“Minggu depan kita pindah rumah baru. Rumah kita dah siap.” kata mama sambil tersenyum padaku.
“Yeay!” jeritku girang. Siapa tak suka pindah rumah baru kan? Aku akan dapat bilik yang besar dan yang pastinya bilik aku dicat mengikut warna kegemaranku iaitu pink. Tapi yang peliknya aku nak juga dinding bilik aku tu dihiasi dengan kartun Ben 10. Mula-mula mama tak setuju dengan pilihan aku tapi setelah papa bagi green light akhirnya bilik aku jadi aneh. Kata papa “biarlah kat dia...nanti dah besar dia tau la pilih yang mana elok. Jangan bantutkan imaginasi anak kita.” Ni yang buat aku sayang papa. Hahahaha... aneh kan aku? Tak lah... UNIK! Ini baru tepat. Hatiku berkata dengan riang. UNIK itu adalah diriku. Semua kawan-kawan aku cakap aku unik. Sebabnya aku suka berfikir lain dari yang lain. Hmm..Bila sebut pasal kawan hatiku jadi sedih. Pindah rumah baru maknanya aku kena pindah sekolah. Aku tak nak! Aku bukan jenis dapat cari kawan. Aku bukan macam mereka. Hari ini tukar sekolah hari ini juga dapat kawan. Mungkin disebabkan aku ni terlalu pendiam kot. Sebab tu aku susah dapat kawan.
“ Tapi, Yaya tak nak tukar sekolah mama”. Aku mula merengek kepada mama apabila teringat kembali detik-detik awal aku masuk sekolah dulu. Sebulan juga baru aku dapat kawan. Oh, Ya... Sekolah yang aku maksudkan di sini adalah tadika. Memandangkan mama dan papa aku adalah guru sekolah makanya tadika pun mereka panggil sekolah juga. Tapi, sekolah dengan tadika sama juga kan? Sama-sama tempat belajar. So, jangan buat muka pelik ya kawan-kawan bila aku sebut tadika itu sekolah. Aku lempang terus jadi lempeng pisang nanti. Ini salah satu aku penyebab aku susah dapat kawan. Aku seorang yang garang dan emosional. Pernah sekali di sekolah aku dikenakan denda oleh Cikgu Tasha atas sebab aku tarik rambut budak kelas aku. Ikutkan aku tak salah sebab siapa suruh dia tumpahkan air milo dia atas beg Ben 10 kesayangan aku tuh. Disebabkan aku hilang sabar aku kena berdiri depan pintu kelas selama setengah jam. Tapi aku tak kisah pun. Lagi best dapat duduk luar dari belajar matematik kat dalam tuh. Bikin otak aku jam saja! Nakal kan aku? Hihihihi...
Cepatnya minggu depan itu datang menyapaku. Aku resah.
“Mama, Yaya tak nak sekolah kat sini”. Aku mula menangis minta simpati mama. Kaki mama yang mula melangkah ke arah kereta aku peluk kuat-kuat. “ Cikgu-cikgu kat sini tak macam Graceland, cikgu dekat sini garang-garang.” Tangisan aku mula kuat. Cikgu-cikgu di sini mula pegang aku sambil memujuk-mujuk aku. “ Jangan nangis cikgu bagi awak air kotak ye...” Mama tetap pergi tinggalkanku. Pesan mama “ petang nanti mama datang ambil Yaya. Yaya jangan nakal-nakal tau. Cikgu-cikgu dekat sini baik-baik. Percaya cakap mama.” Kedua-dua pipiku dikucup mama.
Dan di depan pintu masuk tadika baruku, ada seorang kanak-kanak lelaki yang sedang perhatikanku. Sejak bila dia berada di situ, aku pun tidak sedar. Sambil menangis aku pegang anak patung rabbit aku. Aku dibawa masuk oleh salah seorang guru di situ ke kelas baruku. Aku ditempatkan di kelas 5 Dahlia. Ya. Aku baru berusia lima tahun.
Aku duduk diam di kerusi itu sambil ku peluk erat rabbit itu. Tiba-tiba budak lelaki tadi datang kepadaku dan duduk di kerusi sebelahku. “ Nah, ambil choki-choki ni. Jangan menangis lagi. Buruk tau muka tu.” Kecik-besar-kecik-besar ja aku tengok dia. Suka suki ja nak kutuk muka aku.
Itulah detik perkenalan aku dan dia. Dia memperkenalkan dirinya sebagai Danish dan aku cukup kenalkan diriku sebagai Yaya sahaja. Katanya, “sebab nama awak Yaya, maka saya adalah BoboiBoy. TERBAIK! Saya akan selamatkan bumi dari ancaman makhluk asing. Saya juga akan lindungi awak Yaya.” Keh...keh...keh... ayat terakhir tu aku tak tahan tu. Entah dari drama mana dia tiru pun aku tak tau.
Sejak hari itu, ke hulu ke hilir dia dengan aku. Masa makan dengan aku, masa main dengan aku, masa belajar pun dengan aku. Aku tak sangka dengan dia aku banyak bercerita sampaikan kami dipisahkan tempat duduk. Mau taknya, masa cikgu ajar di depan aku dok bersok-sek-sok-sek dengan dia kat belakang. Seminggu juga kami di asingkan tempat duduk. Lepas dari peristiwa tu kami tak bersembang dah lah masa cikgu mengajar di depan. Serik! Tak boleh fokus aku bila budak yang selalu sedut hingus duduk sebelah aku. Sekejap-kejap dia tarik cendol dia tuh. Haiyak! Geli aku.
Balik sekolah Danish selalu ajak aku buat kerja sekolah di rumah dia. Aku pula ajak dia main basikal dulu. Katanya, “ nak pandai kita kena utamakan pelajaran dulu.” Ketepek! Kang dah kena beleter dengan dia. Hmmm... Mak dia lecturer. Sebab itulah falsafah hidupnya tinggi. Aku? Apa kurangnya, aku anak cikgu. Tapi aku suka main dulu sebab aku pegang prinsip otak yang cerdas datang dari badan yang sihat. Aku dengar ayat ni masa kakak aku tolong mama hias kelas. Sebenarnya kan... Aku tak pandai baca lagi. Sebab tu aku tak suka buat kerja sekolah. Selalu ja cikgu buku aku penuh dengan pen merah. Dah puas mama dan papa beleter dekat aku suruh belajar, tapi aku suka pekakkan telinga dan main Pak Karut aku. Meh nak habaq mai. Pak Karut tu tab aku. Kakak yang suka panggil tab tu Pak karut. Katanya tab tu karut marut. Melalaikan. Tapi, aku tetap tak paham apa yang kakak cakap. Aku kan baru 5 tahun kan. Cakap tinggi-tinggi mana aku faham.
Sejak dia tahu aku tak pandai baca dia la yang ajarkan aku membaca. Dari dua suku kata sampailah banyak suku kata. Dia ajar aku membaca dengan menggunakan buku cerita. Katanya, “ amat memalukan kalau kanak-kanak 5 tahun tak pandai membaca. Zaman sekarang 3 tahun dah boleh baca ok?” Aku tercabar dengan kata-kata itu. Dan sekarang aku dah boleh baca buku. Yeay!
Lagi satu perkara yang buat aku sayang dia. Semua pensel aku, semua warna aku dia yang tolong asahkan. Aku mana pandai asah pensel. Asal asah ja mesti mata pensel akan patah dan akhirnya tinggal separuh batang ja. Aku pun pelik bin ajaib. Kenapa pensel aku asah semua patah? Lagi dia bagi tip untuk aku,” sharpener jangan tiup. Nanti dia tumpul”. Entah betul entah tidak tapi nak tahu kamu semua kena try lah dulu.hehehehe...
Suatu pagi itu, dia datang sekolah dengan muka yang muram. Dia tak banyak cakap. Sepatah aku tanya sepatah dia jawab. Pada waktu rehat dia tolak buaianku seperti biasa walaupun dia tidak bercakap hari itu. Tiba-tiba dia bersuara. “ Yaya, esok hari terakhir saya kat sini. Mummy dan daddy saya terpaksa pindah ke Australia. Saya terpaksa ikut dia orang.” Terus aku turun dari buaian dan berlari masuk toilet. Aku menangis puas-puas di situ sehinggalah masa rehat tamat. Aku tak nak cakap dengan dia. Sampai hati dia nak tinggalkan aku.
Esok, aku kuatkan diri untuk datang ke sekolah. Aku nak jumpa dia sebelum dia berangkat ke sana. Dia berikan aku sebuah buku nota kecil Ben 10. Dalam tu dia tulis
“ awak jangan nangis. Awak kan dah pandai baca dan menulis. Kita boleh berhubung melalui handphone kan?. Awak pinjam la handphone mama awak.”
Tapi, “siapa nak asahkan pensel untuk saya bila awak takde nanti? Aku mula mempersoalkannya dengan pelbagai soalan. Dulu awak cakap awak akan melindungi saya dan sentiasa bersama saya.” Air mataku sudah mula mengalir.
“ Awak kena belajar hidup berdikari. Bila saya balik sini nanti saya akan cari awak. Saya janji! Awak kan kawan baik saya.”
Selepas dia pergi hidupku kembali sunyi. Setiap hari aku tunggu panggilan darinya. Untuk menelefonnya aku tak punya nombor dia. Dia pun satu. Tak tulis nombor telefon dia dekat dalam buku nota tu. Dan seingat aku nombor telefon mama pun dia tak pernah ada. Tapi, kuyakin suatu hari nanti, pasti kami akan berjumpa semula.
Saya rindu kawan baik saya ;(
No comments:
Post a Comment