Sunday, 14 August 2016

Taman Negara Bako

"Ada orang rindu aku tak?" Eh, salah tanya soalan. "Ada orang rindu aku kan?" hik3... yang ni baru betoi soalannya. huk3... so jawapan uolls apa? Aku tunggu nie. 1, 2, 3... teet. Lambat jawab. Malu ler tue.. ^^

Hye kepada followers aku!
Hye silent readers yang tak tinggal jejak!
Hye kepada yang baru jumpa rumah aku hari ni :)
Salam perkenalan :)

Minggu lepas aku ke Kuching Sarawak menghadiri walimah kawan aku yang berkahwin pada 1 April 2016 dan menghadiri majlis resepsinya pada 3 April 2016. Aku and the geng from semenanjung naik Rayyani Air. Pada pendapat aku setelah berada di dalam perut Rayyani Air, flight ni ok sebab sebelum mulakan penerbangan dia baca doa dulu dan dah sampai dia ucapkan "Alhamdulilah". Sejuk hati mak. Dia bagi 1 box makanan yang ada kacang, muffin, jus epal. Ok la tu kan. Cer bersyukur sikit orang bagi makanan tu ambik. Tapi....1 ja aku tak suka. Dia retimed 3 kali ok. 3 kali! Tapi ok gak dia retimed hari tu, daripada aku kena keluar kolej pukul 5 pagi diinjakkan kepada pukul 9 pagi. Setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Alang2 kami dah sampai Kuching kan tak kan la nak duduk tercongok dekat rumah pengantin kan. Boring kot. Dan aku bayar tiket flight bukan untuk duduk tercongok ok. Tak boleh jadi bff kan kalau baca ayat ni.hahahaha. So kami decide sama ada nak ke Taman Negara Bako atau Rumah Budaya. Naseb baik geng yang ikut sekali ni style suka aktiviti yang mencabar. Jadi, Taman Negara Bako jadi pilihan. 

Kami gerak dari Kampung Haji Baki dalam pukul 9 pagi dan sampai ke jeti Taman Negara Bako dalam pukul 10 pagi. Baru perasan jauh jugak kan.
Gambar ehsan Google
Sampai-sampai ja park kereta depan-depan jeti ni dan jangan terkejut nampak "Awas Buaya". dupdapdupdap jugak. Tapi kena cool sapa suh pilih nak pi sini.hehehe.

Buat pendaftaran di kaunter kena bayar sorang RM10 untuk masuk ke Taman Negara ni. RM30 pulak perlu dibayar untuk naik bot. Kalau hangpa rasa tak nak bayar, "Sila berenang untuk ke sana"kikiki. Ada bran tak? Ada buaya tuuuuuu.... Depa bukak kaunter pendaftaran dan mula beroperasi pada pukul 8 pagi. Dan bot terakhir dari taman negara pukul 3 petang. Dari sini nak ke sana ambik masa 15 minit. Tak jauh la kan.

Dalam perjalanan nak ke sana, ombak kuat jugak. Risau. Dah tadi baca ada buaya kan. Tangan pun tak berani nak letak tepi. Takut buaya ngap.Imaginasi tu terlalu tinggi.hahahaha

"Besar jugak kan sungai ni..." 
.
"Husna, ni bukan sungai. Ni laut. Awak tak bau ke bau laut. Bau air masin. Ni kita atas laut china selatan ni."
.
"Wow laut China Selatan bukan lagi dalam buku geografi. Aku dah ada kat atas ni.hehehehe." Dalam hati tertanya-tanya kalau ni laut, maksudnya ada buaya ke tak? Buaya ada dalam laut tak? Persoalan tu dibiarkan sepi. Mulut kena jaga ok. Jangan nak capoi sangat.

sepaanjang perjalanan tu nampaklah gunung santubong. sekali pandang gunung ni nampak macam orang tengah tido.

Gunung Santubong
Hangpa tau kenapa nama taman negara ni BAKO. Bako tu sebenarnya sebutan orang Sarawak kepada pokok bakau. Banyak pokok bakau dekat sini.


sebenarnya, aku tulis ni dah lama. dok simpan dalam draf ja. hari ni rasa nak tambah tapi tiba2 idea tak dak. jadi aku decide untuk publish ja. nanti aku sambung ok. masa aku p hari tu, RAYYANI AIR masih beroperasi lagi. dan aku tak sure jugak tu air masin atau air tawar. hehehe.