sometimes we have to lose something precious in order to gain something priceless!
Thursday, 4 April 2013
Video 1 Shot UPM
Kelas semalam aku dan rakan-rakan diminta oleh Dr. Notts untuk menulis di blog tentang pengalaman yang kami dapat ketika membuat video 1 shot. Dalam tugasan video 1 shot ni kami kena menari dan miming mengikut lagu yang dipilih.
Meh2, jelajahi pengalaman aku ayuh!
kena pilih lagu.
Aku tak kisah lagu apa pon yang group aku pilih asalkan rancak dan aku boleh ikut aku. nasyid2 xmau ok?hehehehe... so, kami decide nak amek lagu sayang yang dinyanyikan oleh Shae. Lagu nie simple n pendek ja.. lirik dia pon ulang benda yang sama ja. so senang la kan but susah gak sebab aku x hafal lirik dia. susah r nk miming =.=
kena pilih tarian
ni lagi menjadi masalah. aku tak pernah menari dan memang tak taw langsung nak menari. jap2...menari tu apa? haaa...sampai tahap tu la aku tak taw menari tu apa.hihihi. dah la aku ni kayu yang memang tak boleh dilentur2 dah. xdak liut2 dah aih. memang keras giler la badan aku nie.
rasa macam nak Linda Jasmine ja mai ajaq aku menari. Wah, demand ko kan nak cikgu tari lak. mampu ke nak bayaq. uhuk3...tersedak cek ko sebut bab duit.
"kita tukar lagu nak?, kita amek lagu Kumpulan las ketchup. Ley ikut tarian dia."
" Ko reti ke nak ikut bahasa dia lak?" urmmmm...nganga2 mulut ja pon x kan x boleh..hehhee..
haaaaaa..." kita ikut tarian dovey lovey la...rancak dia menari. maen kaki yang banyak.kaki ja pon. boleh kan?"
ok set...tarian tu kami amek mula2. tapi...waaa nampak senang dia menari tapi susah giler nak ikut. so cancel tarian tu.
ahaaa..." Lagu elyana lak amacam?. Lagu kau atau aku?"
so, kami try buat lagu n tarian elyana lak...tapi ntah macam x bes ja. x kena ngan jiwa." sebenarnya, kau nak cakap ko x reti buat kan? heheheh
akhirnya, kami pilih amek tarian senam aerobik. lompat2, hayun tangan cikit, hayun sana, hayun sini siap la kan.
kami pon balik la setelah seharian berada di bilik syikin.penat tu x payah cakap la baq hang.
Semangat kena tinggi
yeah, ini yang aku belajar. nak berjaya semangat kena tinggi. tahu tak video yang kami upload kan dalam utube tu video yang ke 22 kali. berpeluh, kaki tak larat angkat suma aku rasa masa buat video tu. memang berat badan turun 10 kilo la hari tu.( nak tipu pon agak2 la ye) =p
agak2, kalau kami patah semangat dan putus asa memang tak jadi la video tu.
Malu biar bertempat.
ingat cek tak malu ka nak menari kemudian kena upload kat youtube. 1 dunia tengok tau. ya. Aku malu, malu yang teramat sangat. abes la maruah aku. kena tergedik2 depan kamera. tapi pikir secara positif, malu tu biar bertempat. video ni buat utk tambah keyakinan diri. dan aku akui, malu aku skg dah kurang. dan kelas BBM 3410 banyak naikkan confident level aku. yela, aku memamng malu beraksi depan kamera dan buat pelbagai aksi dan mimik muka sebab aku rasa aku tak cantik. tapi skg aku rasa aku cantik dah.hahaha..koya kan aku nih.lagi satu, aku yang tak pernah bercakap masa lecturer tanya pon boleh bercakap dah skg ni. suma tu kerana Dr. Notts yang perlukan jawapan secara spontan. lambat jawab, markah takda. so aku perlu pantas bercakap dan cakap ja apa yg ada kt otak ni asalkan lojik. Terima kasih Dr. Notts, anda dah kuarkan emas dari mulut saya. Tak perasan ke hari tu emas banyak jatuh kat lantai? :D
Belajar guna movie maker
sebelum ni tak tau apa itu movie maker. selepas video ni siap baru tau.oooo... movie maker ni utk orang cut video, cut lagu, buat macam slide bagai tu. Dan terima kasih kat Arelong Syiedah sebab ajaq cek buat video tu bagi siap. ehhh..ajaq ka? bukan Arelong yang buat suma ka? hehehehe...aku belajar melalui pemerhatian. bukankah dengan melihat kita belajar? dari kita kecil lagi kita belajar sesuatu melalui perhatian dan pendengaran. dan kita juga belajar melalui pengalaman. nak dapat pengalaman tu kita kena lalui. dan sekarang aku dah lalui pengalaman menjadi seorang penari atau artis.hahahaha...=P
Promosi
wah,video dah siap kena la promosi lak kan...nanti xdak sapa nak tengok lak. makanya, share la kat facebook, kat chat, kat twitter, kat mesej. motifnya, supaya orang tengok dan bagi semangat yang membina. mana nak tau kan abes study nanti ada orang offer jadi penari ke, pelakon ke...heheheh.
Jadi artis atau jadi orang akademik?
Dulu pernah gak terdetik di hati aku ni nak jadi artis. nak masuk tv. tapi setelah kena menari tak sampai 5 minit memerlukan aku buat 22 kali sebab tak jadi...aku cancel niat tu.
andai aku diberi pilihan untuk jadi artis, wartawan penyiaran atau ahli akedemik, aku pilih untuk jadi ahli akademik. Aku hanya perlu banyak membaca jurnal dan bahan kajian yang nak buat research sahaja tanpa memerlukan aku terkinja2 di depan kamera.
stamina
nak menari memerlukan stamina yang tinggi. tak boleh pancit2. nyesal tau sebab dah selalu sangat aku ponteng joging skg nie...atas alasan tak sempat.
rasa macam nie ja pengalaman yang aku dapat masa membuat video klip nie..cewaahhh..mcam jadi artis dah tu.hahahah..
ni video yang kami buat tu,,,layan... penat tau aku berjoging dalam video nih.
No comments:
Post a Comment