Sunday, 25 November 2012

Bagaimana Membentuk Minda Positif

Aku pilih artikle ini sebagai entri aku kerana 
1) aku nak jadi orang yang positif
2) aku nak jadi orang yang positif
3)aku nak jadi orang yang positif

Negatif! aku xmau kawan dengan kau. aku nak jadi best frenz POSITIF <3


Kajian sains membuktikan Zikir Dapat Membentuk Minda Positif
Terdapat banyak contoh-contoh dalam al-Quran dan Hadis yang menceritakan tentang faedah berfikiran positif( husnu zann ), Tabah dan bersikap optimistik ketika ditimpa kesusahan. Walau bangaimanapun adakah anda tahu bahawa kesabaran dan berpandangan positif dalam kehidupan merupakan dua jenis penawar paling mujarab yang anda boleh gunakan?.


Al-Quran ( 2 : 155-157 ), bermaksud : "Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu Dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang Yang sabar: (Iaitu) orang-orang Yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah Kami kembali." Mereka itu ialah orang-orang Yang dilimpahi Dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang Yang dapat petunjuk hidayahNya".

Daripada penemuan sains moden, jelas menunjukkan bahawa rahmat Allah selalunya datang dalam bentuk kesihatan yang baik.

Bernard Jensen berkata, dalam bukunya " The Science and Practice of Iridology",
"para doktor sekarang berpendapat bahawa fizikal seseorang bukanlah penggerak utama tubuh badan, akan tetapi minda yang mengawalnya". Ini disokong oleh Dr Ted M. Morter dalam bukunya , Your Health... Your Choice, ketika beliau mengatakan " pemikiran negatif merupakan pengeluar asid nombor satu dalam badan ( dan kandungan asid yang melebihi dalam badan merupakan penyebab utama penyakit ) sebab tubuh anda akan bertindak balas terhadap minda yang negatif dan tekanan emosi yang dihasilkan oleh fikiran, sama seperti tindak balasnya terhadap keadaan sebenar apabila fizikal menerima kecederaan atau kesakitan". 


Sejak Freud mempopularkan idea psikoanalisis, manusia hanya fokus kepada dunia mental untuk menyelesaikan masalah-masalah tertentu, kita lupa bahawa alam fizikal dan alam mental tidak boleh dipisahkan. Fikiran terletak di dalam otak, dan otak adalah organ. Seperti organ yang lain, ia mendapatkan bekalan nutrien dari tempat yang sama dengan organ lain mendapatkan nutrien, dan ia mudah terpengaruh dengan masalah yang sama berlaku terhadap organ lain. Secara asasnya otak adalah sebahagian daripada anggota tubuh, sama dengan organ yang lain bergantung sepenuhnya kepada tubuh. Ia memerlukan gula/glukos untuk menghasilkan tenaga, berlainan dengan tisu lain yang boleh menghasilkan tenaga dari kalium dan lemak. Oleh yang demikian otak merupakan organ pertama yang menerima akibatnya apabila berlaku kekurangan glukos dalam darah dan tindak balasnya adalah sangat parah. Freud sendiri mengatakan bahawa psikoanalisis tidak sesuai untuk mengubati penyakit seperti skizofrenia,dan dia membuktikan bahawa ianya disebabkan oleh biochemical.

Sekiranya kita tahu bahawa otak merupakan organ, dan ia bekerja dengan harmoni bersama organ yang lain, dan mendapat tenaga dari aliran darah yang sama dengan organ lain, kita dapat memahami bagaimana pelbagai peristiwa mental boleh mempengaruhi kita secara fizikal. Sebagai contoh, menggunakan otak cuma untuk berfikir dan membuat ulangkaji akan membakar nutrien (zat makanan untuk tubuh badan) dalam system badan kita, terutama sekali fosforus. Oleh yang demikian kita akan mengalami kekurangan fosforus apabila otak kita bekerja keras. Dan kita mendapati bahawa sebaliknya juga berlaku dalam hubungan ini, orang yang banyak menggunakan otak dan mempunyai tahap keintelektualan yang tinggi biasanya mempunyai kandungan fosforus yang tinggi juga dalam sistem badan mereka. 


Banyak hikmah yang terkandung dalam sabda Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh Abu Huairah R.A, "Orang yang kuat itu bukanlah mereka yang dapat menumbangkan lawan dengan kekuatannya, akan tetapi orang yang kuat itu mereka yang dapat menahan kemarahan",. Bersabar dan berada dalam keadaan tenang merupakan kunci kepada kekuatan fizikal.

Bukan sahaja fosforus yang boleh terhakis akibat mengalami tekanan pemikiran dan hilang ketenangan jiwa. Sekiranya kelenjar tiroid, iaitu organ utama yang mengawal emosi bekerja melebihi had masanya, kita boleh menderita akibat kekurangan iodin. Tekanan dalam kerjaya, perceraian, atau lainnya boleh menyebabkan kehilangan kalium dan natrium dalam badan, sebab ia boleh mempengaruhi kelenjar adrenal mencipta banyak keperluan untuk mineral-mineral ini.

Bahkan
penyakit hypoglycemia (kurang glukosa/darah rendah) boleh diakibatkan oleh perasaan kegembiraan yang melampau. Atas dasar inilah Nabi S.A.W amat menyarankan kesederhanaan dalam hidup, walau bagaimanapun kita kerap kali melibatkan diri dalam hal-hal yang mengembirakan, seperti menonton tv, pergi membeli belah, menonton wayang, keraian, dan lain-lain lagi. Apabila kita melihat sesuatu yang mengujakan, bahagian luar kelenjar adrenal akan terangsang, lalu peningkatan gula dalam darah akan berlaku. Keadaan ini akan merangsang pankreas untuk merembeskan insulin ke dalam darah bagi mengawal tahap gula yang stabil dalam darah, proses ini akan mengakibatkan kita terasa letih dan lemah. 


Berfikir positif akan melahirkan ketenangan dan kesihatan tubuh badan, yang mana daripada nikmat itu akan terucaplah "Alhamdulillah", ucapan syukur kepada Allah terhadap apa yang kita dapat dan apa yang kita lalui. Sebagai seorang mukmin kita sepatutnya menghidupkan suasana yang tenang, jauh daripada tekanan dan kelam kabut, sama ada di rumah ataupun di pejabat.
Salah
satu cara yang boleh kita
kurangkan kesan daripada tekanan tersebut ialah
sentiasa mengawasi tekanan perasaan yang kita hadapi
dan ambil makanan tambahan yang boleh menambahkan nutrien seperti makanan berasaskan tumbuh-tumbuhan. 


Contohnya, jika mereka yang bangun untuk solat malam atau membaca al-Quran ketika ramadhan, mereka boleh mengambil makanan yang kaya dengan fosforus, ini boleh membantu mereka dalam mengimbangi pengambilan fosforus. Bagi mereka yang dalam bermusafir, melancong atau menunaikan haji dan umrah, mereka mungkin perlu mengambil lebih makanan yang mengandungi kalium dan natrium yang tinggi seperti vitamin B complex.

Bukan sahaja fizikal yang memerlukan vitamin dan makanan tambahan, bahkan jasmani juga memerlukannya. Kesihatan mental dan fizikal juga berkait rapat dengan kesihatan rohani, rohani yang sakit akan mengarahkan mental untuk mengharuskan semua perkara termasuk yang haram. Dengan itu, fizikal akan melakukan dan akan menerima akibat yang bakal diahadapi.

Sekiranya kita tidak mengendahkan kaitan antara kesihatan mental dan fizikal, barangkali kita akan kehilangan perkara-perkara penting dalam ruang lingkup kesihatan diri. Dan dalam kebanyakan masalah kesihatan, langkah pencegahan adalah lebih baik daripada mencari ubat atau penawar.

Oleh yang demikian langkah yang terbaik untuk menghindarkan diri dari mempunyai sikap negatif, dan dikuasai oleh emosi ialah dengan mengamalkan kebijaksanaan dan ilmu yang di ajarkan oleh al-Quran dan Hadis. ucapkan "Alhamdulillah" dengan rezeki yang kita perolehi, "InsyaAllah" dengan perkara yang kita maksudkan dan akan lakukan, "Subhanallah" ketika kita melihat sesuatu yang menakjubkan. Ucapkan "Astaghfirullah" apabila kita hilang kawalan diri dan berada dalam keadaan lemah, dan yang paling penting, ucapkan "Allahu Akbar", apabila kita berhadapan dengan dugaan dan cabaran dalam kehidupan.

Selalulah kita mengamalkan zikir-zikir doa-doa amalan harian yang diajarkan oleh rasulullah agar mulut kita dibasahi dengan perkara yang di redhai Allah dan hati kita sentiasa mengingati Allah. Moga dengan amalan ini diri kita sentiasa dipelihara Allah dari segala kerosakan dan hati kita sentiasa mengingati kebaikan. Oleh yang demikian kita akan berada dalam ketenangan yang berpanjangan.

Jika sekiranya kita mengamalkan zikir-zikir ini dengan istiqamah, umpama kita mengambil multi-vitamin untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan yang baik. Zikir akan membawa ketenangan dalam diri, dan ketenangan membuatkan kita berfikir serta menggunakan otak dengan baik.

Kita sangat prihatin terhadap kesihatan fizikal, namun kita lupa kepada kesihatan spiritual, tanpa kita sedar bahawa kesihatan spiritual amat penting dalam mengekalkan kesihatan fizikal.


 copy paste from : http://abuafnan.blogspot.com/2009/09/kesan-zikir-dalam-membentuk-minda.html

Tuesday, 20 November 2012

Maha Mendengar

Assalamualaikum buat awak, awak dan awak...

Dah lama aku tak menulis blog. Rasa janggal dan kekok pulak :D

Macam biasa aku tak tahu dari mana aku harus bermula...

Ohh...Ya... aku dah jadi budak akhir tahun dah dekat UPM nie...Alhamdulilah, tak lama lagi aku akan tamat pengajian degree aku. Doakan aku ya supaya aku dapat grad tanpa sangkut di bahagian mana-mana :D

Aku nie asyik senyum ja kan...hehehe..hakikatnya aku banyak menangis sem nie. Sehinggakan aku takut untuk memulakan hari esok dan hari-hari yang akan datang.

Nak tido nangis. Bangun tido pon nangis.

Semuanya kerana FYP.

Kenapa aku takut sangat dengan FYP nie.

Hanya satu ja alasannya.

Sebab aku tak disuap.Aku perlu makan menggunakan tangan aku sendiri.Semua perkara aku kena buat sendiri.

First proposal bab 1 aku kena reject! start hari tu lah aku mula menangis, menangis dan menangis.

My best friend aku cakap...ooopsss..buah hatilah. Sekarang dia dah nek 1 level... ;D dia cakap,,cakap aku tak boleh takut.Aku kena cuba, cuba dan cuba...aku tak boleh takut untuk berjaya.

Dan, alhamdulilah...akhirnya bab 1 aku diterima. Terima Kasih Ya Allah kerana kau Maha Mendengar.

Ya...Allah tak pernah jauh dengan kita. DIA sangat dekat dengan kita. Mohonlah dengan Allah nescaya Dia akan makbulkan permintaanmu.

Aku tak tahu macam mana nak cakap. Hanya orang yang pernah alami sendiri yang akan tahu.
Sangat aku berasa susah just cakap ja dalam hati " Ya Allah permudahkan urusan aku, jangan kau susahkan ya Allah,, tup2 buku yang aku cari aku jumpa setelah mengambil masa yang agak lama untuk mencari. Betulkan Allah tu Maha Mendengar.

Aku mengaku. Aku banyak lalai dalam mengingatiMu. Aku mohon keampunanmu Ya Rabbi.

Dan ini kisah aku dengan kawanku.

Hari tu aku dengan kawanku teringin sangat nak makan rambutan sehingga ada niat nak masuk amek dalam dusun UPM. Sekarang ni UPM musim buah, So memang gila la tengok buah2 dalam kawasan UPM nie...hehehee

Tapi, Allah cakap makanlah makanan yang halal,

Tengah bawa motor nak pi library, pak guard tahan kat pintu gerbang. Cuak r aku. Aku memang takut dengan polis2 dan pak guard nie walaupun hakikatnya aku lengkap dengan lesen dan helmet. ish,,, dia nak wat apa ngan aku nie.Rupa2nya, Dia tanya, makan rambutan tak? Bagai pucuk dicita ulam mendatang lah. Riang hati aku. Aku pun laju r jawab makan. Time tu pakcik-pakcik tengah kait buah. Dia cakap p la amek kat ctu.

Alhamdulilah, aku dan kawan aku dapat makan rambutan...

Betulkan, Allah itu Maha Mendengar.

Oleh itu, kesimpulannya di sini. Mintaklah pertolongan Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar. Bersesuaian dengan firman Allah dalam kitabnya,,, mintaklah kepadaku nescaya aku akan memperkenankan permintaanmu.

Jika kita rasa susah dalam melakukan sesuatu perkara, jika kita rasa sedih, jika kita rasa nak menangis
1) beristigfarlah
2)ucaplah lahaulawala kuwwata illah billah hil alim yil azim
3)ucaplah cukuplah Allah sebagai pelindungku.

I.Allah hati akan tenang :)


* Ya Allah, aku sayang dia. Aku mohon padamu jangan pisahkan kami berdua. Berilah kami ada jodoh, jodoh yang panjang sampai syurga. Ameen..dengarlah doa hatiku ini. 

Saturday, 17 November 2012

Bolehkah Aku Kecewa?


Manusia Bertanya : Bolehkah aku kecewa ?
Qur’an Menjawab : Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman. (Ali Imraan : 139)

.
Manusia Bertanya : Kenapa aku diberi ujian seberat ini?
Qur’an Menjawab : Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya………. (Al-Baqarah : 286

.
Manusia Bertanya : Kenapa aku tidak diuji saja dengan hal-hal yang baik ?
Qur’an Menjawab : ………. boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Al-Baqarah : 216)

Manusia Bertanya : Kenapa aku diuji ?
Qur’an Menjawab : Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan:”Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? (Al-Ankabuut : 2). Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. (Al-Ankabuut : 3)

Manusia Bertanya : Bolehkah aku berputus asa ?
Qur’an Menjawab : ………..dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir. (Yusuf : 87)

Manusia Bertanya : Bagaimana cara menghadapi ujian hidup ini?
Qur’an Menjawab : Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung. (Ali Imraan : 200)

Manusia Bertanya : Bagaimana menguatkan hatiku?
Qur’an Menjawab : ….Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal……. (At-Taubah : 129)

Manusia Bertanya : Apa yang aku dapat dari semua ujian ini?
Qur’an Menjawab : Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka…(At-Taubah : 111)

sumber asal : Muslimah Sholehah



dari: http://akuislam.com/blog/renungan/bolehkah-aku-kecewa/#ixzz2CRfI3UCR

Antara Dua Cinta


Pintu tingkap dibuka. Angin sepoi sepoi bahasa meyapa muka. Aku suka pagi di uia gombak. Sangat tenang.

Mata beralih ke screen laptop. Seusai membaca mathurat selepas subuh tadi aku terus on laptop. Salah satu cara untuk tidak tidur lepas subuh mungkin.

Tiba tiba aku dikejutkan oleh satu suara dari belakang.

“oow, dah pandai bercinta ea sekarang..” ina menegur.

“bercinta? Mana ada.” Soalku kehairanan.

“tu, kat laptop tu apa? Bukan bercinta namanya? Bukan main lagi letak wallpaper pasal cinta cinta ni.” Tambah ina lagi

Aku tersenyum. Pipi terasa panas.

“tengok, muka dah blushing. Nak tipu lagi konon.” Ina terusan mengusikku.

“Kau la, yang ajar aku bercinta ni. Kau jangan nak tinggal aku. Biar aku sorang sorang lepas kau kenalkan aku dengan dia” aku menambah.

“aku rasakan  bila orang dah angau bercinta ni, dia dah tak ingat benda lain dah. Ingat cinta tu je. Entah entah nanti kau yang tinggalkan aku “ ina seolah olah merajuk.

Aku tersenyum lagi. Kawanku sorang ni memang kalau dah merajuk, dialah no 1.

“ok, aku janji. Aku takkan tinggalkan kau. Tapi, aku minta maaf lar ye, kau takkan jadi no 1 dalam list aku.”

Ina memanjangkan muncungnya. “ ya, aku tahu. Aku mesti  takkan jadi no 1 punya. Memang sure la kan, kau akan letak dia no 1 dalam list kau. Aku dah agak dah.

“breakfast jom. Aku buatkan nescafe 3 in 1 untuk kau. Roti sapu mentega kacang sekali. Mahal tau pakej ni. Takkan dapat kat mana mana kedai” usikku.

“okey! Aku masakkan air ya. Kau sediakan roti” rajuk ina beransur hilang.

Aku tersenyum.

Aku masih ingat waktu aku tanya ina adakah dia pernah bercinta. Ina tersenyum sambil menjawab laju.”pernah”.

Aku terpana, aku tengok Ina bukanla budak biasa biasa. Bertudung besar,al-mathurat tak pernah tinggal,usrah tak pernah ponteng, malam malam aku mesti dengar ina membaca al-mulk sebelum tidur. Nak dibandingkan dengan aku. Macam langit dengan bumi. Macam bumi dengan matahari. jauh bedanya. Masakan ina tak tahu yang bercinta tu…

Ina memandangku kehairanan.” Kenapa muka macam nampak hantu ni” ina menyoal.

“Aku tengok kau sebagai budak yang sangat baik. Seorang wanita yang sangat solehah. Takkan kau tak tahu yang bercinta tu..” aku menyoal.

“bercinta tu apa?” Ina menyoal.

“bercinta tu haram.” Jawabku pendek.

Aku tahu bercouple itu haram walaupun aku sendiri punya teman lelaki, tapi aku memekakkan telinga membutakan mata dengan kenyataan itu kerana menurut hawa nafsu, mengikut arus buatan manusia. aku tahu yang benda ramai orang buat tu tak semestinya betul. Tapi aku abaikan semua itu.

Ina ketawa.

“cik adik sayang, bercinta tu tak salah. Cinta tidak terhad hanya antara lelaki dan perempuan. Cinta pada Allah,Rasul,keluarga, rakan rakan. Cinta pada haiwan, alam sekitar. Itu semua juga dinamakan cinta. Cinta itu tidak haram tetapi yang menjadikan cinta itu haram adalah pencintanya. Cinta antara lelaki dan perempuan itu dibolehkan tetapi selepas akad yang sah”. Kata Ina sambil tersenyum lebar.

“jadi, Ina sekarang bercinta dengan siapa?” tanyaku lagi

“cinta pada Allah. Pada Rasul dan keluarganya, cintakan keluarga dan sahabat sahabat.” Jawabnya ringkas.

“tapi, bahagia ke?”

Padaku kalau ada teman lelaki, setiap hari mesti ada yang bertanya khabar kita, ada yang risau bila sakit,ada yang sanggup tolong hantar makanan apabila kita lapar.ada orang pujuk bila merajuk. Padaku, ianya membahagiakan.

Ina tersenyum lagi.

“ ya, aku akui yang aku selalu saja tengok orang yang ada teman lelaki ni, senyum sorang sorang bila baca mesej. Tapi aku nak tanya kau, antara bahagia dan derita mana yang lebih banyak kalau ada teman lelaki ni? Aku tahu aku bukanlah pakar cinta, tapi aku tengok orang yang bercinta banyak sakit hati, kadang kadang menangis. Ada bahagianya tapi lebih banyak derita dan risauannya.” Kata Ina.

Tapi cinta itu fitrah. Jawabku lagi.

“ya, cinta itu fitrah. Untuk mencintai dan dicintai itu juga fitrah. Tapi jangan sampai fitrah itu jadi fitnah. Allah ciptakan kita bersama fitrah dan nafsu. Tapi Allah juga datangkan bersama akal dan iman untuk membantu kita dalam mengawal nafsu dan fitrah itu. Siapa kata cinta pada Allah, Rasul, keluarga dan kawan kawan itu tidak menyeronokkan. Cuba tengok dan perhatikan sekeling kita, setiap benda yang diciptakan adalah untuk kita. Haiwan, tumbuhan, matahari, air, pakaian.semuanya itu tanda cinta Allah pada kita. DIA tidak biarkan kita tanpa bekalan, tidak biarkan kita terkontang kanting selepas DIA menciptakan kita. Tapi DIA sediakan segalanya.  Apa alasan kita untuk tidak mencintai DIA setelah semua yang DIA berikan?.” Kata Ina panjang.

Aku mengangguk angguk tanda setuju.

“tapi, siapa nak pujuk kita bila kita sedih, hadiahkan benda yang comel comel” kataku lagi

Ina ketawa lagi menampakkan lesung pipitnya.

“Allah banyak kali pujuk kita dalam Al-quran. Cuba buka surah at-taubah ayat  40 kalau tak silap. kataNYA, “janganlah bersedih sesungguhnya Allah bersama kamu” . dalam surah ali-imran juga ayat 139 “janganlah kamu berasa lemah dan jangan pula kamu bersedih hati kerana kamulah orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu oarng orang yang beriman”. Bayak lagi sebenarnya kata pujukan Allah untuk kita. Baca Quran, lihat tafsirnya sekali, hayati. Tika itu kita akan rasa Allah sangat dekat dengan kita. Bab yang nak hadiah yang comel comel tu, tunggu husband bagi la. Kata ina bergurau. Allah meraikan cinta antara lelaki dan perempuan tu dengan cara yang sangat mulia iaitu dengan perkahwinan” sambung Ina lagi.

“ya la, family aku selama ni pun bukannya tak bagi aku makan, dioranglah yang paling gelabah kalau aku sakit. Adik beradik aku pun walaupun selalu bergaduh tapi dioranglah yang mempertahankan aku bila aku kena buli dulu” sambungku.

Ina tersenyum. “tahu takpe”.

“dan yang teman aku pergi klinik, bagitau lecturer yang aku sakit adalah kawan kawan aku bukannya teman lelaki. Yang belikan bubur dan bising bising suruh aku makan ubat pun kawan kawan aku. Yang berhabis buatkan surprise birthday untuk aku pun diorang “Jawabku lagi.

“tapi Ina, bukan senang nak break up. Nak putuskan hubungan dengan orang yang kta cinta mati ni. Mungkin senang bagi orang orang macam kau yang tak pernah bercinta untuk bercakap. Tapi bagi yang tengah angau dan seronok dalam cinta tu, sakit ina, sakit.”kataku mengharapkan penjelasan.

Ina tersenyum lagi “ aku bukan suruh kau call atau mesej teman lelaki kau sekarang, cakap nak break off. Kenapa? Sebab bercinta tu haram. Aku tak suruh kau buat macam tu, kalau aku, aku pun terkejut dan memberontak.”

“Habis tu?” soalku.

“ do it step by step. Kurangkan berhubung. Kalau bukan keperluan tak payah text atau call. Nanti lama lama bila kau dah kuat, cakap yang kau nak berhenti dari terus macam tu. Kalau dia tanya kenapa, cakap yang mungkin itu yang terbaik dan kalau ada jodoh takkan ke mana. Jodoh itu urusan Tuhan, biar DIA yang tentukan.” Terang ina.

“ mungkin agak sakit pada mulanya. Sakit itu bukan sehari dua tapi mungkin berbulan bulan. Rasa awkward bila mana pagi pagi handphone kosong tanpa mesej.  Tengahari  tiada orang nak tanya dah lunch ke belum. Agak sakit. Aku tahu. Tapi kau kena ingat, Tuhan itu sentiasa ada untuk kita rely on. Kalau tiba tiba teringat, ingat yang kat depan Allah nanti kau nak bagi alasan apa kalau Allah tanya kenapa kau buat benda yang Allah larang. Kalau rasa sedih, cepat cepat mengadu kat Allah dan ingat janji Allah.

Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Perempuan yang baik takkan senang senang bagi cintanya pada yang tak pasti. Biarkan apa orang nak kata, kolot ke, tak up-to-date ke, berlagak alim ke, pedulikan. Ini bukan berlagak alim atau apa. Ini adalah suruhan Allah yang dah lama DIA cakap tapi kita yang baru nak buat. Yang tentukan syurga neraka, yang memberi rezeki adalah DIA. kau takkan mati dengan cemuhan mereka, pandangan Allah itu yang utama bukan pandangan manusia.

Sibukkan diri dengan aktiviti aktiviti, pujuk hati, tambah rakan rakan yang mampu bawa kau ke jalan yang diredhaiNYA. Sehingga satu hari nanti, aku yakin yang kau akan lebih bahagia begini.percayalah. take your time. Allah nilai setiap usaha, walaupun kecil” sambung Ina lagi.

Air mataku hampir menitik. Aku mengetap bibir. Tekak  terasa berpasir, dada sakit menahan sebak.

“tapi Ina, aku tak kuat. Aku takut Allah tak pandang aku”.

“ sungguh Allah itu maha pengampun maha penyayang. Maha pengasih. Kita tidak pernah terlambat untuk berubah, selagi nyawa belum berpisah dari jasad, selagi matahari belum terbit dari barat, selagi tu kau punya peluang untuk bertaubat. Kau beruntung, sebab saat ini Allah sedang menegur kau dengan bisikan, kau sekarang punya pilihan. Untuk ke arah yang lebih baik atau sebaliknya. Tuhan itu tahu setakat mana kemampuan kita . DIA tahu kau mampu sebab itu sekarang DIA sedang sentuh hati kau.” Sambung Ina .

Air mataku akhirnya tumpah.

“hei,mana rotinya?” tegur Ina.

Aku tersedar dari lamunan panjang.

“jap, jap tengah buat la ni” jeritku dari compartmentku.

Ina datang membawa dua gelas air.

“ina, terima kasih sebab ajar aku bercinta. Cinta pada DIA yang utama. Meletakkan DIA no 1 dalam list aku. Terima kasih sebab sedarkan aku cinta siapa yang patut diutamakan.” Kataku perlahan.

“kenapa tiba tiba buat drama swasta ni” kata ina smbil tergelak.

“yang sentuh hati kamu itu adalah DIA bukan aku, aku hanya penyampai” jawab Ina sayu.

“sekarang siapa heroin drama swasta ni?” kataku tika melihat sayu muka ina.

Ketawa kami pecah dalam tenang damai waktu dhuha.

.

.



dari: http://akuislam.com/blog/perkongsian-artikel/antara-dua-cinta-2/#ixzz2CReslbpF

Biarkan Kesedihan Berlalu Pergi


Masa lalu seperti kesedihan telah pergi dan selesai, ia tidak akan berulang kembali. Masa depan masih ada dialam ghaib dan tidak boleh dihadirkan sekarang dan belum tentu akan datang. Oleh kerana itu, kita tidak perlulah mengharapkan kedatangannya. Biarlah ia datang dengan sendirinya. Berbuat baik sesama insan akan menimbulkan perasaan gembira dan dapat melegakan hati, membawa barakah dan menimbulkan ketenangan.

Ajal telah ditentukan oleh Allah SWT dan segala sesuatu yang terjadi adalah menurut qadha’ dan qadarNya. Oleh kerana itu, seorang hamba tidak boleh menyesal dan bersedih dengan apa yang terjadi. Rezeki semua makhluk telah dijamin oelh Allah SWT, tiada seorang pun yang mampu mengendalikan dan mengaturnya dan tidak seorang pun mampu menghambat datangnya rezeki.

Akhlak seorang mukmin adalah tidak mempedulikan kritikan dan cacian yang tidak berdasarkan kebenaran dan menyakitkan. Kerana seorang mukmin memang tidak mungkin terlepas dari cacian dan makian. Bahkan Allah Maha Mulia sekalipun mendapat cacian dan makian daripada orang fasiq dan kafir.

So, usah dipedulikan mereka yang selalu merendahkan diri kita. Kita tahu siapa diri kita yang sebenarnya.

Jalanilah hidup ini apa seadanya

Keadaan didunia ini penh dengan kenikmatan, banyak pilihan, penuh rupa dan banyak warna. Semua itu bercampur baur dengan kesusahan dan penderitaan hidup. kita adalah sebahagian dari dunia, mahu tidak mahu, kita harus berada dalam keadaan ini.

Kita tidak akan pernah menjumpai seorang ayah, isteri, kawan, sahabat, tempat tinggal atau pekerjaan yang padanya tidak terdapat perkara yang menyukarkan. Pada setiap perkara itu pasti terdapat sesuatu yang buruk dan kita tidak suka. Oleh itu marilah kita memadamkan keburukan itu dengan kebaikan yang ada pada mereka.  Insyaallah, kita akan selamat dan merasa adil 

Allah SWT menghendaki dunia ini sebagai tempat bertemunya dua perkara yang saling berlawanan, dua kubu yang saling berhadapan dan dua pandangan yang saling bertentangan, yang baik dengan yang buruk, kebaikan dengan kerosakan, kebahagian dengan kesedihan.

Jalanilah hidup ini dengan seadanya, jangan larut dalam khayalan dan jangan hanyut dalam imaginasi yang berlebihan. Hadapi hidup ini, kawallah jiwa kita untuk dapat menerimanya serta menikmatinya! Bagaimanapun kita, tidak mungkin semua sahabat kita itu ikhlas kepada kita dan semua perkara akan sempurna dimata kita.

Sebab keikhlasan dan kesempurnaan itu ciri dan sifat kehidupan dunia. Bahkan, mungkin kita juga melihat isteri atau suami kita pun tidak akan pernah sempurna dimata kita. Tapi janganlah kita membenci dia, kerana jika kita tidak menyukai salah satu perangainya, mungkin  kita akan menyukai perangai dia yang lain.

Marilah kita menyatukan langkah, saling memaafkan dan berdamai kembali, meninggalkan perkara – perkara yang menyusahkan, menutup mata dari beberapa perkara untuk saat tertentu dan melupakan perkara – perkara yang menggangu.

Buat apa kita menghabiskan air mata
dan membiarkan hati gelisah kerana bersedih?
Serahkan sahaja semua itu sepenuhnya
kepada tuhan yang maha Mulia
Kerana jika hati sudah menjadi tenang
maka jalan keluar pasti akan terbuka..


dari: http://akuislam.com/blog/renungan/biarkan-kesedihan-berlalu-pergi/#ixzz2CRePyJL6

Biarkan Kesedihan Berlalu Pergi


Masa lalu seperti kesedihan telah pergi dan selesai, ia tidak akan berulang kembali. Masa depan masih ada dialam ghaib dan tidak boleh dihadirkan sekarang dan belum tentu akan datang. Oleh kerana itu, kita tidak perlulah mengharapkan kedatangannya. Biarlah ia datang dengan sendirinya. Berbuat baik sesama insan akan menimbulkan perasaan gembira dan dapat melegakan hati, membawa barakah dan menimbulkan ketenangan.

Ajal telah ditentukan oleh Allah SWT dan segala sesuatu yang terjadi adalah menurut qadha’ dan qadarNya. Oleh kerana itu, seorang hamba tidak boleh menyesal dan bersedih dengan apa yang terjadi. Rezeki semua makhluk telah dijamin oelh Allah SWT, tiada seorang pun yang mampu mengendalikan dan mengaturnya dan tidak seorang pun mampu menghambat datangnya rezeki.

Akhlak seorang mukmin adalah tidak mempedulikan kritikan dan cacian yang tidak berdasarkan kebenaran dan menyakitkan. Kerana seorang mukmin memang tidak mungkin terlepas dari cacian dan makian. Bahkan Allah Maha Mulia sekalipun mendapat cacian dan makian daripada orang fasiq dan kafir.

So, usah dipedulikan mereka yang selalu merendahkan diri kita. Kita tahu siapa diri kita yang sebenarnya.

Jalanilah hidup ini apa seadanya

Keadaan didunia ini penh dengan kenikmatan, banyak pilihan, penuh rupa dan banyak warna. Semua itu bercampur baur dengan kesusahan dan penderitaan hidup. kita adalah sebahagian dari dunia, mahu tidak mahu, kita harus berada dalam keadaan ini.

Kita tidak akan pernah menjumpai seorang ayah, isteri, kawan, sahabat, tempat tinggal atau pekerjaan yang padanya tidak terdapat perkara yang menyukarkan. Pada setiap perkara itu pasti terdapat sesuatu yang buruk dan kita tidak suka. Oleh itu marilah kita memadamkan keburukan itu dengan kebaikan yang ada pada mereka.  Insyaallah, kita akan selamat dan merasa adil 

Allah SWT menghendaki dunia ini sebagai tempat bertemunya dua perkara yang saling berlawanan, dua kubu yang saling berhadapan dan dua pandangan yang saling bertentangan, yang baik dengan yang buruk, kebaikan dengan kerosakan, kebahagian dengan kesedihan.

Jalanilah hidup ini dengan seadanya, jangan larut dalam khayalan dan jangan hanyut dalam imaginasi yang berlebihan. Hadapi hidup ini, kawallah jiwa kita untuk dapat menerimanya serta menikmatinya! Bagaimanapun kita, tidak mungkin semua sahabat kita itu ikhlas kepada kita dan semua perkara akan sempurna dimata kita.

Sebab keikhlasan dan kesempurnaan itu ciri dan sifat kehidupan dunia. Bahkan, mungkin kita juga melihat isteri atau suami kita pun tidak akan pernah sempurna dimata kita. Tapi janganlah kita membenci dia, kerana jika kita tidak menyukai salah satu perangainya, mungkin  kita akan menyukai perangai dia yang lain.

Marilah kita menyatukan langkah, saling memaafkan dan berdamai kembali, meninggalkan perkara – perkara yang menyusahkan, menutup mata dari beberapa perkara untuk saat tertentu dan melupakan perkara – perkara yang menggangu.

Buat apa kita menghabiskan air mata
dan membiarkan hati gelisah kerana bersedih?
Serahkan sahaja semua itu sepenuhnya
kepada tuhan yang maha Mulia
Kerana jika hati sudah menjadi tenang
maka jalan keluar pasti akan terbuka..


dari: http://akuislam.com/blog/renungan/biarkan-kesedihan-berlalu-pergi/#ixzz2CRePyJL6

La Tahzan Sahabat!


Jangan bersedih, meskipun kau merasa sangat  sakit dengan apa yang dikatakan orang lain terhadapmu..

Jangan bersedih, meskipun apa yang dibuat belum membuahkan hasil yang memuaskan untuk dirimu..

Jangan bersedih, meskipun tatkala orang lain memandang rendah terhadap kemampuan yang kau miliki...

Jangan bersedih, meskipun engkau telah banyak kali terjatuh dan tersungkur sehingga hendak menangis..

Jangan bersedih, meskipun banyak onak duri yang menjadi rintangan dalam mencapai apa yang kau inginkan..

Jangan bersedih, meskipun saat itu kau merasa tersisih  dari kehidupanmu..


Kerana ketahuilah, apa yang kau lakukan itu, jika bersedih,  tidak akan membuahkan hasil,

Tidak akan boleh merubah apa – apa pun menjadi lebih baik,



Bersedih tidak akan menghilangkan sakit hatimu,

Bersedih tidak  akan menghasilkan  kerja yang  memuaskan,

Bersedih tidak membuat orang memandang hormat kepadamu,

Bersedih tidak membantumu untuk tidak terjatuh lagi,

Bersedih tidak menghilangkan rintangan yang kau hadapi, dan

Bersedih juga tidak membuat mu boleh  diterima didalam lingkunganmu..


Hidup ini memang penuh dengan cubaan yang harus dihadapi,

Tetapi yakinkanlah dari dalam lubuk hatimu,

Bahawa Allah tidak akan menguji seseorang melebihi kemampuan dirinya,

Yakinlah setelah gelap pasti terang akan menjelang..

Ujian dan cubaan yang diberikan kepada kita, kepahitan dan keperitan yang kita rasai,

Pasti ada makna disebalik itu semua,

Cuma bagaimana cara kita untuk mensyukurinya..



Jika ini ketentuan Allah,

Mari kita cuba tabahkan hati,

kerana pasti tersirat sesuatu di balik yang tersurat itu…

Kerana kita manusia biasa,

Tidak terdaya memikirkan apakah hikmahnya..

Apakah rahsianya..



Hidup ini terus berputar!

Tiada masa untuk berlengah!

Tiada masa untuk berpatah!



mari kita kuatkan hati yang serapuh kaca ini,

salutkan bersama doa tulus suci,

kerana doa itu tersimpan satu kekuatan,

kekuatan dari yang Empunya segalanya..



Dan pastinya dunia bukan milik kita, untuk kita atur segalanya,

Kerana takdir itu mengatasi tadbir…

Tadbir dari manusia yang lemah,

Takdir dari Tuhan Yang Maha Mencipta,



Simpan segala pahit dan duka, dalam surat kehidupan ini,

Yang penuh sirat pengajaran.

Disebalik yang terjadi pasti ada yang terjanji termateri sesuatu yang pasti jika kau ridha akan ketentuan Ilahi..





Siapa yang berbaik sangka kepada Penguasa ‘Arasy dia akan memetik manisnya buah yang dpetik di tengah tengah pohon berduri..
” Pimpinlah kami dalam menjalani kehidupan fana ini dengan kasih sayangMU yang tiada batasannnya..”




dari: http://akuislam.com/blog/renungan/la-tahzan-sahabat/#ixzz2CRdbMF7w

Masalah itu bukan saja2 Allah Beri


Setiap orang pasti ada masalah. Orang yang bermasalah, pastinya dia akan memiliki masa-masa sukar dalam hidupnya. Masa-masa ini harus kita hadapi dan kita cari penyelesaiannya dengan bersemangat, gigih, optimis, istiqamah, dan sabar. Sikap-sikap seperti inilah yang seharusnya muncul dalam menyelesaikan setiap masalah demi masalah ketika masalah itu hadir dalam kehidupan.  


Yakinlah bahawa Allah tidak akan memberikan ujian kepada kita melainkan sesuai dengan kemampuan kita hamba-Nya. Sebagaimana firman-Nya:

“Allah tiada membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya”. (QS. Al Baqarah: 286).
Di sinilah keimanan kita benar-benar diuji. Bersabar dan bersyukur merupakan suatu jawapan yang harus dimiliki untuk tabah menghadapi setiap masalah yang kita hadapi. Di sinilah kita akan mengetahui sejauh mana persediaan kita, kesanggupan diri kita, kesabaran kita serta rasa syukur kita terhadap masalah yang kita hadapi.


 “Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain. Dan hanya kepada Rabb  hendaknya kamu berharap.” (QS. Al Insyirah: 7-8)
Setiap masalah dalam hidup ini haruslah dilalui dengan sikap matang dan penuh daya juang, sekalipun sukar dan kita tahu hidup ini tidaklah mudah, penuh onak berduri, yang kadangkala membuat kita terluka, perit dan sakit. Tetapi, Sesulit apapun situasi yang kita alami saat ini, daya juang kita tidak boleh padam. Kita dapat melihat dan belajar dari banyak orang di sekeliling kita yang tabah menjalani hidupnya, tidak mudah berputus asa dan pantang menyerah. Hidup ini tidak mudah, tapi kita tidak boleh Menyerah.

Yang perlu kita ketahui adalah, sesukar mana pun masalah dan keadaan yang kita alami, cuba lihat di nasib saudara kita disebelah sana, masih ada yang lebih susah jika dibandingkan dengan masalah yang sedang menimpa diri kita. Jika mereka saja boleh, mengapa kita tidak. Jadi tidak ada alasan tak boleh bagi kita sebelum kita mengusahakan yang  terbaik.

Be positive. Jangan menjadikan setiap masalah yang hadir sebagai penghancur masa depan. Tetapi  menjadikan masalah sebagai cabaran untuk mencungkil potensi yang tersembunyi dalam diri kita, iaitu potensi keimanan dan ketaqwaan.

“Janganlah kamu bersikap lemah dan jangan pula kamu bersedih hati. Padahal kamulah orang yang paling tinggi derajatnya, jika kamu orang yang beriman.” (QS. Ali-Imran: 139).
Setiap perjalanan kehidupan seseorang sesungguhnya sarat dengan hikmah yang dapat dijadikan pelajaran hidup. Begitu juga dengan setiap masalah demi masalah yang kita alami. Kita pun harus belajar untuk tidak mudah menyerah dengan kekurangan. Berdoa sudah seharusnya dilakukan setiap muslim, walau apa pun situasinya, dimana pun dan bila-bila pun.

Tidak perlu menunggu saat susah. Sentiasa berbuat baik dan selalu mohon ampun kepada Allah, Insyaallah kita akan ditolong oleh-Nya. Ketika kegundahan, keserabutan dan masalah hidup itu hadir, ingatlah bahawa Allah itu tidak hanya sedang menguji kita.

Be Positive. Keep smile   





dari: http://akuislam.com/blog/renungan/masalah-itu-bukan-saja-saja-allah-beri/#ixzz2CRcgoZPa

Janganlah Kamu Bersedih


Ada waktu kita bersedih. Sedih itu, sedih ini. Sedih dengan pelbagai perkara. Kematian, kemalangan, kehilangan, cacian dan makian, umpatan orang dan sebagainya.

Ada juga yang bersedih dengan rupa parasnya, bersedih dengan kejadiannya, bersedih mengenangkan nasibnya, sedih dengan cara hidupnya.

Tidak kurang juga yang sedih dengan dirinya yang lemah, keimanannya yang rendah, ibadahnya yang sedikit dan sebagainya.

Ada waktu, memang manusia akan merasakan kesedihan.

Mungkin Anda pernah membaca ayat ini: “Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.”(At-Taubah:40)

Ok, bagaimana jika kita tetap merasa bersedih? Ini ertinya ada sesuatu yang salah didalam hati kita. Dalam ayat diatas, kita tidak perlu bersedih sebab Allah bersama kita. Jika kita masih juga bersedih, ertinya kita belum merasakan dekatnya dengan Allah

Yang dimaksud bersedih bukanlah bererti menangis. Menangis adalah bermaksud dalam rangka takut dan berharap kepada Allah,  supaya kita bebas dari api neraka. Bersedih yang dilarang adalah kesedihan akibat ketidaksabaran, tidak menerima takdir, dan menunjukan kelemahan diri.



Bersedih Itu Adat Manusia

Para Nabi bersedih. Bahkan Rasulullah saw pun bersedih saat ditinggal oleh orang-orang dicintai dan dicintai beliau. Namun, para Nabi tidak berlebihan dalam bersedih. Para Nabi segera bangkit dan kembali berjuang tanpa memanjangkan kesedihan. Tetapi sindrom dari kalangan kita adalah, kita suka memanjangkan kesedihan. Seakan Allah tidak wujud dalam kehidupan kita.



Bersedih Tidak Diajarkan

Bersedih (selain takut kerana Allah) tidak diajarkan dalam agama. Bahkan kita banyak menemui ayat mahupun hadis yang melarang kita untuk bersedih.

“Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.” (QS.At-Taubah:40)
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.” (QS.Ali ‘Imran:139)
Rasulullah saw pun berdoa untuk agar terhindar dari kesedihan,

“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kekufuran dan kefakiran; Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari azab kubur. Tiada Tuhan kecuali Engkau.” (HR. Abu Dawud)



Bagaimana supaya kita tidak bersedih?

Jika kita melihat ayat dan hadis yang disebutkan diatas, setidaknya kita sudah memiliki dua kekuatan agar kita tidak terus berada dalam kesedihan.

Pertama:

Dari ayat diatas (At Taubah:40) bahawa cara menghilangkan kesedihan ialah dengan menyedari, mengetahui, dan mengingati bahawa Allah bersama kita. Jika kita sedar bahawa Allah bersama kita, oleh itu apa yang perlu kita takutkan? Apa yang membuat kita sedih. Allah Maha Kuasa, Allah Maha Penyayang, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kita.

Saat kesedihan terus menimpa kita, mungkin kita lupa atau hilang kesedaran, bahawa Allah bersama kita. Untuk itulah kita diperintahkan untuk terus mengingat Allah.


“Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.” (QS Ar Ra’d:28)


Dari ayat ini, kita sudah mengetahui cara menghilangkan kesedihan, kecemasan, dan ketakutan yaitu bi zikrillah, dengan berzikir memuji Allah.

Saat saya mengalami kesedihan, ketakutan, atau kecemasan, ada tiga kalimat yang sering saya gunakan untuk berzikir.

Istighfar, memohon ampun kepada Allah.
La haula wala quwwata illa billah (Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)
Hasbunallaah wa ni’mal wakiil (Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baiknya Pelindung)
Alhamdulillah, kesedihan, kecemasan, dan ketakutan menjadi reda setelah berzikir dengan kalimat-kalimat diatas. Harus diingat,  zikir bukan sahaja di mulut tetapi harus sampai masuk ke hati.



Kedua:

Cara menghilangkan kesedihan ialah dengan berdoa seperti dicontohkan oleh Rasulullah saw. Nabi pun meminta pertolongan Allah, apa lagi kita, jauh lebih memerlukan pertolongan Allah. Maka berdoalah.

Ya Allah, aku memohon perlindungan denganMu daripada keluh kesah dan kesedihan, rasa lemah dan kemalasan, Aku memohon perlindungan denganMu daripada sifat penakut dan kebakhilan, dan aku mohon perlindungan denganMu dari bebanan hutang dan dikuasai seseorang (Hadith riwayat Abu Daud)
Doa ini adalah diajarkan Rasulullah kepada Abu Umamah ra sewaktu Baginda mendapati beliau sedang bersedihan didalam masjid.



Penutup: Kesedihan adalah keperluan. Tetapi tidak boleh berlebihan.

Sedih memang baik. Sekali sekala ia melembutkan hati. Tanda jiwa yang sensitif. Tanda hati yang peka.

Tetapi merendam roh kita ke dalam kesedihan terlalu lama akan mereputkannya.

Apakah alasan untuk memanjangkan kesedihan?

Kesedihan tidak akan pernah menjadi penyelesaian kepada sesuatu masalah.

Maka perhatikanlah masalah, bergerak menyelesaikannya.

Jika masalah itu bukan datang dengan penyelesaian, sebagai contoh: Kematian rakan karib, guru tercinta, ibu bapa tersayang dan sebagainya, hendaklah tabah dan melangkahlah memandang apa yang masih ada pada kita.

Sesungguhnya seorang mukmin itu tidak sepatutnya bersedih terlalu lama.
Kerana dia ada Allah di sisinya.
Dan kesedihan bukanlah cara seorang hamba Allah mengabdikan diri kepadaNya








dari: http://akuislam.com/blog/renungan/janganlah-kamu-bersedih/#ixzz2CRc5bkkm