Sunday, 8 June 2014

Alun- alun Jogjakarta

Coretan kali ini masih lagi berkisar tentang Jogjakarta. Banyak kisah menarik di sana yang ingin kuceritakan. Namun, tugas sebagai seorang pelajar perlu diutamakan. Proposal dan exam. Cara cakap macam banyak paper kan. Sebenarnya ada 1 paper ja. Tu pun riuh. Heboh. Cuak. Cuak sebab aku kurang fakta. Kurang membaca. Takut tak cukup bahan, makanya proses menggoreng nanti bimbang kurang perisa. Kurang perisa bermakna kebarangkalian untuk aku memasuki pertandingan MASTERCHEF tipis. Hik hik hik.. udah-udah ler merepek ye cik Hidayah.
Kali ini kedatangan aku bertamu di rumah " Cik Hidayah Story Mory" adalah untuk menceritakan suatu tempat di Jogjakarta yang dipanggil "Alun-Alun" mengikut pendengaran aku. Andai tak silap la. Maklumlah perubahan slanga mengganggu telingaku.
Kami ke sana pada waktu malam. Selepas makan makan di restoran nasi padang. Dekat ja tempat ni dengan restoran tu.
Alun-alun ni sebuah padang. Padang yang luas. Tempat orang melepak. kalau kat Malaysia ni lebih kurang macam Padang Kota la. Cuma bezanya, Padang Kota tepi laut. Macam dataran Putrajaya, tapi bezanya, dataran Putrajaya ada bangunan. Alun-alun hanya sebuah padang kosong yang terbentang luas. Dan di tengah-tengahnya terdapat dua pohon beringin. kalau pohon beringin mesti akan teringat cerita hantu kan. hehehe...
Tapi yang bestnya kat sini, yang jadi daya penarik untuk orang datang ke sini ialah untuk main permainan tutup mata. Hah? tutup mata? Apa kes?
Ya, kesnya korang akan tahu sama ada hati seseorang itu tulus ataupun tak. Bersih ataupun tak hati seseorang itu.
Jom main.
Jom tutup mata.
Mata korang akan diikat dengan satu kain hitam. Memang gelap arr.. Tak nampak apa-apa. Pastu akan ada seseorang akan menemani anda. Tukang ikat mata tu la akan ikut pergerakkan kaki korang. Permainan dia cenggini. Mata korang akan diikat. Dan korang perlu berjalan sehingga melalui pohon beringin tu. Perlu melalui antara dua pohon beringin tu. kalau korang berjaya melalui pokok tersebut hati korang dikatakan tulus. Bersih. Kalau melencong ke sisi atau tak sampai pun bawah pokok tu, melencong jauh, bermakna sebaliknya. Paham2 la ye..hehehe..
Nak test pakwe/makwe korang jujur atau tak ngan korang, sebelum kaple tu bawak mai sini dulu. kita try test tutup mata dulu.hik hik hik.. kalau melencong tu, mohon clash dengan penuh bergaya la. hahahaha.. pastu korang melalak macam orang gila la.keh3
Tak adalah cenggitu. Permainan ni hanya untuk suka-suka. Hanya untuk melepaskan stress dengan ketawa. Ketawa kan terapi jiwa. Ketawa apabila kawan uolls melencong jauh dari jalan yang ingin dituju. Pastu kutuk-kutuk kata hati tak tulus. Hahaha.. JANGAN PERCAYA. 
Aku pun main jugak. Cer teka tulus ke tak hati aku????
ok dah berjaya teka kan?
Pengajaran daripada permainan ni, berdasarkan pemikiran aku..
" Nak berjaya mata kena buka. tak boleh tutup. Kena buka mata, kena buka hati,kena buka minda, baru kita akan berada di jalan yang betul. Baru kita akan berjaya. Nak berjaya macam mana kalau mata kita tutup? Tutup kat sini kena baca makna tersirat dia. iaitu kita perlu buka mata, pandang luas-luas apa yang ada disekeliling kita. Serap apa sahaja ilmu yang dapat memandu kita untuk berjaya. Hati pula kena bantu minda untuk tidak terpengaruh dengan kata-kata negatif orang. kata-kata negatif tu  tukar kepada kata-kata positif. "
Setiap hari sebelum p kelas, p keja, tepuk bahu kiri, cakap..." aku boleh berjaya." tepuk bahu kanan, cakap... "aku kuat, aku boleh berjaya." Bercakap dengan diri sendiri itu terapi diri untuk orang yang akan berjaya. Percakapan itu akan memberi semangat untuk darah bawa oksigen ke otak untuk lakukan sesuatu yang produktif pada setiap hari.
ok, berbalik kepada alun-alun. Kalau korang tak nak main nie, boleh naik kereta lampu keliling padang tu. Nikmati keindahan malam.Tapi kena bayar.
Ni la kereta lampu tu.
Andaikan dua pokok itu "pohon beringin". Dan si orang lidi itu anda yang sedang menutup mata. Dan perlu berjalan lebih kurang 100 meter dengan mata tertutup. Jauh sangat 100 meter tu. Mungkin dalam 60 meter kot. Andaikan ja.

I have to go. Good night everone.