kecilan dulu, dan bila dah grad nanti aku ada tapak untuk lebih maju ke depan. itulah jawapannya, kenapa aku teruskan bisness kecil-kecilan aku itu :)

sesiapa yang belum like page Dhia Solehah Butik, silakan like dengan tenang hati :)
sesiapa belum dapatkan Sireh Lovely Care intimate cleanser, boleh PM FB Husna Hidayah  atau whatsapp 013-2039465 untuk order.Sekali cuba, anda tak akan tukar ke produk lain.

ok.
Gudnite :)


Saturday, 23 August 2014

Stokin Ajaib V-Ken

Petang tadi aku dating dengan kawan piza hut aku dulu. Nama dia Jazira. Shantek manis orangnya, tapi suka buli aku masa kat piza Hut Kulim dulu. Mentang2 dia Cik Kesyer kat situ, suka2 laa dia arah aku macam2. Hahaha... Lawak ar kalau terkenang balik kisah dulu. 7 tahun tak jumpa, dan tadi berjumpa semula setelah seminggu buat appointment. Buat appointment ke? Tak la jugak tapi macam  buat appointment laa sebab nak jumpa aku yang super buzy ni kan. kami janji nak jumpa nak story mory tentang 1 produk yang tengah hot sekarang nih. Cuak la jugak nak jumpa dia.Yelaa..dah lama tak jumpa nanti aku nak cakap apa dengan dia, persoalan yang selalu bermain di minda tiap kali ada dating. Hak3..sebab tu sampai sekarang single. (Nak juai minyak urat jugak)kih3. Lepas jumpa gelak tak berhenti plak :D
Ehh, sebelum tu nak habaq, jurnal aku dah lepas saringan supervisor. jurnal lah penyebab aku buzy 2, 3 menjak nih. makanya, boleh hantar ke publication dah. tengah tunggu kawan aku translate abstrak BM ke BI ja lani. Almaklumlah, BI cek dapat A++ sebab tu kena reject dengan SV kerna menggunakan khidmat Mr. Google Translate yang Ohsem. Doa2kan jurnal aku dapat publish dan aku dapat grad dengan bergaya.( ^_^)V.
ok kembali semula kepada topik utama kita. Stokin V-Ken.
Dia tunjuk aku stokin nih.


 Dia suruh aku genggam stokin ni dalam 10 minit macam tuh. Nak tau tak apa jadi? Aku rasa tapak tangan aku berdenyut2. Rasa nak belahak pun ada. Nak kentut pun ada. Tapi kena cover arr..hahaha. Tak percaya kan? Nampak macam stokin main bola ja, tapi ada keajaiban dia.
Waaa.. kena beli nie. 

Nanti bila aku dah beli aku share2 dekat sini okeh!
Jom makan. ada jiran depan bilik ketuk pintu bagi nasik dagang my feveret.
Rezeki betul2 misteri kan?


Thursday, 21 August 2014

Hanya Sekadar Gambar tanpa Wajah.

Ingin kuhapuskan rasa itu,
tapi, aku tak punya cara,
Hanya sekadar gambar tanpa wajah.

Ingin kuhapuskan bunyi itu,
tapi, aku tak punya cara,
Hanya sekadar muzik tanpa lagu.

Ingin kuhapuskan bayang itu,
tapi, aku tak punya cara,
Hanya sekadar bayangan tanpa nyawa.
(hidayahusna, 2014)
bilik Seri Setia, FBMK

Wednesday, 20 August 2014

Rezeki itu Misteri


Rezeki itu memang misteri. Kita memang tak akan tau apa yang kita akan dapat. Kita xtau kita akan kerja apa, ya...kita maen agak2 ja kita akan kerja tu kerja ni berdasarkan pendidikan kita.tapi sebenarnya kita tak tau pun betul ke kita akan kerja tu. Macam aku sekarang, aku pun tak tau akan kerja apa nanti, masa bila, di mana pun aku tak tau. Yang tau sekarang perlu usaha.

Kenapa aku cakap rezeki tu misteri?

Ya, betul2 misteri. Al-kisahnya, pagi tadi aku terlambat utk bersiap2 ke ofis olok2 aku a.k.a fakulti. Sepatutnya, 8.15 aku dh kena turun sebab 8.30 bas kolej akan gerak.setiap setengah jam bas akan jalan. Tapi, tadi aku trun 8.25 minit pagi. Mesti tak sempat laa sbb keja jalan kaki jauh.jauh sangat2. Mood utk buat tesis akan jatuh bersama2 titisan2 peluh di jalanan. Macam tu gambarab jauhnya perjalanan aku nk capai kejayaan. Tak apa kan dayah, itu rentetan untuk aku jadi orang kuat. Kalau senang2 ja dapat sesuatu, nanti aku nak cerita apa kat anak cucu aku nanti..tak ada modal pulak kan..."dulu tok mummy nak beli mini cooper ni susah tau, so bawak elok2 yaa..jangan bagi ada calar.kalau tak tok mummy luku kepala tu". Hahaha...

Ok la back to cerita pagi tadi..dah tau bus dah terlepas kan, aku pun jalan lenggang kangkung la ke bus stop atas tuu...dekat nk sampai gate kolej, nampak bus lalu...sure2 tu bkn bus kolej aku..tengok dalam tu penuh budak asasi. Pon..pon..pon!!! Pak cik picit hon.itu tanda suruh aku lari lari lari ke bus laa tuu..baik pak cik ni..dia nak berhenti amek aku..aku pun pecut 100 meter lari. Nasib pkai flat, kalau pkai heel mau terseliuh kaki yg memang dh terseliuh jatuh tangga...macam nak mintak simpati plak kan...

Ok, aku dah selamat sampai ofis. Sebelum pukul 9 aku dah thumbprint, maksudnya aku boleh thumb out pukul 5 petang.yuhuuu... selamat2. Sebab itu aku cakap rezeki kita tak tau kan..kadang2 kita dh hampir dh nk capai kejayaan tiba2 kita kena berlari sikit ja lagi utk grab kejayaan tu. Kadang2 kita dh pecut, tapi garisan penamat tak sampai2(kerja).. kenapa? Sbb rezeki tak sampai lagi..rezeki kot lain mayb.


Berjalan, merangkak, berlari, mengengsot, perLu untuk capai kejayaan,untuk capai apa yang kita nak.bukan mudah untuk mencapai bintang yang bergemerlapan, bukan mudah menyusun tangga ke angkasa..

Friday, 15 August 2014

Let it go!


If you keep going backwards with the same people that God has intentionally removed from your life, you will continue to stay stuck. There is no joy in being confused and unhappy. Get rid of old bad habits and leave them where they belong. what is meant for you will be yours, learn to let go. Dysfunction isn't love.

bila hati tidak melonjak dengan yang datang, tidak terhenyak dengan apa yang hilang, itulah hati yang lapang. hati itulah hati yang tenang.
(Zuhairah Hayati, 2014)

LET IT GO!

Tuesday, 12 August 2014

Cinta itu Apa?

Helo2... assalamualaikum everybody. Good morning everyone. mulakan hari2 anda dengan perkara yg menceriakan. hari ini kita bersiaran dari ofis Seri Setia, FBMK...( baca dalam nada DJ okeh!).

cinta itu apa? Apa itu cinta?

hari ini kita berbicara tentang cinta memandangkan banyak orang mencari aku untuk menceritakan masalah cinta mereka. Mungkin aku seorang pendengar yg baikkkkkKK. Aku hanya boleh dengar, boleh baca mesej2 mereka, tapi idea aku kurang bernas mengenai cinta. kerana hati ini kurang CINTA, tapi setiap hari aku berdoa supaya hati aku penuh dgn kasih sayang. Cinta ada kaitan dgn kasih sayang ka? of course cinta perlu kasih sayang. tak dapat sayang manusia, dpt sayang kucing pun dah kira banyak ok.

cinta itu apa? apa itu cinta?

Cinta itu tanggungjawab mengikut definisi cinta cik Hidayah. Ya tanggungjawab. Selepas uolls lafazkan cinta uolls, uolls perlu jalankan tanggungjawab uolls sbg pasangan cinta. Dah jadi trend zaman sekarang ni bila propose perempuan ja mesti tanya "sudi tak awak jadi isteri saya?". Dari satu sudut, ya, memang baik perkara itu sebab niat awal sang lelaki nak memperisterikan sang perempuan itu, tapi persoalannya di sini, iklaskan niat sang lelaki itu ingin mengahwini sang perempuan itu? atau hanya sekadar membuka ladang tebu di bibir???

cinta itu apa? apa itu cinta?

cinta itu macam tanam pokok bunga. macam tanam pokok bunga matahari, bunga mawar, bunga taik ayam. apa2 bunga perlukan penjagaan yang baik. percaya atau tidak, bunga taik ayam pun kalau kita sekadar tanam tanpa penjagaan yg baik, bunga dia tak besar. bunga tu naik, kembang tapi tak besar. tapi cuba uolls tanam dan bubuh baja sekali, bunga dia akan besar. macam tu lah jgk cinta. perlukan penjagaan yang rapi setelah uolls tanam dia. uolls perlu letak baja. baja kat sini maksudnya masa. uolls perlu spendkan masa uolls utk sang kekasih. dalam 24jam at least uolls luangkan masa dengan dia sejam. kita bukan bdk sekolah menengah kan nak berkepit dgn handphone 24jam utk msg, call. kita pun ada komitmen lain kan...

tanam bunga perlukan cahaya matahari yang cukup. macam tu jgk cinta. 
tanam bunga perlukan air. hatta pokok kaktus pun perlukan air utk hidup. walau sebulan sekali kita siram. macam tu jgk cinta.

lagi, tanam bunga perlukan apa? uolls g tengok pokok bunga dan pikir. pastu apply dalam hubungan cinta uolls...

kesimpulannya, cinta itu tanggungjawab. 
kesimpulannya, tanam pokok bunga perlukan tanggungjawab. siram dan baja ia selalu supaya dapat tengok bunga yang kembang mekar cantik.
sat2...

cinta itu apa? apa itu cinta.

cinta itu macam masak kek. perlukan suhu oven yang betul supaya tak hangit. so, temperature kepala uolls kena jaga betoi2. jangan bagi meletop. sebab cinta itu perlukan kesabaran yang tinggi.
okeh? bye.

Tuesday, 5 August 2014

Cheesekut

Hi, hari ni aku nak kongsi resepi buat cream cheese crackers. kita ringkaskan kepada cheesekut okeh?

sangat2 simple nak buat cheesekut ni. uolls hanya perlu :
1) biskut cream cracker original
2) 1/2 susu pekat manis
3) air kotak nescafe
4) 250g cream cheese

cara2 nak buat :
1) pukul cream cheese dengan susu pekat sampai kembang.
2) buka air kotak nescafe tu dan tuang dalam mangkuk. Lepas tu celup biskut cream cracker. agak2 ja jangan sampai lembik.
3) susun biskut yg dicelup dalam bekas. kalau nak cantik bekas yang bentuk 4 segi. senang nak susun.
4) lepas susun, sapu cream cheese bagi rata atas biskut yg telah dicelup tadi.
5) ulang langkah di atas sampai cream cheese habis.
6) masuk dalam peti ais dan tunggu sampai keras. potong dan makan.nyum3
kalau uolls nak buat perisa milo pun boleh. celup la biskut tu dalam air milo. nak perisa teh tarik pun boleh. uolls kena buat teh tarik lah. tarik panjang2 bagi buih banyak lagi sedap. asal aku nk buat perisa teh susu ja sbb malas nak g beli air kotak.ngeh3... tapi kena paksa g kedai jgk.
ni laa rupa cheesekut aku. huduh kan...hihihi. tangan aku terlalu berseni sbb tu jd mcm tu :P
kat atas tuh kak ipaq aku tabur serbuk milo... saja nak bagi lawa.

Hasil dia macam mertabak la plak kan..
tapi rasa dia mcm kek cheese leleh tu weh.hahahaha..
yg ni kurang cream cheese sbb aku suka oter resepi kan. orang suh buh 250g cream cheese aku g beli hat 200g ja.
ni lah jadinya.