Saturday, 13 July 2013

Jangan Biarkan Berkudis


Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak...

ok. Hari ni aku nak tulis pasal kudis. Ya, korang tau kan kudis tu apa?
Kudis sejenis penyakit kulit. Mula-mula badan kita rasa gatal, kita garu-garu kemudian jadi merah-merah. naik biji-biji. lepas tu berair. then, bernanah. 

macam tu la jugak kita dalam perhubungan. perhubungan suami isteri or pasangan kekasih. tapi aku tak galakkan korang berkaple. Ya, masa mula-mula kahwin semuanya indah. apa yang isteri suruh or suami yang suruh buat mesti kita akan buat kan. sebab dalam hati kita penuh dengan kasih sayang dan cinta terhadap dia. bak kata orang lautan luas sanggup direnangi, gunung everest sanggup didaki kan???

so, masa awal-awal perhubungan ni la kita kena terus terang supaya kita tak hidup dalam dunia hipokrit. contoh, kalau suami kita suruh iron baju dia betul-betul bagi tajam kat tepi mampu ke kita nak buat? kalau macam aku ni memang tak la sebab baju aku pun x beriron. aku main sarung ja..ada aku kisah orang nak kata apa kat aku??? hihihi..psssstt...sebenarnya aku kisah. tapi jangan la sampai betul-betul nak tepi lengan baju tu tajam. memang tak la..

makanya, selepas dua minggu korang buat kerja tak ikhlas kan baik berterus terang daripada tambah dosa kutuk suami sendiri.

berterus terang lah secara berhemah. cakap lembut-lembut kata yang awak tak boleh buat sampai macam tu. nanti awak gila. kan senang. sementara orang masih sayang ni baik berterus terang sebelum menjadi parah.

macam tu la jugak bila berkaple, terus terang di awal perhubungan supaya di hati kita tak naik kudis dan bernanah akibat pendam terlalu lama. 




No comments:

Post a Comment