Friday, 18 July 2014

Nutri Goat Miracle 8

Hai2...
hari ni uolls masak apa?
Dah siap masak ke utk berbuka nanti?
Aku dah siap dah masak kat bazar jek...hehehe (alam hidup seorang pelajar)
Hari ni aku review Nutri Goat Miracle 8 (NGM8)
ehh..apa tu NGM8???
ok, meh nak habaq meh...
NGM8 ialah sejenis inovasi susu kambing terkini yang diperkayai dengan 8 makanan tambahan sunnah untuk kesihatan menyeluruh.
Nabi kita suka minum susu kambing kan?
Kenapa ek?
sebab susu kambing banyak kebaikannya berbanding susu lembu.
uolls boleh klik kat sini khasiat susu kambing.
Apa makanan sunnah yang terdapat dalam NGM8 nih?
1. kismis
uolls tau kan kismis kaya dengan zat besi, potassium, magnesium, kalsium serta vitamin B1, B3, dan B6. kismis sangat baik untuk pelajar selain dapat melindungi hati serta memulihkan keletihan.
2. kurma
dapat memberi tenaga segera kepada tubuh kita.  mengandungi potasium dan zat besi serta baik utk wanita mengandung dan bersalin. ia juga dapat menguatkan ingatan.
3. madu
ubat segala ubat.
4. saffron/ za'faran
membantu proses penghadaman, menguatkan ingatan, mencerdaskan minda, melancarkan pengaliran darah, mengawal tekanan darah dan kolesterol, mengurangkan keletihan,dan menambahkan selera makan kanak-kanak.
5. habatus sauda
menguatkan sistem imunisasi badan. menurunkan kadar gula dalam darah. menstabilkan tekanan darah tinggi atau darah rendah dan dapat mencegah kanser.
Rasullullah bersabda " Pada habatus sauda terdapat segala ubat, kecuali mati." hadis riwayat Bukhari.
6. buah zaitun
dapat merawat kulit dan rambut, melambatkan penuaan, dan merawat radang perut. ia juga dapat mencegah kanser dan serangan jantung. buah zaitun mengandungi vitamin E.
* aku beli minyak zaitun, utk buat sapu kat muka dan rambut. sanggup tu sbb nak kulit cantik kan..hee..tapi hakikatnya excited awal2 ja. pakai 2 3 kali pastu aku malas.hahahaha..tapi minum susu nie senang, ada semua dalam 1 peket.
7. buah delima
merupakan anti-oksidan, melindungi jantung, menurunkan kadar kolesterol LDL dan meningkatkan kolesterol HDL, memperlambatkan penyakit alzheimer.
* orang cakap nak anak mata cantik, mata bersinar2, rajin2lah makan buah delima waktu pregnant tau disamping utk dapat anak yang cerdas.
8. buah tin
mengandungi kalium, kalsium, omega 3 dan omega 6, meningkatkan memori otak, mencegah anemia dan mengurangkan risiko kanser payudara.
wahh..banyakkan khasiat yang terdapat dlm NGM8 ni kan.. banyak kebaikan dia. Dulu, aku pernah baca novel yg mengatakan brokoli baik utk minda. nak pandai mkn brokoli. aku pun apa lagi, suh laa mak aku beli brokoli. nak pandai punya pasal. hehehe.. masa zaman aku sek menengah dulu laa. aku cukup minat dgn makanan utk otak nih. pagi2 kenyang dgn supplement ja aku nih. tapi SPM kantoi gak sbb malas baca buku. hahaha... makanan2 ni membantu shj, tapi kalu tak ada usaha mmg tak akan lulus cemerlang cik adik oi...
tapi, dengan sepeket NGM8 aku dapat banyak makanan khasiat untuk minda aku. minda kita ni nak guna lama kan? bukan masa SPM sja tau.
NGM8 ni jugak sangat baik untuk penghidap gastrik. sebab susu kambing alkali. Lepas minum secawa NGM8 uolls akan kentut2 utk kuarkan angin dalam perut uolls. Pastu, in shaa Allah uolls akan senyum balik. Aku boleh cakap sbb aku jgk geng gastrik. Alhamdulilah, aku dh kurang kena gastrik sejak amalkan susu nih.
Lagi 1, susu ni tak bau kambing tau...ummPPP jah minum :D
Sapa2 nak dapatkan NGM8 ni boleh contact adik Farah nie bagi kawasan Pendang, Kedah.
Stokis NGM8 Pendang,boleh PM dia kat Fb. ASAP dia akan reply PM uolls.
Ehsan gambar dari Mr. Google yang baik hati.



uolls kena cuba tau. sekali try, uolls akan jadi kaki minum NGM8. 
sekian, untuk petang nie. Jom g bazar jom...

Wednesday, 9 July 2014

Allah Tegur Kita Melalui Pelbagai Cara


"Ouch!"

Kakiku terpijak kaca. 

Perlahan-lahan cuba buang serpihan kaca di tapak kaki. 
Kecil saja. Tapi berdarah juga.

Aku terhincut-hincut ke ruang tamu.

"Kau okay ke?" Kawan tanya. Ambil berat betul.

"Entah. Kaca tu tak belajar sekolah agama kot. Duk tengah-tengah jalan sampai dipijak aku yang sangat hensem ini."

Aku menjawab malas sambil mengambil tempat duduk di sebelahnya.

"Aku teringat satu kisah benar yang diceritakan padaku oleh pelajar USIM. Dia ceritakan mengenai kawannya yang satu universiti dengannya.

Kau nak dengar?"

Aku mengangguk sambil membulatkan mata macam Heliza Helmi.

"Suatu hari, pelajar perempuan ni memandu keretanya merentasi lebuhraya. Siang hari.

Entah macam mana, tengah-tengah drive tu tiba-tiba berlaku sesuatu. Hilang kawalan.

Kemalangan. Keretanya berpusing-pusing terbalik atas jalan. Remuk hancur keretanya.

Kenderaan-kenderaan lain memberhentikan kereta. Dari luaran, memang dah tak ada harapan dengan keadaan kereta yang sebegitu dahsyat. Sangka orang ramai yang lalu-lalang di situ, pemandu pasti dah meninggal dunia tersepit.

Tiba-tiba, kelihatan seorang gadis keluar dari kereta. Terhuyung-hayang. Masya-Allah, tiada sebarang kecederaan langsung! 

Kereta barai, tuan tidak apa-apa. Lantas kawannya yang lalu di tempat kejadian memberhentikan kereta dan menolong beliau."

Kawanku mengusap-usap janggut helai jagungnya berkali-kali sambil menyambung,

"Dalam perjalanan, kawannya bertanya si gadis sebenarnya apa yang terjadi. Si gadis tu pun blur. Ingat-ingat lupa. Semua berlaku sekelip mata. Si gadis adalah seorang hafizah yang hafal 30 juz al-Quran. 

Pada pagi kejadian, dia kata dia terlewat bangun untuk solat Subuh. Tapi, dia qadha (ganti) solat tu walaupun terbangun agak lewat.

Mungkin kerana terlewat itulah, Allah uji dengan kejadian sebegini. Menurutnya, ini bukan kali pertama berlaku kejadian-kejadian sedemikian. Bila dia buat sedikit kesilapan, Allah terus berikan musibah dan ujian sebagai kaffarah dosa.

Bila Allah sayang seseorang hamba-Nya, Dia akan jaga orang itu, Dia akan duga, Dia akan cuba sisihkan dosa-dosa hamba-Nya itu sehinggalah hamba itu bersih dari dosa. Sebab apa?

Sebab Allah nak masukkan dia dalam Syurga juga macam mana pun." 

Aku bersila berlaga lutut dengan lutut kawanku. Tatap muka kawanku penuh perhatian dengar cerita.

"Pengajaran dari cerita ini. Kau terpijak kaca, pasti sebab Allah suruh kau ingat kembali pada Dia. 

Pasti ada saat kau terlupakan Dia.

Sekarang, setelah dengar cerita aku, kau mulai ingat tak pada-Nya?"

Aku tunduk tengok kain pelekat kawanku.

"Aku solat Asar pukul 6.59 petang tadi. Aku sengaja lewatkan sebab aku nak tengok facebook aku. Aku suka tengok orang likes."

Kawanku menepuk-nepuk bahuku.

"Jangan ulang lagi. Jangan sampai Allah enggan beri hidayah lagi. Bila Allah tak nak peduli kau lagi, hati yang gelap tu takkan mampu bercahaya lagi. Itulah ibu segala bala. Bila di dunia Allah tak simpati, di akhirat Allah pandang muka kau pun tak sudi. Apatah lagi Syurga nak Dia beri."

Aku tunduk mengalah.

Malu semalu. Malu nya.

(cerita benar perihal hafizah tu)

cc : BerdakwahlahSelagiMampu

French Toast

Artikel ini ditulis khas untuk tatapan Mr Mimi. Ang kena baca nie mimi. Lepas ni jangan dok kutuk2 aku lagi okeh.

Asal lepak, whatsapp, sms tanya khabar topik paling best budak Mimi ni suka wak keluar adalah bab masak-memasak yang sudah pasti aku kena basuh pinggan habis.
sikit-sikit kutuk aku tak reti masak.
sikit-sikit doa tak dak orang nak masuk minang aku.
masin mulut ang aku tak kawen siap aku cari ang okeh!hahahaha..paksa ang kawen ngan aku :P

Tengok nie, aku reti buat French Toast dah ok. ini percubaan kali kedua. sebab tu nampak cantik sikit...hew2
French Toast ini terjadi disebabkan roti Gardenia aku dah nak expired. Rasanya hari aku menggoreng nie dah expired. hua2
Aku start makan roti expired masa mula2 jejak masuk UPM lah. Roomate aku cakap roti putih selagi tak berkulat boleh makan. Aku pun try la masa sem 1 dulu.
Ha ah, perut aku tak sakit lepas makan roti tu..tapi jangan lah makan yang lebih seminggu expired. Nanti angpa sakit perut aku tak tau nah. (Jangan tiru aku, perut kita tak sama) hehehe..
Taraa...meleleh air liur tuuu..lap cepat.cover sikit keteringinan nak rasa French Toast aku nih..heee..(perasan gilak). Ader ker yang teringin nak rasa air tangan aku???
nak mintak resepi???
Nahhhh...
Bahan-bahan :
-roti gardenia
- telur 2 biji
-cheesedale
-minyak

cara-cara :

1) Ambil sekeping roti gardenia dan potong 4
2) Ambil sekeping cheese dan potong 4
3) pecahkan telur dan kacau sampai buih
4) Ambil roti yang dipotong tadi dan letak cheese kat tengah. ambil 1 lagi roti untuk tutup cheese tu.
5) celup roti yang dikepit dengan cheese tadi dalam telur...bagi sekata roti dan telur tu
6) masukkan dalam pan yang dah di panas minyak. minyak sikit ja tau. pastikan panas baru goreng. goreng sehingga kekuningan. angkat. siap untuk di makan. goreng laa smpai roti yang dipotong tadi habis. :)

Resepi asal french toast ni kena letak susu dalam telur tu.. tapi memandangkan aku cari susu tak jumpa, aku bantai ja apa yang ada. hehehehehe..

Saturday, 5 July 2014

Malas VS Rajin


Aku sedang berjihad melawan penyakit M a.k.a. malas.
Tengok betapa besar penyakit M nie.

Dalam proses mencucuk ubat R untuk sembuhkan sakit M.huhuhu....

Hari-hari tau buat taik mata ja. Apa yang syok tido pun aku tak tau. kalau tido tesis berjalan tak pa gak...


Macam mana nak grad cepat kalau asyik melayan penyakit M tuh. 
Syuh, syuh, syuh... p main jauh-jauh.. Jangan kacau cek.

Pang, pang, pang, tampo laju-laju pipi tuh. Bagi rasa sakit banyak.
Meh suntik semangat sikit. Bagi overdose ya Cik Kaunselor.


Hah nampak? So yang hang malas awat???


Cik Hidayah, ples stop bermalas-malas tu. Lepas raya sv nak tengok draf 1 tau. hang nak raya ka hang nak buat draf??? kui3


So, nak makan lemang banyak2 kan. Tingkatkan nilai KERAJINAN dalam hidup anda okeh!


Malas itu merupakan ujian, dan rajin itu satu hikmah.


Ayuh, SEMANGAT! Berjuang... tak apa kalau tengok orang post makanan sedap2 masa nak berbuka dan kita berbuka hanya ala kadar. Orang belajar adalah orang yang sedang berjihad. Pahala dia besar. Tak apa susah sekarang, kerana senang akan datang kemudian. Janji Allah pasti, seperti tertera dalam surah al-Insyirah " disebalik setiap kesusahan pasti akan datang kesenangan".
Tak apa hang hanya berjalan kaki sekarang, kerana saat hang akan terbang akan datang tak lama lagi. Kunci dia hanya SABAR.
Oleh itu, hapuskan rasa MALAS itu. :)

meh, amalkan doa ni sama-sama.

ameen...

sekian, tamat sudah kisah Malas aku.

gambar ehsan Mr. Google :)