Assalamualaikum suma...
Memandangkan sekarang ni isu terhangat dalam geng aku adalah isu kecantikan,,, so aku nak kongsi la sedikit ilmu yang aku ada ni dengan korang. ilmu ni aku dapat dalam majalah dara bulan april 2013. isu-isu cintan cintun ni aku dah tak boleh nak dengar. rasa nak tampo ja sesapa yang bercerita ngan aku soal cinta, soal jodoh...dah muak, rasa nak muntah, makanya, isu kecantikan la isu baru aku.hahahaha... :D
meh2,,, kita terokai alam untuk cantik
bahan-bahan yang aku pilih ni, sumanya mudah ja utk kita dapat kat dapor,
dapat sip bajet kan, sebab suma tu mak yang beli... al maklumlah aku nie student lagi,,, duit tak ada nk beli..tau abeskan duit mak aku lagi ada lah...hehehe..
nak cantik kan, meh masuk dapur tengok apa yang ada...
yeah, mata aku nampak madu.
apa khasiat madu eh???
-madu dapat memperhaluskan dan memperlembabkan kulit.
-dapat mencantikan bibir dan mengelakkan bibir pecah.
-sebelum tido, korang boleh la sapu madu tu kat muka dan bibir. buat tiap2 hari utk dapat hasil yang semaksima. saya dah, anda?
buka peti ais, eh...ada tea hijau la. apa khasiatnya ye???
-teh hijau dapat melindungi kulit anda dari radikal bebas yang berasal dari makanan yang menyebabkan kerosakan dan penuaan pada kulit.
- masyarakat China mempercayai bahawa amalan meminum teh hijau dapat menurunkan berat badan dan awet muda
- sebab teh hijau ni orng minum tak bubuh gula, makanya aku minum campur dengan sedikit madu.rasanya...perhhhh sedap.
apa yang ada lagi dalam peti ais umah aku eh,,, ahaaa..aku jumpa timun, ayuh, kaji khasiatnya
-timun dapat memutihkan kulit dan bermanfaat utk melembabkan kulit. kerana timun kaya dengan air.
- caranya, ambil timun yang segar dan kisarkan ia. masukan sedikit air perahan lemon, xda lemon limau kasturi pon boleh :D sebab kutip ja kat depan rumah tu. ratakan kesemuannya. kemudian sapukan di seluruh muka dan leher anda selama 15 minit. selepas itu bilas dengan air suam. lakukan setiap hari mengikut kerajinan anda.
apa lagi ada kat dapur nie... tot,tot,tot,,,nyanyi dulu lagu maafkan aku,,, yeah aku jumpa kopi atas kabinet dapur.
-serbuk kopi dapat menghasilkan minyak antioksida yang berfungsi mencerahkan dan menghaluskan kulit anda.
-macam mana nak guna, baca ni betul2... campurkan serbuk kopi dengan minyak zaitun dan tepung sengkuang. kacau semua bahan tu dan lumurkan di badan anda termasuk muka. gosok perlahan-lahan dan biarkan selama sejam kemudian bilas dengan air campuran garam. pastu mandi macam biasa. nak kuar jln2 mcm tu pon blh gak =P
-nampak rumit kan,,, macam aku yang malas ni pakai amek kopi dan lumur ja kat badan. pasni cepat abes la kopi mak aku.hihihi
selamat beramal semua, kecantikan luaran bermula daripada kecantikan dalaman (imam al-Ghazali)