Assalamualaikum semua,
Seperti biasa aku tak reti untuk membuat pendahuluan cerita, makanya aku terus ke tajuk la ya...hehehehe
sebenarnya,dah lama aku nak tulis benda ni tapi tidak berkesempatan kerana final exam memanggil-manggil aku untuk memegang buku dan membacanya. katanya, " nak skor A kau kena pegang aku, usap-usap lembut di pipiku dan membaca isi kandungan yang terdapat di dalam diriku." Katanya lagi, " nak cemerlang kita perlukan pengorbanan. Kita perlu korbankan banyak perkara kecil untuk mendapatkan sesuatu yang lebih besar dan berharga. Setiap pengorbanan kita akan dibayar di akhirnya. Macam kita nakkan aiskrim juga la. Kena bayar dulu baru dapat." (kenapa mesti aiskrim? Sebab aku dah lama tak makan aiskrim)hehehe. Dia berkata lagi, " hati mau bersih, niat perlu ikhlas. Jangan baca aku hanya untuk dapat A. Niat la semoga ilmu yang kau dapat melalui aku adalah ilmu yang bermanfaat untuk diri kau membantu diri sendiri dan orang lain ke arah kebaikan.Bantu orang lain adalah kewajipan kita sebagai seorang Muslim. Kita tolong orang, Allah akan tolong kita balik asalkan kita ikhlas."
Aku nak pesan lagi kat kau, " tolong kembalikan aku ke zaman ilmu persuratan Melayu semula. Aku tak nak generasi kau terus hanyut di dalam tasik madu."
Ya Allah, beratnya tanggungjawab aku dan rakan-rakan seperjuangan yang lain. Mampukah aku? hatiku bertanya...InsyaAllah
OoopPs, aku sudah jauh menyimpang dari jalan asal penceritaan. Hehehehe...
Meh2, ke mari, bersimpuh di sisiku...kupunya nasihat untukmu.
Sedang aku menjemur kain, tiba-tiba ada budak junior mai dok jemur sekali. Dia jemur baju dia,aku jemur baju aku la. Makanya, kami pun bercakap. Lagipun, aku baru ja kenal dia. Ni sesi berkenalan tambahan la kiranya. Umurnya dah 23. Automatik dia tak boleh panggil aku kakak la kan. Aku kan adik. hehehehe. Aku pun tanya la kenapa masuk lambat. Dia pun cakap la dia ambil STPM dua kali. Tengok, kuatnya semangat dia. Cekalnya hati dia belajar di rumah sorang2. Kalau aku mau menangis hari-hari. Dapat masuk form six dulu pun aku nangis. Siap ponteng kelas lagi. Siap tak p sekolah terus lak tu. Sampai la suatu hari tu mak aku marah aku. Mak cakap, " kenapa perlu patah semangat? Kita tak boleh macam ni. Allah tak suka. Allah just nak uji kita ja. Sebab tu kena pakai baju sekolah lagi. Dah, esok g sekolah. Tak mau nangis2 macam ni lagi." Makanya, aku pun g la sekolah keesokkannya. Kalau mak tak marah, mungkin impian aku nak jadi pelajar cemerlang sekolah tak tercapai sampai hari keluar keputusan STPM dulu la. Mungkin impian aku nak masuk buku GEMERSIK hanya tinggal impian. GEMERSIK ja lah.hehehehe... tu pun syok abis. Sampai ja sekolah orang terus ambil gambar . BlurR lak tu. Tak tau papa..hahahaha..(kenangan manis, saja nak selitkan di sini) Kalau mak tak marah, mungkin aku tak jejak kaki di sini kan. Terima kasih mak sebab marah.
Dan hari ini, bila fikir-fikir balik...
Betul la, roda kehidupan semua orang bermula dari jatuh dan bangun semula. Cuba kita ingat semula, rewind kembali minda kita ke alam bayi dan kanak-kanak. Masa kita mula berjalan dulu pun kita jatuh juga kan. Baru jalan berapa langkah ja kita dah jatuh, kita pun pegang la kot kerusi, kusyen, pegang tangan mak,tangan ayah untuk pimpin kita berjalan. Bertatih setapak demi setapak dan akhirnya kita boleh jalan dengan laju.
Lepas boleh berjalan, kita mula berlari. Tak berhati-hati kita akan jatuh. Pastu bangun semula. mati la kalau tak bangun semula. Orang tengah kejar kita kan.( bajet tengah maen aci ligan nie)hehehe.. macam tu lah juga sekarang ni pun. Kalau kita alami kegagalan dan tak bangun semula kita akan jauh ketinggalan daripada semua orang yang sibuk mengejar kejayaan di dunia dan akhirat.
Korang semua mesti pernah belajar bawa basikal kan? Macam mana belajar dulu. Orang pegang mula-mula kan. Kemudian dia lepas. Kadang-kadang kita tak boleh kawal sebab kita baru belajar dan tak cekap lagi. Kita jatuh, lutut berdarah. Tapi, kita tetap bangun dan belajar bawa lagi kan walaupun pada masa tu kita marah kakak kita, abang kita sebab lepas kita naik basikal sorang-sorang. Kalau kita dah putus asa masa tu mungkin tak boleh bawa basikal hari nie.
Macam tu la juga belajar bawa motor dulu pun. Kita jatuh juga. Macam aku, masuk parit depan umah, masuk bendang belakang umah sebab kak cakap tekan brek aku pulas minyak Sapa suh tak boleh bezakan kan. Pastu kecut perut sebab motor ayah rosak. hahahaha... dah la curi-curi bawa motor masa ayah tak da kat umah. Tengok, jatuh juga kan.. Semua akan jatuh dan bangun. Kalau tak bangun aku dok dalam parit tu lagi rasanya.hehehehe
Belajar bawa kereta pun sama gak...Pesan aku, korang belajar la siap-siap bagi cekap bawa keta FAMILY sebab bila dah ada Kereta sendiri tak kan calar dah lepas tu . Korang dah perguna abes dah kereta diorang untuk bergeser kat dinding,bergeser kat pagar, terjun longkang, dan pelbagai lagi. Kereta sendiri sayang kottT..hehehehe( tak baek, jadi jangan buat.)hehehehe
kesimpulanya, setelah jatuh bangun semula. Jangan cepat berputus asa kerana putus asa membunuh cita-cita.
“Sesungguhnya di sebalik kesusahan pasti ada kesenangan.”
(Surah Al-Insyirah, ayat 5)
dan jangan lupa untuk meminta padaNya,
“Tidak ada seorang muslim pun yang berdoa dengan doa yang tidak mengandungi dosa dan memutus hubungan silaturrahim, kecuali Allah akan memberikan kepadanya satu diantara tiga hal: dikabulkan doanya ; ditangguhkan hingga hari kiamat ; atau dijauhkan dari suatu keburukan/musibah yang serupa.”
(Hadis riwayat Ahmad, dari Abi Said Al Khudri)
kerana,
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya aku sangat dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku…” (Surah al-Baqarah, ayat 186)
Dan,
“Setiap sesuatu adalah hikmah bagi sesuatu.” (Azzah Abdul Rahman)
aku dulu nangis berhari-hari sebab gagal MEdsi dan secara automatiknya aku gagal untuk jadi cikgu tetapinya hikmahnya tetap ada, aku belajar percuma di UPM. Alhamdulilah, kalau dapat UPSI dulu, mungkin tak macam hari ini. ;j
sekian, bangunlah mengejar impian kerana peluang sentiasa ada bagi sesiapa yang mengejarnya dan kejayaan sentiasa menanti di depan. ANDA BUAT ANDA DAPAT!
No comments:
Post a Comment