Saturday, 19 May 2012

My Best Friend

Assalamualaikum.


Bai, aku dah mai nie. Tunggu apa lagi, baca la blog aku nie. Hehehe...bajet macam ada orang suka baca coretan aku nie kan. Aku tulis balik nie pun sebab best friend aku cakap aku dah lama tak update blog aku. Aku tak update bukan sebab apa, sebabnya satu ja. Aku tak tau nak tulis apa, aku tak tau blog aku ni lebih menjurus ke arah mana. Ya la sekadar menulis sahaja atau pun mempunyai isi yang boleh di manfaatkan untuk semua. Aku tak tau blog aku nie berbentuk apa, sama ada motivasi atau sekadar menceritakan tentang kisah peribadi. Aku masih lagi mencari identiti blog aku dan identiti diri sendiri. Hmmm... Sadis


Alang-alang dia suruh aku update kan, so aku bercerita pasal dia la noh... ;j


Jum, kembali ke tahun 2010.


Aku kenal dia masa aku keja part time kat Piza Hut Central Square, Sg. Petani. Masa tu aku baru lepas abes ambil STPM dan dia baru lepas abes SPM. Kira dia muda dua tahun dari aku la. Budak lagi dia tu. Lepas ambil lesen keta aku terus p keja. Aku tak boleh dok umah goyang kaki ja. Aku tak minat. Nanti aku mengamuk dan mangsa utama aku adalah adik aku. Sebelum aku mengamuk lebih baik aku blah p keja kan. Dapat gak duit. Masak tak pandai gak sebab tak minat. Makan paling aku minat. Hehehehe. Tapi jangan risau sekarang aku dah boleh masak sikit-sikit dah. Kira ada perubahan la kan.


Aku duduk kat umah abang aku kat BPJ. Aku memang suka dok umah dia pun bila aku cuti. Aku tak ingat aku kenal dia bulan berapa tapi aku ingat aku masuk keja bulan 2. Mungkin dia masuk keja bulan 3 atau 4. Kali pertama aku nampak dan kenal dia dalam bilik manager. Masa tu dia baru lapor diri nak keja. hihihi..Aku ada tegur dia rasanya sebab aku nak ambil signature manager masa tu. Aku tak ingat aku baru masuk keja atau lepas break. Seingat aku time tu petang.


Yang paling syok dia tak panggil aku kakak sebab dia nampak aku muda. hahahaha. Dia ingat aku sama umur dengan dia. Lagipun budak2 lain pun tak panggil aku kakak. Aku yang tak kasi. Bajet nak nampak muda sokmo la...huhuhuhu. Tapi siyes aku cakap, umur aku dah 22 dah sekarang ni pun orang akan tanya 19 ke 20? Tak pun, orang akan cakap aku nie budak sekolah lagi.hihihi.(perasan sikit)


Yang boleh membuatkan kami rapat sebab dia duduk taman sebelah umah abang aku tuh. Aku kan tak berapa pandai sangat jalan shortcut. Jadi dia la yang ajar aku. Dari situ la ley banyak cakap sikit ngan dia. Aku kan pendiam plus pemalu. hihihi..


Boleh jadi rapat lagi sebab dia ajak aku p joging, pastu dia lupa pulak. Penat aku tunggu dia kat taman tu..huhuhu. Nasib bawak anak buah aku. Boleh gak teman aku joging petang tu. Dia nie suka baca novel. Macam gurl kan.. So, aku boleh pinjam novel dia. Dia pun pinjam novel orang gak. Petang yang dia lupa nak jog ngan aku tu lah aku p umah dia ambil novel. Jauh upanya teratak dia tu. Suh aku p sekali lagi mesti aku sesat.hahahaha.


Aku pun tak tau macam mana aku boleh jadi terlalu rapat dengan dia. Tanpa aku sedar. Dulu memang aku jarang pegang hp nie. Tapi sejak kenal ngan dia kredit aku banyak keluar.hihihihi. 


Dia terlalu baik dengan aku. Apa-apa hal kami akan share. Kecuali pasal awek dia. Dia tak banyak cerita sangat pasal awek dia dekat aku. Oppps...lupa nak cakap. Yup, dia dah ada awek .Awek dia cun sangat2. Nak dibandingkan dengan aku.Aku ni umpama bunga melur ja. Awek dia bunga mawar. Korang boleh agak la kan perbezaan dia macam mana.heeee...


Dia suka nasihat aku. Aku kan terlalu emosional. Sikit-sikit nak marah, nak mengamuk, nak maj0k-maj0k. Tapi, aku tak pernah nak ingat pun. Kalau ingat nanti aku tak boleh buat lagi dah benda yang dia larang tu.hihihi..


Dia baik. Sebab pernah belanja aku roti canai kuah banjir dengan milo ais. ;J
Dia baik sebab pernah tunggu aku balik keja. Time tu dia p uptown. Alang-alang dah lewat dia ajak la balik sekali.
Dia baik sebab dia boleh tahan telinga aku membebel.
Dia baik sebab dia terlalu baik dengan aku. Aku tak tau nak ungkapkan kebaikan dia tu dengan kata-kata. Cewaaaahhh..


Yang aku tau AKU SENANG BERKAWAN DENGAN DIA.AKU SELESA BERKAWAN DENGAN DIA sebab aku tak perlu nak jeles2. Nak jeles buat apa dia hanya kawan baik aku...Betul cakap orang ikatan persahabatan tu lebih bermakna dan manis dari percintaan. Kalau bercinta then putus susah sikit la nak jadi kawan. mungkin boleh tapi ambil masa yang agak lama. Aku sayangkan persahabatan ini dan aku tak nak ia dicemari dengan permusuhan. Saya nak awak dan saya jaga ukhwah ni di atas jalan yang diredhai Allah. 


Semalam aku belajar satu benda lagi daripada dia. kalau kita sayangkan seseorang tak perlulah diucap selalu. Just faham dan kita dapat rasa.  Cukuplah ditunjukkan dengan perbuatan yang dia sayang kita. Betul kan? Kalau diucap selalu tertakut yang diucap tu tak sama dengan apa hati kata. Kadang-kadang kita ucap tapi kita tak rasa. ( fikir-fikir la dan terpulang pada masing-masing) Tapi kalau dah lama tak dengar tiga perkataan tu ( I love you +   I sayang you ) anda perlu fikir  dua tiga kali. hehehehe. Satu ja senjata paling tajam yang kita ada, adalah doa. Berdoa lah pada yang punyai. DIA lebih tahu akan segala-galanya.


Kini,


Mei 2012, dah dua tahun lebih aku kenal dia.  Satu tempoh yang agak lama. Terima kasih sebab jadi kawan saya ya awak. Terima kasih kerana memberi warna dalam hidupku.hihihihi ;j


nah, dengar lagu nie. Istimewa untuk awak yang saya panggil SAHABAT



No comments:

Post a Comment