...Baby I
Love you...
lagu Never be replaced dendangan kumpulan First Lady mula
berkumandang memenuhi ruang bilikku.Itu bermaksud satu mesej baru telah aku
terima.Siapalah yang suka kacau aku waktu-waktu macam ni,desis hati
kecilku.Suka sangat mengganggu waktu rehatku.Ye ke mengganggu?Bukan ke aku suka
bila handphone aku berjoget sekurang-kurangnya aku tak lupa bagaimana bunyi
mesej itu.Tepuk dada tanya hati.Apalah aku ni nak tengok mesej pun menjadi satu
masalah.Aku masih lagi membebel sendirian.Yes! ia menjadi masalah sebab pertama
aku terpaksa bangun dari tempat pembaringan aku di atas katil yang empuk ke
meja studi di mana terletaknya hanphone kesayangan aku yang masih lagi
berjoget-joget sederhana meminta aku hentikan lagu tersebut.Dan sebab kedua
mesej itu mengganggu konsentrasi aku yang sedang membaca nota jutawan nota
motivasi buku hasil karya Dr.Irfan Khairil.Hilang fokus aku yang sedang
membuak-buak perasan ingin tahu bagaimana ia boleh menjadi seorang jutawan dan
aku ingin mengikut jejak langkahnya.Mesti sejuk perut mak aku mengandung kan?
Nuha,
petang
nanti jumpa kat tempat biasa ek.
|
Ish...aku
mengeluh.Aku malas nak jumpa kau sebenarnya.Kau tahu kan aku merajuk lagi ngan
kau.Ye la sapa suh janji nak jumpa aku masa aku mula-mula balik bercuti
dulu.tapi kau x jumpa aku kan.Kau cakap kau sibuk.Sebab tu kau tak jemput aku
kat stesen bas hari tu.
Yela...tapi
jangan lambat tau.Aku nak kau sharp pukul 6 kau terpacak kat bawah pokok
teja tu tau.Siap dengan aiskrim magnum okeh!
|
Tak sabarnya
nak jumpa kau.Pokok teja tu jadi saksi.Sebab aku terlepas cakap yang aku rindu
kau kat pokok tu dulu.hahahaha.
Yeah,pokok
teja.Tempat aku dan Fikri selalu melepak pada waktu petang.Pokok tu terletak
betul-betul tepi taman permainan.Sambil borak-borak kami boleh melihat aksi
kanak-kanak bermain kejar-mengejar and kadang-kadang aksi stuntmen pun boleh
dilihat di bawah pokok teja itu.Gila ah budak-budak zaman sekarang.Semua ni
terpengaruh dengan rancangan televisyen la nie..hurm...mengerikan.
Sedang aku
jauh mengelamun ke tengah taman permainan.
“hah!”hahaha
“weh,ko nak
aku mati kena serangan sakit jantung ke?.Terkejut aku tau tak?Yang ko main
sergah-sergah ni napa?”Aku pura-pura merajuk.
“hahaha...ko
tau x ko comel bila ko buat mulut muncung camtu...”
Eeeeeeee...geramnya
aku kat ko.Nah,1 cubitan ganas terkena kat paha ko.Padam muka.Wekkk... :P
“napa ko nak
jumpa aku?”sambil menjilat-jilat aiskrim kesukaan aku.Ko ingat lagi ek aku suka
magnum almond.Ni aku sayang kat ko lagi nie.Hatiku berbicara sendirian.
“Mak aku nak
buat kenduri 4hb nanti.Ko datang tau...”
“kenduri
apa?”
“ada la...Ko
datang tau.”
“kalau aku x
p jadi apa?”
“ko x tau la
kenduri apa...”
Eeeee...aku
benci r kat ko.suka main rahsia2 ngan aku.huh!
“ko nak kawen
ke?”
“yes!”
Huwaaaaa....
Malam itu aku
tak dapat melelapkan mata memikirkan apakah rahsia yang Fikri sedang
sembunyikan daripada aku.Puas aku memerah otak namun jawapannya tiada.Tak kan Fikri
nak kahwin betul-betul...awek pun tak ada setahu aku.Itu yang aku tak
tahu,kalau ada betul-betul macam mana.Macam mana apa? Ijab dan Kabul la
jawapannya.Tapi aku tak mahu jawapan itu.Tak mahu!!!
Petang 4 Feb
2012
Di majlis
rumah Fikri,
“datang pun kau
Nuha...”hehehe.
“mesti la.Aku
nak tengok ko naik pelamin.mana pelamin nye?”
“hahaha...meh
dok sini.Aku nak gtau kat ko.Meh cinie cepat.”Sambil tangan nya memegang
sepinggan kuih-muih.
“sebenarnya...aku
dapat sambung study kat UTHM.Aku penah gtau ko kan aku pun nak jadi macam
korang.Ada degree n mungkin lebih dari tu...skg aku dah dapat
dah.Alhamdulilah.”
“tahniah
beb...”dalam hati aku mengucap syukur padaMu Ya Allah.Syukur yang teramat
kerana penantian sahabat baik ku ini telah berakhir.
“kan aku dah
cakap kat ko yang ko ni pandai.Ko mesti boleh punya.Ko jek yang x percaya kat
aku.”
Hehehe..”Bila
ko daftar?”
“16hb nie...”
“kat sana
nanti ko jangan lupa aku taw.Kalau sibuk sangat ko sent je emel kat aku ek...ko
cita la kat aku ape2 pun.Asalkan ko cita kat aku.X kisah la cita tu cita tipu
pun.Hik3...tapi kan bila ko dah dapat awek sana ko kena cita betul2 kat aku
pasal tu.Jgn secret2 lak.”
“kalau aku x
mau cita gak?”
“aku sepak ko
bila ko balik nanti...hahaha...aku rasa kan ko mesti rindu aku nanti...betul x?kalau
ko ingat aku ko tengok la bintang.Cari la bintang paling terang.Aku kan bintang
hati ko.”
“hehehe...perasan
je keje ko kan.yang ko senyum nape?”
Ntah,aku pun
x tau kenapa aku senyum.Aku sedih sebenarnya.Sebab ko akan tinggal aku
nanti.Kat sana ko akan jumpa banyak yang cantik-cantik.Yang hebat-hebat.Aku
rasa aku kecik sangat.huhuhu..
“alaaa...hadiah
aku x beli lagi.Yela sapa suh nak berahsia ngan aku sangat kan..Ko nak
apa?T-shirt?Kemeja?tie?...hurm...x payah la ko jawab.aku dah ada hadiah kat
ko.Tapi ko kena singgah UPM dulu la.Dah lama dah aku beli tapi aku x bawak
balik la pulak.”
“apa dia?”
“cerek air.”
“napa ko nak
bagi cerek air lak?”
“sebab cerek
tu dah rosak.Dok buat menyemak jek dalam bilik aku.Baek aku bagi kat ko
kan.hahaha...”
Kedeput!
“Weh,ko ketuk
kepala aku ngan pinggan tu kenapa?”
“Hahaha...sapa
suh bagi yang rosak kat aku..”.sambil dia berlari-berlari ke dalam umah.Ya la
takut aku balas balik.Naseb ko baik hari ni sebab tangan aku lambat
bertindak.Mau lambatnya tangan aku penuh ngan kuih.
Dalam hati
aku berdoa supaya kau tak lupa aku pabila berada di sana.