1 Disember yang lalu, aku dikehendaki mengambil ujian TOCIE (Test Oral Communication In English),,,
Disebabkan aku nie bermata biru makanya English is a small matter =P
Small matter la sangaaaat kannn................
Rasa nak nangis selepas keluar dari bilik kuliah yang menempatkan aku dan rakan-rakan untuk berspeaking London...hohoho..
nangis macam mana pon ujian itu sudah berlalu dan mungkin kena ambil lain ataupun tidak.Mintak2 tak payah dah. Tergeliat lidah aku nak cakap omputih..
Selepas belek-belek LMS yang di dalamnya terdapat nota subjek psikolinguistik yang diajar oleh DR Noor Aina Dani aku terjumpa petua untuk pandai bahasa Inggeris.
Jum, aku kongsikan petua ni untuk kebaikan kita bersama.Ilmu x boleh kedekut kan awak...??
:D
PETUA 1
Mari kita mulakan dengan petua yang pertama. Petuanya ialah 'kegagalan atau kelemahan anda pada masa yang lalu bukanlah petunjuk kepada kebolehan diri anda'. Bagi penulis, jika anda mahu memajukan tahap penguasaan Bahasa Inggeris anda, petua pertama ini adalah petua yang paling penting. Mengapa?
Penulis percaya, halangan utama untuk menguasai subjek Bahasa Inggeris bermula di dalam minda anda. Jika selama ini anda lemah dalam subjek ini, selalu gagal dalam peperiksaan atau mendapat gred yang tidak memuaskan, selalu diketawakan apabila berbahasa Inggeris dan selalu tertekan apabila berada di dalam kelas Bahasa Inggeris, anda akan hadapi kesukaran untuk menguasainya.
Selalunya, jika tahap penguasaan bahasa Inggeris anda lemah, anda pasti ada masalah keyakinan diri untuk mempelajari subjek ini. Anda juga akan hilang keinginan untuk mempelajarinya kerana anda percaya bahawa anda memang tidak berbakat dan tidak mungkin menguasainya. Satu berita baik untuk anda, seperti yang penulis kata pada awal petua ini, kegagalan yang lepas bukanlah kebolehan sebenar anda. Menurut satu kajian, otak manusia mempunyai kebolehan untuk mempelajari 12 bahasa tanpa sebarang masalah. Masalahnya cuma terletak pada minda. Anda mungkin selalu memandang rendah pada kebolehan diri sendiri.
Begini. Mulai hari ini, apabila anda mahu belajar Bahasa Inggeris, lupakan kegagalan anda yang lalu. Bayangkan suatu ketika pada masa akan datang. Bayangkan anda sudah biasa bertutur dalam Bahasa Inggeris. Bayangkan anda sedang berbual-bual dalam bahasa Inggeris dengan beberapa pelancong daripada Eropah. Bayangkan betapa seronoknya apabila anda dapat bertutur dalam bahasa ini dengan begitu lancar dan mudah.
Mulai hari ini, apabila anda mahu membaca sesuatu dalam bahasa Inggeris, bayangkan dahulu yang anda memang sudah biasa menggunakan bahasa ini dalam kehidupan seharian anda.
Mulai hari ini, apabila anda berdiri di hadapan cermin, cuba senyum dan bayangkan yang anda sedang bercakap dalam Bahasa Inggeris dengan lancar. Anda tidak perlu menyebut apa-apa langsung. Anda cuma perlu senyum, jangan berkata apa-apa dan bayangkan yang anda sedang berbicara dalam bahasa Inggeris.
Bunyinya mungkin pelik tetapi jika anda lakukan beberapa kali dengan bersungguh-sungguh, anda akan mula rasa keyakinan diri anda meningkat. Apabila keyakinan diri ini meningkat, akan timbul keinginan dalam diri anda untuk terus berusaha memajukan tahap penguasaan bahasa Inggeris anda.
Selamat Mencuba.
PETUA 2
Untuk Petua yang kedua, cuba lihat pekerja-pekerja asing yang bekerja di Malaysia. Adakah mereka masuk ke kelas belajar bahasa Melayu? Adakah mereka membaca buku-buku bahasa Melayu? Tidak bukan?
Kalau ada pun mungkin sedikit sahaja jumlahnya. Akan tetapi, bagaimanakah mereka boleh bercakap dalam bahasa Melayu dengan baik dan lancar? Satu petuanya adalah dengan menguasai perbendaharaan kata (Vocabulary).
Jika anda rasa anda tidak pandai bahasa Inggeris, besar kemungkinan anda mempunyai perbendaharaan kata bahasa Inggeris yang kecil. Ini bermaksud, jika anda mahu mengucapkan "Saya mahu makan nasi" dalam bahasa Inggeris, anda tidak tahu apa perkataan saya, apa perkataan mahu, apa perkataan makan dan apa perkataan nasi dalam bahasa Inggeris.
Jadi, anda tidak boleh mengucapkannya. Percaya atau tidak, inilah sebab terbesar mengapa ramai orang tidak dapat menguasai sesuatu bahasa.
Setelah anda tahu petua ini, iaitu jika anda mahu menguasai bahasa Inggeris, anda perlu menguasai perbendaharan kata, apa yang patut anda lakukan? Baiklah. Ada beberapa aktiviti yang boleh penulis cadangkan untuk anda menambahkan perbendaharaan kata bahasa Inggeris anda.
Langkah pertama, anda perlu tahu dahulu berapa banyak agaknya perkataan bahasa Inggeris yang anda tahu. Ambil sekeping kertas atau satu buku tulis dan bersedia untuk menulis. Tulis tajuk ini, "Things that I can see in a classroom" (benda-benda yang saya boleh lihat di dalam bilik darjah).
Di atas kertas itu, tulis sebanyak mungkin benda, perbuatan atau nama dalam bahasa Inggeris yang anda tahu dan yang anda boleh lihat dalam sesebuah bilik darjah. Contohnya, dalam bilik darjah ada papan hitam dan kerusi, jadi anda tulis 'black board', 'chair'. Tulis sebanyak mungkin. Anda juga boleh menulis kata kerja, contohnya: anda lihat ada pelajar sedang menulis. Jadi anda tulis 'write'.
Uji diri anda sebanyak manakah anda boleh tulis perkataan bahasa Inggeris ini. Saya cadangkan buat permulaan letakkan minimum 20 benda. Jadi, tulis nombor 1 sampai 20 dan mula menulis semua perkataan bahasa Inggeris yang anda tahu yang anda boleh lihat di dalam bilik darjah.
Jika ini mudah bagi anda, ia bermakna perbendaharaan kata anda agak baik. Tambahkan lagi jumlah perkataan daripada 20 menjadi 40. Ia akan membuat anda berfikir dengan lebih kuat lagi untuk mengingat perkataan-perkataan yang anda tahu.
Selepas itu, anda boleh tukar kepada situasi lain pula. Tukarkan 'classroom' atau bilik darjah itu kepada 'playing field', 'supermarket', 'swimming pool', 'office' dan sebagainya. Semakin banyak perkataan yang anda tahu melalui aktiviti ini, anda akan jadi lebih bersemangat dan yakin.
Anda boleh rujuk kamus untuk menambahkan jumlah perkataan yang anda tahu. Namun, cuba buat dulu aktiviti ini tanpa melihat kamus. Setelah selesai, baru rujuk kamus dan tambah senarai perkataan yang anda tahu.
Selamat berusaha
Rujukan : Petua Dr Noor Aina Dani
No comments:
Post a Comment