Awak. . .
Ya , awak yang tengah baca ni.
Saya tahu , jauh di sudut hati awak,
Ada rahsia yang tersimpan.
Ada tangisan yang tersembunyi.
Ada harapan yang tidak terlukis terang.
Namun di situ,
awak memilih untuk senyum.
awak bertahan dalam diam.
awak yakin dengan doa.
Tapi saya percaya di sebaliknya,
Awak kongsikan segalanya pada DIA
yang lebih mengerti.
Awak menangis dihadapanNya yang
jauh lebih memahami,
Awak serahkan hati awak
sepenuhnya.Hanya untuk DIA.
sebab itu awak nampak tabah dan
tenang menghadapi semuanya.
kerana hatimu teguh bersama
Pencipta :')
No comments:
Post a Comment